Thursday, May 30, 2013

Hanya sehari dapat bercuti bersama keluarga

Cuti sekolah selama 2 minggu ni
hanya hari ini je dapat kami berjalan sekeluarga..

Dr hari jumaat hingga rabu
ayahnas dah sibuk dgn latihan pusat
Ibuayu lak hr jumaat hingga isnin
akan ke bukit tinggi

Hari sabtu ni hingga sabtu depan
ayahnas akan ke JB MSSM bola di sana
fauzan lak hari Isnin sampai rabu depan 
ikut lawatan sekolah ke Cameron

So hari ni jelah yg dpt kami berkumpul

So pagi2 lagi dah keluar
plan nak mkn me bodoh x berjaya
kedai tutup
huhu
terus gi jusco
tengok wayang bikers kental

X sampai 10 org dlm tu bestnya

Lepas tu beli barang fauzan sikit 
then terus balik

Alhamdulilah yg penting bersama
dan gembira







Ibuayu gi bukit tinggi seorang
tak bawa sesiapa pun
anak2 duk rmh nek kiah

Mungkin ada org kalau nak berjalan
mesti sama keluarga

Ibuayu ni jenis tak kisah and tengok keadaa
tempat an budget
ada tempat sesuai bawa anak2
ada tempat lebih baik mak2 je yg pergi

Apa2 pun yg penting suami izinkan...

lebihan duit rupiah..bertambah jadi jutawan

Tahun 2010..ibuayu n family serombongan 
dlm 30 lebih org kot gi
jakarta puncak bandung

(x sempat nak bg link)

so jumaat ni insyallah akan ke Bukit Tinggi
ikut rombongan sekolah
dlm 32 org gak

hari selasa dapat tukar duit
masa tu ibuayu tukar 318
semalam member tukar 319
ada kakak tu tukar hr sama dgn ibuayu dpt 317


ialah matawang kan berbeza dr hr ke hari
ada turun naiknya
nak kira duit indon ni paling senang kira
kalau 50ribu rupiah dlm rm15...



dptlah jap jadi jutawan
so duit masa gi bandung tu ada lebih

dptlah menambah jumlah yg ada

dulu ingat nak tukar masa duit tu x abis

tapi ada rezeki gak nak gi indon lagi



Tuesday, May 28, 2013

Dapat tupperware gi majlis perkahwinan

Wah buat gempak je tajuk

tapi memang betul pun dpt tupperware
satu set lagi

hadiah ni sebenarnya dr BFF ibuayu
dia nak bg masa hr guru

tapi lepas tu tak sempat jumpa masa wedding
ni baru dia bagi 
tq so much rusiah akak suka




kat situ gak dpt makan bibur chacha..
sedap pekat melekat

dr wedding tu kami terus gi Lubok China
kat situ lak yg special ada kambing panggang
ibuayu tak makan tu feverat ayahnas


and masa ketibaan pengatin tidak disambut dgn silat

tapi disambut dgn tarian

hehe
..best gakkan.. 

Friday, May 24, 2013

Baju raya dah siap

memang plan tempah baju ni untuk raya


tapi kalau tak sabar pakailah gak gi sek


lepas tu br perasan biru dua2..

entah kenapa tahun nila 
minat sangat warna biru

tu yg plan tema raya ni biru nila kombinasi pink terang


harap2 dapatlah baju warna ni

lagi dah berumur nak pakai pink lah



Wednesday, May 22, 2013

Bila buku Rancangan Mengajar tercabut....

