Wednesday, September 30, 2015

Tak Menyesal makan di pisang goreng Mawar JB


NASI AMBENG
PROMO MAKANAN JOHOR


Lepas check out bilik
terus tuju sini
PISANG GORENG MAWAR
memang dah google tempat ni
macam tmpt hotlah
terus masuk senarai nak gi
diorg cakap ramai org apa semua

buka pkl 11
so kami sampai situ dlm pkl 11 lebih
so org belum ramai
lepas tu gi hr bekerja
oklah sangat kan

bila gi bahagian depan dia
sangat2 teruja
nasi ambeng ada..me siam ..me goreng
nasi lemak udang..laksa
kuih muih talam kuih keria
memang happeninglah

x menyesal x amik breakfast kat hotel

Lokasi kedainya
bersebelahan dengan HOTEL THiSTLe
berhadapan dengan dengan Dataran Bandaraya


me goreng pun sedap
lagi satu me siam
tp x sempat nak snap
memang sedap




pisang gorengnya
ranggup
kuah cicah pun sedap


dan makanan yg ibuayu tak sangka ada
ialah laksa Johor
laksa yang paling sedap pernah ibuayu rasa
satu bekas rm6



sebelum balik beli lagi sebungkus laksa ni
sampai rmh masuk peti ais
malam baru makan
alhamdulilah x basi pun
masih sedap sangat

lepas ni JB dah boleh masuk senarai tempat
untuk jalan2 cari makan

Friday, September 25, 2015

KSL CITY HOTEL & RESORT JB

Ibuayu kalau nak gi bercuti
and nak cari hotel
suka google dulu
kat mana2 blog
cari review tentang hotel kat sesuatu negeri

and kalau duk hotel tu
benda yang selalu utamakan
nak duk bilik lagi lama dari duk luar
or 
duk kat luar lagi lama dr bilik
maksudnya
kalau gi tempat tu 
memang jejalan keluar 
duk bilik sekadar nak tidur je
ibuayu selalunya cr bilik murah2

tapi kalau nak gi tu santai2
makanya 
tak gak cr hotel yang mahal
tapi hotel yang selesa
and tentulah ada swimming pool

so bila ada kesempatan 2 hari
naksantai2 gi JB
cari2 entri
tiba2 berkenan satu hotel ni

Hotel yang ada shopping kompleks
lepas tu swimming pool dia memang dahsyat

dahsyat puji melambung
kalau HOTEL KSL baca
bolehlah bagi saya free stay kat sana next time ya

ibuayu booking kat www.booking.com je
senang sangat
rate bilik yang ibuayu dapat rm198
takde breakfast
bilik jenis apartment (studio)

tapi masa nak daftar bilik kena tengok ya
masa ibuayu gi tu pening jap
sampai2 terus gi kat lobby
lepas tu bagi kertas booking tu
kemudian diorg kata ibuayu book apartment 
so kena gi lobby kat bangunan 1 lagi
masa nak gi bangunan sebelah ni
kami tersilap masuk parking
termasuk kat lot parking utk shopping
so mengagau
pergi semula ke lobby hotel
terus diaorg bawa ibuayu lalu masuk ke shopping kompleks
gi kat lobby sebelah

parking kereta jangan risau PERCUMA
lot parking pun banyak
dan salah satu yang best hotel ni
swimming pool dia
Dinasour tu
utk yg stay kat hotel ni PERCUMA
tak kira berapa bilangan orang dalam sebilik
tapi untuk org luar kena bayarlah

tapi komen ibuayu 
kalu duk hotel memang berbaloi mandi situ
tapi kalau datang semata2 nak gi Dinasour park tu
agak membazir lah

tang bilik dia memang bersih and selesa
studio tu boleh sumbat ramai gaklah
sebab ada hall
boleh masak 
and yg best ada bath tub
ada ricecooker
so next time ada rezeki boleh duk sini lagi






Wednesday, September 23, 2015

Asam Pedas Telur Ikan Pasar Borong Melaka

Melaka dan asam pedas tak dapat dipisahkan
Dan sesiapa mai melaka tak pekena asam pedas memang rugilah

Kalau teringin nak makan waktu malam memang banyak kedai gak yg menjual asam pedas ni

