Wednesday, December 30, 2009

2010 menjelma

Masa berlalu begitu pantas sekejap je 2010 pula akan menjengah..

Rasanya masih banyak perkara yang masih belum tertunai..
Jadi untuk tahun hadapan ...

* ibuayu mendoakan agar diri dan keluarga diberi kesihatan yang baik.
*Menjadi isteri yang solehah
*menjadi ibu yang rajin memasak..( bab ni yang susah sikit)
*menjadi student yang rajin
and
*menjadi guru yang berdedikasi

yang terakhir..

*Semoga menjadi kaya (keh3..kerja guru je mana boleh kaya)
Ni nak cari kerja part time ni..

Untuk semua teman2
Selamat Tahun Baru 2010
semoga kalian juga mencapai apa yang diidamkan..

Amin.....

Tuesday, December 29, 2009

Benda Yang Berjasa

Sepanjang ibuayu gi Indonesia hari tu ada satu benda yang sangat berjasa..Kalau tak de bende ni tentu rasa kelenguhan ke tahap gaban...
Masa kat sana kaum kerabat ingatkan ibuayu beli benda tu disana.
Dah gi Indon mesti ada gaya Indon..
Tapi sebab tak pandai cakap indon
..diaorang tahulah ni orang luar..

Faiz pun jadi budak baik sepanjang di sana....
"
"
"

inilah benda tu..POUCH SLING

Saturday, December 26, 2009

Jakarta-Puncak -Bandung Part 5

25/12/2009
Sekejap je dah 6 hari ..
Sarapan pagi dan sesi bergambar di lobi



Selepas check out..singgah di Mangga Dua..kemudian buat kali terakhir makan nasi Padang di jakarta..Jalan lenggang sebab cuti krismas tapi kota Jakarta di banjiri air.mana tak kata pak agus jakarta cuma 8 meter dari paras laut..

Sedih pula untuk meninggalkan Kota jakarta..Seronok dengan agensi di sini..Pak agus very gentlemen....Disebabkan beg kamia banyak dan timbang secara individu ia menyebabkan banyak masa diambil.keadaan begitu kecoh dan agak tegang..Tapi nasib baik ketua rombongan kami pandai handle..Akhirnya kami di gesa untuk cepat pergi kapal terbang kerana pintu hendak di tutup...bayangkan dengan ahli rombongan 40 orang..masa tu nak bagi pasport..masa tu nak bagi tiket...Terus tolak tuk mail ..and jaraknya lebih kurang 100 meter...tak pernah rasa letih dan kelam kabut..nasib baik tak kena tinggal kapal terbang..Pergi dan balik ada je halnya..

Alhamdulilah..Akhirnya jam 6.10 ptg kami selama tiba ke tanah air.................................

Jakarta-Puncak -Bandung Part 4

24/12/2009
Pagi check out sebab nak bertolak ke Jakarta ..pagi tu masih ada lagi ibu-ibu yang shopping diluar hotel.yang bawa 1 beg ada yang jadi 3 beg.

suasana luar hotel


Dalam perjalanan singgah di Taman Mini Indonesia..kawasannya luas.Siar-siar dengan bas..kemudian naik kabel car..(lebih kurang macam Mini Malaysia)


Wajah faiz yang ketakutan masa naik kabel car


selesai ke TMI kami makan ..(nasi padang lagi) and terus ke Dunia Fantasi (macam Genting Highland),Semalam masa mak bapak.Hari ni masa anak2

lepas selesai makan malam penghabisan and check in hotel

hotelnya sangat selesa

Jakarta-Puncak -Bandung Part 3

23/12/2009
Pagi kami pergi Tempat barangan kulit...Beg 2 berjenama and kasut kulit terdapat disini.1 jam setengah rasa tidak mencukupi....
Selepas itu ke factory Outlet Moda...Sale lagi...aduh borong baju Faiz je...bisa gila pak...Petang itu bertolak ke PasAR BARU sekali lagi..Tiap2 hari ada saja ibu-ibu yang nak tukar duit ..tentu banyak juta yang dihabiskan...


Malam dihidangkan dengan makanan sunda ..baru jumpa ikan...aduh..enaknya....sampai licin pak

Jakarta-Puncak -Bandung Part 2

21/12/2009
Pagi jam 8.00 kami bertolak .di luar hotel operasi membeli belah telah bermula..mereka memegang barang jualan and menawar2kan kepada pembeli...
Sampai di bandung kami check in dan makan di hotel
Setelah solat zuhur kami terus di bawa ke factory outlet..Aduh....murah2 pak..tarik nafas jap

Lepas tu ke TOKO TIGA..
Malam ke sebuah butik yang menghasilkan batik dengan tulis tangan...
banyak gambar tak dapat ambil..Tak sempat..asyik buat benda lain lupa nak pose.





22/12/2009
Keesokannya kami ke Tangkuban Perahu..Mula2 gi kat Hot Spring selepas itu hujan turun lebat.