Untuk kerjaya guru
buku Rancangan Mengajar ini ibarat nyawa
pwelu dibawa ke mana2...
pernah dengar kalau hilabgkan buku RM ni boleh didenda
RM 20k

baru pertengahan tahun
buku ni dah tercabut
helaiannya ok
yg x ok tulang buku tu

takpelah tampal gam polisterin lekatlah balik

kalau tercabut  ini tandanya cikgu yg rajin
hahaha....mana mungkin ada cikgu x rajin tulis RM kan


Tuesday, May 21, 2013

Sambal Jawa

ibuayu memang suka makanan ni

tapi tak pernah buat pun
ni first time cuba

ibuayu panggil sambal jawa
tapi tak tahu nama sebenarnya

baha-bahan
bwg merah ,bwg putih ,ikan bilis tumbuk


tumis bahan ni 
kemudian masukkan

kacang panjang
suun n kulit tahu

tahu tempe kentang
telah dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu

masukkan cili hidup n garam





Monday, May 20, 2013

Hari bersama keluarga hari Jumaat

Untuk tahun ni
ptg sabtu dan ahad
memang penuh dengan jadual latihan ayahnas

maka kalau nak berjalan shoping ke makan2
 ke hr Jumaat pilihan kami

kalau balik kg tgk keadaan dulu

kalau ayahnas x dpt balik ibuayu jelah gi anak beranak

rasa macam dah tak de hujung minggu 

 kemudian rasanya tahun ni
kami kurang menjelajah haha


 hari jumaat hr tu  teman ayahnas gi kedai muzik
faiz dah terpandang gitar

bukan main bising suruh ayahnas beli

kecik lagi dik oii

so pinjam gitar utk posing jelah



Sunday, May 19, 2013

Hujung minggu tanpa cuti

Tak mengeluh pun
sekadar berkongsi

sebab anggapan kerjaya guru tu senang

hari sabtu pagi bawa budak latihan PKJR
di Stadium Bukit Serindit



untuk hari Ahad lak

ibuayu gi Kuala Sg Baru
chalet PKNK

 ada Kem Kecemerlangan UPSR

berada hingga ke majlis penutup

alhamdulilah kem berjalan dengan lancar




muka cikgu jelah

lupa lak nak snap muka anal murid 

Thursday, May 16, 2013

Hari Guru 2013 :Tak menyesal menjadi Guru

16 Mei 2013
 tema  
Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda

sambutan hari ini berjalan lancar
lagu Kami Guru Malaysia menjadi lagu yang ditunggu2
dan kami turut menyanyi lagu Biarku menjadi lilin

memang touching lagu tu
sampai ada guru yang nangis

Sukaneka pun seronok 
malah rasanya semakin teratur dan meriah
dan paling happening masa persembahan guru2 dan pekerja

Kali ni memang persembahan dahsyat2 
walaupun persediaan tak lah lama sangat
yang syok semua orang sporting
masa ni lah cikgu disiplin buat lawak
cikgu garang jadi sporting...

Sebagai warga pendidik 
ibuayu suka kerjaya ini
walaupun bukan mudah melaluinya
namun setiap saat setiap detik 
walaupun manis walaupun pahit 
itulah kenangan terindah

murid2 datang dan pergi 
tapi cikgu tetap begini

insyallah semakin berazam untuk menjadi guru yang lebih baik dari hari ini

Wednesday, May 15, 2013

Minggu sibuk

sibuk ke..
sibuk kalah PM nak namakan kabinet

ibuayu bukan apa sempat jengah blog kawan2

tapi ada yg sambil lalu ada yg dikomen


nak buat entri memang tak sempat

ptg ni sibuk dgn pembungkusan hadiah anak2.

ialah esokkan hari guru

walaupun hadiah tak seberapa harap
cikgu mereka sudi menerimanya

ini pun tengah sibuk tunggu order yg blm sampai



Saturday, May 11, 2013

Geram dgn kedai makan

malam ni gi Nilai..
so otw nak gi singgah kedai makan siam kat lubok china

first time datang kedai ni

deco pun memang cantik



lepas tu datang tukang ambil order

biasalah kita ada anak kecik
nak tanya nak minum apa
makan apa

bab order air memang laju je

bab makan nak fikir juga 

ada budak tu cakap

lagi..lagi..
nak suruh kita order cepat2

dia dah blah ibuayu ckp dgn ayahnas

muka cantik tapi ambil order garang semacam

lah ayahnas pun perasan rupanya

ayahnas kata kalau order lambat siap budak tu nanti

hahaha
nasib baik makanan sedap dan cepat

kalau tak panggil kakak lagi tu



Friday, May 10, 2013

Air mata ini tertumpah lagi

 9 mei nek kiah dimasukkan ke IJN
sebabnya 10 Mei nek kiah akan menjalani eco
masuk kamera untuk melihat keadaan jantung 

