Sunday, October 25, 2015

Nasi Ayah

tiba2 ada nama nasi ayah
ingat apa kebendanya
rupanya nasi goreng yg digoreng oleh ayah

3 hr ibuayu x de
ayah layan tekak anak2 masak nasi goreng
memang sukalah diorg tu
sedap sangat tu
faiz siap puji nasi ayah sedap
suruh ibu belajar dengan ayah

takde makna ibu nak belajar
kalau nak makan nasi ayah
suruh ayah je goreng
ibuayu x kecik hati pun
ibuayu lagi sennag hati
hahahhaha


Thursday, October 22, 2015

Sedapnya Roti Paung

first time dengar
first time makan

Otw balik dr  lawatan kelantan terengganu tu

Driver bas tanya nak beli roti tak
Roti tu campur inti
Wah teruja dengar
Ok je

Dan roti ni namanya paung

Asal nama roti pau tp org ganu kan suka xkp ng
Tu jadi paung
TU achik jual roti yang cakap ya

Roti ni lembut sangat
Memang sedaplah
Walau dah 2 hr dimakan masih sedap




memang terbaiklah
lembut sangat
sedap lak tu
ada yang dlm 1 roti tu dia campur pelbagai perisa

ada yg sebuku tu 1 perisa
akak tu lak baik hati siap bg resepi
tapi sebba x catat so ingat2 lupa huhu
nanti kena google kalau nak cuba

Tuesday, October 20, 2015

Power Bank terbaik

Untuk orang lain ibuayu tak tahulah
bila survey2
ada member dah pakai power bank diorang 
3-4 tahun
ok je
ta rosak

yang ibuayu ni
tak tahulah kenapa tak tahan lama
jenuh gak google apa power bank terbaik

kami ada 2
tapi dua2 tu dah hantar kedai
rosak
taukeh hp gi makan angin
katanya cr spare part

so bila nak bawa budak gi lawatan ni
kenalah beli gak
penting power bank di kala ini

beli jenama UTOO
harap2 oklah
dah seminggu guna ni memang oklah 
ringan pun ringan
berbaloi dengan harganya




Friday, October 16, 2015

Hantu aiskrim

Bila kita ada anak
tentulah diantara anak2 tu
citarasa makanannya tidak sama

faiz suka gula2
fauzan tak berapa

faiz suka ikan
fauzan suka ayam

faiz suka jajan
fauzan agak kurang

dan satu benda faiz suka
tapi semua orang boleh terima
tapi takdelah hantu macam dia ialah
ais krim

tak kira apa ais krim
ais krim msia
ais krim dalam tong tu
ais krim kon
and ais krim baskin robin


macam kepuasan dia dapat makan ais krim

selalu org kata macam kanak2 dpt ais krim
macam tulah
kanak2 riang faiz haikal


kalau gi MP selalu minta baskin robin
ada masa layan
ada masa x layan
yalah mana nak menahan
harga boleh tahan



Ais krim msia ni member jual
siap COD kat rmh
beli 10 btg
5 btg jagung ..faiz punya
5 btg  asam boi kami punya

yg faiz punya dah abis
tunggu dia minta je
yalah hari2 makan
mana x abis

ugut dia
nak makan ais krim kena makan nasi dulu
no nasi 
no ais krim
hehhehee



Monday, October 12, 2015

Bagus sangat ke Hari sukan Negara

Mula -mula bila dapat tahu
idea KJ buat hari sukan negara ni
10-10-2015
rasa marah gak
asal pilih hari tu
sebab rasanya aktiviti ni setiap tahun


marah sangat bukan apa

melaka cuti tyt 9-10
tahun ni jatuh lak hari Jumaat
so 3 hari berderet tau


bukan senang nak dpt cuti mcm ni

so mula2 marah lepas tu suka
satu idea yang bagus
dr Kementerian Belia dan Sukan

sukan untuk semua
 boleh bersukan ke 
kaki bangku ke
gemuk or kurus
semua boleh terlibat
and yg penting enjoy


ibuayu sukarela nak bawak murid ke Tmn Masjid Tanah ria

Kwsn Masjid tanah
tu tempat sambutan utama Hari Sukan Negara


kena bawa 4 org

bawa faiz sekali
tshirt percuma faiz besar sangat
bagi kat anak murid lain


so pagi tu senamrobik

then 10000 langkah
mula2 faiz x nak buat
lepas tu nak lak dia ikut abang2 tu


bila budak lain dah balik

budak ibuayu x balik2 risau gak tau
lagi2 bila faiz join sama
dahlah kasut tu ketat sikit
tak sarapan pagi
terus ajak mak siah teman 
berjalan di lawan arus hahahah

