Monday, May 31, 2010

NOKIA LAGI..

Inilah hp yang ayahnas dah pakai 2 tahun lebih
Bila hp ni buat hal dia kata lepas ni tak nak beli mahal2..
tak tahan lama
"
"
(abis dah tercabut2 semua...tukar hp pun sbab screen dah tak nampk)
"
"

Tapi bila dah niat nak tukar hp baru ..
Nilah hasil rembatannya
Mula2 nak beli touch screen ..
bila ibuayu kata E 72 pun ok ayahnas terus bersetuju..
Ayat selalu kalau membeli..
Alang-alang nak membeli biar yang .....
"
"
baru balik dr jusco baru semata2 cr hp ni
"
"

Saturday, May 29, 2010











Pagi Sabtu tu dr pkl 7 sampai ketghari berkemas rumah je
kemas bilik stor
basuh langsir
Ayahnas srvs aircon...(buang abuk je)
kira pkl 1.00 br kering tgn ni dr pegang air..
Nak tidur lepas tu mata lak tak nak tutup
Gosok baju and lepas ayahnas balik sembhyang jumt bersiap lak utk joint aktviti sekolah dia
ke mana lagi kalau tak ke MIBC main bowling

Ni first time main kat sini..
Tempat baru semua baru..tapi kasutnya buruk..
Satu kump dgn ayahnas and 2 lagi geng sek dia..
Oklah tak teruk sangat masa main masa kat SINI.
Faiz lak mula2 sampai je baik seminit lepas tu rancak semacam


Pkl 6.00 lebih br abis...
balik rmh nek kiah jap lepas maghrib gi jamuan pulak
Jamuan di restoren TOM YAM KLASIK
First time gak smpi sini dr luar igt tak besar mana ..
Bila tiba kawsnnya luas and besar..

Makanannya pun ok gak
Kira boleh layanlah

Keputusan bowling ayahnas dapat no 2 ..oklah tu
Dah lama tak main ..
Kira sama level dgn org yg bawa bola sendiri...

Wednesday, May 26, 2010

Rasa bagai di Indon

Terasa kenangan di tahun lepas datang kembali..
Seronok gi Bandung masih teringat2 lagi..

Dah lama teringin nak makan nasi padang..

Kat Mt bukan ada kalau nak kena gi Melaka

So berksempatan gi, masa ayahnas free ni ,
malam tu lbh kurang pkl 8.00 lebih kami bertolak..
smpi dah pkl 9.30 ... lauk ada jugak tapi dah tak banyak pilihan

Yang penting ibuayu teringin nak makan sambal hijaunya..
"

. Kedainya besar,and sangat selesa ..ayamnya panas2 lagi..
Kitaorg memang layan tapi fauzan je mcm tak selera..
Siap tanya kikir ada tak bu.. jawapannya takde (sebenarnya ada)
Ayahnas lak boleh cakap indon dgn org tu (bang kita kat msialah)
"
"
So layan gmbr ye..jgn jemu

"
'

"
"

perangai 2 beradik bergomol dalam kereta



Tuesday, May 25, 2010

Terapi melepaskan Geram

Ingat tak cerita ibuayu sebelum ni pasal GeRaM

Sebelum ni setiap kali hantar fauzan hari isnin gi tuisyen dah terpandang satu kedai tudung ni
Kedai ni baru buka dalam sebulan..
Tapi takdelah ibuayu singgah
Entah macamana bila lepak dgn jiran sebelah (fizan) ptg tadi and ceita nampak mcm ada blaus cantik terus kami plan gi situ serta merta
Angkut anak-anak yang baru nak main kat luar
Terapi betul rasanya dapat gi beli tudung..
Tudung dia pulak memuaskan hati ..ada macam jenama ??? dan yang penting harganya murah sangat2
Malam tu story kat ayahnas and Fauzan..
Terperanjat bila fauzan kata cantiklah tudung tu bu..
Murahnya....
Dia yang nampak excited bila ibuayu tayang tudung
(selalunya bila faiz buat main tudung Ar???? ibuayu selalu kata jgn nanti rosak tudung mahal ibu.. so ayat samalah along dia pakai bila marah adik dia....)

