Wednesday, March 30, 2011

Keluarga Haji Dalip di dada akhbar

Wah keluar akhbar cerita hari kami sabtu dan ahad yang lalu
"
"
 melaka hari ini
 
 


seronoknya hari keluarga ni sampai hari ni terasa...

lagi2 ramai yang mula upload gambar di FB ..
dan ramai yang mengomen

Tuesday, March 29, 2011

Tengah emosi EXAm

Sabtu ni ada satu paper
Minggu depan berturut2 Sabtu dan ahad ada paper..

balik sekolah lepas lelap sekejap 
barulah bukak buku..
ibuayu je yang lelap faiz tak lelap

bila kita nak bukak buku siap cakap jangan kacau ye ibu nak baca buku

wah dia pun macam paham je kata baca buku

tak lama paham nya..boring tengok kartun abis badan2 kita dilanyaknya..
pipi kita dicubit2nya..
asyik nak cium ibu dia je..
aduhaii ..macamana ibu nak baca buku ni...
ibu pun gusti samalah....

dari tak boleh baca buku baik on blog jap..keh3
alasan yang biasa didengar......

ni budak kuat mengacau...

Berapa kali sapu lantai rumah..

Rasanya kerja yang mesti kita buat dalam sehari 
mestilah menyapu rumahkan..


gambar dari pak google ye


rasanya rumah ibuayu ni takde lah faiz buat sampah sangat
tapi asyik berhabuk je...


bangun tido nak gi sekolah memang x sempat pegang penyapu
balik sekolah sapu lantai dulu..
petang2 sapu lagi
malam lepas makan sapu lagi
nak tido tengok ada sampah sapu lagi...



aduhai ada je habuknya..
tapi benang yang mesti ada masa menyapu tu ialah
"
"
"
"
rambut ibuayu yang keguguran



ni pun gambar dari pak google...

huhuhu
ini pun dah potong pendek
masa rambut panjang hari tu lagi teruk...
so kawan2 berapa kali ye sapu rumah sehari...


Monday, March 28, 2011

Hari Keluarga Hj Dalip

Hari Sabtu 26 MAC 2011 ..sejarah keluarga HJ Dalip tercipta..
HJ DALIP ni atuk kepada ibuayu
atuk dalip dan nek tepah telah kembali ke rahmatullah (al fatihah)
nek kiah punya adik beradik 11 orang + seorang sudah meninggal dunia
alhamdulilah semuanya yang  ada dapat menghadirinya
"
"
ingat lagi hampir 10 tahun lalu masa tu fauzan umur dalam 2 tahun
kami membuat hari keluarga di Sri Pena PD..

sekarang ni fauzan dah berusia 12 tahun..bayangkan lama tak buat
tak buat hari keluarga bukan bermakna kami tak jumpa.. masa  RAYA memanglah jumpa..
"
"
mula2 frust jugak sebab ibuayu kena kursus sabtu tu..ahad kuliah
tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..
jadi selepas gi sekolah je terus cabut ke Pengkalan Balak
kami buat di Restu Resort
tempat yang sangat-sangat selesa.....

Ayahnas lak tak dapat join sebab ada game kat Kedah

pagi tu buat sukaneka..tapi sebab ada yang lambat dalam pukul 10.00 jugak acara bermula..
Mic pulak tak de..terpaksa menggunakan suara original untuk menggantikannya..
ialah cikgukan suara mesti kuat..keh3

Tak dapat nak bayangkan keseronokkannya ..
sampai hilang suara bagi arahan
hilang suara sebab banyak ketawa..
"
"
dan biasalah dalam pertandingan ada menang ada kalah
ada yang menipu (kah2..kumpulan sapa ni)
ada yang cengelat(pengelat)
tapi takdelah gaduh2..sebab semuanya suka...
"
"
 
pocong

fauzan yang jadi pocong tu

lepas sukaneka darat pagi tu
sambung dengan penerangan DAna Hj Dalip


lepas tu sukaneka pantai lak...
 futsal pun ada
malam ada BBQ
ada pertandingan ratu kebaya 
ni acara paling best..
semua mak saudara kena pakai baju kebaya..
wah macam model semuanya...

lepas tu karaoke...
masa ni ibuayu sempat dengar  3 orang nyanyi je sebab faiz dah nak tidur...