ibuayu ta dapat uruskan nek kiah sebab ayahnas terlibat bola MSSM negeri
jadi longlah yang menguruskan semuanya

andai kata nek kiah tak keluar hari Sabtu ni insyallah kami akan melawat nek kiah

tapi petang tadi sepupu gi melawat nek kiah
gambar nek kiah di sana di upload di FB
apa lagi berderai2 lah air mata
rasa macam nak terbang je ke sana
insyallah mak ayu akan pastikan diri ini disisimu
sewaktu pembedahan mu nanti
rindu mak sangat2


Thursday, May 9, 2013

Tahap Pelupaan yang melampau



Rasa nak menangis hari ni

Entah kenapa untuk minggu ni

ibuayu terlupa masuk kelas yang sama

mula2 hari Rabu

 sebab minggu ni minggu exam so ibuayu pakai baju korporat

kalau tak memang pakai baju PJ

so masa pertama tu terus ajak member gi kantin sebab pkl 8.40

dah ada kelas




naik dari kantin tgk jadual semula. ..
 sangat terkejutnya rupa2nya ibuayu ada kelas masa pertama tadi

ini semua kes tersalah hari..huhuhu

 kemudian hari ni lak

masa lepas rehat duduk bilik guru

tolong member yang buat persediaan hari guru

memang pasti masa tu tak de kelas


tapi rupanya ia berlaku sekali lagi

kena pulak kelas yang sama

rasa nak menitis air mata

kenapalah diri ini terlupa lah sangat

maafkan cikgu anak muridku

kena buat sesuatu bagi menghalalkan gajiku ini.....

samada urat dah banyak putus
atau tahap kesukaan makan kepala ikan 
yang menyebabkan diri ini terlupa huhuhu


























Wednesday, May 8, 2013

Saya Kerani Pengundian dan Kerani Mengira Undi

Terbaca  ketidakpuashatian INDIVIDU tentang PRU 13


tak tahulah kat mana penyelewengan berlaku

ibuayu ni penat bertugas belum hilang

penat rasanya dengar bila nak buat demo

kat mana ketidak telusan berlaku


UNTUK PENGETAHUAN MEREKA YANG HANYA DATANG MENGUNDI

SITUASI MENGUNDI

untuk KTM (Ketua Tempa Mengundi)
KP (Kerani Pengundian)

ibuayu bertugas sebagai KP sahaja
maka ibuayu kena datang tempat mengundi jam 7.00 pagi
berbeza dengan KTM dan penolongnya
Jam 6.00 pagi mereka mesti ada di tempat pengambilan semua barang mengundi
jadi bayangkan pukul berapa mereka keluar rumah

sampai tempat mengundi 
barulah kami menampal semua kerta untuk arah masuk dan arahan dibilik mengundi

jadi selesai siap semuanya
kami kena menunggu wakil setiap calon
(rasanya diaorang panggil Polling agent)
maaf kalau salah

pagi jam 8 tu PA tu seorang perempuan dan seorang lelaki
yang wakil perempuan tu masuk2 tunjuk muka garang


dari peti undi kosong
hingga dikira kami ada pemerhati dari setiap calon

malah kali ni lagi mencabar agen nya

muka garang semacam
siap suruh kami eja lagi setiap nama pemilih
contoh AHMAD KASSIM BIN ABU SALAM 
A H M A D 
EJA MACAM BUDAK DARJAH SATU

bayangkan nak eja 400 lebih nama
panjang pendeknya

lepas tu ada masa kurang dengar ditelinga dia 
suruh baca kuat2
yang kena KP 1 tu perempuan dibacanya kuat2 lantang
tapi sebab agen tu kadang2 heboh dengan entah apa2
disuruhnya ulang
tensen wooo

