Saturday, April 25, 2020

Ramadhan pertama ibuayu sebagai yatim piatu

1 Ramadhan 1441 Hijrah
24 April 2020
Jatuh pada Hari Jumaat
Pada hari kita semua mematuhi peraturan PKP
Tiada solat terawih di Masjid
Tiada Bazar Ramadhan
Tiada berjumpa sesiapa.
Duduklah kita berjemaah dan berpuasa di rumah


Dan untuk pertama kalinya 2020 ini 
ibuayu menyambutnya sebagai anak yatim piatu
2018 dan 2019 anak yatim
2020 yatim piatu
sedih tu tak payah cakaplah kan

memanglah kita dah dewasa 
dah ada keluarga
tapi kerinduan dan kenangan 
pada ibu bapa tak dapat diungkap dengan kata2
kita hidup lama bersama mereka.

Dari dulu time sahur ibuayu x masak
emak yang masak.
abah pulak teman emak masak sambil lipat kain dan mengadap tv

ibuayu lak namti nek kiah akan kejut makan
so kita ambil part menghidang dan mencuci pinggan
sampai dah jadi isteri orang pun nek kiah yang masak

kalau long balik baru dia ambil alih
tapi bila emak xde 
masa tu ibuayu duk rumah abah saat memasak sahur tu terasa sangat 
rindu dengan kenangan
allahu

dan untuk pertama kali ini
 ibuayu sebagai anak yatim piatu
walau sedih dan rindu itu masih tebal 
tapi ibuayu tahu susunan Allah itu cantik untuk kami

Masa emak dan abah sakit 
ayahnas sering ada bersama
sanggup berulang alik dr krubong ke tempat kerja
tinggalkan rumah MT kami

tahun ini kebetulan mak dan ayah mertua tersekat di rumah di kg kuala sg baru
Sebelum ni diorg duk Kluang
Jadinya giliran ayahnas pulak jaga mak dan ayah dia
selang sehari ayahnas akan hantar makanan yang dah siap ibuayu masak.
Rezeki kami pula menjaga emak dan ayah mertua walau x serumah.

Stay at Home
PKP fasa 3


Sunday, April 12, 2020

Nasi Beriyani

Bila tekak ni teringin sangat nak makan Nasi Beriyani
dia punya x boleh tidak
tapi x nak beli 
nak masak sendiri

rempah beriyani jiran beri
resepi minta anak sepupu
tambah dengan google
terlupa lak nak tanya pakar beriyani.
sebenarnya segan 
resepi dah bg 
mana lak ibuayu letak
tapi utk amatur mcm ibuayu ni
kira luluslah tekak



fasa 2 ni
xde sarapan pagi
makan nasi pagi2 merangkap makan tengah hari


Friday, April 10, 2020

PKP makan untuk kenyang bukan untuk sedap

Sekarang ni ibuayu masak untuk tengah hari terus
Anak-anak lepas subuh ngadap game 
lepas tu ngadap bantal

so membazir buat sarapan pagi
start hari Isnin hari tu
ibuayu dan ayahnas berpuasa
jadi pagi xde sapa nak makan
dari berlaku pembaziran wang makanan dan yang penting tenaga
baik masak tengah hari terus.
tapi anak-anak ni tak cerewet
kalau rasa lapar masaklah sendiri roti pratha tisha

tadi masakkan ayah mertua ikan gulai
terus masak nasi dan makan tgh hari jam 9 pg

harap kenyanglah sampai ke petang


Monday, April 6, 2020

PKP Fasa 2


Walau kita tak suka apa yang berlaku.
Kita pandang dari sudut positif

dapat berjemaah sekeluarga
Dapat baca quran 
Dapat kemas rumah
dan yang penting dapat memasak utk keluarga.
sebelum ni bawang pun sampai berakar
sayur pun sampai layu tak masak
beras 5 kg 3 bulan tak tentu habis
minyak masak sebotol 2 bulan
dan gas berbulan2 x abis

tapi bila PKP ni semua barang asyik habis je 
heheheheh


first time buat kuih puteri mandi..
sedap tekak kami anak beranak


Thursday, April 2, 2020

Sesi mengemas rak makanan

Memenuhi masa PKP dengan perkara yg berfaedah... 
Sesi pakai guna tuperware dan mengemas rak makanan.. 
Rasa terpanggil untuk menggunakan tuperware Dr disimpan terus tanpa dipakai.. 
Dari tersusun je baiklah kita gunakan ya.. 
Selang sehari memang masak dan bungkus makanan kat fil. Tu yg cari bekas.. Ada badan ada tutp xde. Jadi kita keluarkan lah tuperware yg ada.... 





Setel bab tuperware kita kemas rak makanan.. 
Mana yg perlu masuk bekas.. Mana x masuk rak.. Siap labelkan.. 



Masa PKP ni dapur ni ramai peminat jadi kena labelkan siap2. Label pun amik dr plastik tu jugak.. Jadi lepas ni kalau ayahnas masuk dapur senang sikit. Tak delah panggil2 ibuayu mana barang ni mana barang tu... 
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015