Thursday, October 30, 2014

Minggu bermesyuarat...

Minggu ni penuh dengan bermesyuarat
mesyuarat sekolah 
mesyuarat luar
lagi nak penutup sekolah
lagi sibuk aktiviti
kena kuat fizikal and mental

isnin taklimat skt
selasa taklimat perpustakaan di pkg
rabu mesy kelab staf
khamis mesy hem
jumaat  lepas sekolah nak cari hadiah
penutupan pusat sumber
penuh minggu ni
hehee...
takpelah
asal kita seronok dengan kerja kita x pelah
ikhlas

pekena roti bom and teh tarik
gelas besar
hilang penat

Tuesday, October 28, 2014

Putu Bambu hijau vs Putih


Ibuayu ni bukan suka sangat putu bambu
tapi tak tahu kenapa
la ni tekak
memang nak makan putu bambu
tapi memilih gak
nak makan yang warna hijau
pernah sebelum ni kakak beli 
yang warna hijau area kajang
memang sedap betul putu bambu dia

buat masa ni dah dapat dah rasa yang warna hijau
tapi beli area alor gajah
tapi rasanya
masih tak mencapai piawaian tekak ibuayu ni






vs



so kawan-kawan suka yang mana
yang hijau or putih

Sunday, October 26, 2014

Ada duit dalam beg yg dijual

Masa karnival ibuayu gerai jumble sale
ada barangan tu ibuayu pun sendiri
antaranya ialah beg duit
jenama carlo rino

taklah rosak sangat
cuma ada terkopek sikit je

so ibuayu letaklah untuk jual sekali
petang tu anak murid yg tolong jaga gerai ibuayu tu
godeh2 wallet tu
sekalinya dia jumpa duit dlm tu
masa tu ibuayu xde gi gerai lain
sampai je member cakap
kak kalau org beli beg tu untung sangat
beli rm 3 dapat rm50
alamak ai terkejut ibuayu
dah pesen ibuayu suka selit2 duit
ingat dah xde apa kat beg tu rupanya ada duit lagi
dtg lak murid lelaki ni godeh lagi wallet tu
jumpa lagi rm5

nasib ada rezeki lagi utk ibuayu
kalau x rm55 hilang mcm tu je
ialah kalau org dah beli pun ibuayu
tak tahu dlm tu ada duit kan


Saturday, October 25, 2014

Karnival Kokurikulum SKDTK

Selama mengajar disini
ni first time kami buat karnival
selalunya buat hari kantin sekolah je

Bila buat 2 hari.maka sebutannya karnivallah
nampak besar nampak gah

acara bermula 9 pagi
hari Jumaat
kami buat jualan je
ibuayu kena
jumble sale
jual buku2 terpakai
jual mainan
jual baju
tapi
buku and mainan yg laku




berniaga tu sampai esok
untuk malamnya
sekolah ibuayu buat Malam Sinar Islam
kami Jemput pengarah JPn
kami jemput org2 tertentu
selepas isya
pengisiannya
ialah
persembahan
anak2 murid
yg menyertai setiap pertandingan
Kalam Jamaie
Coral speaking
nasyid
dll

tapi kita hanya merancang
malam tu hujan turun sangat lebat
berhenti sekejap
hujan lagi
yg berniaga berniaga
yg menonton persembahan
masih berjalan



alhamdulilah
pengunjung dr anak2 murid sekolah s3belah
yg duduk di asrama
dr ibu bapa
dr org luar tetap ramai
hujan tak menghalang
majlis kami
ibuayu lak ditugaskan
menjadi kameraman
masa tu baju basah memang x kisah
tapi asal jangan kamera yg basah
hahaha
mlm tu pkl 12 gak sampai rmh

esok pagi pkl 8 dah sampai sekolah
ibuayu nak handle pertandingan mewarna
kami jemput pra sekolah berhampiran untuk menyertainya

kemudian dlm pukul 9 lebih ada sukaneka dijalankan dipadang sekolah
Pameran dari badan2 tertentu pun ada hadir di majlis ini

Alhamdulilah majlis penutupan berjalan lancar
dirasmikan oleh Datuk Bandar MBMB
masa tu ibuayu ketua hadiah





bila kenang balik
wah macam2 kerja rupanya ibuayu lakukan

hahhaaa
takpelah asal majlis berjalan lancar
bila Gb bagi kerja kat kita
maksudnya dia percaya kita kan
so do the best among the best
tengahari tu pkl 1 gak selesai semua
balik rumah kaki dah krem
minta tolong ayahnas urut
memang keletihan sangat2
petang tu wasap skolah penuh dengan cerita
kami penat kami letih
tapi kami sangat seronok
pengalaman yg susah nak dapat


