Sunday, January 27, 2013

Hantu Hijau

Minat faiz pada warna HIJAU bukan sikit
malah rasanya terlebih fanatik
jangan orang pakai baju hijau
memang dia akan kata wah hijau

kalau jumpa motor or kereta HIJAU
dia akan jerit suka and suruh kita tengok sama
ada masa suruh ayahnas beli motor hijau tu sekali

kalau jalan2 nampak rumah cat hijau
dia yang paling suka sekali
 

tapi ada masanya disebabkan dia fanatik HIJAU
ada benda yang tak dapat dipenuhi mengundang air mata
and ada juga rasanya menyusahkan orang hehehe

satu kes tu
faiz ikut kat enon and along (anak kak enon yg baru kahwin)
ikut gi beli tikar getah untuk rumah sewa along
 sebenarnya along tu nak pilih warna lain
tapi disebabkan budak fanatik HIJAU ni menangis2 suruh beli warna hijau
maka kak enon pun ikutkan je lah kehendak dia
nasib baik along n suaminya  xkisah
geram betul faiz ni ikut citarasa dia je

 kat pam minyak pemegang diakan
satu warna kuning and satu warna hijau
dah tentulah warna kuning tu murah dari hijau
dan bila kita tak ambil warna hijau dia boleh menangis dalam kereta 
suruh amik warna hijau

banyak cantik minyak mahal tu dik grrrrrr

sATU KES LAGI
kisah air hijau or kuih hijau

kalau dia nampak air hijau
dia suruh kita beli 
opadahal kita tahu dia bukan minum sangat
and rasanya pun bukan sedap

kuih pun sama beli je makannya sikit

ada masa kalau dia suruh beli memang kami tak ikutkan
kami buat bodoh je

sekarang dia dah sekolah
lepas belajar dia akan tidur
so memang kami kena beli toto
bayar je toto tu cikgu dia sediakan
 mula2 dia kata dapat warna merah
baru2 ni dia kata Toto dia warna HIJAU
bukan main suka lagi

ni tentang rumah sukan
harap2nya cikgu dia bagilah dia rumah HIJAU
kalau dapat warna lain 
haruslah dia menangis..lagi2 tengok kawan pakai baju warna HIJAU



1 comment:

Liza said...

Hijau warna yang menyejukkan mata memandang. bagus tuh. Hehe..

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015