Wednesday, April 28, 2010

Terima kasih fida





Seronoknya terima hadiah hari ni
Ni menang contest ajuran http://apen-idariana.blogspot.com
Terima kasih banyak2
memang suka sangat

Saturday, April 24, 2010

Rindunya..Maaf ye..

Rindu rasanya tak dapat terjah blog rakan-rakan..

Bila dapat peluang sekali sekala ni pun sebab menumpang kasih rakan yang bawa berukband..
Ibuayu terpaksa potong line kat rumah semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..
"
"
Sebulan pulak tu...
Maaf ye..
Rindu sangat-sangat..

Saturday, April 17, 2010

Minum petang sabtu

Baru lepas makan potato wedges buatan sendiri..setelah puas mengorek resepi dari blog rakan2 akhirnya jadi juga potato ibuayu ni.
"
" kentang yang direbus
letakkan lada hitam ajisho dan cili serbuk
"


kocak telur putih


tepung adabi untuk disalut

kemudian goreng dengan minyak
akhirnya
"
" sedapnyaaaa.
tak boleh buat selalu rasanya
takut gemuk..
"
"

Faiz berkaca mata..

Jom layan gambar faiz berkaca mata hitam semalam
"
"


"
"
"
"
"
"
alamak suka sangat juihkan bibir..gigit kang...

Thursday, April 15, 2010

Melaka cuti..

Hari ni melaka cuti sempena MBB...
So bagi membayar hutang selama 3 hari ni..ibuayu pun mula bersilat di dapur..
lepas suboh terus goreng be hoon..(kena cepat ayahnas nak gi training)

Lepas tu order ayam ..(sms je jiran selang beberapa pintu taukeh ayam)

lepas kemas rumah and ayam pun dah sampai terus capai periuk...
Menu hari ini
Ayam masak kari
Sambal belacan
Ayam goerng
Maaf gmbr ni yang masih tengah masak..
"
"

Ayam goreng

Cerita olahraga

Entri sebelum ibuayu ada tulis bawa budak olahraga gi Uniten..sebenarnya bawa budak ke UTeM
( sorrylah ye)

So hari ke dua dan ketiga masa rehat tu kami lepak kat mydin je...and hari ketiga tu kami berkesempatan gi PLANETARIUM.

Bila balik rumah lepak semacam ..nasib baik dapat suami dan anak yang memahami ..
Telefon kedai aMY order je..lagi 15 minit ayahnas gi ambil senang je ka..

Dapatlah ibuayu ni rehatkan badan.
so layan gambar jelah

abc biasa ...sedapnya...


budak olahraga


majlis perasmian
"
"



gmbr bdk olahraga bersama cikgu fizan
"
"




Monday, April 12, 2010

Siti Nurhaliza nak jumpa ibuayu..

Lawak antarbangsa jap...
Apa kes siti nak jumpa ibuayu ye..keh3

kalau ibuayu yang tergila2 nak jumpa siti ialah..
Tadi pagi bawa budak olahraga untuk peringkat negeri melaka ke UNITEN...sementara nak tunggu acara pukul 3 ibuayu bersama fizan and anak2 murid gi lepak kat JUSCO lama
seronok rupanya dapat round2 ms org lain gi kerja.
.

So dapatlah ibuayu gi WATSON nak jumpa siti..keh3
bukan nak cari barang SIMPLY SITI..tengok harganya boleh tahan gak..gincu pun semuanya 30++

so sebab nak sokong siti (wpun siti dah kaya ibuayu je yg susut ) beli gak gincu yang berjudul "seindah biasa".

"
"

Masa bayar kat kaunter adik cashier tu siap pesan kak 23 hb ni Siti datang jusco baru..bawa kotak gincu tu boleh masuk contest..
Maka ibuayu senyum jelah...

rasa2nya nak ke ayahnas bawa ibuayu gi jusco 23 ni..
mesti ayahnas kata ..tak yah tentu jam jusco tu... tapi tengoklah macamana nanti..
"
" sempat rembat 2 buah buku cerita..
"
"


P/s; faiz dah beransur sihat ..terima kasih pada seua rakan yang sudi mendoakannya..

Sunday, April 11, 2010

Ujian belum berakhir...


Nampaknya demam faiz bukan setakat disitu sahaja..
Ptg jumaat ambil faiz dari rumah pengasuh..
cian tengok dia badan terus kecut..
Terus balik ke kerubong..
Malam tu faiz muntah and yak2 lagi...
Bergilir jaga dengan mak..
hari sabtu tu masih macam tu jugak...nenek faiz dah ngais2 cian tengok cucu dia selama ni hyper semacam kalau kat kg..
Ibuayu lak masih bertahan kena kuatkan semangat..dalam otak ni macam2 dah fikir nak buat macamana dengan faiz ni..takkan nak biarkan dia melepek..
lepas maghrib ajak mak teman gi hospital Alor gajah..
Demam dia dah ok..doktor tahan jap untuk masukkan air dalam 200ml
kat hospt
"
"
tang nak cucuk ni yang tak sanggup nak tengok
"
"


so dari pkl 8.00 hingga 11.00 malam kami kat hosp..
malam tu faiz lena tidur..lega rasanya..Ahad tu pagi and tengahari dia muntah lagi...
Ptg ibuayu balik MT..faiz tengok bertambah ceria ..nak main dengan abang long dia...
Semoga lepas ni faiz akan sentiasa sihat dan dijauhi penyakit
Cian tengok faiz..muka di susut semacam...


