Friday, November 29, 2013

Sibuk ajak gi jumpa dentist

Rasanya zaman kita kecil2 takutkan nak jumpa dentist
nasib baik le doktor gigi mai sekolah
kalau tak bukan main takut lagi
kalau tak sakit walau berlubang
 macam phobia nak jumpa doktor gigi


yang si faiz ni
bukan main semangat lagi nak jumpa dentist
sebenarnya gigi bawah dia ada lubang dua
di sibuk nak suruh doktor tu pitihkan

ialah lubang memanglah hitam

so dah janji pagi Jumaat kita pergi ya
harapnya doktor tu buat lembut 2 kat faiz
ini pengalaman pertama dia
harapnya nanti 6 bulan sekali boleh bawa di gi klinik gigi



Wednesday, November 27, 2013

Pening arrr

Mana tak pening blog buat hal Nak masuk gambar tak boleh Ada icon yang hilang Pening arrr

Tuesday, November 26, 2013

Bila dah biasa jadi boss

Tajuk tak menahan...
Bukan bos ditempat kerja
Tapi jadi bos dlm kereta

Dah lama ibuayu x drive sendiri
Kalau gi jauh2lah
Dah selalu sangat duk sebelah driver

Sodap je berehat
Sodap je melantak
Dan driver penat memandu
Boss sebelah sedap je membuta hehehe

So bila kena drive sendiri
Mulalah cemas
Nak kena siapkan mental dan fizikal

Ayahnas gi UKM
Bawa budak bola hr ahad
Hari isnin pagi ibuayu drive sendiri ke nilai
Mula2 sopan gak bawa kereta
Lama2 dah dapat feel tekan lebih sikit

Tapi x le sampai lebih 140 huhuhu

Gambar selitan ni sebelum ayahnas gi kl tu
Masa ni kami gi org kahwin

Suka sangat sedondon
Tapi memang tak rancang tau
Bila dah keluar rumah baru perasan
Wrn sama lah hehe
Ini namanya sehati sejiwa




Sunday, November 24, 2013

Deco ruang tamu

Ruang tamu kami ni
inilah tempat menonton
ini gak ada tempat kerja
letak komputer kat depan
ruang tamu gak ada masa tempat makan

hahaha
mana taknya
bila en ayah ajak makan depan
sambil nonton
sekali sekala oklah 
tak boleh selalu ya

so yang selalu ubah tang dinding jelah

yang ni gambar sebelum di deco
dan yang bawah ni selepas deco





"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"











frame kami beli online je
murah dan cantik

Sarapan mee bodoh Tengkera

Biasalah benda kalau tak rancang
Jadi kalau rancang mesti susah sikit kan

Lepas subuh tu mcm biasalah
Landing atas katil borak2

Terus sebut dgn ayahnas jom me bodoh
Terus ayahnas setuju
Terkejut mak sekejap
Ialah ayahnas tengah hari nanti dah nak gerak gi kl
Ni nak makan me kat tengkera 45 minit gak

Tapi kalau suami dah setuju jgn bantah

Hehehe
Tq ayahnas
Layan tekak isterimu ini
Kami sampai dlm pkl 8
Orang dah ramai
Penuh meja
Tapi masa kami sampai ada
Meja kosong so tak payahlah kami
Nak menunggu

Alhamdulilah rezeki pagi Ahad


Friday, November 22, 2013

Steamboat di Masjid Tanah

Masa dapat tahu
Kat Masjid Tanah ni ada jual steamboat
Terkejut juga nendengarnya
Ialah steamboat ke yong tau fo