Jadi kami sepakat tidak ke tangkuban perahu dan bergerak terus ke Pasar Baru (tempat membeli belah yang ditunggu2). Sebelum itu kami berhenti makan..tak tahu lak apa nama makanan ni...
Selepas itu terus ke Pasar Baru. ...Harganya memang murah..gila telekung and blaus..
Masa nak balik tunggu bas di tangga pasar baru..kesian sungguh tengok taraf hidup mereka.Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Rasa tidak puas...esok tempat ini bakal dikunjungi lagi...

Jakarta-Puncak -Bandung Part 1

Bertolak dari Melaka jam 12.30 malam dengan menaiki bas ekspress.Sampai di LCCT jam 2.00 pagi lebih faiz lak dah tak tido ..flight pukul 7.00 pagi.
Jadi layan ragam dia lah ..Langsung ibuayu tak tido...

Bila pemeriksaan di imegresen sesuatu telah berlaku.....

Pasport berkumpulan kami tidak sah untuk perjalanan keluar...

Aduh... tersentak rasanya.macamana ni takkan kami akan tersadai disini.

Dalam kumpulan kami tu hanya ada 2 kumpulan yang pakai pasport guna group , yang lain

semua pakai international pasport.Ayahnas group pertama yang lalu kat imigresen , so pegawai

tu panggil ketuanya..Pasport kami tu sah laku sampai bulan 5 tahun depan tapi syarat mesti sebelum 6 bulan..Masa buat dulu kami dah cakap nak gi bulan 12 diaorang kata no problem...Akhirnya kami dilepaskan untuk terbang tapi ini semua bergantung pula samada imigresen Indonesia lepaskan kami atau tak...

Dala kapalterbang..langsung tak selera makan..
rasa penat tak tido
Faiz lasak lak
fikirkan kami ni lepas atau tak
"
"
aLHAMDULILAH..kami berjaya masuk ke jakarta atas jasa baik pihak indonesia .
terima kasih ye Pak...

Sampai di Jakarta kami disambut oleh agensi rajawali(agensi Johor) and Pak Agus dari jawa holiday.
Dari lapangan terbang kami terus di bawa ke TANAH ABANG
(nasib baik kami dah gi sebelum runtuh)
and selepas itu kami dijamu NASI PADANG.


Gambar di LCCT

Dalam kapal terbang


Tiba di lapangan terbang Sukarno Hatta

Yang pegang mic tu Pak Agus
masa untuk makan

selepas itu kami menuju ke PUNCAK..

singgah di TAMAN MINI SAFARI . Sepanjang perjalanan menaiki bas sahaja..Sampai kawasan rehat kami menaiki cabel car...muka faiz pucat semacam. Selepas itu kami bertolak ke hotel.

dalam perjalanan terasa insaf dan rasa bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia.Malam makan nasi Padang and terus check in di hotel and selepas itu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.



tunggu bersambung ye

PEMENANG :TEKA DUIT SYILING

JENG..JENG..JENG...
"
"
"

JUMLAH DUIT SYILING ITU IALAH

RM 156.03

"
"
"
oleh itu ...

Pemenangnya ialah

Blogger a kl citizen

untuk teman yang tidak berjaya terima kasih diatas kesudian anda semua ye

untuk Blogger a kl citizen

terimalah hadiah yang tak seberapa ini yang datangnya dari BANDUNG..
nanti akak tolong send alamat dan no hp akak di email faulia05@gmail.com

Dah Kembali..

Alhamdulilah ibuayu and keluarga dah kembali ke bumi tercinta...
Masih keletihan dan menyelesaikan kain baju yang bertimbun.
Nanti ibuayu story keseronokan ,kebimbangan dan larian marathon semasa berada di sana..


Untuk contest teka duit syiling tunggu ye...
Malam ini ibuayu akan umumkan siapa pemenangnya..

Contest:Teka duit syiling

====Sticky Mode========

Contest yang ibuayu nak adakan ini sebagai menghargai kenalan2 di blog yang banyak memberikan kata semangat ,dorongan dan cadangan di saat ibuayu memerlukan...


syarat-syaratnya:
contest ni terbuka kepada semua...
tkalau nak add follwer boleh tak add follower pun tak pe...
kalau nak promosi kat entri anda boleh tak nak pun tak pe
Tapi teka hanya sekali je ye

Hadiah belum tahu apa
Yang pasti ibuayu akan cuba cari sesuatu yang istimewa bila ibuayu ke Bandung Sabtu ni..

jadi jemputlah teka berapa jumlah duit syiling yang ada dalam bekas ni..
Peneka yang tepat atau paling hampir dikira pemenang
"
"
"
Duit ni sebenarnya hasil pengumpulan duit ayahnas yang bersepah2 dalam laci(keh3)
So ibuayu ni kira penabungnya
Sila beri jawapan dientri ini ye. Jawapan anda hanya akan dipublish setelah ibuayu balik dari Bandung....Tarikh tutup 25-12-2009 jam 12.00 pm..

