Friday, January 31, 2014

Kelas Taekwando Faiz

Masa fauzan kecil2 dlm 6 tahun
Kita tanya nak masuk kelas taekwando
Semua dia x nak

Time faiz ni 
Bila tanya semua nak
Kelas mewarna nak
Kelas muzik nak
Ibunya je tak cukup masa nak menghantar

So 
Ahad lepas gi daftar faiz kelas taekwando
Mula2 dia tak nak
Malu2 kucing
Bila kemudiannya pujuk
Baru dia ok nk join
Kat kelas tu ada.kawan dia
Tu yg dia ok

Lepas ni hr ahad ibuayu penuhlah
Aktiviti anak2




Wednesday, January 29, 2014

Deco bilik tidur 2F

Tak ingat lak
Pernah post tak pasal bilik Tidur bujang
Yg dah berubah ni
Dulu letak katil queen
Dan katil tu dah tak elok

Atuk mail siap bagi duit suruh beli 
Katil baru
Sayang kat cuculah tu

So bila dah ada belilah cadar yg sama lak
Tapi tak tahan pulak
Ialah harga boleh tahan murah
Hehe

Lepas tu terpandang kat FB ni ada jual cadar single
Harga yg ditawarkan pun berbaloilah

So terus order
Beberapa hr lepas tu terus dapat
 excited lak 
Rasanya

Mak yg terlebih suka dr anak
Balik seklh
Terus masuk mesin basuh kemudian jemur
Petang tu angkat
Terus sarung
Hahaa gelojoh
Tapi faiz lah paling suka
Dengan cadar baru dia

Siapa.berminat blh gi
Fb koleksi azizah


JDt  vs harimau malaya


Monday, January 27, 2014

ke BTPNM dan JPM

Kalau hr Isnin sebenarnya
Malas nak ke mana2
Ialah hr pertama masuk kerja
Penat semacam
Mcm tu gak kalau ada meeting hr isnin
Lemah sikitlah

So lepas seklh ayahnas yg drive
Terus gi BTP dulu
Tujuan ke sini
Nak hantar borang instrumen  PSs
Dah hari ni hari terakhir
Suka mcam tu kan 
Lepas tu gi JPN lak

Nak beli buku NiLam

Ibuayu gi beli dulu
Lepas tu nak angkat
Baru panggil ayahnas

Itu yg untung bawa en suami

Lepas tu terus balik ambil fauzan 
Ngam2 sampai wkt dia balik

Sampai rmh boleh lak dia kata lapar
Disebabkan ibu mithali
Terus gorengkan me
Padahal badan dah mintak katil ni
Mlm ni ada operasi lain lak
Nak hantar pisau yg dipesan

Penuh isnin ku ini
Tapi yg happy kerja yg dihutang sikit lagi nak selesai



Friday, January 24, 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah

Alhamdulilah apa yg dirancang 
Berjalan dengan lancar
Hari ni sekolah ibuayu
Buat sambutan maulidur rasul

Biasanya setiap tahun kami berarak dulu
Kemudian baru ceramah
Tapi tahun ni 
Tukar sikit
Ceramah dulu
Oleh
Datuk SHamsul Najmi
Kemudian baru berarak



Monday, January 20, 2014

Celebrate birthday BFF di Nasi Arab Damsyik

Sabtu lepas bff yati nak belanja 
Kami geng bff dia and suami

Harijadi dia
Dia yg belanja kami hehe
Syukran ya zilan hehehe

Kami gi lepas zohor
Memang kosongkan perut betul2
Ni kali ke dua mai sini
Makan Di nasi arab damsyik senawang

Alhamdulilah
Kenyang sangat
Tercapai hajat nak makan sama2 di sini

Hadiah belum cari lagi
Tunggu diorg free 
Nak beli sama2

Tq yati
Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki






Sunday, January 19, 2014

sambungan kisah short vacation

Ingat nak taip kat komp
Sebab gambar kat DSLR lawa2lah sikit
Tapi asyik bertangguh je
So guna hp
Gambar pun apa yg adalah ya