Sebelum ni ibuayu ada post pasal asam pedas kat Pantai Puteri

Yang ni asam pedas kat pasar borong
Cari je guna waze mana pasar borong
Bila sampai situ boleh nampak berderet kedai tepi pasar  borong tu
Pilihlah mana nak makan
Ibuayu selalu gi yg depan sekali
Kat situ ada roti canai
Makan roti canai cicah asam pedas
Sangat2 marbeles

Ikan lak macam2 ikan
Pari kembung tenggiri jenahak and telur ikan

Hari tu ibuayu gi amik nasi set asam pedas telur ikan
Makan panas2
Lepas tu orderlak air mata kucing
Memang tak kecewalah
So nak datang melaka bolehlah singgah sana ya



Tuesday, September 22, 2015

Bahayanya kaki bodek kaki kipas kaki ampu dan talam 2 muka

Apa perasaan orang yang jenis kaki ampu ni ya
Kaki bodek
Kaki kipas
Mengipas lak jenis air cond
Sebenarnya orang ni memang xde perasaan


Kalau dia buat untuk kepentingan diri sendiri je takpe
Tapi suka menjatuhkan orang lain
Suka nak kondem org depan bos
Biar di mata bos dialah sorang yang terbaik
Dialah sorang yang buat kerja
Dialah sorang yang tahu segala

Dan yang  paling dahsyat dahlah kuat mengipas
Jenis talam dua muka
Umpama dinding2 yang berbunyi
Suka melaga2kan orang
Gaya cakap macam nak menolong
Rupanya dibelakang mengutuk orang yang ditolong

Biarlah kita jadi diri kita sendiri
Biarlah kita x dpt apa2
Tapi jangan suka lihat orang lain tersungkur di depan mata...

Bila kita tahu siapa kita
Walau kerja dibuat x dibisingkan sedunia
Kita ramai teman dari kita ramai lawan






Perkara yang paling best kalau stress apa ya

Mestilah shopping  ...hehe

Thursday, September 17, 2015

Fettucini Carbonara versi Melayu

Lama betul tak pekena carbonara
dan biasanya bahan utama soso carbonara and ayam
tapi sebab ayam takde dalam stok
so gunalah sosej sebagai menu utama

cara memasak sangat senang

tumis bawang holand yang telah dipotong dadu
kemudia masukkan sosej
masukkan sos
letak garam
dah siap
rebus fettucini sampai masak

dah siap
boleh hidangkan
tapi sebab nak rasa pedas
ibuayu hiris2 cili padi
lagi meletop2 rasanya

sambil tengok tv petang2
tak sedar dah makan 2 mangkuk
hahahhaa

malam tu 
ayahnas and fauzan lak makan
ibuayu dalam bilik
dah sudah tu ayahnas komen
asal kuah sikit sangat
alamak ai
diam jelah
padahal bini dia dah telan 2 mangkok
and kuah tu ibuayu suka buat pekat2
kalau cair tak umpphhh


Wednesday, September 16, 2015

Faiz ke Kidzania

Tahun lepas masa cuti Melaka Bandaraya Bersejarah
Kami sekeluarga gi Kidzania
nak memenuhi impian faizlah
lepas tu idaklah nak gi lagi
sebab faiz je yg buat
kami melangguk
so agak membazir di situ
hahaha

So bila member offer ada tempat kosong
suruhlah faiz join lawatan budak pra
kiranya ni first time faiz naik bas tanpa ibuayu

rupanya budak sorang ni 
betul2 anak mum
semua benda dia x nak buat
takutlah
itulah inilah
kena paksa baru nak buat

nasib ada kekawan  sudi layan dia

gambar yg member send bonyok2 muka faiz
aduhai anak mum ni
bilalah nak berani ni nak









Tuesday, September 15, 2015

5 Negeri Cuti Jerebu

Bangun pukul 3 pagi ni
terbaca macam2 post kat FB and whatsapp
5 Negeri Cuti
Tapi murid2 sekolah je
Cikgu2 kena sekolah seperti biasa ya
takpelah
yg penting anak2
semalam kat sekolah
masa mengajar 2-3 orang mengadu
ening and nak muntah
so dpt cuti sehari disambung
Cuti Hari Malaysia
dapatlah anak2 murid berehat dirumah