pagi esoknya
Bacaan Yassin dan Tahlil
dan sambung lagi beberapa acara ..
dan acara yang paling best ialah bapa saudara make up mak saudara
bayangkan atuk mail make up kan nek kiah...
sampai meleleh2 air mata ketawa..
rasanya ni first time atuk mail pegang gincu..
lepas ni nak suruh ayahnas berlatih make up ibuayu supaya senang bila ada acara ni..keh3

ada sambungan sukaneka pantai 
antaranya


last sekali mestilah bergambar beramai-ramai..
havoc betul...
sangat2 seronok
walaupun penat dan letih tapi keseronokkannya sangat terasa...
ialah masa ni  tahu anak sapa..cucu sapa....
kalau sepupu tu memang rapat..kalau dua pupu ni yang jarak sikit dan perlu dirapat2kan..

tak sabar nak bertemu lagi di tahun hadapan
kena plan cuti sekolah lak
biar yang duk jauh dapat bersama2....
"


gambar ni semuanya cilok dari FB sepupu sepapat..
ibuayu tak dapat nak angkut DSLR...
mana nak uruskan sukaneka
mana nak kejar faiz lagi....

Saturday, March 26, 2011

Terasa letih terlampau

Sepanjang minggu ini 3 hari berturut2 ibuayu 
melepak bersukaria dan berjoli 
di Stadium Hang Jebat
kerana membawa pelajar untuk Olahraga Kawasan ...

kenapa kata begitu..
ialah kadang2 nama je sesama cikgu diaorang ingat gi bawa budak olahraga ni
sesuka kita je ke kat sana..
hakikatnya
bukan senang nak jaga budak sukan ni ..aktif semacam tak duduk diam


lepas tu ingat sekolah bagi duit minyak dulu ke

tak de..guna duit sendiri
dari sekolah ke stadium dalam 30 km..kira sendirilah berapa duit minyak pergi balik 3 hari tu...


makanan tengahari cikgu sama seperti apa yang budak makan..
bukannya dapat gi makan kat Tesco ke Jusco ke walaupun dekat
ialah kena jaga budak takkan nak tinggalkan diaorang terkontang kanting


kereta cikgu pun macam kereta kebajikan..dengan pasir,dengan bauan..langsung rasa tak kisah
yang penting nak kan kemenangan...

rumah cikgu...
tak payah katalah
kalau dah sampai rumah hampir 8 malam nak kemas apa
badan dah letih...
makan pun beli...
anak kecil pun org tolong jgkan sampai malam...
esok pagi2 nak bertolak semula
kalau terlambat nanti budak yang tak boleh masuk acara


benda di atas ni bukan terjadi pada ibuayu 
ia pada orang lain
tapi rasanya sapa yang memang melaluinya mesti terasa
tapi tak nafi juga ada antaranya tak berapa suka bawa budak sana sini..
ialah nanti kotor kereta..rosak absober..




ialah bagi yang membawanya biarlah apa orang lain kata
yang penting kita IKHLAS dengan kerja kita......

Monday, March 21, 2011

Duni ni kecil je..

Nak tahu sapa kami jumpa
"
kecil betul dunia ni
jalan 2 kat plaza Alam Sentral

terjumpa

dengan jiran sebelah yang dah berpindah ke KL
sukalah faiz tu dapat jumpa kawan-kawan.





 
gi sini tak beli apa2 pun
cuma beli selipar along kat Al ikhsan..

5 jam di padang..SUK

Inilah team ayahnas
ayahnas bawa team bawah 17 Melaka
lawan dengan selangor kalah 2-4

team bawah 14Melaka yang menang 

main di padang SUK
sesatlah jugak
budak ayahnas main dengan baik
budak selangor pun memang main dengan baik
tapi kalau pengadilnya buat kerja lagi baik tentu permainan nampak cantik

sepatutnya pengadil kebangsaan
ini letak pengadil yang tek berkaki lebar...
asyik kena Tut ..je dengan penyokong Melaka..keh3
bab Tut tu ibuayu tak masuk campur....
ayahnas tak ambil lak pengadil garisan
gemuk and tak dapat nak kejar budak
tu yang bila ada kesalahan tak dapat nak tangkap...

nilah budak2 ayahnas..
lepas ni tiap2 minggu busylah dengan team dia
minggu depan ke Kedah pulak
ibuayu duk rumah jelah baca buku nak exam.huhuhu
"

"


terselitlah jugak bawah 14 ni


 bayangkan kami tiba disini dari pukul 2.30 hingga 7.30 ptg

lamakan
nasib baik masa sampai faiz tidur
nak start game ke 2 baru dia bangun
jadi taklah penat nak mengejar dia
tapi sekejap tengok bola sekejap tengok upin ipin
siap bawak laptop supaya nak bagi dia diam...

