Sunday, September 29, 2013

Teaser Pulau Langkawi


Bawa anak didik



Thursday, September 26, 2013

Kejutan Hari Lahir BFF

First time kami buat kerja ni

yati punya idealah 
nak bagi kejutan kat rusiah

Tapi bukan dia je terkejut
kitaorg yg nak plan ni pun huru hara

ptg sebelum tu
ibuayu n yati gi cari hadiah
plan nak belikan blaus
sekalinya kitaorg sepakat nak blaus
yg sama bertiga
jenuh gak adik tu carikan
akhirnya dapat yg dicari
bab hadiah selesai
plan mcmana nak bg kejutan
suruh yati yg uruskan dgn husband rusiah

so esok pg yati pun call husb rus
tapi asyik tak angkat je
lepas tu ibuayu try pun sama
kemudian sms tapi still x jwb
lepas sekolah yatie bgthu hazri tertinggal hp
alamak kami yg cemas
entah2 rus dah baca sms tadi

hahaha

so dlm pkl 8.30 mlm
sampai depan rumah dia
ibuayu bawa sate
yatie bawa youbg tou fu dan  tiramisu
sampai pintu bagi salam
anak rus yg buka
lepas tu suruh panggil mak
mula2 yatie masuk
lepas tu ibuayu lak masuk
kami nyanyi lagu hari jadi
mak2 dua org ni je nyanyi
anak2 melopong je tengok kami
suami2 geleng je le tengok isteri memasing

suka and terkejut rusiah
hahaha kejutan kami menjadi

terus bagi hadiah and paksa dia tukar baju

kami memang dah pakai blaus dari rmh

lepas tu hidang makanan
baca doa
bergambar
makan lagi 
bergambar

....




suami2 le jadi mangsa
kami bergaya tak agak
yg penting pose
sengal ke apa ke belakang cerita

buat rusiah
Happy birthday dik
seronok mengenalimu
seronok mendengar kebahagiaan mu
moga dipanjangkan umur
dinurahkan rezeki
ingat umur dah bertambah

Yati plan kita menjadi
seronok gak kan
sayang kalian semua
sayang ketat2 tau



Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday


Tuesday, September 24, 2013

Dua hari ni macam tak cukup 48 jam

Baru jadi guru biasa
Belum jadi VVIP lagi
Terasa tak cukup rehat..
48 jam ni macam2 nak dibuat

Isnin
*pagi sekolah
*pkl 2 di jabatan melaka .majlis penyerahan majalah upin ipin.
Sampai rmh pkl 5
Lepas tu dating dgn bff yatie
Pkl 10 gi sekolah pasang pelamin smpi pkl 12 mlm



Selasa
* pagi tu ada majlis guru bersara
Pkl 2 gi jamuan pulak ..smpi rmh 6.30
Malam ni lak ada projek lagi ....





Esok
Lusa 
Tulat jadual dah penuh
Baru terasa bilalah cuti sekolah ya
Hehe


Sunday, September 22, 2013

Bayar RM 500 dapat Samsung S4

Murahkan kalau beli S4 cuma rm 500 je

Kat mana nak beli ya

Hehe
Sebenarnya ni pertukaran telefon dalam keluarga je

Ayahnas kan pakai S4
Ibuayu guna S2
Fauzan nokia je

So hari tu ibuayu bagi idea kat ayahnas
Ibuayu punya hp bagi fauzan
Bukan bagi percuma
Suruh dia bayar rm 200
Bukan apa supaya dia hargai barang yg dapat

Ibuayu lak ambil hp ayahnas and bayar rm 500
So ayahnas kena cari hp lain dengan modal rm 700 tu
Terpulang brp ayahnas nak tambah

Sebabnya ayahnas ni bukan suka ambil gambar
Hp dia selain tugas telefon
Ayahnas suka tgk youtube je
Jadinya dia memang perlukan skrin yg besar sikit