Thursday, October 23, 2014

Jalan-jalan Makan-makan

Setelah penat berkarnival di sekolah
ayahnas ajak gi jalan2
memang blur nak gi mana

Ingat nak gi fraser hill
kami x pernah sampai sini
tapi masa plan tu hr Ahad  dah pkl 8 pagi lupakanlah
tapi nasib x gi
dengar cerita highway karak jem 
ada xcident

So terus ajak ayahnas gi Jelebu
x pernah gak sampai sini

sebenarnya kami gi senawang dulu
singgah makan nasi arab damsyik
dr situ br gi Jelebu
guna Maps
taip Jelebu

bila sampai kuala klawang
maps kata kami dah sampai
aikk konfius ni
ni ke Jelebu
so memusing je jelebu ke klawang


lepas ni kena buka peta malaysia semula
sebab misi kami nak round daerah2
di negeri sembilan..

otw balik nampak gerai cemdul
ibuayu and ayahnas je turun
anak2 dah ketiduran
order cendol  rojak dan laksa
sedap jugaklah
padanlah masa pergi org ramai

lepaa tu terus balik rumah
ni namanya xde kerja cari kerja
suka sangat ukur jalan







Tuesday, October 21, 2014

Nasi Arab Damsyik Senawang

Aduhai..
la ni penangan nasi arab betullah
tapi nasi arab damsyik ni
memang terbaik
ditekak ibuayu and keluarga
org lain ibuayu x tahu

ibuayu memang x makan kambing
so order ayam je
dia punya lembut
x dpt nak cakap
memang sedap
masa tulis ni terasa kenikmatannya






kedai ni tutup hr selasa ya...
hari lain pkl 11 pagi rasanya
kecuali hr jumaat sikit...

Monday, October 20, 2014

Selamat Pengantin Madu

Orang lain lama dah layan kot
ibuayu br nak layan
itupun sebab terbaca post
 nik

nik bagi link tgk on9
kat
 www.layanjer.net

best cerita ni
lain dr yang lain
lakonan fasha sanda pun best

abis ibuayu layan 
sampai episod 11
sehariqn tau
sekejap ketawa
sekejap menangis
penangan betul cerita ni

cerita ni sampai episod 13..
x sabar nak tunggu sampai abis
geram betul dengan watak 
si mas
tu
kiranya berjayalah lakonan dia
tapi gedik semacam




Wednesday, October 15, 2014

Terima Kasih Nuffnang

Sebelum ni macam merajuk je dengan nuffnang
ialah kita blogger suam-suam kuku
baru bertatih walaupn dah ada blog beberapa tahun
nak naikkan traffic tak pandai

bila  login nuffnang hari ni
syok lak rasa
lepas ni nak belajar ilmu naikkan traffic lak

tengok banyak je...harap masyuk pun banyak ya




Tuesday, October 14, 2014

Keluarga Iskandar Musim ke 2

Tak sangka lak cerita ni ada musim kedua

masa musim pertama
ibuayu memang ikuti cerita ni
pelakon dia jenis selamber je
macam cerita seharian masyarakat kita
dialog dia pun 
boleh buat kita tersenyum

so bila keluar musim ke dua ni
mestilah ternanti2

hehe
tapi tulah ada masa takut terlupa nak tgk
zaman dah matang ni 
dah kurang minat sikit tonton tv

ni musim 1



ni musim 2
takde lak gambar pelakon dia
tapi kebanyakkan pelakon dia sama je



so jangan lupa tonton cerita ni
setiap isnin 
10.30 mlm
di Astro Warna atau Astro Mustika HD

Kursus Bina Blog

Hari ni ibuayu kursus bina blog
ni utk subjek TMK TAHUN 5
diorg pun akan bina blog sendiri


walaupun ibuayu dah ada blog
tapi ilmu yg disampaikan oleh Cigu Zakri
sangat2 memberi manfaat
memberi idea
memberi motivasi

in sha Allah
lepas ni akan buat penambah baik
agar blog ni
bukan sahaja sekadar diari biasa
semangat berkobar2 ni