Sunday, March 20, 2011

Cerita Sabtu ...

Seharian yang dirasakan sangat penat
dan sedikit bara dalam hati
"
cerita yang bara dululah ye..
kami ke Shah Alam pagi sabtu tu
sebab jam 3 ayahnas ada game kat padang SUK Shah Alam
kami diJANGKA tidur disebuah CHALET area hulu langat
sebabnya hari ahad tu ada wedding
"
dari awal lagi ibuayu tak berapa setuju nak tido tempat tu
ibuayu pernah mandi kat sg congkak kat sana
memang tempat tu macam berhutan pun

tapi disebabkan bukan kami yg uruskan tempat tu semua terpaksalah ibuayu follow je
dan macam dijangka MIL tiba kat tempat tu dulu
dan dia pun tak sanggup nak tido situ
kalau ramai orang lainlah mungkin berani sikit..
ini berdua je.....
dan AKHIRNYA kami yang menjajau2 mencari tempat nak tido
 "
akhirnya jumpalah HOTeL GOODHOPE

baru dibuka harganya pun ok jugak
kalau single bed baru rm 88
kalau Queen bed rm 108
family rm 158...



model utama
"
"
nasib baik ada tv
semuanya adalah
 jantung hatiku

 


kira oklah kan dengan ibuayu
takkan nak tidur kat CONCORDE Hotel lak
rugi banyak
dahlah check in pukul 9 malam...

dan masa lepak kat Plaza Alam Sentral kami jumpa seseorang
next entrilah ye...



Friday, March 18, 2011

Sejuta terima kasih kepada Mama Tisya

Rasanya bukan sejuta tapi  berjuta2 rasanya nak ucapkan terima kasih 
pada Mama Tisya kerana sudi menolong ibuayu

pada awalnya dah sampai tahap frust jugak bila MASALAH itu datang
nasib baik mama tisya sudi tinggalkan link:
dan berdasarkan link itulah ibuayu cuba selesaikan masalah ini..

pergi ke link yang mama tisya ajar
tapi masih tak paham
terasa segan jugak nak mintak tolong
ialah dia blogger yang femes
tapi buat tak malu je email kat mama tisya
sekejap je dia dah balas 
 bagi panduan satu persatu

dan alhamdulilah ibuayu berjaya jugak...
kalau sapa yang BAKAL menghadapi masalah ini
bolehlah tanya ibuayu selepas ni
harap2 ilmu yang ibuayu dapat dari mama tisya dapat disebarkan kepada orang lain

TERIMA KASIH AMY....
Terasa suram entri tanpa gambar...


amy akak ambil gambar anak dara ni tanpa izin ye..
suka tengok tisya yang makin pandai pose
nilah ratu hati AMY
"
"

Zoo Melaka



Oklah kan dari tak ke mana cuti ni
merasa jugak kami pergi ke Zoo
Untuk faiz ni first time dia sampai ke sini
ni cerita ahad minggu lepas

Bertolak dari rumah awal pagi
Sampai kat sini 9.00 lebih
kira oklah org belum ramai cuaca pun tak panas

memang plan nak naik TRAM
malas nak jalan
walaupun tahu kami jumpa berpeluang melihat 30% binatang di sini

sebab orang tak ramai kenalah tunggu dulu sampai Tram ni penuh

wajah kesayangan ibuayu
 kat sini dia bagi kita turun 10 minit jalan2

 "
 lepas tu naik tram balik
lepas pusing keliling tengok persembahan binatang pulak
kat gambar ni ada jadual show tu pukul brp
 harap dapat lihat

 