Bila nak keluar makan tanya lg dgn fauzan lawa tak tudung ibu..
"Lawalah bu macam tudung mahal tak caya lah Rm 30++ je..".keh3..

Tapi sebenarnya jenama apa pun yg penting kita selesa dan yang tak dapat dinafikan yang mahal tu kainnya sangat berkualiti..
Serupa tapi tak sama
So lapang sikit otak ni bila dapat rentap 3 helai teru s and tak sampai pun rm 100...
suka sangat


Monday, May 24, 2010

Baru balik makan..
Mula2 ingat nak gi makan jauh2 sikit..tapi lupa hr ni org gaji kat mana2 nanti penuh buat penat je..
Pusing punya pusing gi kat KDK (kedai Depan Kubur)
Fauzan suka kerabu mangga kat sini..
Selepas Geram Hari ni ..rasa seronok je..dapat makan bersama keluarga..
Ayahnas pun asyik dengan cerita SAMAN tu..keh3
layan jelah hidangan kami malam ni
"
"
kerabu mangga
"
"

siakap 3 rasa
"
"

"
"
" nasi goreng kerabu (ayahnas punya)
"
"
"
and
air
"
"

GeraM SaNgaT

Mana tak geram....laptop dah 3 minggu tak betul2 lagi
janji 2 minggu je..

TELEKOM kata proses sebulan je..
Ni dah sebulan lebih terus call center diaorag kata tak terima apa2 order...
Nampak sangat TM Point tu tak peka...
Entah2 tak submit pun permohonan ibuayu..
GerAMnya...

Bertambah geram apabila ayahnas didakwa bersalah atas sesuatu yang bukan dilakukan olehnya....
Bukan salah dari undang2 polis tapi undang2 bola...

Cakap dengan ayahnas ...rasa nak SAMAN je ..geRAM betul

Nampak sangat pengadil tak peka..
orang lain yang buat salah, org lain yg kena keluar padang ,org lain yang dapat surat saman....
Ayahnas steady je..ibuayu yang sakit hati..and marah over2
"
"
Siap ckp dgn ayahnas jom gi Sabah kita bersemuka dgn pengadil tu
Keh3 .(ibuayu.cari peluang sebenarnya..tak ke kerja bodoh nama tu)..
"
"
Layan jelah gambar ayahnas kat sabah...
"
"
"
"

kuih kering..

Pernah tak dengar nama kuih ni.. Kuih kering... Itu kuih Tradisional Dah lama rasanya tak jumpa kuih ni... kebetulan minggu lepas nek kiah tolong mak itam buat kuih ni.. Hajat org tua untuk majlis perkahwinan cucunya.. Kuih ni susah sikit nak buat.. kena goreng,keringkan and sira... Ibuayu reti tulis je tak reti buat...


Sunday, May 23, 2010

Tak de kerja

Bila duk rumah nek kiah ni memang relaks memancang..
Kalau rumah sendiri kerja sampai tak cukup tangan.
Bila dah rasa boring ni tu yang rajin mengedit gmbr2 lama guna picasa and photoshape
gambar ni kisah kat sini
"
"
"
"

and kat sini
"
"


Friday, May 21, 2010

Mega punya..

Setiap kali sebelum ayahnas gi utk perlawanan luar dia mesti bawa kami gi kat sini...
"
"
MCD

Kali ni ibuayu nak cuba yang mega punya..
So lepas bincang Mega Mac jadi pilihan(ibuayu kongsi dgn ayahnas)
Tak mendukacitakan..
Memang mega..
Memang sedap...


gambar gr pak google je..(gmbr yang diambil tak tahu save kat mana)

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru

Rasanya sambutan Hari Guru ni paling meriah bagi ibuayu.
Bermula dengan main bowling
"
"

lepas tu persahabatan dengan SMK Ghaffar Baba utk permainan Bola Tampar (main kat SGB)
esoknya diaorang datang sekolah ibuayu lak main bola jaring...
Menang kalah lain cerita yang penting semua seronok
Tak semua dapat main..yang tak dapat main tu diaorang buat makan2..bagi sokongan tu yang meriah sangat....
"
"

