Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, January 9, 2012

bILA sUAMI iSTERI gURU

Semangat buka sekolah ni

ialah murid-murid seronok dengan barang baru buku baru


kami yang cikgu pun seronok jugak dengan buku mengajar baru


disebabkan ada 2 orang guru dirumah ini apa yang isteri ada suami mesti ada sama

ini 2 batang pen merah
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu


ini buku untuk catat minit masa meeting
buku ni buat sendiri
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu



ni buku rancangan mengajar
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu

WAJIB tulis hari-hari
jarang bawa balik rumah sebab dah tulis siap2 kat sekolah
takut jugak tertukar ya....keh3


 yang ni visi and misi sekolahyang harus ditampal..
ibuayu and ayahnas sekolah berlainan
satu cikgu nas punya satu cikgu ayu punya




rasanya yang mana satu cikgu nas punya
yang mana satu cikgu ayu punya


'
"
"
"
"

inilah cikgu nas punya
dalam hati ada taman
keh3
yang ni cikgu nas buat sendiri 



tapi bag sekolah untuk cikgu ayu belum ada lagi

belum jumpa yang berkenanlah
tunggu cuti raya cina ni baru carilah

Tuesday, May 10, 2011

Persaraan Pn. Hjh Norliah

etelah berkhidmat hampir  36 tahun
tibalah waktubya insan ini mengundurkan diri dari bidang pendidikan
Sesungguhnya persaraan kak Norliah dipandang tinggi..

Insan yang pernah mengajar sekolah menengah
pernah mengajar Tahun 6 berbelas tahun
Memegang ketua panitia...
Insan yang bermotivasi tinggi
Insan yang menjaga budi bicara
Insan yang prihatin...

Sesungguhnya insan ini bertuah dikelilingi anak tersayang dan berjaya
Harapnya kak norliah melalui dunia persaraan ini dengan gembira

Kadang-kadang terbayang jugak bagaimana pengakhiran ibuayu dalam bidang pendidikan ini
Apa yang diharapkan..

semoga mendapat kesihatan yang baik

dapat mengajar dan mendidik anak2 murid hingga ke akhir perkhidmatan


Tak tahu kenapa sehingga kini apabila memandangkan gambar persaraan Di FB hati ini masih disagut sayu..

Sambal Bali akak tetap dalam ingatan....

backdrop yang sangat cantik
hasil seni kak kiah
ada pelamin
bunga telur
bagai pengantin
"


paluan kompang cd
bunga manggar
flower girl



insan yang diraikan





yang tengah wakil PPD

 anak-anak yang sudi hadir

 


 perarakan keluar

Saturday, March 26, 2011

Terasa letih terlampau

Sepanjang minggu ini 3 hari berturut2 ibuayu 
melepak bersukaria dan berjoli 
di Stadium Hang Jebat
kerana membawa pelajar untuk Olahraga Kawasan ...

kenapa kata begitu..
ialah kadang2 nama je sesama cikgu diaorang ingat gi bawa budak olahraga ni
sesuka kita je ke kat sana..
hakikatnya
bukan senang nak jaga budak sukan ni ..aktif semacam tak duduk diam


lepas tu ingat sekolah bagi duit minyak dulu ke

tak de..guna duit sendiri
dari sekolah ke stadium dalam 30 km..kira sendirilah berapa duit minyak pergi balik 3 hari tu...


makanan tengahari cikgu sama seperti apa yang budak makan..
bukannya dapat gi makan kat Tesco ke Jusco ke walaupun dekat
ialah kena jaga budak takkan nak tinggalkan diaorang terkontang kanting


kereta cikgu pun macam kereta kebajikan..dengan pasir,dengan bauan..langsung rasa tak kisah
yang penting nak kan kemenangan...

rumah cikgu...
tak payah katalah
kalau dah sampai rumah hampir 8 malam nak kemas apa
badan dah letih...
makan pun beli...
anak kecil pun org tolong jgkan sampai malam...
esok pagi2 nak bertolak semula
kalau terlambat nanti budak yang tak boleh masuk acara


benda di atas ni bukan terjadi pada ibuayu 
ia pada orang lain
tapi rasanya sapa yang memang melaluinya mesti terasa
tapi tak nafi juga ada antaranya tak berapa suka bawa budak sana sini..
ialah nanti kotor kereta..rosak absober..




ialah bagi yang membawanya biarlah apa orang lain kata
yang penting kita IKHLAS dengan kerja kita......

Thursday, July 22, 2010

Kaya kamera

Hari ini betul-betul kaya kamera
mana taknya hari ni sekolah ibuayu sibuk sebagai
tuan rumah public speaking..
takut nanati ada gangguan teknikal dgn kamera ibuayu
so pesan kat member tolong bawa kamera
Satu kamera sekolah,satu lagi kamera kak ina and satu lagi ibuayu punya
"
"


tapi baru perasan semuanya jenama sama
...
dah ckp dgn GPK belilah DSLR ke..br gambar cantik
kalau sekolah beli merasa gak ibuayu nak pakai
ialah nama kita takde jawatan lain..
fotograper je kat sekolah tu...
tapi memang suka pun..
masa mengandung je minta org lain ganti
ialah perut boyot2 takkan nak gi depan pentas ambil gmbr
nanti org lain tak tengok sesiapa tgk ibuayu je..
keh3

Friday, February 5, 2010

Esok Sekolah...

