Tuesday, June 28, 2011

Tayang Sikit

Dulu kami pakai yang ni

 
 
ini pun LONG yang bagi hadiah masa pindah kat rumah sini


lepas tu nek kiah selalu bising guna pinggan ni
ialah warna nampak dah buruk..


lepas tu tengok katalog LENO ada offer 
terus order kat member...
sekarang ni guna yang ini...
 harganya pun murah je...
"



ini pun nek kiah bising
dia kata kalau pinggan macam ni ambik kat rumah mak je..
keh3..hari tu tak cakap dah beli baru cakap....
takpelah harta sendiri...

Thursday, June 23, 2011

MPIP dalam kenangan..

Terasa teruja sangat2
apabila singgah disini
belajar dari tahun 1994 hingga 1996...

banyak kenangan manis pahit tercatat disini

Seronok ada adik beradik angkat di sini
kami 8 orang semuanya...
ALONG ,ANGAH,ALANG,UDE,ANJANG, ATEH,ACHIK dan USU
banyak kenangan tersimpul disini......
bilalah ada rezeki kami nak berjumpa...
sanagat2 rindu dengan kalian

Kat sini juga ibuayu ambil lesen memandu
murah je zaman tu
rasanya dalam 300 lebih je...
ayahnas bila tahu ibuayu ambil lesen dia pun sibuk nak ambik jugak
tercabarlah tu makwe ada lesen..
ibuayu bukan kaki ponteng kuliah
tapi hari nak ambil lesen tu susup keluar jugaklah...
alhamdulilah sekali ambil lulus

dan
yang istimewa kat sinilah ibuayu bertemu jodoh
ibuayu ni bukan glamour mana pun
ayahnas lainlah 
dia pemain bola sepak maktab so femeslah sikit
sikit je bukan banyak sangat pun


Ibuayu kelas lain dengan ayahnas
tapi kami sama dalam unit beruniform iaitu Pengakap
dan macam2 aktiviti kami jalani
asal dari gossip akhirnya dua hati menjadi satu
ialah sebelum masuk maktab ibuayu baru frust tertonggeng
so takde jiwa nak cari pakwe masa tu
memang ingat datang nak belajar je...
tapi dah jodoh ibu ayu disini
alhamdulilah dialah insan yang terbaik pernah ku temui
"




alhamdulilah
ibuayu mendapat CEMERLANG semasa di MPIP
penat lelah belajar berbaloi jugak
( belajar ke....keh3)


ini blok pentadbiran


ini kelas ibuayu dan ayahnas..
kami sebelah menyebelah je
ayahnas selalu gak intai ibuayu
nasib baik masa intai ibuayu tak tengah tido kantoi...
lepas tu kalau pensyarah takde ibuayu tentu gi library
ayahnas apa lagi mulalah mengekor lak lepas tu
tapi kami ni takdelah berkepit je kerjanya
cuma jumpa waktu kuliah and hujung minggu kalau free.....

"



ini dewan
kenangan ibuayu berlatih teater,
terlibat dalam tarian endang,
dan tarian zapin masa malam bahasa melayu..
"
ayahnas lak masa tu terlibat dalam kumpulan muzik maktab
main gitar and menyanyilah kerjanya....
tu yang lagi tangkap cintan
bila dengar ayahnas nyanyi lagu cinta krystal



ini cafe maktab
ingat lagi kalau rehat nak cepat je...
lepas dah makan singgah beli maruku aci 
hidup lagi tak ye aci tu
tapi sekarang ni kalau nak makan maruku pun memilih gak sapa yang buat...


aduhai rindunya
tapi masa tak boleh berulang semula
jadi hargailah masa selagi kita bernafas di muka bumi ini....

Wednesday, June 22, 2011

Bulan Madu : Ipoh & Perak

Sepatutnya balik dari  pangkor hari tu  ingat nak stay semalam di Ipoh
tapi memang tak booking mana2 hotel pun
dan memang dah ditakdirkan
jiwa kami lebih nak berjumpa dengan anak2

walaupun jiwa nak honeymoon tapi anak2 tetap dalam ingatan
ayahnas pun kata tak pe dia tak penat
ronda2 Ipoh dulu malam2 pun tak pe balik Kajang

So kami pun gi terjah kat kedai Popia SS ALI
wah memang sedap..
mulalah terkenang zaman berdating kat sini


lepas tu gi terjah maktab lak
disinilah cinta bersemi
dulu panggil MPIP 
sekarang dah IPIP

tak kisahlah nama berbeza tapi sentimental valuenya sama





lepas ronda2 kat maktab
lepas tu kami gi Tanjung Rambutan
ni yang utama 

sebabnya nak makan me rebus and me sup yang sangat sedap

tapi sayangnya kedai tu tutup pulak..

aduh sedihnya....
dahlah dari tadi makan popia je....
tensen betul.....
takde rezeki
dan ini maksudnya kami kena pergi sana lagi
betul tak bang..keh3

