Saturday, February 28, 2015

Aktiviti Tengah Malam

Sekarang ni kan musim angin
dan musim kering
so bab habuk ni susah nak cakap

dahlah start buka sekolah sampai la ni
rasa macam x abis2 dengan tuntutan kerja
mana mengajar
mana kena pantau pss
sibuk latih budak olahraga
lepas tu 
ada lagi pemantauan
ppd nak mai sekolah

kerja pbs bertingkek-tingkek
buat soalan ujian
waduh panjang gak senarai
tapi sebab ni pekerjaan kita
makan gaji kita
so kena ikhlaskan hati
apa yg x siap kat sekolah tu
bawalah balik rmh
en suami memang x kisah
dia pun bawa balik kerja sekolah
hahhahaa
sebab tulah
faiz selalu cakap
aiz x nak jadi cikgu
banyak kerja
pandailah anak ibu ni

so bila dah sibuk tu
rumah ni al maklumlah
kurang dibelai
buat yg wajib je
basuh kain lipat kain
masak tengok keadaan
ada masa masak
ada masa makan luar
ada masa bungkus
mana yg boleh lah

so mg ni memang x ke mana
sabtu ladap
ayahnas pun ladap
ada masa mlm ni
dtg mood rajin
ambil penyapu
lepas tu basuh kusyen
mop lantai
tengok lantai berkilat 
terapi jiwa

tapi x tahule berapa lama bertahan


Monday, February 23, 2015

Tempat Makan di Ipoh

Bila berjalan ni
agenda utama tentulah 
jalan2 cr makan
memang dah google siap2 mana nak makan

so bila sampai tengah hari tu
terus gi kedai makan Tasik Raban
kedai ni kat area Stadium Ipoh
cr keliling je mesti jumpa
makanan dia macam2
puas hati sangat2
harga pun ok gak

petang tu pulak kami cr makan
kat tanjung rambutan
memang nk pekena me rebus 
yang sangat sedap
tapi sayang kami sampai pkl 5 lebih
kedai x buka
x tahulah masa operasi berubah
atau sebab cuti raya cina
sedih ohhh
memang teringin nak makan situ

lepas tu pusing punya pusing 
kami singgah TKK JE
memang nak makan Popia SS Ali
kat situ gak ada jual Satay endut
sedap gak satay ayam


Ni Tasik Raban




ni kat TKK
tapi banyak kedai tutup


Sunday, February 22, 2015

Hotel Cititel Exspress Ipoh

Jenuh juga nak mencari bilik
masa Cuti Raya Cina ni
ni pun booking dlm 2 mg sebelum gi

bukan senang nak buat keputusan
ayahnas jenis follow je
mana yg bg ibuayu kata ok
dia ok je

masa tgk kat booking.com
tgk hotel ni baru beroperasi
dlm bulan 2 gak
so mesti hotel ni bersih and cantik lagi
pilihan ibuayu memang tepat
memang cantik sangat2
amik yg jenis triple
harga dlm rm180++ dah termasuk tax

kiranya sangat puas hatilah
tapi kalau bukan CNY ni
rasanya harga dapat murah lagi

yang x puas hati parking terhad
itupun ada parking bertingkat
yg disediakan
2 tingkat je pun
huhu
bila kereta atas nak keluar
diorg cr kat bilik suruh alihkan kereta
ayahnas tension
nasib x tido lagi







Thursday, February 19, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Sekolah

Semangat Faiz bila ustazah cerita pasal nak sambut
Maulidur Rasul
walau anak satu sekolah
cakap kita memang ke laut
cakap cikgu dia je dia nak dengar
seminggu ni heboh buat senarai
apa yang perlu ada
untuk majlis nanti


padahal kalau xde pun x pe
cikgu tak marah pun
budak2 kan namanya

lagi2 bila kami ada pertandingan perarakan
so mcm2 cikgu2 pesan

so senarainya
baju hijau
beg kecik
cawan and pinggan plastik
(wrn hijau tu permintaan faiz)
buku catatan
dan pensel

faiz memang ada baju hijau
tapi bila cari baru teringat 
baju tahun lepas tu dah pendek
so dah hantar kg
kenalah beli gak

tapi bukan tu je
semuanyalah beli baru
buku catatan pun dia nak beli gak
padahal banyak buku kat rumah ni

pagi tu bukan semangat faiz nak bersiap
hehhe

disebabkan tugas ibuayu jurufoto
pada hr kejadian
maka bila nampak rumah

 hijau je

terus lens mencari mana anak bujangku










balik tu sibuk cerita dengan ayahnas
seronok berarak
seronok dengan majlis tu
lagi seronok rumah HIJAU menang..
yahoooo

Tuesday, February 10, 2015

Info ahli KPPK yang dah dapat surat lantikan

Mungkin ada yang tahu
ada yang tak tahu
tapi ni ibuayu nak share info bg ahli KPPK

bagi penerima dg 42 
sekiranya kita dah dapat surat
pelantikan
bolehlah kita claim dekat KPPK
dapat rm100
tak banyak
tapi oklah kan
belanja anak beranak makan
diorgkan tulang belakang kita masa belajar
hehhee
esok dpt tunggakan jgn lupa 
hulur2 sikit kat mak bapak
doa diorg yg buat kita berjaya

so sapa nak claim
kena ada satu salinan
* ic
* kad kppk
* ijazah
*surat pelantikan
dan isi borang yg diambil dr laman web kppk

tu je...
nak pos boleh
nak gi sendiri kat pejbt lagi senanglah
kalau org melaka
pejabat dia kat bandar hilir
sederet lebih kurang
dengan restoran selera kg

kalau anda ada join kesatuan lain
rasanya diorg ada sediakan imbuhan
utk cikgu2 yg abis belanja
jgn malu tanya je
tahniah utk semua


Tuesday, February 3, 2015

Sibuk.sibuk..sibuk

Orang lain pun sibuk gak
tapi minggu ni ibuayu memang sibuk 
tahap dahsyat...
kemudian lah cerita
cuma boleh berkongsi

ada tetamu tak diundang
nak mai sekolah
hehe
cikgu cikgi
mesti faham
dup dap dup dap

kemudian cerita ya

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015