 dia masa tu macam ketua lak 
nak arah2 je
nasib baik KTM ibuayu tu cekap dan rleks je dalam semua perkara
kalau kena ibuayu hisssh tu yg tak jadi KTM 

so PA ni akan bertukar 2
masuk dengan kebenaran
malahan polis pun tak dibenarkan masuk dalam bilik pengundian
kami petugas ni bergilir2 makan
bergilir2 solat
KTM lagilah panas punggung
satu jam beri report kat polis


lepas tutup pintu pkl 5 terus kira undi


SITUASI MENGIRA UNDI

nak kira 400 lebih negeri
400ratus lebih parlimen

lepas dah sama kertas undi masuk dan keluar
(perlu diketahui PA tahu semua no siri kertas undi yang ada
berapa jumlah pengundi mesti sama dengan kertas undi yang keluar)
semua agen mesti tahu dan diberitahu
tak tahulah ada agen yang tidur berdengkur yang tak tahu)

tunjukkan satu2
angkat dan sebut satu2 depan agen
kalau 800 helai semuanya
cuba bayangkan
asingkan ikut parti

lepas tu kira balik kertas undi dlm kotak parti

bagi jumlah pada agen
tengok lagi sama tak jumlah kertas undi keluar

SETELAH SELESAI KIRA UNDI 
JUMLAH UNDIAN DI TULIS DI BORANG 14
DAN DITANDATANGAN OLEH PA
(SATU SALINAN UNTUK MEREKA)



borang Inilah yg paling penting sekali

(TAK TAHULAH KALAU WAKIL AGEN PUN ADA MAKAN RASUAH ..) 
pada masa ini yang penting BORANG 14
kertas undi dah tak bernilai selain BORANG tu

lepas tu kemas semua barang masuk sampul ditetapkan 
masuk kat tong undi
kemudian seal lagi

selesai dlm pkl 8.00

kereta KTM ada KTM ,Penolong KTM dan polis iringan

bila semua saluran dan siap 
ada kereta polis yg ketuai
sampai ke tempat untuk pengiraan jumlah pengiraan undi KESELURUHAN

disini juga keputusan diumumkan
 ibuayu kat sini dah tak ikut
tapi mengikut kata KTM
mereka terus bawa BORANG tu pergi ke komputer untuk key in data

Jadi perlu diingat
kemungkinan saluran 1 tu A menang saluran 2 B menang
untuk sekolah ibuayu ada 4 saluran
untuk sekolah lain mungkin berbeza
mungkin juga sekolah ibuayu A menang keseluruhan
sekolah lain B menang
tapi bila keputusan diumukan
ia berdasarkan keseluruhan jumlah undi dari setiap sekolah

kalau kawasan Masjid Tanah ni je pun dah ada 4 sekolah tempat mengundi 
kami habis jam 8 sampai sana entah pukul berapa
jadi memang itulah sebabnya kenapa lambat keputusan keluar

ini orang sebut tu BN menang kat Sarawak
asyik tunjuk keputusan tu je
mana tak diaorg mengundi jam 8 pagi hingga 12 pagi sayang

Jadi ibuayu tak paham kenapa kami SPR dipertikaikan
ada video yang tunjukkan seorang wanita bawa peti undi masuk bonet
kesian wanita tu
macam muka cikgu je
sian dia
kalau tu kena kat ibuayu memang ibuayu saman orang tu
suka2 nak provokasi


11 jam kami bekerja
dengan penuh kejujuran
dengan penuh berhati-hati

tapi bila ada propaganda yg nak berdemo kerana ketidakpuas hati
rasa nak menitik air mata ini
penat tak hilang
nak tengok bumi Malaysia bergelora

buatlah tuntutan dengan penuh kebijaksanaan
kumpullah semua bukti
bagi menunjukkan penyelewengan
kemudian gunakan saluran yang ada
untuk meminta kebenaran


tak payahlah nak mengajak orang berdemo2 ni...