So masa yg badan seram sejuj tu
Ajaklah ayahnas gi makan sana

Masa sampai tu dah nampak banner
Western n steamboat n goreng2

Oh betullah ada steamboat
Kat menu tu 
Dia guna set bukan buffet
Satu set rm 10
Ada macamlah 
Kuah kita pilih 
Nak sup ke tomyam
Yang paling sedap sos dia
Memang sedaplah
Kena lak dengan tekak org demam
Dia pun guna dapur letrik


so taklah cemas sangat
berbanding dapur gaskan


Ayahnas lak order chicken chop
Pun sedap and berbaloi
Rm 8 je

So untuk orang Masjid tanah
Untuk ada yg bercuti kat MT ni
Bolehlah cuba
Kedai ni kat
Taman Rekreasi Bukit Beringin

Thursday, November 21, 2013

Dapat juga mandi di swiming pool

Faiz kan nak gi tema air legoland

Bila kata tak boleh dia pulak bagi kita idea

Ajak gi hotel yg ada swiming pool lak..
Siap kata dia nak belajar renang hehehe
Mcm2 lah faiz

So bagai tak menghampakan

Kita mandi pool depan rumah ya
Swiming lah sorang puas2


 Bukan gambar ni
Yang ni kat kedai fitness
Cari dumbell utk nek kiah

Model kecik ni sibuk nak cuba






Kami ni nama je cikgu
Tiap kali musim cuti sekolah
Kalau nak bercuti kena tengok jadual encik suami

Nasib baik ibuayu ni isteri mithali
Merungut dalam hati jelah

Wednesday, November 20, 2013

Ajal seseorang tak dijangka

Kan kat entri sebelum ni ibuayu ada cerita
Yg ibuayu duk IJN 3 hari jaga nek kiah..
Nek kiah ni duk katil sorang 
Si bilik tu kami bebas lepaking
So sedang ibuayu baring2 hari Sabtu
Datang dua orang suami isteri
Terkejut gak sebab tak kenal
Lepas dia perkenalkan diri
Yg di staff long (askar mindef)
So dia datang nak ziarah nek kiah

Terperanjat juga ingat sapa ke
So boraklah kami macam biasa
Dia pun banyak tanya kesihatan nek kiah
Mak mcm s3lalu le
Kalau cerita air mata peneman jiwa
(Anak dia sorang ni mengikut feel tu)

Dia datang bawa buah anggur lagi
Dalam 15 minit gak dia duk ziarah mak

Lepas tu hari Ahad tu 
Waktu petang tunggu long datang
Bawa kain baju nek kiah
Ptg tu long dah cakap dtg lewat sikit
Sebab gi tengok kak ngah kat asrama

Dalam menunggu tu long call
Dia lambat datang IJN
Staf yang datang melawat nek kiah tu
Meninggal dunia
Ya Allah terperanjat ibuayu mendengarnya
Slow talk bgtahu nek kiah
Ialah takut mak terperanjat

Semalam baru kami jumpa
Baru kami kenali orang tu
Hari ni kami dengar dia dah kembali
Anggur yg dibawa pun tak abis kami makan

Dia meninggal petang ahad
Mengikut kata long penyakit jantung

Dalam sihat dia menziarahi nek kiah
Sekelip mata dia meninggalkan kami
Walau ibuayu kenal hanya seketika
Tapi tutur katanya sopan dan lembut sekali 
Isteri dia pun jenis lembut je
Kalau kita yg dengar pun terkejut inikan lagi isteri dan anaknya kan
Sama2lah kita doakan agar insan ini ditempatkan bersama2 orang beriman.
Al fatihah


Ni tempat fisioterpi IJn
selesa je tempat dia

Monday, November 18, 2013

Kisah anak orang kaya vs anak orang miskin



Baru2 ni ramai terkejut dengan
Seorang pelajar UPSR
Dihadiahkan sebuah kereta...
Bagi ibuayu tu hak mereka
Dia berwang itu kemampuan mereka

Bagi anak miskin
Tentulah ibu bapa tak mampu nak bg hadiah begitu
diajak makan diluar meraikan pun
itu yg mungkin mampu dilakukan

golongan sederhana
pastinya menjanjikan handphone .tab atau
pelbagai gadjet

bagi ibuayu selagi hadiah yg dijanjikan mampu diberi
selagi tidak melalaikan 
terpulanglah pada yg berkemampuan
cuma satu je
kalau anak berjaya kita puji melambung
tapi kalau kurang berjaya janganlah
kita marah bagai ini penamat peperiksaan mereka