Tuesday, June 21, 2011

Keputusan Pemenang GA ibuayu

Terima kasih kepada yang sudi menyerta GA ibuayu ni..



kali ni ada pemenangnya

dan seperti yang diberitahu hadiah akan diberikan
kepada jawapan yang betul dan terpantas...
maka
PEMENANGNYA IALAH
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
JAWAPANNYA DULULAH YE
"
"
"
"
"
"
"
"
"
WARNA PEACH
"
"
"
"
"
"
"
"
"
gambar belum sempat scan...untuk membuktikan kebenarannya
malu pun ada gak nak letak kat sini
ialah muka 14 tahun lalu
dan pemenangnya ialah


TAHNIAH 

Hadiah yang dijanjikan 

ialah TOP UP 
RM 10
dan insyallah ada FM sampingan yang akan dipos

so
jangan lupa email kat akak no HP and address ye..
untuk yang lain terima kasih kerana sudi join GA yang tak seberapa ni

Terima kasih jugak diatas doa kalian.....



 

Sunday, June 19, 2011

Bulan Madu:Pulau Pangkor

Kami tiba di Pangkor dalam pukul 11 lebih
Memang plan nak sewa motor 
Kat jeti tu dah ramai yang tunggu nak tarik pelanggan
Kalau nak sewa ikut jam sejam RM 10
Tapi kalau bayar RM 30 boleh guna sehari


Ayahnas tengah bagi no phone
Cina tu kata dah sudah letak je balik motor kat sini
Biarkan je kuncinya sekali
Ialah pulau kan 
nak bawa lari mana



Layankan gambar2 yang diambil di sana

ini je satu-satunya gambar kami berdua...



kami makan di Restoran Hasan (kalau tak silap namanya)
maaf tinggal tulang
sangat sedap dan murah
terletak di pekan pangkor



yang ni senyum jelah..
jangan gelak ye
masa pilih motor dah cakp nak motor yang elok
tapi tak perasan lak dapat helmet macam ni
jahanam awning tudung ku....

Saturday, June 18, 2011

Pemenang GA ibuayu

Tiada Pemenang untuk GA ibuayu

mungkin klu dia terlalu meluaskan...
ibuayu tetap nak bagi hadiah

jadi soalannya
"

apakah warna tema bilik pengantin ibuayu


senangkan

boleh teka banyak kali tapi di komen yang berlainan

sapa yang berjaya meneka dengan tepat dan pantas dialah pemenangnya...



Tarikh Tutup

18 Jun ni

Selamat Mencuba



selit gambar honeymoon



p/S: jawapannya GA yang sebelum ni next entri ye..tak sempat nak ambik gambar lagi

Friday, June 17, 2011

Bulan Madu : Marina Island Lumut

Pagi jam 9.30 kami dah check out
breakfast dulu 

kami plan nak naik feri pukul 11.00
mula2 bergaduh manja juga dengan ayahnas
ibuayu kata feri pukul 10.30 ayahnas kata pkl 11.00
masing2 nak menang
so kalau kami sampai sana pukul 10 pun kami boleh berposing2 dulu..


Kalau nak ke Pulau Pangkor sekarang ni ada 2 jeti yang kita boleh naik
satu
Jeti Lumut
tiket : RM 10 dewasa
masa : tak pasti tapi ada org kata lebih kurang 30 minit

atau 
boleh naik dari Marina Island
tiket : RM 10 dewasa
          RM 5 kanak-kanak
masa perjalanan : dalam 10 minit je
tapi kalau pertama kali naik dari sini kena daftar buat kad family RM 10 je...
diaorang kata orang lain pun boleh gunakan kad ni sebut nama je...
 Waktu berlepas  seperti ini



Ibuayu lebih suka naik dari Marina Island
ialah:

tempat baru,
bersih aman,permandangan cantik..tak sesibuk lumut

parking berbumbung RM 10 perday
parking panas 3 jam pertama percuma
RM 5 perday







kami pilih duduk atas feri
ingat berangin tapi kepanasan
kalau duk bawah berhawa dingin...

Tuesday, June 14, 2011

Bulan Madu ke Lumut

Ibuayu bertolak dari Kajang ke Lumut jam 7.30 pagi
Ada 2 jalan yang boleh menuju ke Lumut dari arah KL

Satu

Melalui highway kemudian keluar di Bidor Teluk Intan Lumut

atau

Melalui jalan lama Klang-Kapar- teluk Intan Lumut



kalau nak cepat tentulah lalu highway
tapi kalau nak santai sambil jalan2 cari makan 
maka boleh lalu laluan kedua

kami lalu laluan kedua
tu yang makan pagi + tengah hari di Warung Ibu

lepas tu menikmati pemandangan yang sangat cantik

singgah di menara condong teluk intan
ku genggam  menara...




sawah padi terbentang luas


model utama


akhirnya menginap di Hotel Lumut Orchard Inn
petang mengedik di Lumut
tapi bukan kat jeti dia
ni dekat dengan hotel kami je...




