Saturday, August 29, 2009

Hari kemerdekaan

Untuk 2 atau tiga hari ni ibuayu nak balik kampung.Takut terlambat jadi ibuayu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka.Walaupun tahun ini ramai yang mungkin terlupa akan bulan ni bulan merdeka,tak ramai yang gantung bendera di kedai2,gantung bendera di kereta tapi ibuayu tahu kita semua bangga menjadi anak Malaysia.Semoga perasaan yang kita rasai masih lagi dirasai oleh anak bangsa kita dimasa akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52
Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

Layan ye

Ni yang tadi ibuayu janji nak expose apa yang ibuayu masak pada hari ni..layan ye.

Ayam Percik
Acar darat
Udang Black Peper
Nasi Minyak

Lepas buka ada hidangan lagi...Pizza..kali ini ibuayu Berjaya..Baru sedap..



Friday, August 28, 2009

Seronoknya............

Seronoknya cuti sekolah dalam bulan puasa ni.


* Sampai tak tahu nak buat apa..asyik bersantai je.

* Macam-macam rasa nak masak.(mood rajin)

Masa tulis entri ni baru pukul 4.30 pm tapi ibuayu dah siap masak (Nak tahu apa tunggu entri selepas ini) ...So nilah masanya gi menyinggah rumah kawan2..cari resepi untuk esok.

Tapi ada cerita gak yang tak seronok.
"
"
"
"
Kami tak sempat nak bangun sahur.Rasanya dua handphone telah disetkan waktunya tapi tak tahulah kenapa kami tak dengar .Sedar2 dah pukul 6.10 am.Kami takpelah tapi fauzan aduhhhh...janganlah tak sedar lagi dilain kali..

Bab makan

Orang beli BM ibuayu pun beli padahal ibuayu bukan pandai masak pun.Orang yang jual tu buat macam senang je..tu yang beli..Beli secara kutu tu yang ok je.Dah berapa kali buat belum puas hati sebabnya macam tak jadi sangat.Sampai la ni tak jumpa tepung roti kat melaka sampai la ni.Masih menggunakan tepung gandum..cita-cita nak buat pizza akhirnya tercapai..tapi cheese tu macam salah je..yang penting habis............

Dah berapa hari fauzan asyik merengek nak gi bazar ramadhan.tapi kat sini asyik hujan je.So petang tadi hujan2 pun kami berdua redah jelah..Ibuayu memang tak bawa dompet.kat kocek seluar ada RM 34 je..So hasil penjelajahan tu ibuayu berjaya belanja RM11 je....Berjaya kawal nafsu


Kat bawah ni Me Bandung hasil masakan ayahnas untuk kami sekeluarga berbuka .Sedap.........

Wednesday, August 26, 2009

Me Goreng Bodoh

Tak tahulah kenapa orang panggil me goreng bodoh.Bila kawan perkenalkan kitaorang gi cuba.Pagi dia dah beroperasi.Kalau sampai tu selalunya kena tunggu dulu sebab kerusi penuh.Duduk pula mana kerusi kosong joint dengan orang lain satu meja.kat sini jangan duduk lama2 dah makan angkat punggung.

Me tu mungkin bodoh tapi orang yang makan taklah sampai jadi bodoh.Kandungan dia cuma me kuning and taugeh (takde ayam,daging dll).Kalau kat rumah masak macam tu mesti tak sedapkan.kat sini rasanya sedap sangatttttttttttttt.

Harganya RM 1.50..dulu RM 1.00 je..Minta je air apa2 semuanya kaw2.

Malam ni lepas terawih ayahnas bawa kami makan me goereng bodoh.(bulan puasa dia buka malam)Samalah waktu pagi diri dulu tunggu kerusi.Bayangkan................................

Me goreng 3
Telur 2
Milo Ais
Teh Ais
Nescafe tarik (gelas Besar)

Semuanya RM 9.90 (murahkan)

Tapi tulah baru balik dari sana rasa macam nak gi makan lagi esok..(sabar ye ayahnas jangan mare).Sorry gambar takde..lain kali ye..

So kalau datang kat melaka singgah kat Tengkera..kata nak makan me goreng bodoh(tak pasti lak taukeh kedai tu tahu tak org panggil me dia me goreng bodoh).

Gunting Rambut

Ini first time faiz gunting rambut di kedai, jadi dah agak mesti dia buat perangai.Pertama dia tak nak orang yang baru kenal.Kedua dia mana nak duduk diam.

Mula-mula tu dia ikut je bila acik tu dah pakai apron muka dia lain macam.Kemana acik tu gerak dia akan ikut dan akhirnya rambutnya berjaya digunting dengan linangan air mata....

Tuesday, August 25, 2009

Menu Berbuka Puasa

Ayam Masak Kari
Roti Jala
Sayur Campur
Sambal Belacan
Air Milo Ais
Air Limau Nipis.
"
"
:
Layan gambar ye...................jangan lupa cium bau





Pukul 7.00 baru sedar nasi belum masak.Nasib baik sempat...