SAmbutan hari Guru pada hari Isinin tu sekolah ibuayu didatangi oleh wartawan untuk buat liputan..wartan akhbar kalau tv tentu dah masuk berita...
Macam sekolah lain agenda utamanya sama baca perutusan,ucapan Gb..dan lain2.
Nyanyi lagu hari Guru and Tema memang semangat mcm buat konsert lak..Budak2 bukan main lagi bertepuk tangan.
"
"
Tapi acara yang lain sikit guru-guru sekolah ibuayu telah berlatih hampir sebulan untuk ANGKLUNG.
Wah macam pro (keh3) memang seronok betul.So layanlah gambar ni...


Monday, May 17, 2010

SelAMat HAri GUru

Kalau dulu-dulu inilah sajak yang sering dibaca ketika hari Guru
"
"
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
"
"
"
Tapi kini sms yang diterima semakin berubah..ada yang benar2 memuji ,ada juga menjadi bahan jenaka, ada juga penaik semangat..
"
"
1....
Guru bagaikan NTV 7 kerana CERIA SELALU.. Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI Hidupku..(ada lagi sambungan)
2...
Jika Dpt Bunga-tanda Guru harumkan dunia.Jika Dapat Pen -tanda guru mengukir kata...(ada lagi sambungan)

dan banyak lagi.....
"
"
Rasanya semalam penuh kotak message yang diterima oleh rakan guru....
Walaupun terlambat ibuayu mengucapkan
SELAMAT HARI GURU dan terima sahajalah apa yang diarahkan kepada kita kerana kita juga seperti polis "SENTIASA BERSEDIA"

Saturday, May 15, 2010

macam-macam Yang berLaku

Pagi dr rumah nek kiah(kerubong) gi sekolah
Gotong- royong kemas kantin dan latihan angklung(utk guru2)
Pkl 12 selesai ambil hamper bawa semula kesekolah..

lps tu balik kerubong ambil nek kiah bw gi Bachang(ada kenduri rmh makandak)
Ibuayu balik kerubong dulu nanti dtg balik kat bachang..
On the way balik cakap dgn fauzan macam ada bau hangit..tapi fauzan kata asap lori..
Iyakan jelah walau dalam hati berkata2 bau apa ni...

Pkl 3.30 gi semula rumah makandak..
Sedapnya menikmati me karinya...bertambah gak lah
(maaf tiada gambar ..ayahnas dah bawa kamera gi Sabah..)
balik MT terus bawa nek kiah and atuk mail

Dah dekat2 dgn rumah nampak lampu aladin tu menyala2 ..alamak apa kes lak ni.
kurang air ke apalak
Selesai hantar nek kiah semua terus gi " Car Wash"... lepas hampir selesai minta tolong bdk kat situ tengokkan pasal lampu tu ..(Bdk tu member ayahnas)
Dia kata minyak hitam kurang..

Terus bawa kereta kat kedai yg selalu ayahnas gi..
Sampai kat situ diaorng kata ada linking...entahlah ni yg susah kalau tahu bawa tapi tak tahu bab enjin.
Call ayahnas and bg dia ckp dgn budak tu..
Sedih kereta ni tak dapat dibetulkan takde spare part..(ni yg susah kalau pakai krt luar)

Masih boleh bawa kereta balik rmh..
Call lagi ayahnas..mcmana nak settle bab kereta ni..
Ayahnas suruh gi bengkel satu lagi
Call "kak Yati" minta tolong ambil ibuayu terus gi Bengkel..
Call ayahnas anddia berckp dgn tuan punya bengkel
Diaorg nak bawa balik bengkel...
Ibuayu balik rmh semula and nantikan pomen tu...