Macam tu jugak bila cuti sekolah panjang ni
bagi anak orang kaya..
macam2 program yang telah dirancang
oleh ibu bapa mereka
kem sana sini
bercuti sana sini
bukan dalam negeri je
oversea dah pasti
boleh janji lagi
bila2 ada masa boleh ke tempat yang anak ingini

bagi yang miskin
duklah rumah cuti panjang ni
buatlah apa aktivit asal tak guna duit
dapat berjalan ke bandar pun dah kira happy
dapat gi rumahnmak sedara lain negeri pun
dah kembang hati.....

bersyukurlah apa yang ada pada.kita
mungkin takde pada orang lain
Kalau kita pandang kewangan saja
sedangkan kita tak berkemampuan
sekurang2nya kita gandakan keimanan
anak2 kita kerana itu tiada bayaran.

macam si faiz ni sibuk ajak ibu gi legoland
sian pulak
bukan sikit belanja
kalau dia bolehlah percuma 
beli tiket oreo je
yang 3 dewasa ni huhu
kalau dapat gi waterworld melaka pun dah ok gakkan..

Sibuk nak penuhkan tabung nak gi legoland

Saturday, November 16, 2013

Setiap sesuatu itu ada sebabnya..

Dua hari lepas nek kiah
Masuk ICU nek kiah ditempatkan lak
Kat HDU

Ibuayu ingat pantau kat ICU 24 jam
Bolehlah nek kiah terus masuk ward
Rupanya tak
Kena step by step

so masa kat HDU nek kiah
Kena tahan lama gak
Sampai hr ahad tu pun nek kiah tak masuk ward lagi

Ibuayu lak terpaksalah balik sebab isnin tu dah sekolah

sedihlah jugak
memang niat nak jaga nek kiah

tapi tak kesampaian...

Dalam kesibukan sekolah
ambil kesempatan hari selasa petang kami gi IJN
bayangkan gerak pkl 5 pkl 6.15 sampai

So sekarang ni dah cuti sekolah
nek kiah masih belum dpt keluar ward
dan diberi kesempatan utk ibuayu
menjaga nek kiah

alhamdulilah suami sentiasa mengizinkan
anak2 begitu memahami

inilah masa utk kita berbakti
untuk ibu yang pengorbanannya
tak pernah berbelah bagi

Doakan nek kiah cepat sembuh ya
terima kasih atas doa dan ucapan kalian sebelum ni
walau kita tanpa ikatan
walau kita hanya berkenalan dimaya saja





Thursday, November 14, 2013

Pelbagai Kemudahan Di IJN

Entri yang ni ibuayu
rangkumkan semua sekali
tujuan ibuayu share supaya kita tahu kemudahan yang disediakan 
di IJN ni
ialah  jika kita jua
menghadapi situasi ini

FArmasi tingkat bawah sekali


sebelah farmasi kedai runcit'



Blok C
kat sini ada DORMITORI
SURAU JUMAAT
CAFE



SURAU JUMAAT
(Hari jumaat kaum lelaki sembahyang kat sini aras 7)




CAFE
kafe ni buka awal pagi
dalam ni ada pelbagai jenis gerai
aircond
bersih n selesa
tapi untuk yang baru first time datang
dan bermalam
cafe ni tutup awal
masa kitaorang datang hari pertama nak bungkus makan malam
dalam pkl 7 diaorang dah tutup

so hari berikutnya dah tahu so tapau makan siang2

pagi sarap nasi lemak


tengah hari ada nasi berlauk
sedap dan murah

Wednesday, November 13, 2013

Kemudahan di IJN : TEMPAT MENUNGGU

Tempat menunggu kat IJN  ni ada banyak
Yang ni tempat menunggu 
setelah nek kiah masuk ke dlm OT