Faiz sekali lagi kena selsema and batuk..
Tunggu ayahnas balik terus nak gi klinik..
Tiap2 bulan faiz mesti nak dating dengan doktor...
lepas tu terus balik rumah nek kiah...

Sebabnya
Esok sekolah ganti..
takde sapa nak jaga faiz....
Ciannya faiz...
Ibuayu kena gi sekolah dari rumah nek kiah..
Ayahnas??? dia tak de sekolah ganti tapi kena gi sekolah gak..
sebab ada kelas tamahan..ialah ajar darjah 6 kenalah berkorban....

Rasanya 2 hari tak dapat nak bertenet..
macamni rasa nak guna broadband lak...
Ada cadangan?????

Thursday, January 14, 2010

Bila M melanda..

MALAS

Bukan malas nak buat entri jauh sekali malas nak terjah blog rakan2..tapi malas nak...buat kerja sekolah....

Bila Faiz dah tidur lebih kurang pukul 9.00 mlm..bersemangatlah kononnya nak siapkan kerja sekolah
"
"
Mula-mula tu on laptop
lepas tu buka blog..terus terjah blog rakan-rakan
(ni je makan masa 1-1 jam setengah)

lepas tu buka Facebook
(kalau ada geng nak cit chat makan masa 1 jam lebih)
"
"

lepas tu mata dah ngantuk....
so

bila masa nak buat kerja sekolah...

tunggulah esok malam pula..macam tulah seminggu ni..
Harap-harap sabtu dan Ahad ni dapat selesaikan segala kerja sekolah

Saturday, December 12, 2009

Siapa kata..

Siapa kata kerja cikgu tu senang

* kerja sekerat hari
* balik dah boleh relaks
* budak cuti cikgu cuti
* cikgu ni..cikgu tu..

Tapi bukan nak megah diri kata ibuayu ni rajin tapi ni lah hakikatnya:

dah berapa malam tidur lewat sebab nak proses buku perpustakaan.(buku ni sumbangan RHB dan diberi seminggu sebelum cuti sekolah)


Dari rumah nek kiah balik ke Masjid tanah buku ni diangkut ke sana sini. Ni baru sebahagian.Sebahagian lagi dah serah pada cikgu azlina untuk disampul(nasib baik ada kawan2 rajin)keh3...

* Minggu depan nak gotong royong PSS ( baru siap renovation)
* Minggu sebelum buka sekolah meeting..siapkan jadual waktu..


Cikgu NAs..
dARI awal cuti hingga kini belum dapat lagi berehat

* sibuk dengan pemilihan MSKPP
* Kursus 7 hari di FAM
* Seminggu ni pemilihan budak akademik..
* minggu depan and hingga buka sekolah training budak akademik setiap petang...

Nama je cuti ...tapi amanah,tugasan yang diberi tanpa mengira penat dan kewangan yang dikeluarkan tetap cuba dilaksanakan sebaik mungkin....

Nasib baik 20 /12 ni dah plan nak jalan..kalau tak dah tentu ayahnas hilang ikut team MSKPP gi Lawan bola kat Sabah...

Ini baru cerita ibuayu yang suami isteri guru...rakan-rakan guru yang lain tu pun situasi nya tetap sama.. betulkan mak uda and pak uda.
Ada tu hari2 gi sekolah..walaupun cuti sekolah..keh3
Jadi buat semua yang selama ini memandang tugas enteng kerjaya guru fikir2kanlah
Jangan pandang luaran sahaja..guru dulu berbeza dari tugasan dengan guru sekarang.tapi matlamat tetap sama..nak anak didiknya pandai dan berguna..AMIN

Tuesday, November 17, 2009

Folio

Ini bukan asigment ibuayu yang kena hantar hari Ahad ni..tapi nilah folio pelajar calon tokoh pembaca 2009 yang nak gi interview..keh..kalau geng oum baca mesti jeles ingatkan ibuayu dah siap asgmnt...Aduh...bila nak siap asgmnt ni......
inilah calonnya
keputusan interview belum tahu lagi.

Wednesday, October 28, 2009

Hari Kantin

Semalam sibuk berniaga kat sekolah.Cikgu kan serba boleh.So aktiviti Hari kantin berjaya berlangsung dengan meriahnya.Ibuayu and the gang (kak ina and fizan ) berniaga gorengan.laku tak payah cakap sampai kami pun tak dapat makan jualan kami.Ayam goreng berempah mendapat permintaan yang cukup tinggi.

ni ketua kami


cantik posing

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015