Tuesday, July 29, 2014

Salam Aidilfitri 2014



Salam Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Ibuayu menyusun 10 jari
Andai selama kita berkenalan 
Di alam maya ini
Ibuayu ada tersalah kata
Tersilap bicara
Ada kata2 menyakiti jiwa
Ada komen2 yang tak sedap di baca

Terima kasih atas ikatan ukhuwah
Yang kita bina selama ini
Salam lebaran 2014

Friday, July 25, 2014

Mendeko ruang makan

Dah 5 tahun duk rumah ni
Nilah meja maka  kami
Selama ni alas pakai plastik rm 8 je 
Tapi kali ni mood sudah datang...

Kaca kat meja ni ibuayu tempah
Rm 100 je
Rasanya murah kot
Yg lama pecah 4 tahun yg lalu
Nampak tak
Baru tahun ni nak ganti
Hahhahaa
Lepas tu masa kat sekolah 
Nmpk member bawa alas meja
Nampak cantik n kualiti baik
Member kata beli kat jusco
Tu yg bila gi jusco
Terjah beli alas meja
Hijau gak berkenan di mata
Mcm member punya tu memang xde

Pelapik tu beli dah lama
X ingat beli kat mana
Kena lak dengan alas meja

Yang penting cantik dr pandangan mata kita kan



Tuesday, July 22, 2014

Gas abis lagi setengah jam berbuka puasa


Memang semalam mood memasak agak slow
Tapi dalam kepala dah ada menu
Bila fauzan iftar dengan kawan kelas dia
Tu yg plan nak masak be hoon goreng
Ayahnas komplen 
X pernah lagi masak bee hoon
Mcmana nak masak anak bujang tu tak berapa suka bee hoon
So bila dia xde bolehlah masak
Awal dah rendam bee hoon
first time beli cap faiza
Rencah2 pun dah siap
So pkl 6.50 start menumis
Sedang nak garingkan cili
Tiba2 apai xde
Alamak gas dah abisssss
Gelabah jap
Call kedai gas
Dia x dapat nak hantar
Tapi kalau nak mai ambil 
Sebelum pkl 7 kedai tutup

Lagilah cemas
Mana nak sempat
Ayahnas br selesai mengecat
Nak hantar fauzan lagi

So terus bagi idea kat ayahnas
Kita buka luarlah
Bila buka luar tekak nak makan ikan siakap 3rasa
Tapi apakan daya 
Ikan dah abisssss

Aduhai apalah tak kena ni
Semua yang diniat tak dapat
Kenalah bersabar
Dugaan bulan puasa
So sahur tu ayahnas beli makanan utk fauzan
Ibuayu makan roti jelah

Lain kali kena tulis tarikh beli gas
Selalu gas lambat abis
Kali ni cepat abis lak
Maybe bulan puasa
Ibuayu kan rajin masak
Hehheee


Ni je yanh sempat masak
X sempat garing pun
Dah buka tu baru teringat
Dapur letrik ada
Awat tak guna hehee

Monday, July 21, 2014

Berbuka dengan NASI ARAB DAMSYIK

Bukan gi berbuka kat sana
Ibuayu beli bungkus and berbuka dirumah je

Asalnya ibuayu ke PD
Ambil Bbm yg ibuayu tempah
Kemudian dr PD kami ke Senawang
Ada tujuan utama sebenarnya
Nak gi butik Pearl Haya
Ada offer
And hari Ahad hari terakhir
So bila ayahnas setuju nak kesana
Tu yang kami singgah beli nasi arab
Beli 1 ayam 2 kambing
Kemudian ada jual samosa

Nasi dia memang banyaklah
Makan 4 org memang berbaloi
Masa beli tu banyak meja orang dah booking

Nasi sedap
Samosa dia pun sedap
Alhamdulilah







Friday, July 18, 2014

MH17 Terhempas ditembak

Bangun sahur pagi ni
Terbaca status seseorang di FB
Sangat2 terkejut
Memang terasa bermimpi

MH17 di tembak
20 rakyat Malaysia

Aduhai sedihnya
Baru 4 bulan

 MH370 
Kini MH17
Pada 17.7.2014

Semoga keluarga mereka
Tabah menerima ujian ini
Al Fatihah

Thursday, July 17, 2014

Hasil Mendeko kamar tidur


Alhamdulilah
hasil kerja menampal wall paper
siap akhirnya

hati rasa berbunga
memang cantik pada pandangan mata kami
kalau orang lain kata tak cantik pun takpe
sebab kami yang duk kat sini hehehe




ni bilik ibuayu
 





ni bilik fauzan and faiz
belum selesai sepenuhnya

 



wall paper ni
kami beli kat Kaison Mahkota Prade
satu gulung rm19.90
dibelakang dia dah siap gam

so senang kerja

masa nak menampal tu
bahagian atas ayahnas selotep siap2 kat dinding
lepas tu mula lekatkan dari bawah
untuk melicinkan
ayahnas pakai tuala je

sebelum buat macam2 benda kami beli
gam pun beli
rupanya itu semua tak perlu


plan nak buat untuk ruang tamu lak
yang ni kena lebih teliti lagi kan
ada yang cantik sikit harga rm 59.90
tengoklah macamana

Wednesday, July 16, 2014

Mendeko wall paper kamar tidur

Tahun lepas bilik tidur ni kami cat
Entah kenapa lama2 
Nampak macam berkulat kat dinding
Jadinya tahun ni
Memang tengah mengila wall paper
So untuk menyelesaikan masalah
Kami tampal wall paper

Untuk permulaan kami deko dulu bilik fauzan
Seksa oi
Ilmu menampal WP
X de didada
Jenuh google cara2 nak tampal