Saturday, October 11, 2014

Hentian demi hentian

Hari Jumaat melaka 
cuti umum sempena TYT
jenuh plan nak gi mana
rasa macam malas 
tapi hati teringin
macam2
dah nak solat jumaat ibuayu
ajak ayahnas gi ikea terus dia setuju
tengah gosok baju
fauzan lak br teringat 
dia ada tuisyen ptg tu
huhu
cancel program
buat program lain
so lepas hantar fauzan tuisyen
kami gi melaka
cr hadiah karnival
mula2 berhenti kat 
coconut shake solok duku
memang peberet ayahnas
ayahnas beli popia sata
sedap gak rasa dia



kemudia plan nak makan me candu
tapi tutup lak kedai dia
tak pastilah
tutup setiap hr jumaat
atau tutup sebab cuti umum

kemudian terus gi tong hap
tempat beli borong barang sekolah

ada benda cr tak jumpa
maka terus lak gi Cowboy

nasib barang yg nak dicari ada


lepas tu balik rmh jap solat asar 
terus gi makan
kat D Pearl corner
menu kat sini semakin banyak
asal2 dulu me udang and char kuey tiaw je

bila tahu ada aiskrim
bukan main bergembira lagi faiz




so bila balik rumah dah boleh rileks
badan penat seharian berjalan

Friday, October 10, 2014

Cabut gigi lagi

ni kisah gigi ibuayu lak
kalau x faiz ibuayu
kalau x ibuayu faiz
hehhee
tahun ni dilema sakit gigi je


masa raya puasa tu dah rasa
gigi geraham bawah yg belakang seklai
tampalan dia tercabut
tapi biasalah
mula2 tak rasa apa
bila nak raya haji ni
mula dah rasa tak sedap
ada masa denyut2
tapi hati berdetik gigi mana ni
gigi atas ke gigi bawah
so masa nak raya haji
ibuayu tawakal gak gi klinik gigi
sebab hr sabtu
doktor yg biasa takde 
doktor ganti je

so jumpa gak dengan doktor tu
so bila ibuayu kata gigi bawah tu
nak suruh dia cabut
dia kata kalau nak cabut
kena tampal dulu
aikkk
itu mcm ka
dah mula rasa x confident dgn doktor ni
so x jadi nak cabut gigi masa tu
hari selasa mai klinik semula
doktor biasa tu ada
lega rasa
masuk bilik rawatan hati sangat berdebar2
bila doktor tgk terus kata wajib cabut
so setuju je dengan doktor ni
see xde pun kena tampal dululah

enjet 3 kali
bagi kebas
tunggu 15 minit lepas tu
terus doktor cabut
sekejap je
kalau tanya sakit x
masa enjet kali kedua tu ada rasa sakit gigi
tanya doktor bila kebas ni hilang
dalam 2..3 jam gak lah
yang penting la ni gigi x sakit lagi
nak cr ubat kalsiumlah
asyik masalah je gigi ni


gambar ni masa gigi sakit lagi
kami otw nak balik raya kat kluang

Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday





Monday, October 6, 2014

Subway di Dataran Pahlawan

FIRST time kami cuba 
Makan subway
Mula2 tak tahu pun kat melaka ada subway
Sekali terpandang papn tanda 
Ada subway rupanya
Kalau sap nak try boleh gi Dataran Pahlawan ya

Hari tu kami park kereta kat mahkota
Lintas je gi DP
Dah meround
Kami makan subway
Ingat nak take away
Tapi ada meja kosong
Kami duk makan situ 

Mcmana nak order
Jangan risau
Kat situ ada ajar 
Mcmana nak order
Mula2 pilih jenis roti
Lepas tu pilih nak isi apa
Kemudian dia bakar jap
Lepas tu pilih nak salad apa
Ibuayu pikih semua
Hahaa
Senang cerita

First time kami makan memang rasa
Sedaplah
Next time boleh repeat lagi
Tapi kitaorg ni kureng sikit round kat DP tu






 Lepas makan subway
Faiz sibuk nak makan aiskrim

Kami duk lepak jap makan baskin
Suka budak kecit tu
Satu cup tu dia punya tau
Kedekut nak share



Lepas tu round mahkota pulak
Dapatlah ayah beli baju yg dicari
Kami tukang teman je

Rasanya kami jarang berjalan 
Kat shopping kompleks
Hari ahad
Boleh dikira dengan jari
Tapi sebab kami keluar awal pagi
Taklah serabut sangat
Waktu org ramai
Kami dah nak balik
So aman rasa



Sunday, October 5, 2014

Aidiladha di Nilai Impian

ni tahun ke 2 kami raya di nilai
nilai ni rumah long
tahun lepas mak duk sini sebab bln 11
nak operate jantung
tahun ni long ajaksemua berkumpul kat rumah dia

so ptg sabtu tu baru kami sampai
malam tu mak and abg lak sampai
malam tolong masak sikit2 je
kira teman didapur
bibik ada so kita tukang pandang
hehe

pagi2 tu semua kena kejut awal
ialah beratur nak mandi
ayahnas n fauzan nak gi masjid
faiz last sekali
setel semua benda dah siap
lepak2 dulu
bila org lelaki balik solat
br lah agenda makan2
lauk pauk mcm2
ibuayu lak gigi tengah meragam
makan pun kontrol kunyah je

lepas tu barulah operasi bergambar







Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015