So macam belah bagi ayahnas setuju idea ibuayu ni

Dan hari Jumaat
 teman ayahnas gi beli

So pilih-pilih 
 fikir-fikir ayahnas ambil
Samsung mega


MAKA SEKARANG ni
Kami semua jadi keluarga samsunglah
Hehe

Lepas ni makin cantiklah gambar yang 
Ibuayu boleh tembak
Tak payah angkut DSLR

Tq abang..sayang ketat2

Rasanya dalam kami bertiga sapa yang untung

kenapa ibuayu berkenan dengan S4 ni
tentulah kamera nya yang sangat cantik
ibuayu kan kaki bergambar
sebab tu ayahnas follow je



Senyum tak perlu kata apa2 
Hehe

Thursday, September 19, 2013

Makan Malam Siakap Stim

Sekarang kalau rajin masak
Kalau malas beli

Beza sungguh masa bulan puasa
Asyik masak je
Time raya asyik mkn rmh orang je

Jadinya yg rajin dah sikit
Yang malas dah banyak

So sekarang ni kedai feveret makan malam
Kat belakang rmh je
Ada masa makan kat situ
Ada masa bungkus

So malam tadi makan kat situ
First time order siakap stim
Memang sedap rasanya
Kuah dia pun sedap

Next time nqk cuba 3 rasa lak




Wednesday, September 18, 2013

First time gi Daiso


O

Orang lain dah lama tahu kot
Ibuayu je yang ketinggalan
Baca beberapa blog asyik cerita shopping
Di Daiso je
So cari gak mana Daiso kat Melaka ni

Rupa2nya ada kat AEON Jusco baru
Berhadapan dengan cinema

Yang bestnya semua barang RM5
Kena pandai pilihlah
Tapi memang syok barang cantik2

Tuesday, September 17, 2013

Selamat Hari Lahir Faiz ke 5

Al kisahnya tarikh lahir faiz ialah
9-9
Tapi disebabkan masa tu nek kiah tak sihat
Maka ibuayu takde niat nak sambut
Walaupun potong kek je

So bila hari Ahad nak hantar nek kiah ke nilai
Terus ibuayu plan nak sambut kat sana
Ajak abang sekeluarga sekali
suka faiz bila tahu nak sambut hari jadi

lagi 2 tahu semua sepupu dia ada


walaupun sambut tergempar
sempat juga buat apa yang patut

KEK
tempah kat jiran sebelah je
tempah pun last minute
sebenarnya nak power rangers tapi takde 
upin ipin pun tekpelah

faiz redha je

sangat sedap
anak buah tengok semua puji cantik deconya
 kalau nak tempah boleh gi FB dina ya
boleh gi kat FB Khaidina Homemade Bakery



lepas tu rajin
buat goodies
simple2 je
tapi memang nak print sticker
kalau nak tempah boleh order kat ibuayu ya
heheh

ni  dia







 Bacaan Doa oleh ayahnas






Faiz dan Hanna


Faiz dan hadiah
Tq Mak long and Mak Ngah



alhamdulilah 
didoakan faiz dipanjangkan umur
diberi kesihatan yang baik
menjadi anak yang soleh
dan rajin belajar ya
tak mahu ngada2
tak mahu nangis2

Sunday, September 15, 2013

Sukan Sekolah Faiz

Sepatutnya majlis bermula jam 8.00 pagi
tapi adatlah nak uruskan kanak-kanak riang  bukan senangkan
jadinya dalam jam 9 pagi gak majlis bermula
dimulakan dengan lintas hormat
anak2 ni akan buat persembahan depan ibu bapa mengikut rumah masing2

faiz rumah HIJAU
mestilah HIJAU
kalau tak harus menangis dia
itupun sebab dah bagitahu guru kelas dia
mintak masukkan faiz rumah HIJAU

dia nyanyi lagu TEGAR yang diubah suai seni katanya
Kita yang dulu
bukanlah sekarang
 cita2 ku menjadi juara
dulu ku kalah
 sekarang alhamdulilah

rumah merah kau jangan nak perasan
rumah biru kau jangan berangan 
rumah kau jatuh pengsan
rumah hijau jauh ke depan

macam tu lah lebih kurang bunyinya
tapi faiz tak nak nyanyi pun
pandang orang and gigit tali seluar
alamak frustnya
berlatih kat rumah bagai nak rak
 