ISLAM agamaku 
 Melayu bangsaku
MALAYSIA tanahairku...

ibuayu selama ini tak pernah menjawab tentang parti 
TAPI bila kami petugas SPR dikutuk dimaki
memang tersentuh hati naluri ni

kebanyakkan kami yang bertugas di situ adalah guru
dan kebanyakkan pengundi di sekolah itu 
adalah penjaga /ibu bapa anak murid kami
rasanya takde MAT BANGLA yang mai mengundi tempat kami

dan di antara kami yang bertugas itu bukan semuanya PENYOKONG
ada juga PEMBANGKANG
tapi sebab kami sudah mengangkat SUMPAH sebelum menjalankan tugas
maka kami dengan rela hati tidak memihak kepada 
sesiapa   pun

malah kami sentiasa berdebar andai kata kami tidak menjalankan kewajipan yang sepatutnya...

(andai kata ada yang tersalah tulis ia kesilapan saya
apa yang saya tulis adalah pengalaman saya
dan ini adalah kali ke 3 saya menjadi kerani Pengundi...
hanya gambar ini yang boleh saya kongsi kerana saya perlu mematuhi 
AKTA SPR)

biar gambar senget asal tanggungjawab tak senget..

Tuesday, May 7, 2013

Apa yang Melayu tak buat utk PRU



anak muda bangga dengan umur 21 
tanda kunci kebebasan

tapi apa yang orang Melayu lupa buat
ialah mendaftar sebagai pengundi

itu yang bangsa tu buat bangsa kita tak buat

kalau ada undang2 yang mewajibkan umur 21
automatik nama ada di daftar pemilih kan bagus

demi agama demi bangsa demi negara
pastikan anak anda mendaftar bila umur 21 tahun

jangan beria2 pegang sepanduk kata undi itu undi ini
tapi diri sendiri lupa nak mendaftar
atau tak tahu bagaimana nak mendaftar





akan ku pastikan dak kenit ini
akan mendaftar mengundi


Monday, May 6, 2013

Isu hangat pagi Isnin lepas PRU

disebabkan keletihan jadi kerani mengundi
ibuayu tidur awal malam tu

memang lepak habis

terjaga pkl 4 pagi kejut ayahnas 
soalan pertama

sapa menang
soalan kedua
cuti ke tidak

hahah yg kedua tu yg x de jwpn


dan malam tu ibuayu charge hp
bateri dah kong

so pagi tu pkl 6 on hp

bertalu2 sms masuk
tanya cuti ke tak

semua dah tertanya2....

hahaha 
macam ibuayu ni menteri cuti pulak

so ada member call
kata sek fauzan cuti berganti

ibuayu hntr faiz

cikgu sekolah dia pun mcm tak ready ada sek

diaorg pesan kalau cuti ambil anak balik ya

sampai sekolah

sekolah mcm biasa
memang tak cuti

tapi murid2 memang ramai yang cuti

rasanya rata2 mana2 sek sama kot

maybe mak ayah diaorg penat balik mengundi



Saturday, May 4, 2013

Selamat mengundi..saya sudah anda...


Tak kiralah siapa yang menang esok

kita sebagai rakyat terima hati terbuka
janganlah ada perkara yang tak baik berlaku

janganlah ada lagi fitnah di sana sini


so masa kempen pilihanraya ni
kami rajin lawat bilik gerakan
suka tengok bendera2 parti

malam2 kerjanya memang meronda je

dalam banyak2 tempat kami pergi memang meriah

tapi hari ni 
bila plan nak makan lempeng kat tanjung bidara

kami terkejut
meriah betul2 bendera di sini
tak kira pemerintah atau pembangkang
masa jalan2 kat kg tu kreatif betul
penduduk ni bentang bendera....