Helaian pertama terasa seksa
Itu seksa ibuayu yg memandang
Seksa ayahnas yg membuat lagilah
Al maklum ayahnas ni bukan
Suka buat kerja cincai

Lama2 semakin pandai
Dan kemas
Selesai bilik fauzan
Baru kami deco bilik kami lak

Tapi masih dalam progress
Belum siap lagi

Yg biru bilik fauzan
Ni dah siap



Yg purple ni bilik kami



Nanti ibuayu post kalau dah siap ya

Saturday, July 12, 2014

Dugaan Bulan Puasa

Entah mana silapnya 
Tak tahu le
Dah 2 x dlm ramadhan ni
Ibuayu kena buang2
Keracunan ke àngin
Nasib x muntah2
Makanan tu masak sendiri bukan beli
Lagi pun x makan pedas2 sangat 
Bulan puasa ni

Dan semalam
Memang tak tahan sangat
Dan paling dahsyat semalam
Ibuayu kena lagi
Dr pagi kat sekolah
Lepas tu tengah hari cool.sikit
Petang tu berkali2
So lepas buka
ajak ayahnas gi farmasi je
Masa nak beli ubat tu
Terkedu jap
Nak cakap beli ubat apa ya
Terus cakap nak ubat berak2
Budak penjual tu kata 
Cirit birit ya kak
Hah tulah perkataan yg dicari
Kasarnya bunyi berak2 kan

Lepas makan ubat still
Sakit lagi
Harapnya hari ni nak kena gi sekolah
Ada bacaan yassin and solat hajat tahun 6
Janganlah perut ni buat perangai

Gambat tak membayangkan cerita hehe



Thursday, July 10, 2014

Kami sedondon

Tak perasan lak...
Bila nak gerak gi sekolah
Baru perasan
Kami sedondon

Terus cakap
Jom bergambar
Dan sebab sibuk bergambar
Kejar masa utk fauzan sampai sekolah
Al maklum sek menengah
Kena sampai awal
Hehe



Wednesday, July 9, 2014

Tension makcik baju raya belum beli..

Al kisahnya bukannya beria2 nak fikir pasal raya sesangat
Tapi bila baju raya belum beli lagi
Sedikit sebanyak
Risau gakkan
Ialah kalau saiz 
Ada x pe
Ni takut saiz dah abis
Takkan nak pakai campur2 warna

So semalam pergi jap ke Tampin
Mencari baju melayu 
Mencari warna idaman 
Jenuh gak mencarinya
Tapi sayang seribu kali sayang
Baju yg dicari xde

Aduhai ni yg tension ni
Ada yang kena perlu tukar wrn idaman ni
Jenuh gaklah nak fikir
Andai kata lepas ni cari baju
Tetap gak xde
Maka warna akan berubah
Entahlah warna apakah nanti
Huhu



Budak kenit kat atas ni
Masa kita sibuk nk cr baju melayu
Wrn idaman 
Dia sibuk nak baju wrn hijau
Tension mak ni
Asyik hijau je

Berapa kali raya nak pakai hijau...

Tuesday, July 8, 2014

Pertama kali berbuka masak nasi

Kami kalau berbuka x berapa makan nasi
Nasi lemak je ibuayu pernah masak
Selama berpuasa
Selain dr itu me goreng
Dan lain2..bukan nasi

Satu hr tu faiz ckp ibu hr rabu ni 
Aiz x nak puasa
Aiz nak makan lauk sedap kat sekolah
Alamak serba salahlah pulak
Al maklum faiz br start puasa penuh
Minggu pertama dia makan kat seklh
Balik tu sambung puasa

So tadi jumpa cikgu dia 
Siap tanya hr rabu menu apa ya

Cikgu dia cakap ikan masak kicap
So balik sekolah faiz terus order 
Nak makan nasi masak ikan kicap

Nasib bahan ada
Alang2 dah masak lauk faiz kenalah tambah2 menu




Bila tanya samada sama x
Dia kata lain sikit
Huhuhu
Sodap sangat ke cikgu dia masak kicap ni

Thursday, July 3, 2014

Buka Puasa di D'Pearl

Kalau bulan puasa 
entry 
Blogger mestilah puasa and berbuka kan

so semalam kami gi berbuka di kedai makan je
ayahnas nak makan me udang
ibuayu lak teringin nasi daging
kedai ni pun jual nasi daging bulan puasa je

so layan gambar ya

me udang



me daging




nasi daging

cicah kuah asam



lempeng kelapa



murtabak







budak yang ada masa puasa
ada masa tak puasa
pening ibu dia














Tuesday, July 1, 2014

Buffet Ramadhan di Hotel rm 19


Memang setiap tahun at least sekali
Kami akan berbuka puasa di hotel
Dan selalunya pilih ikut kemampuan
Takdelah yang berstar2
Janji ada kambing bakar cukuplah
Bukan utk ibuayu
Utk fauzan
Kambing tu kegemaran dia

So tahun ni member ada mesage
Ada 50% makan kat hotel Abadi Melaka
Offer utk ramadhan 1 hingga 3
So janji dengan member gi hr selasa
So utk dewasa asal rm 38 jadi rm19
Kanak2 rm 28 jadi rm14

Alhamdulilah
Bersyukur dengan rezeki yg ada
Sedap tak sedap tu adatlah
Ada yg sedap
Ada yg biasa2
Tapi nak tahu sedap ke tak teh tarik dia
Faiz minum 4 gelas
Huhu
Itupun dia nak lagi
Ibuayu je yg x bg
Kembung air nanti

Sorry ya tak de gmbr makan
Nanti mental katanya
Padahal x sempat nak snap
Sibuk ambil makanan
Masa azan pun tengah Q Ambil ABC



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015