Sakit Hati


Jumaat..pukul 1.22 pm.ibuayu and anak buah beli makan tengah hari (KFC)kat pekan Masjid Tanah.Orang bukan main ramai lagi..mungkin hari terakhir sebelum nak berpuasa.Tapi sakit hati betul tengok ramainya umat lelaki disitu.Ibuayu kat kedai tu sampai pukul 2.00 masih ada lelaki yang tengah berselera makan...Sabar je tengok..

Ahad ..sementara nak tunggu waktu berbuka ayahnas bawa kami ronda pekan Masjid Tanah..sakitnya hati tengok orang Melayu (agama Islam kot) yang membeli nombor 4 angka..Ada satu bapa yang bawa anak sekali(umur lebih kurang 7 tahun)..kebanyakkan orang melayu ni pakai helmet..cover line konon...geramnya...

Isnin..ayahnas telefon BPG untuk mendapatkan surat kebenaran belajar yang telah dipohon tahun lepas...Sebelum ni pegawai BPG tu kata dah hantar JPN...Bila call JPN dia kata takde pun..(berbulan2 berurusan begini)

And semalam terbukti ada sesuatu yang perlu diperbaiki..Pegawai yang menguruskan borang ayahnas sebelum ni (yang kata dah siap tu) telah berpindah and pegawai yang menggantikan mengatakan nama ayahnas tiada dalam senarai di komputer...jalan penyelesaian ayahnas kena isi semula borang tu dari A-Z..

Ini ke jawapannya..kalau lepas ni pegawai tu pulak pindah macamana ye...And bertambah geram tengok ayahnas yang betul2 penyabar ..ibuayu yang rasa hangin satu badan. Terkenang bertapa kelam kabutnya kami untuk memohon kebenaran ni tahun lepas semata2 nak suruh ayahnas dapat temuduga minggu tu jugak tapi semuanya hampa.....

Nasib baik bulan Ramadhan..sabar jelah..

Thursday, August 20, 2009

Aliaku sayang

21 Ogos ni sekiranya alia masih hidup tentunya dia berumur 4 tahun.Macamana keadaan dia ye...

Kalau alia dapat membaca inilah luahan hati ibu yang sentiasa merinduimu sayang..

Alia
Rindu ibu ,ayah ,abang long pada alia tak pernah terhenti,
Jasadmu tiada disisi tapi bayanganmu sentiasa dihati
Kini kau bahagia tempat bersemadi,
Semoga rohmu dicucuri.

Masih hangat lagi kenangan ketika melahirkanmu..jika dapat diulang ingin sahaja ibu memutarkan masa dan meminta agar diri ini dibedah..Kenapalah ibu tidak merasai sakit ketika melahirkanmu..Betapa sakitnya dirimu melawan keadaan ketika itu.Luluh segalanya melihat bayi yang dikandung menjadi sebegitu.. Kekuatan ayah menjadi semangat untuk ibu..Airmata ketika itu menjadi teman yang paling setia.berpantang seorang diri tanpa anak disisi. 41 hari pelbagai dugaan yang dialami.tak tahu dimana datang kekuatan,ketabahan diri melalui segala dugaan yang diberi.

Walaupun pulangmu ke rumah tidak seperti bayi biasa tapi ibu redha dengan dugaanNya.Dari titik itu kehidupan ini agak berubah..Ibu dan ayah semakin merapati diri dengan Allah.Kemana lagi harapan hendak kami serahkan kecuali kepadaNya.Kesetiap tempat kepelusuk negeri jika ada berita tentang perubatan alternatif ke situ akan kami tujui..Wang dan keletihan tidak dikira.Apa yang penting ketika itu ingin menaruh harapan terhadapmu.

Sayangku Alia
Adik tidak pernah menyusahkan ibu.Terlalu senang untuk kami membelamu.Ayah yang mengambil shift waktu malam menjagamu sangat2 membantu ibu.Apa yang tidak sanggup ibu lihat apabila kau menanggung kesakitan yang amat sangat.

Masihku ingat disaat-saat akhir pemergianmu..sungguh ibu tidak sangka nafas mu yang berbunyi itu bermakna kau mahu meninggalkan kami selama-lamanya...Andainya ibu tahu...Maafkan ibu sayang..

Maafkan ibu alia
Jika ketika hayatmu ibu tidak sesempurna mana ketika menjaga dirimu,
Ibu tidak banyak dapat menghabiskan masa disisimu,
Ibu tidak dapat melunaskan tanggungjawab ibu,
Ibu ada mengecilkan hatimu
Ibu ada melakukan pelbagai kesalahan samada ibu sedari atau tidak..
Apa yang ingin diberitahu ibu dan ayah sangat-sangat sayang padamu

Ibu juga amat merindui untuk mencium pipimu..untuk mengucup tapak tangan yang sentiasa kau genggam.

Semoga adik bahagia berada di sana.............Al-Fatihah

Sunday, August 16, 2009

Muar

Sebelum puasa menjelang kami sekeluarga lepas gian jalan-jalan and makan-makan...Sambil tu ayahnas nak beli sesuatu untuk dimasak di bulan puasa and di hari raya...So marilah kita ke Muar...