Kami bertolak dr rumah hr sabtu jam 3 pagi

Ibuayu pun sepanjang ayahnas drive memang x tido
Cian kat suami
Anak2 taknpyh ceritalah
Memang dah kami bentangkan toto
Kat tempat duduk belakang

KAMI sebenarnya nak le cameron
Ibuayu yg teringin sangat
Alhamdulilah suami sgt memahami
Dan kalu ni 
Kami nak ikut simpang pulai
Ni first time ya
Selalu ikut tapah

Jalan dr simpang pulai ninok sikit dr tapah
Tapi sebab jaraknya terasa jauh
Ayahnas kata balik kita lalu tapah

So kami tiba simpang pulai dlm 7 lebih
Breakfast then br naik
Tempat yg memang teringin nak dituju
Taman Lavender
Sapa belum pergi bolehlah naik sini
Kena tiket masuk ya
Dewasa rm 5
Kanak2 rm 3

Kiranya oklah dengan persekitaran yg sesuai
Dan cantik utk bergambar
Lepas tamna lavender
Terus gi kea farm
Kemudian gi kg sedia
Kemudian terus balik melaka
Kami bertolak dr cameron 
Dlm pkl 12 lebih

Ini pun dah rasa puas hati sesangat
Bila nak naik tu memang rasa malas nak dtg
Jalan jauh
Tapi bila dah balik rmh 
Rindunya nak mai cameron

Dan kami sampai kat rmh dlm pkl 5 lebih

Sekejap je kan
Kami ni ok je jalan mcm ni

Nak kata penat memang penat
Tapi bila dah suka hilang segala penat







Friday, January 17, 2014

Hadiah Hari Lahir

Cerita lama 
tak sempat nak tulis entri

masa hari lahir tu 
kami gi Kampung Jawa
sebab kat situ hadiah yang di cari agak murah 
harganya

mula2nya ibuayu nak hadiah lain
nak beli kamera segera tu

tapi bila fikir2 DSLR pun jarang guna
so tukar permintaan

ayahnas jenis ta kisah
kalau kita suruh dia beli sendiri 
tu baru dia kisah
dia lebih suka kita kata apa yang kita nak
bab duit bayar duit dialah kan

so ibuayu memang tak pernah beli jam
sejak dapat jam tangan hadiah cemerlang 2001
lama kan
sejak itu jam tangan itu je yg ibuayu pakai

sampai tahun lepas jam tu rosak
entah kenapa malas nak pakai
so malas nak betulkan
ada org benda wajib pakai kan

tapi untuk ibuayu sejak ada hp di tangan
itulah jam ibuayu

so alhamdulilah
jam yang berkenan dapat di tangkap
rasanya kalau gi butik harga memang lebih mahal
percent pun x banyak dapat

so senyum memanjang je lah

thaks abang
I LUV U
bukan harga jadi ukuran
walau itu satu keutamaan

hahahahaa

tayang sikit untuk kenangan blog ni
takde niat nak menunjuk tau
ini bukan jam tangan mahal2 pun




Wednesday, January 15, 2014

Bila fikiran kucar kacir

Bila Selasa cuti
Masuk hari Rabu
Semangat mengajar berkobar2

Walau dah tahu hr ni busy
Dengan macam 2 perkara nak buat

Pagi ni nak buat sesi bergmbr kad pintar tahun1
Nak siapkan senarai nama murid baru
Nak collect duit kat staf yg dah terima kad
Senang dah terus bayar pd syarikat tu

Petang nak gantikan GPK gi taklimat IQPSS

So  pagi2 tu
Memang dah set  kat kepala
Masa pertama ajar muzik

Masuk je kelas mengajar lah
Ni kelas last
Suruh salin lagu
Adalah 3 org tak bawa buat tulis
Mula2 marah2 tapi kesian gak
Ibuayu berilah kertas supaya diaorg salin

Abis kelas tu free  1 masa
X sempat nak makan
Settelkan lagi pasal senarai buat kad tu