Friday, April 9, 2010

Setiap kali dia demam setiap kali itu hatiku berdebar-debar..

Ceritanya macam ni semalam faiz kena cucuk untuk 1 tahun 6 bulan..kira penamat segala cucuk bg bayi and lepas ni kena cucuk masa tahun 1..
masa nak gi tu berdoa dalam hati semoga faiz tak demam..
ni masa tunggu ambil ubat
"
"

kat kaunter ubatni tempat kena cucuk
"
"

Masa dalam kereta lagi dah bagi faiz ubat demam..
Petang tu pun tengok dia ok je ke hulu ke hilir kat rumah
Bila dah pukul 10.00 lebih mula rasa badan dia panas..
Cepat2 ambil air asam jawa tuamkan.. kepala and badan...
Dia lak asyik cakap akit..akit (sakit)
tak tidur ibuayu malam tu..faiz pun tak nyenyak tido...
macam terperanjat2..cian lak tengok dia
tapi mulut dia asyik membebel je...(nak cakap dgn ibuayu)

Sampai saat tak larat minta tolong ayahnas lak jaga ibuayu tido jap..
Ibuayu memang tak senang hati kalau anak2 demam..
cukuplah apa yang berlaku kepada arwah alia dulu...

Pagi tadi hantar faiz kat kak enon(pengasuh dia)
pkl 9.00 lebih call akak kata faiz masih demam..and kaki dia bengkak..
Kami berdua pun risau gaklah..ibuayu yang kat sekolah ni lagilah rasa tak senang hati
Telefon isteri member yg kerja nurse kat klinik semalam
Dia kata memang ada budak yang kakinya akan bengkak..tunggu 2 -3 hari kalau masih macam tu datang klinik..

So ada rasa lega sikit...harap2nya bengkak faiz beransur pulih..demam faiz beransur kebah..
Ya Allah kuatkan hati insan ini..Dan sekali lagi ibuayu diuji ketika ayahnas pergi ke Perak untuk perlawanan pertama di luar...

Wednesday, April 7, 2010

Masa Untuk BayAr HuTaNg

Bukan hutang kat along..tapi hutang dengan banyak benda..

Alhamdulilah setelah 3 hari berhempas pulas mentelaah pelajaran(ye ke)selesai juga exam sem jan ni...Rasanya baca buku dah lama jadi bila nak exam kena baca lagi sebab tak ingat..And the best thing baca last minute dalam kereta tu juga yang banyak membantu..Dari kami kursus KDP 14M lagi sapa yang dok sebelah driver mesti jadi tukang baca..Bila dah last minute tu macam2 akronim yang keluar ..(to rusiah..dah masuk sem ke 3 kita ye..)
"
"
"sambung cerita bayar hutang tadi..
"
Dalam saat exam ni kami banyak beli bungkus je..nak makan luar rasa buang masa..nak masak mAlaS...(alasan nak baca buku)
So bila dah merdeka ni ibuayu pun bertungkus lumus menyediakan minum petang and makan malam...
"
"
minum petang..be hoon sup
sambal kicap


kuah supdah siap...
"

makan malam..tapi masak sekaligus..
"
sambal belacan

kuah kicap


Bayar hutang ke 2 ialah...
"
"
dari pukul 1.00 tadi hingga masa taip entri ni dah pukul 11.00 lebih ni kerjanya asyik buka FB and blog je..seronok dapat terjah blog2 kawan2....puas rasanya..tapi heran gak ye kenapa mata ni tak mengantuk ...semalam masa macam ni tengah baca buku tersengguk2 mata ni..basuh muka entah berapa kali....keh3
"
"
yang terakhir..
"
"
Apa lagi kalau tak mengemas rumah..dapatlah sapu habuk2 and mop lantai..puas tengok rumah bersih tapi tak tahulah berapa lama bertahannn
"
"
Selepas ni sebulan bercuti dari menghadiri kuliah..tapi lepas ni tak boleh gi mana gak ayahnas dah start bawa team lawan kat luar melaka..

Saturday, April 3, 2010

Contest bola

Saje suruh teka
team akademi ayahnas lawan dengan Penang ptg ni..rasa2 nya apa keputusannya..
Jom cuba teka saje suka2..
"
"

********************************************
Ptg ni ibuayu buat sup ayam dengan sambal kicap(buat cicah)
bukan nak angkat bakul sendiri.tapi .sedap lak rasanya
Ini first time buat kicap tu selalunya ayahnas yang buat
Gambar tak sempat ambil..nanti tunggu chef balik apa lak commentnya..

Saat nak Exam


Di saat ibuayu tengah bergelumang nak hadapi peperiksaan Faiz lak diserang demam and selsema..
Faiz ni setiap bulan mesti nak dapat upah..
Nasib baik demam tak panas cuma selsema je ..tapi malam tadi susah gak dia nak tidur..
"
".
Ibuayu lak bila buka je buku mengantuk..tapi bila tutup buku tak ngantuk lak..
Exam 5,6,and 7 April ni...doakan ye...
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015