 
 
 
 
 
lepas tu baru bacaan ikrar dan doa
kemudian baru acara sukan dijalankan
 
faiz masuk masterchef
bawa kasut lari kat kawan
 
laju gak dia lari masa tu
risau gak dia buat perangai gigit tali seluar lagi hehe


 gambar takde pulak sebab kitaorang ambil video



ni acara terakhir
acara tarik tali 
rumah HIJAU dapat no 2

 
 
 

Saturday, September 14, 2013

Teaser Sukan sekolah faiz: tADIKA Amirah

Baru balik dr sukan sekolah faiz
buat kat sekolah ibuayu
Hari : Sabtu 14/9/2013


Tunjuk sekeping dulu


Terasa sunyi dan sedih

Balik dari hospital hari Isnin
nek kiah and atuk mail duk rumah ibuayu
sampai hari Jumaat semalam baru diaorang balik rumah sendiri
ibuayu yang ajak duk sini
nak suruh nek kiah rehat betul-betul

jadinya pkl 5 lebih dah bangun buat sarapan dan masakkan
sekali untuk lauk maknak makan tengah hari nanti

begitulah rutin setiap hari
mak cuma masak nasi je
atuk mail punya lauk
ibuayu beli kat kantin or kat kedai seleas balik sekolah

so bila dah biasa balik rumah mak dan ayah ada
ni bila dah balik hantar mak
buka pintu je rasa sunyi
masa hantar mak memang dah ada drama air mata
ni bila balik rumah makin terasa

tapi hari Ahad ni nak ambil mak and bawa gi KL
lepas ni nak cari pula ada tak orang kat kampung yang boleh tolong masakkan

kalau nak beli kat luar masalah sikit
mak tak boleh pedas
tak boleh berminyak
kalau mak nak masak
takut mak cepat penat
nak  bagi mak rehat betul2
baru mak boleh masak seperti biasa

gambar candid



Thursday, September 12, 2013

Ikan bakar Kamunting

Pantai kamunting ke
Pantai pengkalan balak
Bagi ibuayu tu tempat yg sama

So malam tadi 
Bawa nek kiah and atuk mail
Makan ikan bakar
Esk diaorg nak balik rumah
Setelah 5 hr duk sini
Bila nek kiah selera makan
Kita yg nengok pun senang hati