Org tu janji nak dtg pkl 9

So abis masa free gi kelas tahun 4
Tengok kelas kucar kacir sikit
Marahlah dulu suruh kemas kelas

Lepas tu tanya pula
Sebelum masa cikgu ni masa sapa
Bising semacam je

Diorg kata mula2 PJ 
Lepas tu x de cikgu
Hah x de cikgu 
Subject apa
Ada yg bawa jadual terus kata BM

Wah angin gak ibuayu suka2
Kata kita

Sekalinya
Bila tengok jadual 
Memang masa ibuayu
Tersalah tengok jadual kat lesson plan
Ingatkan hr selasa
So burn  1 masa tinggal setengah jam je lagi


Lepas tu kelas muzik yg masa pertama tu
Bukan kelas ibuayu 
Masa sapa lak tu
Mana cikgunya x masuk


Huhuhu rasa bersalah kat anak2 murid ni
Terus ingatkan  ketua darjah
Kalau cikgu lambat tolong panggil

So lepas tu gi makan sebab ada satu kelas lagi
Nanti kalau org kad pintar dah mai x sempat nak datang

Lepas makan terus ajar 1 kelas lagi
Masa tu dah nak pkl 10
Terus sms org kad tu jadi datang ke tak

Ialah nanti murid tahun  1
Dah rehat kucar kacir jadinya...

Terus diorg call ibuayu

Diorg janji 23 bukan hari ni

Aduhai bagai nak ketuk kepala
Macamana lah terlupa
Macamana boleh terfikir hr ni
Padahal dah janji dengan murid2 dah
Pakai lawa2 nak ambil gambar

Huhuhu nak ketawa ada nak nangis pun ada

Kelas pertama yg tersalah masuk tu
Cikgu dia mc
Kalau tak masa tu dah tahu tersalah kelas

Nasib baik x marah sangat masa budak tak bawa buku tulis
Ialah agaknya diorg ikut jadual 
mana ada belajar muzik hr ni

Biasalahkan
Cikgu pun insan biasa
Cikgu pun selalu terlupa

Harap2 janganlah berlaku lagi


Berselfie lah ibuayu petang ni
Gi taklimat
Yang ada tugasan perlu dibuat seterusnya






Tuesday, January 14, 2014

Sarapan pagi di Restoran Kita..

Cerita jalan sambung kemudian ya...

Ni sarapan pagi di hari
Cuti Maulidur Rasul

Lama betul tak singgah sini
Kedai ni kat pekan masjid tanah
Deret bangunan mara
Bangunan lama


Kami memang suka 
Me goreng mamak dia
Kalau makan nasi suka
Hati masak hitam

So hr ni
Order me goreng
Beli juga hati tu 2 keping
Makan dengan roti canai je

Kedai ni kerusi dia pun klasik
Tengok pinggan telur
Kan mcm dulu2






Sunday, January 12, 2014

Cerita panas..short vacation

Baru sampai rumah
Mana tak cerita panas
Short vacation
Memang short rasanya

Dah lama tak bercuti stail macam ni
Bertolak jam 3 pagi dan tiba di rumah jam 5 ptg tarikh yg sama

Kemudian cerita

Yang penting kami happy
Driver pun dah kepenatan 
Sangat tu


Saturday, January 11, 2014

Selamat Hari Lahir Mak

10/1/2014
Hjh Rokiyah Binti Dalip
genap berumur 69 Tahun

alhamdulilah
mak semakin pulih selepas pembedahan injap
November tahun lepas

alhamdulilah
pada tarikh itu juga mak bertemu dengan pakar di IJN
beliau mengatakan mak semakin pulih
ubat cair darah mak telah dihentikan
cuma tekanan darah mak agak rendah

dan in sha Allah
esok lusa
mak akak duduk di rumah ibuayu pula
setelah hampir 4 bulan duduk di Nilai
semoga ibuayu dapat menjaga nek kiah denagn sebaik mungkin
 