alhamdulilah
semua ok
faiz pun enjoy

bagi ibu 
idea adakan Hari Sukan Negara ni
satu idea yg cukup tip top
caiyok KJ















Saturday, October 10, 2015

Make Over Blog Ibuayu

Rasanya dalam berblog sekali je ibuayu tukar header
itupun buat sendiri
background memang tak pernah tukar
takut nak tukar
nanti jadi apa lak

tiba-tba sekarang ni mood lebih berkobar-kobar
nak bagi semangat rajin menulis

so tempah dengan SUE
senang sangat proses
bank in
kemudian bagitahu kita nak mcmana

esoknya terus siap
sangat2 cantik
tak puas nak tatap je blog tu 
hehhee
tq sue
so sapa2 nak make over blog
nak buat blog


boleh contact sue ya
FB dia SUE HAIDA

Friday, October 9, 2015

Pertandingan Imarah Surau Peringkat Kebangsaan

Bila sekolah terpilih untuk peringkat kebangsaan
maka semua guru tidak kira panitia Agama ke tidak
sama2 bergabung bagi memastikan perjalanan lancar

apa yang diperlukan dipenuhi
fail2 kena lengkap
semua kena dipastikan siap

so hingga saat terakhir masih lagi nak tambah2 apa yang patut

ibuayu ditugaskan buat montaj
juga siapkan power point 
untuk perbentangan guru besar
satu pengalaman yang menarik

panel penilai datang hari khamis
hari rabu pkl 7 malam masih di sekolah
selagi ada kekawan tambah hias
maka tugas ibuayulah mengambil gambar 
setiap apa yang ditambah

so bila balik rumah sambung lagi siapkan power point
malam tu tidur pun xlena
risau betul
berdebar2

bila sampai sekolah terus set up tempat
pasang LCD, netbook
sekalinya netbook x boleh ON
cuba bayangkan terus mengelabah
tak tahu kenapa
pujuk hati tenang2
amik netbook sekolah yang lain
bahan memang ada kat pendrive
penting tu hahahha
alhamdulilah
bila pasang semua ok

dalam pkl 9 panel penilai datang
ada 3 orang semuanya
termasuk org jabatan dan ppd ada 9 orang semuanya
YDP PIBG kami pun datang bagi sokongan

bila tiba masanya
nak duduk pun tersangat sopan santun
risau
apa2 berlaku masa perbentangan
dibuatnya balck out
dibuatnya netbook buat hal
huhuhuhuhu

mula2 pasang montaj
entah kenapa ibuayu yang  buat 
ibuayu lak rasa sayu
dr surau kami bemula dari tiada apa2
hingga surau kami tersegam sebegini
memang rasa touching sangat

selesai montaj
barulah power point
klik slaid penuh gemalai
sambil pasang gb bagi maklumat
sambil tu gb bersoal jawab dengan panel penilai

ada satu slaid
 panel suruh ibuayu tunjuk slaid yang sebelum
alamak ai cemas jap
rupa2nya ejaan salah
first aid tulis first aid
aduhai dengan suara tegas penilai tu
menggelabah betul
tu je pun peka betul penilai ni

lepas abis tu barulah panel penilai ni bangun dan pergi ke tempat2 
untuk dilawati

dr perbentangan tu sunyi sepi
bila tengok kawasan tu memang terasa meriah lak
panel yang tegur ibuayu tu rupanya bukan sebarang orng
Dia adalah host untuk program pencetus Ummah
bila tahu dia orangnya
tak berlengah
terus amik2 gambar
hahahhaha

Alhamdulilah selesai dalam jam 11
memang mengharapkan kemenangan
tapi sekurang-kurangnya kami dah menang
untuk memenangi hati kami sendiri

story ni simpan untuk kenangan ibuayu
bg sekolah kluster sekolah baiah mungkin mereka dah biasa
tapi untuk kami yang sekolah biasa2 ni
ini satu kejayaan dan kebanggaan kami semua

dah tentunya orang yang paling kuat 
menjayakan,yang sanggup memulakan surau ini
dari tiada apa2 tentulah Guru Besar kami
(Gb x baca blog ibuayu)
memang tabik spring
sanggup berfikir diluar kotak pemikiran
sesuatu yang kalau kita insan2 biasa ni
mesti kata tak boleh 
tapi pada beliau apa pun mesti boleh
dah dia pesan
jangan Cakap Cikgu Banyak kerja ya

Alhamdulilah...









Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015