Semoga kesihatan mak bertambah baik



Tuesday, September 10, 2013

Kehilangan Mak Saudara

Adik beradik nek kiah semuanya 11 orang
ada seorang yang dah meninggal
dah lama dah 30 tahun yang lalu
jadi selama itu memang adik beradik nek kiah ni rapat semuanya
malah kami yang sepupu serapat pun memang close
malah kalau raya tak dapat jumpa rasa macam tak sah
antara kami pun saling berhubung dengan group FB dan whatsapp
so pada pagi Sabtu 7 September
tu ibuayu gi sekolah ganti
plan petang tu ziarah nek kiah kat hosp
tiba2 terbaca wasap family yang mengatakan 
mak long meninggal dunia
rasa masa tu macam menggigil2
nak telefon sapa pun tak tentu arah
call long tak angkat
call abang tak angkat
call ayahnas tak angkat
and yang buat hati sakit time tu lah bateri hp kong
so gi le pinjam chargers member
duk kat library call sana sini
dah dapat pengesahan cuba call lagi long and abang
kebetulan long nak gi wedding kat melaka
so waktu melawat pkl 1 nanti long nak gi tengok mak
so long lah yang kena beritahu mak tentang mak long
ialah kalau beritahu melalui telefon takut nek kiah terkejut
so lepas sekolah berdezup ambil tok mail dan terus ke Jb
kami gerak dlm pkl 2 lebih pkl 5 lebih kami dah sampai
masa tu jenazah dah sampai kubur
tunggu mak cik sampai sebelum dikebumikan
ayahnas park je kereta berlari kami di tanah perkuburan 
rasa tak jejak tanah
alhamdulilah sempat jua kami menatap wajah mak long
tenang je wajahnya
mak long ni lembut je orangnya
kalau cakap pun memang lembut
masa ibuayu gi bawa arwah alia kat Jb
 3 hari kami duk rumah mak long
mak long jugalah yang teman kami gi berubat di Kulai
masa tu ayahnas tak ikut
masa azli nikah tu 
ibuayu ada bawa mak long gi klinik Prima
mak long kata dia tak sihat
lepas tu tak dapat jumpa mak long
hinggalah kami sempat melawat masa mak long di hospital
kami gi lepas raya
masa kat  sana tengok mak long senyum je tak nampak pun muka sakit
ialah dalaman kita tak tahu

kehilangan mak long benar2 membuat kami terkejut
walaupun kami tahu penyakit mak long
kehilangan mak saudara yang pertama rasanya 
membuat hati ini memang hiba
terkenang mak long yang seperti mak kita juga

mak pun sampai sekarang cakap memang tak rasa kehilangan
rasa mak long masih ada di rumahnya
Semoga roh mak long ditempatkan bersama orang2 yang beriman
Al Fatihah

Gamba mak adik beradik gi umrah tahun lepas
 kecuali sebelah kiri tu 
abang zaha punya MIL




Monday, September 9, 2013

Nek kiah sakit lagi

Ibuayu balik kursus hari Selasa petang
sampai rumah baca wasap family
terkejut baca nek kiah gi hosp pagi tadi
terus call mak
mak kata dia batuk2 dah seminggu
so bila x ray ada jangkitan kuman

pagi Rabu tu tanya khabar lagi kat mak
tapi mak kata pagi tadi gi klinik kat kg lak
masih tak sihat
so ibuayu ajak nek kiah duk rumah sini je
ialah takut nek kiah sibuk nak ngemas rumah je

so malam tu lepas fauzan tuisyen kami terus ambil nek kiah

sampai rumah mak terus tido
dalam pkl 3 lebih nek kiah kejut kata dada dia sakit
urut sapu minyak angin nek kiah kata dah ok
dlm pkl 4 nek kiah kejut lagi
jantung dia laju
terus ajak ayahnas bawa mak gi hospital melaka
anak2 duk dengan atuk mail je
tak sampai 15 minit kami dah sampai hosp
ayahnas pecut semacam

terus ke emergency
nek kiah terus dibawa masuk 
lepas tu kami tunggu untuk mendaftar
dalam pkl 6 lebih juga selesai sampai mak masuk ward

gi sekolah jap pkl 12 lebih minta balik awal

gi hosp tengok mak masih lemah
tengok bacaan nadi mak pagi tadi 140
mana mak tak rasa penat laju betul
dari hari rabu sampai hari Ahas mak still kat ward
kami tunggu apa kata doktor melaka
sama ada tunggu dan lihat
atau minta operation mak dicepatkan
sebab sekarang ni doktor tengah tukar ubat
doakan nek kiah cepat sembuh ya


pada yang masih ada ibu dan ayah
sayangilah mereka
jagailah perasaan mereka
jangan sampai bila kita dah kehilangan barulah kita merasa kerugian