curi-curi ambil gambar di jambatan ni...
kalau ikut nak masuk dalam lagi
tapi takutlah


lepas tu terus gi Marina Island

survey untuk projek keesokannya...


malam kami makan di Bakau DMuara Lumut

lepas tu round2 pekan lumut

kiranya walaupun penat tapi terasa perjalanan yang berbaloi-baloi

Monday, June 13, 2011

Bulan Madu : Bakau DMuara Lumut

Memang sebelum gi sini
dah survey kedai mana yang sedap

Rupa-rupanya kedai makan ni sebelah hotel je


tomyam campur


sotong goreng tepung


ikan pari bakar sambal

nasi putih ibuayu punya



nasi goreng kampung ayahnas punya

tempat makan ada dua
sebelah menyebelah
nak aircond ada
yang kipas pun ada

 kami pilih aircondlah br selesa makan..keh3



kedai ni banyak cawangan 
yang kami makan ni  cawangan di lumut
jumlah semuanya rm 37
rasanya pun ok....

Bulan Madu : Hotel Lumut Orchard Inn

Kami menginap di hotel Lumut Orchard Inn

lebih kurang 1 km dari pekan Lumut...

Harga bilik biasa RM 70 tapi untuk kerja kerajaan diaorang bagi RM 65

bilik sangat bersih dan cantik
memang tak sangka berbaloi dengan harga yang sebegitu

lepas tu siap free sarapan lagi...




GA IBUAYU

GA kali ni sempena Ulang Tahun Perkahwinan
ibuayu yang ke 14 pada 6-6-2011 ni...






syaratnya sangat senang

1. mesti jadi  follower blog ni
2. tinggalkan jawapan di comment

tak perlu buat entri apa2

soalannya

APAKAH HADIAH YANG DIBERIKAN OLEH IBUAYU KEPADA AYAHNAS SEMPENA 

ULANGTAHUN PERKAHWINAN INI

(ayahnas dah terima hadiah sebelum masanya)

tarikh tutup

12 JUN 2011

Klu: harganya tak lebih rm300

HADIAH kepada pemenang
ibuayu bagi TOP UP ye...

RM 10

terima kasih pada yang sudi

Saturday, June 11, 2011

Bulan Madu : Nasi Ambeng

NASI AMBENG

makanan kegemaran kami berdua
kalau fauzan ada dia pun suka makan

nama kedainya
"
"
Warung Ibu
terletak di Tanjung Karang
dah pernah keluar kat JJCM
rasanya sangat meletop

 cara layan diri 
nasi - mee -tempe -serunding dia letakkan

kita pilihlah nak ayam goreng atau ayam kicap
nak dua2 pun boleh

ibuayu tambah bergedil
besar betul bergedil dia...
"

  
kami sampai 10.15 pagi
dah buka tapi belum siap
adik tu kata 10.30 baru siap


JAdinya cari tempat lepak lain untuk ayahnas melelapkan mata..
pkl 10.45 terus gi kedai tu balik
lepas tu langsung tak makan sampai pkl 7 malam..

Friday, June 10, 2011

Bulan Madu

Baru sampai dari Kl

Kami berbulan madu di Lumut dan Pangkor 
sebelum balik singgah di Ipoh


Bukan berniat untuk berjoli sakan meninggalkan anak tersayang

tapi mencari kesempatan di ulang tahun perkawinan kami 

untuk merapatkan perhubungan antara suami isteri



alhamdulilah nek kiah sudi menjaga anak2....

P/s : sepatutnya pergi 3 hari..tapi hati ni teringat2 akan anak2 tersayang..

cerita selanjutnya selepas ini

memang nak tulis details tempat yang kami pergi

supaya menjadi rujukan kepada orang lain

Tuesday, June 7, 2011

Dinner 6-6 -2011

Malam 6-6 -2011

nak kata sambut aniversry pun boleh jugaklah
walaupun bukan dibawah cahaya lilin
yang penting orang yang baru sampai dari penang
memang nak makan besar

kami bukan berempat tapi berlima

kembar 4 jam fauzan
dari wedding kat johor tu terus ibuayu ajak balik melaka
nak ajar dia and fauzan


ni budak yang kuat makan otak2 malam tu..
siap menjerit nak lagi...
nasib  baik ada lagi...mula2 adik tu bilang dah habis



hasil tangkapan ke mulut faiz


yang ni ibuayu punya nasi putih + paprik

 ni ayahnas punya nasi goreng kampung yang sangat sedap


makanan tambahan sotnong goreng tepung

ni pepahat..first time makan
sedap jugak



along dengan me hailam

amalia dengan nasi goreng ayam
amalia ni jenis susah makan nasi
jenis memilih makanan
sehari tak makan apa2 pun takpe

tapi sebab mak sedara dia ni jenis garang
terkulat2 dia nak habiskan nasi
kalau sebulan duk dengan ibuayu mesti gemuk sikit



kami makan di Pengkalan Balak 
Restoren Sri Bayu rasanya
Makanan dan harganya sangat2 berbaloi
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015