So dah selesai satu perkara tapi banyak benda yang tertangguh...
"
Esok gi kuliah kena tukar naik kereta rusiah..
"
Hadiah utk fauzan bg cikgu dia belum beli lg..
"
kak long kat MRSM tak dpt jumpa w/p dah janji..
"
nek kiah tak boleh blk krubong esk..
"
plan ambil kereta ayahnas kat High school masih belum pasti selesai kerana kunci ayahnas dah bawa sama.
kunci spare ada tapiiiiiiiiii alarm rosak..
so esok jadi pencerobohlah.
Semoga esok ada sinar bahagia utk ibuayu

Wednesday, May 12, 2010

Kuat sangat simptom TerLuPa

Orang kata kalau kita bersalin ingatan kita semakin berkurangan.
Kalau operation lagilah kuat lupanya.
And
Kalau kita suka makan kepala ikan lagilahPELUPA..
Esok ayahnas nak gi SABAH..
jenuh ibuayu ingat kat mana letak sterika travel..
Aduh sakit lak kepala ni kalau nak mengingat benda yang memang tak tahu kat mana letak..

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu

Belum terlewat rasanya untuk ibuayu mengucapkan Selamat Hari Ibu .

Pagi hari ibu tu ibuayu saje tak nak wish kat nek kiah..buat2 macam lupa..tapi lepas sarapan fauzan datang kat bilik and wish kat ibuayu..alamak jgn sampai nek kiah ingat..
Bila nek kiah gi marhaban ibuayu anak beranak gi Myden cari hadiah and kek..
Hadiah ni kongsi dengan long..
"
"


kek simple je
"
"

Ibu tersayang..


Tak dapat bayangkan hidup ini tanpa mak..
masa remaja dulu terasa banyak melawan cakap mak
Ada je yang tak kena (org tua kan kuat bebel)
Bila dah jadi ibu ni baru terasa bukan senang nak didik anak..
Rasanya cara ibuayu didik anak banyak dipengaruhi dgn cara nek kiah didik kami..


Terima kasih mak..
* lahirkan ayu ke dunia ini
* mendidik sehingga menjadi insan yang berguna
*menolong menjaga ayu ketika berpantang
*menolong menjaga anak ketika gi berkursus...
*menolong jaga anak ketika gi belajar...
Walaupun sehingga kini bebelan itu tidak pernah surut namun aku tidak mahu kehilangannya...

Saturday, May 8, 2010

Bowling ..

Dalam jadi tak jadi akhirnya berjaya juga kami kelab staff menganjurkan permainan bowling..
Main 2 game je..
Untuk mengeratkan hubungan..
Seronok sangat..
kalah menang lain cerita
yang penting semuanya happy...
Insyallah ada rezeki dan masa yang sesuai kita berentap lagi

"
"
aksi fauzan
"
"
cikgu samsir


"
"
antara staff yang hadir...
"
"

Tuesday, May 4, 2010

kisah orang kawin..

Apa kes ye..dah lama tak tulis apa2 cerita..akhirnya kisah orang kawin yang jadi tajuk.. Hari Sabtu dan Ahad lepas ibuayu agak busy dengan memenuhi undangan walimatulursu.. Hari Sabtu tu gi JB majlis di Taman Pulai.kenalan lama nek kiah masa kat Balai Polis Yong Peng.. Pengantin lelaki tu dulu ibuayu yang selalu buat main,mandikan..la ni dah membesar dah..cepat betul masa berlalu..Kiranya masa gi wedding ni macam jejak kasih jugak lahek kiah and atuk mail jumpa geng lama..ibuayu pun jumpalah pakwe lama..oppsss..marah ayahnas nanti..acah je bang faiz dah pandai posing kalau ambl gmbr dia.. " " " " atuk mail bersama atuk pengantin lelaki " " kami gi JB ni balik hari je..so tak sempat nak merayau sana sini..kalau tak tentu dapat pekena me rebus wahit... Hari Ahad tu gi majlis GPK 1 ayahnas.. Rugi betul rasanya kamera tak bawa sebab malas nak bawa handbag kat majlis tu lak ada maljlis menjunjung and persembahan silat (anak murid ayah nas) melekat juga selama sejam kat situ.. So layan gambar faiz kat rumah sebelum gi wedding..
"
""
"
"
"
"
"

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015