Showing posts with label hatyai. Show all posts
Showing posts with label hatyai. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Hari ke 3 di Hatyai




Hari ke 3 tu
Pemandu Pelancong dah pesan
kita akan bergerak pagi 
dan sampai di hotel petang
so memang dah tahu 
hari ni kami akan keluar seharian

katanya kami akan singgah banyak tempat
dan kami akan ke Songkla

Dari hotel dibawa kami ke kedai Madu
mula2 dengar ceramah dulu
then terpulang
nak beli ke tak beli
ibuayu tak beli apa2 pun

lepas tu dibawanya kami
ke Elephant
Chang Puak Camp


kalau nak rasa naik gajah
kemudian melalui pelbagai  laluan
mcm syok je
bole cuba
harga 500 bath
lebih kurang rm50
bagi ibuayu ok sangat harga tu
tapi ibuayu x naik pun

dari situ kami dibawa ke suatu kawasan
ada naga
tempat ni tepi pantai

lupa lak nama dia
kat naga nilah kami makan aiskrim yang sedap
ais krim ni diletak dalam kelapa
kemudian  letak macam2
adhai sedapnya

dari sini kami di bawa tengok
ikan duyong
masa kat sini org ramai
pandai2lah cr port nak bergambar
tengah nak bergambar hujan turun
berlari kami semua

lepas tu di bawa 
ke bukit
naik lift
macam bukit bendera
tapi bukit bendera kita naik train
ni kita naik lift
tapi bukan naik tegak
dia menyerong
best sangat
dr sini kita nampak keseluruhan songkhla




dari sini kami ke Masjid di songkla
besar dan cantik masjid ni

lepas solat barulah ke Floating market
disebabkan air naik maka sampan tak terapung pun
maka semua jualan dibuat di atas darat




ni bekas letak air
kreatif kan
lepas minum
bekas ni masih boleh digunakan


dan ni gambar gedik kami disana
walau baru kenal geng2 yati
tapi enjoy dengan diorg
sangat2 happening













Friday, January 2, 2015

Hotel Hatyai Rama,Bazar Market & Pasar Malam

Sepanjang 3 hari 2 malam
kami duk di Hotel Hatyai Rama
hotel ni antara hotel yang halal

menurut kata 
pemandu pelancong tu
kalau nak gi kedai makan atau gerai
nak tahu halal ke tak
ada tulisan halal
orang berniaga pakai tudung
atau ada simbol bulan dan bintang

hotel ni sangat selesa
bersih je pun
sangat puas hati
lupa nak tengok berapa rate dia

kami duk sebilik dua orang

so lepas makan tengah hari tu terus check in bilik
petang and malam acara bebas
so leps rehat2 jap
kami terus naik tut tut ke bazaar
kena cepat sebab bazaar tutup pkl 5 lebih
kami gi bazaar yang depan
rupa-rupanya ada bazar kat belakang

dr bazaar kami terus ke pasar malam
Peetaaaiii
mcm bunyi petai kan
kat situ ibuayu and yati tergoda beli kasut but
tak tahulah mahal ke murah
rm40
kami makan malam pun siap2 kat sini
then bila selesai terus balik bilik
panggil tukang urut
ibuayu  buat oil massage
yati buat thai massage

tapi sebab thai massage tu kruk karak kruk terus 
yati tukar oil massage
lepas kena urut tu sedap je kami tido
esok pagi memang rasa segar bugar






yg bawah ni kat pasar malam peeettaii


Tuesday, December 30, 2014

Hatyai sawadikap kap kun kap

Perkara yang x diplan
sekali rancang jadi je

bff yatie yang ajak
macam bagai diseru
sebelum tu ada ayahnas yg dah gi hatyai
bln 6 hr tu
lepas tu tgk fb member baru2 ni
so bila yati kata jom gi hatyai
Pn Zainah KU sukan yang buat
cepat je kata ok
padahal x tanya ayahnas lagi
seperti biasa
ayahnas ni jarang kata tak
melompat katak ibuayu

ibuayu gi 24 Dec malam
So dlm pkl  6 lebih kami tungggu kat ppd alor gajah
bas ambil dr unit sukan  Melaka dulu
dlm 7 lebih bas sampai

kami sampai kat CTC bukit kayu hitam
dalam pkl 5 lebih
utk  kertas putih
diorg uruskan
kami cuma 
tulis ic and sain
masa tu bas dah banyak
org jgn cakap lah 
terutama kaum cina
ramai betul
hr krismas kan

selesai solat semua 
terus gerak gi imegresen
masa kat msia rasa teratur je
dah masuk SIAM
orang bukan main ramai lagi
lama gak nak beraturnya


settel tu terus gi breakfast kat Sadao
jalan kaki je
masa  ni makan ayam goreng yang sedap
ibuayu siap tunjuk ayam tu lepas tu hulur pinggan
rupanya dia ambil ayam yang kita pilih
then dia goreng semula
memang sedaplah






dari sadao kami terus gi kedai SOUVENIR
kedai ni jual tshirt yang agak kualiti
ibuayu beli utk faiz je sehelai

lepas tu gi Plaza NORA
jual pelbagai jenis barangan kulit
ada kulit ikan pari lagi
kat sini ibuayu beli wallet ayahnas
dia ada bagi diskaun 20%
so rasa harga berbaloi2

dari situ baru kami gi KILANG GAJUS
beli gajus and kerepek durian
sedap gak kerepek ni


dari situ baru kami gi makan tengah hari



 kalau ikut tambang kami ke sana rm350

tak termasuk makan
tapi sebab pemandu pelancong tu kata hr ni Krismas
takut kedai pack so kami collect duit utk makan tengahr

memand sedap makanan yang dihidangkan
teringat2 nasi lembut kat sana







tut tut
kenderaan kami bila nak kemana2 luar waktu lawatan



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015