tapi ada juga kawasan kami gi tu malap je

kaw yang kami gi tu memang tak de penduduk melayu

sapa duk MT ni taulah

bendera yang ada pun tak meriah sgt

entahlah mereka tak de semangat yg kita ada


lepas habis ni bendera kena cabut kan

berapa lama tempoh dia ya...

kalau rumah sukan ada gak bendera yg sesuai nak guna 

boleh mintakke....


ni sampai ke Linggi kami terjah

Pantang dapat tahu

Sama perangai suami isteri

kalau tahu je ada orang kata makanan kat sini sedap
sibuk nak merasa

kalau baca kat blog pun sama

sibuk cari kedainya

tapi stail kami bila sedap
kami ulang lagi

tapi kalau tak sedap tak gi dah


nasi lemak ni kat pengkalan balak

betul2 depan kubur

nasi beriyani ni kat melaka
tak ingat nama tempat ni

sanggup redah ke melaka semata2 nak beli 
nasi beriyani ni
kami bungkus je pun





Wednesday, May 1, 2013

Saya Kerani Pengundian

Untuk PRU 13 ini

ini kali ke 3 saya jadi kerani  mengundi

saya menulis tiada kena mengena dengan parti mana2
ini adalah cerita saya sebagai petugas SPR
 
sepanjang menjalankan tugas sepanjang hari
pengundian
saya tak nampak pun apa kepincangan
apa ketidaktelusan
apa yang dikatakan  berlaku penyelewengan

dari orang yang mengundi
sampai kira undi
kami diawasi wakil-wakil calon2 yang bertanding

masa nak kira undi depan pemerhati
kami tunjuk satu persatu kertas undi
kami kira dan bilang bersama
wakil calon nampak semua

peti undi yang telah dikira
di seal kemudian
terus dimasukkan ke dlm kereta ketua pengundi
dan diiringi dgn pegawai polis 
dan diikuti dgn wakil calon
ke pusat pengundian keseluruhan

jadi mana kepincangannya

kami bertugas dari pagi hingga petang
walaupun penat kami rasa bangga 
menjalankan tugas

janganlah mengata mengeji
jika ianya bukan kita yang lalui
kita mudah menerima apa org kata
kita mudah menerima apa yg kita baca

tapi sebelum kita terima bulat2
sebelum kita tuduh dan kutuk orang

dengan kata2 yang kesat
muhasabah diri kita dulu

senang mencari kesalahan orang
tapi sukar mengakui kesilapan sendiri


kalau anda nak parti anda menang 
samada pemerintah atau pembangkang
itu hak anda untuk menentukan
tapi kami yang berkecuali ketika menjalankan tanggungjawab
sememangnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan

SAYA TELAH MENGUNDI
harapnya anda yang layak juga datang MENGUNDI
walau apa pun keputusannya nanti kita terima
jangan ada perbalahan antara sesama agama
Mendoakan yang terbaik untuk anda semua
Amin...


Emas murah di Kuala Pilah

Kenapa hari tu ibuayu ke Kuala Pilah

ini adalah sebabnya

emas murah di sana

tempat lain pun memang harga emas tengah murah

tapi kat sini memang murah sesangatlah

upahnya pun boleh tahan murah

ibuayu tahu pun dari member sekolah

mula2 tu gi kedai yg member tu kata

kedai tu org bukan main ramai
yg melayan dua orang
sedangkan ibuayu tal boleh lama kat situ
so gi kedai lain 

ini kedainya

elang satu darinya
ini pun member tu dah pesan
sebab dah agak kedai mesti ramai

so kat kedai tu ibuayu rasa harga emasnya murah
cari gelsng yg berkenan
lepas tu tawar kat upah dia 
harga emad dia x bg kurang dah

harga emas hari jumaat tu rm 136 segram
dapatlah gelang dlm 3 k..
jadilah sebagai kenangan
ayahnas bg kat isteri tersayang dia
ini pun ibuayu top up sikit
hehe
so rasanya sapa yg nak beli emas gi lah kat KP ni

masa beli tu org makin ramai
dr Kl pun ada tau


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015