Bila sampai di Muar frust sangat bila tengok kedai Hj Senan ni tutup..Tapi bila kami perhati balik kedai ni dah terbakar..nasib baik ada nombor telefon dan mereka menyuruh kami pergi ke kedai mara(cawangan Hj Senan)


Bila dah kat kedai tu ayahnas shopping macam tak cukup tangan nak beli..Ibuayu ikut je (bukan ibuayu yang nak masak)Borong perencah soto,me bandung, me rebus and laksa johor.


Jam dah menunjukkan pukul 3.30pm.Perut ni dah berkeroncong.Ayahnas kata dah datang muar ni tak sah tak makan me bandung..takkan beli perencah je..So setelah berkali-kali berpusing2 macam gasing-gasing barulah kami menjumpai Tanjung Emas.(Jalan kena tutup sebab perlumbaan basikal ) Hati sudah panas sebab perut lapar.

Menu pilihan...Me bandung ,asam pedas..ABC..aduh mengancam...Asam pedas sedap ..tapi me bandung ada kurang sikit..(Sebenarnya di Melaka ni ada satu kedai me bandung yang sedap iaitu kedai Pak Omar terletak di Durian Tunggal Melaka..berdepan dengan Balai Polis..First class punya).

Sebelum balik jangan lupa Pau Muar

Saturday, August 15, 2009

Keturunan siapa?

Kalau bercerita bab perangai fauzan yg negatif ayahnas selalu kata tu keturunan ibulah tu (maksudnya perangai ibu mcm tu..ni tak melibatkan nenek moyang)tapi satu hari tu ibuayu dapat mengambil gambar candid untuk menunjukkan yang fauzan tu banyak juga ikut keturunan ayahnas..keh3.

"
"
"
"
"
"
"
"



Ayahnas habit dia kalau tido mesti tutup muka..tak kiralah dengan bantal atau kain..and nampaknya si fauzan dah mula ikut habit tu...

Yang ni lak selitan aksi faiz yang semakin sibuk bekerja.

Wednesday, August 12, 2009

Reading Lists Hilang

TOLONG MACAMANA NAK BUAT.READING LISTS HILANG LAK...MACAMANA NI..FRUSTNYA.IBUAYU SELALU GUNAKANNYA BILA NAK TENGOK MANA2 BLOG YANG DAH UPDATES..TENSIONNNYA..TOLONG YE BGTAU.

Tuesday, August 11, 2009

Aku kecewa

Selama ibuayu berblog ni ibuayu tak pernah masuk apa-apa pertandingan dari blog-blog lain..tapi minggu lepas ibuayu teringin nak mencuba nasib masuk pertandingan ini.


Label Big Eyes Shop......ada siapa-siapa yang rajin nak mengira ...kalau tepat atau hampir-hampir tepat.....hadiah pencil case menanti anda.
(Tarikh tutup sehingga 9 Ogos 2009)

Setelah membuat tambah ,tolak,darab bahagi ibuayu menjangkakannya sebanyak 455...Jadi apabila keputusan keluar jawapannya ialah......dan nama pemenangnya ialah Ayu..jadi dengan terperasan sekejap terlupa nama kita ni ibuayu...keh3 ibuayu kalah..kecewanya...tak dapatlah nak menayang pencil box tu kat kawan-kawan sekolah..keh3 Untuk kak saahirsi.blogspot.com hadiah tempat kedua terhampir tak de ke

Saturday, August 8, 2009

Minggu Rajin

Minggu ni ibuayu masih lagi mengganti puasa...ialah takut tak sempat..nak ganti sampai 23 hari(tahun lepas bersalin time puasa).Alhamdulillah tinggal 3 hari lagi...so nak jd cerita ayahnas pun tahun ni rajin nak puasa masa nisfu syaaban..so ibuayu pun minta le dia masak nasi lemak halba..and ayam goreng berempah(ambil resepi dari blog org lain tak ingat lak mana ye)...and hari ni ibuayu nak balas dendam masak petai....(hari sekolah tak makan petai nanti anak murid tak boleh belajar keh3)

Ayam goreng berempah




Monday, August 3, 2009

Birthday Danish

Pada mulanya ibuayu takde plan langsung nak gi Kajang hari ni.Tapi sebab nek kiah beria-beria suruh datang and minyak kami disponsor oleh mak long so ayahnas yang telah digoda manja oleh ibuayu pun bersetuju..

So dapatlah kami bersama-sama meraikan majlis hari lahir Danish yang ke 5...Disebabkan birthday boy buat hal so acara pertama Makan dulu...dah kenyang baru potong kek sambil diringi petikan piano oleh ayahnas(tunjuk skill le)Akhir sekali acara magic show oleh kak ngah...






Faiz dan Hana



Di entry ni juga ibuayu nak ucapkan ribuan terima kasih pada noina ....(kenapa ye..biarlah rahsia hanya kami yang tahu .akak berjaya ina keh3)
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015