Saturday, December 19, 2009

Cuti-cuti

Malam ni ibuayu akan bertolak ke LCCT...pkl 12.00 malam..
Flight jam 7.00 pagi..
Gi naik bas dari Melaka ke LCCT...ialah rombongan cik kiah
Jakarta -Puncak -Bandung
Tunggu ye kedatangan kami..
Malaysia tunggu ye kami kembali...
Seminggu tak dapat menjengah blog kawan-kawan tentu rindu rasanya.
Doakan kami selamat pergi dan kembali
Kali kedua utk ibuayu and fauzan naik flight
Faiz ni kali pertama
Ayahnas entah ni kali keberapa...dah banyak kali...
Bye... Miss U

ni selit gambar penganti pagi tadi...Cik Anis


Thursday, December 17, 2009

Cirit birit

Sebenarnya minggu lepas dah bawa faiz gi klinik sebab cirit birit.Bila doktor bg susu isomil and air garam dia dah ok balik...Hari ni lak sekali lagi kena cirit birit and bila ada najis sikit pun faiz ngais begitu kuat sekali..

So petang tadi tanpa menunggu ayahnas yang belum balik traning ibuayu bawa faiz gi klinik..
Doktor tengok tak de luka tapi tang tu merah sikit..Doktor bagi air garam ,ubat sapu and susu similac..
Ni first time tengok susu similac khas untuk cirit birit...


Sebelum ni bagi faiz susu ANMUM asential..lepas ni tak tahulah nak bagi minum apa..Ada yang boleh tolong or ada yang mengalami masalah seperti ibuayu ni...

selitan gambar faiz yang turut sama bersorak apabila menonton bola sepak malaysia....

3 beranak yang tengah khusyuk tengok bola



Makan-makan

Malam semalam tiba2 si Fauzan ni teringin nak makan Kenny Rogers...
Lepas maghrib terus bertolak.Dari MT nak ke Melaka bukan dekat lebih kurang 40 minit....
Lebih kurang 10 minit kami sampai ..pelanggan seterusnya terpaksa pulang kehampaan kerana ayam dah habis...
Ibuayu share dengan ayahnas..Fauzan sepinggan sorang..manalah orang tak kata dia dah makin gemuk...

tu tangan fauzan lah tu...
si faiz kena kepit dengan ayahnas..tak nak dok diam dia...

Pantang letak

Faiz ni suka sangat kacau orang tengah sembahyang...kalau kita letak sejadah dia pun cepat2 nak duduk and nak bersolat..Macam faham2 je..tapi dia tahu pulak arah kiblat tu ikut sejadah yang dibentangkan.



dah selesailah tu
Semoga anak ibu akan menjadi anak yang soleh..AMIN.................

Wednesday, December 16, 2009

wet World pedas

First time ibuayu gi sini kira not badlah..
Dewasa RM 10.00
Kana-kanak RM 8.00

Sebab gi hari Selasa jadi tak delah padat sangat..
Yang gi mak and anak je ayah2 kerja


keluarga mak enon bersama faiz and abg long



Pertama kali gi mandi manda begini....Faiz takut air


Posing sebelum balik

Tuesday, December 15, 2009

Aktiviti sehari suntuk

Seronok lak rasanya dapat menghabiskan masa berjalan bersama keluarga.

Sarapan pagi makan di kedai Me Goreng Bodoh.

ni first time baru dapat ambil gmbr


Order 4 pinggan walaupun yang makan 3 org je..

lepas tu gi MP..nak cari baju sejuk faiz..Nasib baik ada yang ok..


lepas tu gi Dataran Pahlawan cari beg fauzan.... Dah kat DP ni rugi tak singgah Big Apple



Planing asal nak makan Kenny Rogers. dibatalkan sebab dah makan mee goreng and donut ni maka perut dah kenyang.

Faiz yang setia dalam pouch sling



Lepas tu ayahnas ajak tengok wayang cerita SANTAU..so tanpa dirancang faiz terus dihantar ke rumah nek kiah bersama abang Jan yang takut nak tengok ceita SANTAU..

Sampai Melaka mall pkl 2.00pm..wayang baru start 1.45..so kena tunggu jam 3.30
sambil nak menunggu tu jenuh cari idea nak buat apa
lepak kat food court - order minum je
lepas tu ibuayu ajak ayahnas gi Karaoke..tapi ibuayu langsung tak nyanyi.Tak minat pun .....minat dengar suara ayahnas je..(tu yang tergoda masa bercinta)...layan lagu aris ariwatan and awie..


Cerita Santau ok juga ...tak membosankan..Ayahnas kata ceritanya best..and lagi best kalau tak tutup mata..Keh3 ingat tak perasan ibuayu banyak tutup mata..terimakasih le tumpangkan bahu...

Petang tu juga balik MT... and sebelum sampai rumah kami isi perut dulu yang dah berangin.

Masa tengah makan ni hujan tengah lebat ..tiba-tiba lak black out...nasib baik sekejap je...takut juga..keh3 baru lepas tengok Santau...

Dah kenyang lah tu



Kalau mai Melaka ni bolehlah singgah pantai Kemunting atau Pengkalan Balak.Kat sini ikan bakar dia pun sedap..Chalet and hotel pun cantik betul2 hadap laut.



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015