Faiz mula2 sukalah
lepas tu bila orang makin ramai
dan kami dilindungi
 mulalah ajak keluar

maKIN dilindungi geram je..

kata gi zoo
kenalah selit gambar binatang lak
"




dah penat makan aiskrim A&W lak

 "

lepas tu balik ke rumah

pkl 12.00 dah sampai
walau sekejap tapi tetap seronok

untuk info:

Masa Lawatan
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari

Harga Tiket
Dewasa = RM 7
Kanak-kanak 5 tahun ke atas = RM 4


kalau nak naik TRAM waktu mula operasi pukul 10.00 pagi..
kalau mai awal jalan kaki lah
harga dewasa RM 2
kanak2 RM 1


Tuesday, March 15, 2011

Pemenang Cer Teka



Pemenangnya ialah
"
"
"
"
"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


tekaan yang BETUL dan terpantas

kami ke


ZOO MELAKA

untuk yang lain terima kasih ye sudi join contest ni


tak tahu masalah datang lagi
tak boleh nak upload gmbr lain dah
tension betul..
hari tu dah berjaya
ni jadi balik
grrrrrrrr

p/s : utk ummiaqeef send alamat kat email ibuayu ye
faulia05@gmail.com
kat comment pun boleh jugak..
tahniah




Sunday, March 13, 2011

Cer teka

hari ini kami berjalan ke SATU tempat di MELAKA
Cer TEKA ke manakah kami sekeluarga..

Tempat tu memang tempat bercutilah

kena bagi tempat yg khusus ye..contohnya A Famosa...tak boleh bandar hilir je

sekali teka je..
tinggalkan kat komen

hadiah tentulah FM
murah2 je
saje2 and suka2
tarikh tutup: esok Isnin 14 Mac 12.00 pm ye

P/s : sebenarnya masih berhutang nak pos hadiah kat umialya masa teka cuti genting hari tuSebelum ni bergasak dengan asgmnt..sekarang dah free.dalam minggu ni hadiah akan diposkan

MTQ


CUBAAN UPLOAD GAMBAR....
BUAT MASA NI BERJAYA
HARAP TAK KELUAR LAGI MESSAGE BOX TU...

along yang bertugas masa majlis tu
siap pesan buat perangai elok2
"

"
"


ni anak murid nak buat persembahan
ibuayu tukang make up artis and buat gaya je..
guru vokal orang lain
"

nyanyi lagu Maher Zain: Insyallah
alhamdulilah persembahan yang menarik
walaupun last minute



dan yang terakhir gambar beramai-ramai
tapi tak semua yang ada..
alhamdulilah sekolah ibuayu telah mendapat tempat untuk 6 acara yg dipertandingkan
2 Johan
2 Naib Johan
2 Tempat ketiga..

MTQ=Majlis Tadarus Al-Quran

Wednesday, March 9, 2011

Bukan senang nak dapat ijazah

Asigment nak submit hari ahad ni
biasalah lagi dekat nak hantar baru idea mencurah 
tu yang tak siap2

untuk seni kali ni kena buat kajian songket dan batik
jadi ambillah gambar kain batik yang ada

dalam tengah buat kerja 
ada je yang nak menyelit
harap2 dapatlah asgmnt ni siap
lagi nak cuti sekolah
macam@ lak kerja nak buat

Sunday, March 6, 2011

Al Fatihah

Kawanku ini telah kehilangan suami tercinta 2 tahun yang lalu
dan hari ini pula telah  kehilangan anak lelaki sulong,

Ajal Maut ditangan Allah
setelah hampir dua minggu duduk di ICU hari ini Allah telah menjemputnya kembali

Baru berusia 25 tahun ,
Anak sulong kepada 7 beradik,
Baru bernikah bulan 11 hari tu...
Merupakan tempat pergantungan adik beradiknya
Seorang yang rajin beribadat
Seorang yang ceria
selalu singgah ke bilik guru sambil berlawak apabila mahu mengambil ibunya .

Terasa insaf ketika menziarahinya di hospital hari itu,
pada mulanya telah beransur pulih
dan pagi tadi terkejut apabila dikatakan dia telah tiada,

semoga kakakku ini akan tabah dan kuat menghadapi ujian darinya.
semoga rohnya di tempat bersama2 org beriman

AL FATIHAH
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015