Ada 2tempat menunggu kat sini..
Satu area ICU
Dan satu lagi area CCU

Yg kat ccu ni besar sikit

Dan ada waris yang datang dari jauh
 tunggu and tido kat sini

Ada juga tempat menunggu kat  aras G
(area Lobby)
Yang ni ada tv
Kerusi urut dan luas
Sapa yg bawa anak elok duk bawah ni
Kalau bising pun tak pe

nama pun untuk pesakit jantung
untuk ibuayu yang first time datang sini pun rasa aman je







kemas bersih dan selesa 
kalau semua hospital mcam ni kan best



Monday, November 11, 2013

Kemudahan di Institusi Jantung Negara : Dormitori

Masa mula2 tahu ada dorm kat IJN ni
Memang tak dpt bayangkan

Ialah selalu kalau dorm tu rupanya macam bilik asrama

Bila tengok banner 
Wahhh.mcam hotel

So hr bila tau nek kiah nak operate pagi
Ibuayu pun sampai IJN
Terus gi tanya kat kaunter informasi

Tanya ada nak katil kosong
Diaorg kata ada satu

So dr situ terus gi blok belakang
blok c rasanya..
Bangunan dekat car park
dekat surau n cafeteria

Dorm ni tingkat 2..

masa sampai kaunter

Budak yg jaga tu kata ada 2 katil kosong
Terus ambil dua2
Harganyanpun cuma rm30
Sekatil

So 2 katil rm 60 je...
tapi malm tu long dgn adik ipar ain
yg tido kat dorm
ibuayu memang nak tido dgn nek kiah
kat ward

Esoknya bila nak tido lagi 
Kami bayar lagi..
ibuayu ambil satu katil
lepas nek kiah operate
Ibuayu sorang stay kat IJn..
So hr ke3 ibu tak sewa dorm sebab
Nek kiah masih di ICU
sebab x boleh jaga
ibuayu balik nilai

Dalam dorm ni ada bilik air
tempat jemur kain

Diaorg sediakan bilik khas utk mkn
ialah kalau makan kat bilik
berbaulah pulak
ada gak bilik khas untuk menonton

Nak gosok bajunpun disediakan sterika

so kalau susah nak berulang
boleh sewa sini

sama bilik dgn ibuayu masa tu
ada kak tu jaga husband dia
kakak tu org taiping

dah 10 hari dia sewa dorm

keutamaan dia bagi pada siapa di ICU
tapi kalau ada kosong boleh je










Saturday, November 9, 2013

Selamat Hari Lahir ke 40 suamiku

Selamat Hari Lahir
Menginjak ke 40
Dikatakan bermulanya kehidupan seorang lelaki

Diharapkan abang dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Diberi kEsihatan yang baik

Moga jua menjadi ayah penyayang
(Skrg pun penyayang gak)
But sometime kena lebih take care
Tentang anak bujang tu

Kena lebihkan masa dengan keluarga
Wlpn hakikatnya kami terima
Kesibukan abang di padang
Huhu
tak sabar nak jadikan sabtu ahad
hak mutlak sekeluarga

SEMAKIN
usia bertambah
semakin cinta bertambah mekar
harap abang akan terus
menjadi imam solat kami
menjadi pendengar masalah kami
menjadi banker kewangan kami
hehehe

luv..luv luv u so much







Tempat Yang tak suka nak pergi tapi terpaksa pergi

Rasanya semuanya sependapatkan

Buat kita berdebar-debar
Buat cemas
Buat ternanti-nanti

Ialahlah kan bahagiqn masing2

Kalau gi bercuti semua suka
Gi shopping lagi teruja
Gi hotel tentu rasa selesa

Tapi gi hospital ni sapa yang suka

Terpaksa pergi bukan kerana dipaksa

Ikhlas tapi tak suka nak pergi
Kita semua nak diberi kesihatan yang sihat
Kita semua tak nak diuji dgn penyakit
Tapi nak buat macam mana
Sampai masa diuji jua

Mengharapkan ia kembali seperti
Sediakala


Mengharapkan nek kiah akan sihat seperti sediakala
yg berada disekeliling kena lebih kuat dr yg sakit
Walau bercucuran air mata tapi
depan nek kiah macam tabah belaka

Di saat begini semuanya kena sedia
mental fizikal

Amin...