Sunday, September 8, 2013

Apa nak buat bila kereta diblock ketika parking

Tension wo....
kita parking kereta elok2
parking ikut undang2
tiba-tiba ada org sesuka rasa 
block belakang kereta kita

dahlah masa situasi ni
ibuayu dan faiz je 
yg ambil kereta
fauzan and atuk mail tunggu kat depan hosp
ialah susah kalau atuk mail jalan ke sini
so lama lah kami bertapa kat situ
fikir mcm mana nak buat
tapi rasanya kalau berani
boleh juga keluarkan kereta ni

masalahnya juga cian atuk n fauzan
mesti tunggu lama kami
nak call fauzan dia x bawa hp

so kunci pintu then gi jmp diaorg..
dlm hati terfikir gak kalau nmpk org lelaki nak minta
undurkan kereta ibuayu

kebetulan masa nak gi kat fauzan nmpk budak mida ni
terus minta tolong dia
dia kata kalau kereta block macam ni hand break dia x naik

adik tu enjut sikit memang betul
tolak je terus gerak kereta tu

maka selamatlah kereta ibuayu..
kereta yg kena block pulak fikirlah mcmana nak buat

tapi hairan ya
ikut suka hati dia.je block kereta orang
mesti dah biasa
lain kali tulis kat cermin ..
tolak je kereta saya ini..


maaf ya jika empunya kereta ni baca blog saya ni
lain kali janganlah buat macam ni
lain le kereta yang awak hadang tu kereta
kaum kerabat anda sendiri

Thursday, September 5, 2013

Cerita tentang Kursus lagi..

Modul kursus memang seronok
perisian pun seronok
yang tak seronok 
line tenet yang menghampakan 
dahlah tak bagi kita wifi free
untuk kursus ni pakai pakej...
ada problem pulak tu.....
redha je...

hari ke dua sehari suntuk kami dalam dewan
bila kerja mengadap komputer masa berjam2 pun tak rasa



modul yang disediakan ibuayu dah belajar dulu masa KDP setahun
tapi ialah banyak yang dah lupa kau tak gunakan

hari ketiga tu kami buat presentation
ibuayu partner dengan kak Rudi
kakak yang ibuayu tumpang nak gi BP ni
dia memang pakar komputer dan perisian
dia yang banyak buat and cari bahan
best dengan kakak ni 
banyak yang ibuayu belajar
berkobar lepas ni nak beli alatan lengkap
aksesori  untuk laptop..
kak rudi ni beg laptop dai macam beg doremon
semua ada speaker pun ada tau

so alhamdulilah  kami selamat buat persembahan
Fasi pun ok je 
selesai majlis penutup kami bergambar
then lepas makan 
solat zuhur jap terus balik Melaka
ajak kak rudi singgah beli Nasi Beriyani Mad Syah
nasib baik ada lagi
puas hati dapat beli

dalam pkl 5 lebih sampai gak kat rumah
Alhamdulilah 
seronok kursus ni
ilmu dapat kawan dapat
makan pun dapat
lepas ni stand by na gi kursus KSSR lak
tak pernah gi lagi pun


Sunday, September 1, 2013

Kursus TMK dalam BM di Hotel Katerina Batu Pahat

lama betul tak pergi kursus luar Melaka
dan sebenarnya memang dah lama tak kursus BM
ialah sebelum ni selalunya gi kursus
yang berkaitan dengan PSS je


anak2 ayahnas tolong jaga
makan minum memang tak risau
ayahnas boleh beli
so pandai2lah ayahnas jaga anak2 ya

jam 10.30 tunggu member kat sek men malim
tak kenal pun akak tu
cari berdasarkan nama kursus
gi berdua dengan dia
alhamdulilah sekepala

so akan berkursus lah ibuayu 3 hari ya
masalahnya sekarang kami kursus TMK
tapi line tenet kat sini macam sibuk
nasib baik ibuayu bawa U Mobile sendiri
itupun slow gak huhu


aduhai hai baru gi semalam 
dah terasa rindu 
dengan insan2 tersayang ni






Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015