Sunday, September 13, 2015

Feeling Wartawan

Hari Sabtu hari tu 
sekolah ibuayu buat Gotong Royong Perdana

Sekolah bergabung dengan agensi luar
ibuayu kena jadi perakam
tukang amik gambarlah
selalu kalau perakam berdua
hr tu kena buat sorang

memang terkejar2 sikit
ialah yang datang tu dari pelbagai agensi
pantas betul diorang buat kerja
baru tengah tangkap gambar 
jentolak tumbangkan tempat buang sampah
yang kat tepi padang lak askar dah 
tumbangkan pokok kayu manis
yang kat atas AJ memasak tengah masak
yang kat laluan sekolah
kekawan tengah cat pasu

first time rasa terkejar sana sini
penat tapi seronok 
terasa macam wartawan mengejar cerita
bila tengah amik gambar lain
tiba2 ada bab cerita penting tak sempat snap
frustnya

dan bila kita tukang ambik gambar
jangan haraplah gambar kita ada
so hp standby untuk selfie sendiri




Wednesday, September 9, 2015

Birthday Faiz ke 7...

9-9-2008

sekejap je faiz dah 7 tahun
anak yg sangat manja
suka buat gedek2
along panggil ibu
dia panggil mum
entah knp dr kecik tu yg dipanggilnya ibuayu

berterus terang x suka bahasa inggeris
mentang2 awak tu anak cikgu bahasa melayu

x berapa suka makan ayam
tapi suka sangat makan ikan
lagi2 ikan siakap
sepinggan nasi penuh boleh abis

sangat2 hantu makan ais krim
pengemar baskin robbins
tapi harga mahal so kena kawal

seorang yg sangat gembeng
murah air mata
pantang kita naik suara
so akhirnya x jadi ibuayu nak marah

faiz..faiz
memang kehadiran menggantikan kesedihan di hati kami
alhamdulilah 
Allah kurniakan kami dengan anak yg mudah mendengar kata
terang hatinya
semoga faiz menjadi anak yang soleh
yang menyenangkan hati ayah and ibu

so birthday faiz hari ni sambut di sekolah
potong kek dengan kawan2
nyanyi ramai2
seronok sangat dengan classmate dia
sangat2 sporting

alhamdulilah ..ringkas tp sangat mengembirakan hati ibu...







Tuesday, September 8, 2015

Beratur setengah jam semata2 beli kuih keria



hari Ahad tu ada hal
power bank ayahnas rosak
so kena baiki
balik dr situ 
tekak ibuayu teringin makan kuh keria
mula2 tgk org beratur panjang
turunlah gak
ialah ramai nak membeli
sekalinya 
org beratur sebab dulang kuih keria dah abis
kena tunggu keluar dr dapur
dlm 20 minit gak ibuayu tunggu
keluarkan 2 dulang kuih
tapi gerak kedepan ikit je
rupanya  selain dr yg beratur 
dah berderet org yg order
so lepas 2 dulang tu akak tu un cakap
kalau nak kuih keria tunggu setengah jam lagi ya
aduhai
ibuayu pun x paham
sepatutnya dah tahu hr ahad
buatlah stok lebih2
dah patut agak dah pelanggan yang akan datang

so apa ibuayu buat bila tahu kena tungga setengah jam





idaklah ibuayu nak menunggu
terus gi beli kuih getuk
kalau nak beli selain dr kuih keria memang x payah beratur ya
moral of the story
kalau dah tahu diri tu org melaka
tok sahlah sibuk2 gi tempat glemer hujung minggu
haahhahhaha
bila cerita kat ayahnas
rasa sayu je x dpt makan 
nasib tak mengandung

Tuesday, September 1, 2015

Gimik Kemerdekaan 58

28hb Ogos 
sekolah ibuayu buat ambang kemerdekaan
kali ni jadi ajk gimik
member plan so ibuayu follow je
tempah kek bendera malaysia dgn jiran sebelah ni

lepas tu siapkan murid pra yg masuk pakaian beragam sebelum ni
then cari anak2 murid and staf yg masuk
hari lahir pd 31 Ogos ni







so dengan iringan koir
Allah selamatkan kamu
mereka2 ini diarak ke depan perhimpunan
kemudian memotong
alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015