apalah harapan seorang anak 
kecuali melihat mak kesayangan semain sihat
dapat melihat mak cergas ke sana dan ke mari
dan dapat merasai masakan ibunya
 
sambal telur mak
kuey tiaw goreng cili padi mak
dan asam pedas mak 
lama tak kami rasai
 
 
in sha Allah
mak semakin kuat
ibuayu pagi2 di sekolah lagi sudah 
telefon mak untuk wish birthday
macam biasalah mesti ada esakan air mata mak
 
petang tu pulak turn cucunya call nenek mereka
dari suara tahu mak gembira
 
 mak berpeluang potong kek di rumah long
kami hanya melihat melalui 
whatsapp yang dihantar
girang hati tengok mak tersenyum gembira
 
 


Thursday, January 9, 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah

Memang ternanti2
Episod pertama tak tengok
Sebab x tahu pun
Episod kedua
Dah separuh 
Tu yg terus terpikat dan tertawan
Memang dlm diari
Dah letak mesti tngok
Bagi ibuayu
Kalau lagi bagi pertandingan mcm ni
Lagi baik
Cara dia dijalankan pun lain dr yang lain

Td dah selesai 4 org PU
Dan disambung dengan Dr Ridhuan
Dia pun tazkirah paling touching

Sedih betul kalau bab ibu kan

Tak kira sapa yg menang
Mereka telah beri yang paling baik

Gambar ni ambil kat FB PU je



Wednesday, January 8, 2014

Tersangat sibuk

Sibuk kalah YB

Biasalah awal2 tahun
Macam2 keja nak buat

Minggu ni meeting
3 hari berturut2 tau

Balik melepek
Tapi dah hr kedua meeting 
Gigih gak lah masuk dapur

Malam tadi teman ayahnas 
Makan me udang
Kat masjid tanah je pun

Dapatlah release sekejap


Saturday, January 4, 2014

Ketagih satay Kajang di Masjid Tanah

Bukan maknya  je suka
anak2 pun semua suka
entah kenapa sekarang ni
bagi kai sate ni lah yang paling sedap
kedai ni memang tulis sate kajang
tapi dijual di masjid tanah
dekat dengan bangunan TNB
bukan jual sate je
mcam2 dia jual
malam ni kami beli sate bungkus bawa balik je
bukan banyak pun
kadang2 20 cucuk
tapi sebab sate ni
semua dah tak suka sate ayam
semua nak sate kambing
tapi bila gak ayam 5 cucuk 


Thursday, January 2, 2014

Beg sekolah cikgu ayu

Tahun lepas
2013
Ibuayu ke sekolah tanpa beg tangan
Buku2 sekolah pun letak kat beg bekas cadar

Hahahaa..dapat bayangkan tak
Duit nak makan kat kantin
Selit kat casing hp je


Setahun gak 
Tak tahulah tahun lepas memang 
Rasa sempoi sgt

Tapi tahun ni rasa lain
Nak glem gi sekolah

Jam tangan dah baru

So kena beli beg tangan
Dan beg sekolah baru

Sebelum ni dah gi jusco
Tapi tak berkenan lak
Ayahnas siap cakap ibuayu cerewet lak
Huhu mana ada

So ajak gi MP je
Alhamdulilah 
Ada yang berkenan
Sedondon pulak tu

Hahahaha
Kena tak dengan tema glem

Brand biasa je
Dua ni x sampai rm 200

Dan yg penting
Duit ni hasil dapat claim perjalanan
Masa kursus kat BP

So nampaklah barangnya






Back to school

Dari kecik sampai ke besar
Mak bapak sekolah tak sudah2
Walau dua anak bersekolah
Tapi beli barang untuk 4 org
Anak beli barang tulis
Mak pak pun sama
Anak beli beg
Maknya pun sama hehe
Anak excited gi sekolah hari pertama
Mak paknya
Hahahaaaaa
Semangatlah juga

Kebetulan pula
Hari pertama
Si suami isteri pakai sedondon
Si abang x sempat nak snap
Si faiz kena ambil gmbr
Mcm tak rela je



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015