Thursday, November 7, 2013

Mak selamat menjalani pembedahan Injap

Buat masa ni ibuayu kekangan masa
Nak cerita kronolgi nek kiah di IJN
In sha Allah ada masa ibuayu share

Tapi masa entry ni ditulis dah 2 hari nek dibedah
Masih ditempatkan diICU untuk pemantauan..terima kasih doa kawan2
Harapnya kondisi mak akak terus baik..

Bila dah sedar ni mak asyik merungut sakit
And belakang tak selesa..

Tapi ibuayu nek kiah kuat



Gambar ni kat kg baru
Masa ni nek kiah belum operate

Nak tapau makanan utk yg kat hosp..

Wednesday, November 6, 2013

Doakan Ibu saya selamat pembedahan Injap

Sekarang ni menemani mak di wad IJN
Esok mak akan menjalani pembedahan injap
2 injap
Satu injap mak bocor
Manakala satu lagi sempit

IN SHA ALLAH
Esok 6 Nov pembedahan mak 
Akan dijalankan
Mak org pertama yg akan dibedah esok

Doakan agar selamat menjalaninya
Kemudian masa yg diambil hampir 4 jam

Moga semua urusan dipermudahkan

Amin...


Tuesday, November 5, 2013

Syoknya Selasa

Dapat pamplet tentang ni
Hanya pd hari Selasa

Dan kebetulan ada hal nak ke sana
Untuk jamuan sekolah
Dan kebetulan nak pkl 11

Tunggulah juga dan terus order

Jimat kot harga pun berbaloi

Syoknya selasa


Sunday, November 3, 2013

Makan di Api-Api Steamboat hilang tension

Al kisahnya pada pagi rabu minggu ni
Sesuatu telah berlaku
Hp S4 terjatuh

Masa jatuh tu memang buat
Muka cool je
Ialah tengah handle Read2013

Tapi hati ni berkocak2..

Akhirnya ajak ayahnas gi betulkan
Kat kedai biasa di mahkota prade

Sampai jam 6
Dia kata dalam pkl 8 siap

so ayahnas ajk mkn
Siap ckp tak nak mkn kat dlm ni
Nak mkn kat luar..

ayahnas ajak mkn ikan bakar
tapi br minggu lepas mkn

ibuayu terus ajak mkn
kat api-api steamboat

sebab hati tengah berapi dgn hp sgt sesuai
makan kat situ

kebetulan hujan nak turun
sesuai sangatlah....
kami gi tu hr rabu
so ladies night
ibuayu byr rm 20 je
ayahnas and fauzan byr rm 25
berbaloi gak dengan makannya yg byk





Saturday, November 2, 2013

bila suami isteri main ceper

Permainan ceper ni bolehlah dikatakan permainan tradisional...
Permainan masa ibuayu n ayahnas dulu2

Macamana nak main
Tutup botol mesti ada 5
Baling semua sekali lepas tu 
Ambil satu keluarkan
jentik pasangan tutup botol tu
dan mesti kena

Dah berjaya baru kena timbang

Kena kira 1 tutp botol tu 2mrkh
So kalau timbang dpt semua dapat 10 mrkh

Kreatif kan org zaman dulu 
Cipta permainan ni

Boleh belajar matematik
Boleh belajar lentuk bdn
Ialah nak ambil step jentik

So hr tu rampas mainan yg anak2 murid bawa
Lepas exam

ni jari ayahnas..lentikkan



Ni tangan ibuayu

mahu kejung je

haha

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015