Monday, January 26, 2015

Murtabak Cheese di Melaka

Pisang cheese
murtabak cheese
org melayu dah suka makanan omputih hehhee

sebelum ni tahu kat Kg Kurnia Jb
hr tu ada gi tapi xdpt singgah
ramai sangat
tak sanggup

lepas tu dpt tahu dr sepupu 
murtabak cheese ni ada
kat Sg putat melaka
kedai dia dari sekolah munshi
sebelah kiri
berhadapan dengan kedai runcit
sebelum sampai flat

senang sangat nak cr

kami order murtabak cheese biasa
rm9
kalau jumbo rm 15
yg biasa pun dah cukup utk kami 3 beranak
ada daging and kambing
ayam abis kot
x tanya lak
sebab memang nak daging





Thursday, January 22, 2015

Ke JB makan.makan. dan makan

Sabtu yg lalu
kami ke JB
sebab sepupu ayahnas berkahwin

so
bila sampai dewan bandar baru uda
tu dah pkl 1 lebih
perut time tu memang lapar sesangat
sedap betul nasi dia

lepas dr dewan
MIL nak singgah rmh diorg kat Tmn Cempaka
ibuayu and ayahnas nak round JB
malam tu gak kami akan balik melaka
so plan nak ke mana
pastinya x nak gi tempat shopping
harus sesak
so jalan2 cr makan je
mula2 ke stulang
cari me rebus
tapi kedai makan kami gi ni
mcm2 makanan ada
kami makan me rebus
me bandung
and laksa johor
faiz makan sepinggan
me bandung
sedap bebenar

lepas dr stulang kami gi lepak
kat dataran JB
masa tu ibuayu dah letih bebenar
boleh lelap jap dlm kereta
bangun2 ajak ayahnas pekena steamboat
meriah sungguh kat sana

lepas dr situ terus balik taman cempaka..
sebelum ambil mil
kami singgah pasar mlm
ayahnas nak cr kerepek ubi
dah bertahun2 x gi pasar mlm tu
masih ada lagi org yg jual kerepek tu

malam gerak balik mt
mencabar betul otw balik tu
perut kenyang
jadinya
mata mengantuk sangat2 hahhaha







Saturday, January 17, 2015

Bercuti di Bayou Lagoon Melaka



kiranya throwback lah ni
berkepam dalam entry
hehehehe

Masa cuti tambahan tu
Hari Isnin ayahnas meeting
Hari selasa and rabu ibuayu meeting

so lepas meeting rabu tu kami terus bersiap
gi Bayou lagoon
tu je tempat yg rasanya sesuai nak bercuti
dengan masa yg agak singkat

cuti2 melaka namanya

ibuayu booking hotel 
dekat www.booking .com
sebelum ni
suka booking kat agoda
tapi. bagusnya booking ni
kita x payah bayar dulu
so kalau last minute x jadi gi
boleh je kita email cancel


duk kat studio
hrg termasuk tax dlm rm170
xde breakfast
bila dapat foc 2 je breakfast
rasanya
lagi berbaloi2
gi beli sarap kat luar je
tiket masuk water park pun
dia bagi utk 2 org
so lagi 2 tu kenalah beli
yg tang ni ibuayu rasa
pengurusan kena ubah
kalau org luar mai nak mandi je 
berbaloilah caj rm20 satu kepala
kami yg duk sini
kena caj yg sama 
nak mandi 2 hr dah brp rm kan
satu kepala

so harap2 adalah less 50%
bg yg stay kat sini beli tiket waterpark
# bayou lagoon

sebab gi weekday
maka check in pun sangat pantas
rasa aman je

lepas tu dpt tingkat 3
merayau cr bilik x jumpa
rupanya 3 A
kena ingat ya
kat lift ada tingkat 3 ada 3 A
hahaha

lawak je
nasib x turun tanya

duk studio sangat selesa
waterpark dia pun kira oklah
jadilah utk faiz yg sibuk
sebut nak duk hotel
kiranya ni cuti pertama kami
utk tahun 2015



Wednesday, January 14, 2015

Kisah Faiz Tahun 1

Hari Pertama 
Pagi tu dia buat hal....
bila member ibuayu tanya tie mana
dia dah sedih
ialah orang lain pakai dia x pakai

Bukan apa
ingat tie dapat lambat
rupanya masa beli buku tu mintak sekali
mak dia yg x perasan
nasib ada lagi kat kedai buku

Hari kedua
pagi2 kat bilik guru melalak
Sebabnya kasut kotor
kotor kat tapak kasut
sabar jelah
mana org tapak kasut bersih dik oiii
kat depan kasut tu pun kotor sikit
tu yg nangis tu
maka dengan bijak pandai
ibuayu ambil kapur tulis
gosok kat tempat yg kotor tu
diam terus

Tension ibu oiii
dah 2 hr buat perangai
sabar banyaklah ni
dugaan sungguh awal2 tahun ni





Waktu rehat ibuayu gi intai dia
hr pertama tu
dia berdiri je depan cik kantin
tak tahu nak cakap
Geram lak tengok
terus ibuayu tonjolkan diri
tanya dia nak makan apa
Hahahhaa

Masa hr ke 2 intai gak
tapi x nampak pun dia
bila budak dah kurang baru nampak dia
kat pintu kantin


Buat masa ni semua dlm kawalan
dia pun semangat nak gi sekolah pagi and sek agama
Cuma mak dia yg kepenatan nak uruskan
malam cepat je mak dia pengsan
in sha Allah lama2 oklah nanti




Wednesday, January 7, 2015

Tip untuk anak nak masuk Tahun 1

Ni antara tip untuk anak 
yg baru nak sekolah

bukan pakar sangat ..cuma
atas dasar pengalaman sebagai ibu
atas dasar pengalaman sebg cikgu


di antaranya
1.Pastikan kasut sekolah tu tulis nama
(tak payah besar2 janji anak dpt baca)
ada sekolah memang buka kasut kat kelas
ada yg x buka pun

tapi kalau diorg nak ke library tentu kena buka
jadi takdelah anak menangis tertukar size
kasut

2.kalau anak tu salin baju sendiri kat sekolah utk ke sekolah agama
eloklah tulis nama kat baju ,stokin n seluar
senang kalau hilang or tertukar
biasalah kan budak2 tak boleh
nak harap 100%


3. Alat tulis
Bekalkan yg secukupnya
anak2 ni bila nampak mak bapak beli banyak and baru2
semua nak sumbat dalam bekas pensel
biasalah nanti mesti ada hilang
kawan pinjam ke
letak kat mana ke

macam tu juga pensel warna
tak perlu beli yg besar2
beli yg cukup wrn dlm 12 batang tu
kecuali anak2 anda sememangnya
jenis kedekut
mesti barangan terjaga
hehhehe

kalau nak yg besar gak boleh beli
tapi biarlah diorg guna kat rumah

kemudian kalau boleh letaklah sticker
kat barangan diorg ni
kat pensel 
pensel warna
pembaris
pemadam
senang nak kesan
tempah sticker nama yg 50 keping brp ringgit tu

hehhehee

4. Kalau ibu bapa nak   bekalkan makanan kat anak2 baguslah
tapi kalau bekalkan makanan pun
bekalkan gak rm1 kat anak2
kadang2 diorg pun teringin tgk
kawan membeli
kalau boleh bawakan bekal air sama
lagi2 kalau hari tu ada Pend Jasmani
mesti kehausan
takkan asyik nak minta kawan je




Sunday, January 4, 2015

Hari Suai Kenal Faiz Haikal

Sekejap je faiz dah tahun 1
lama x daftar anak
ni sekali lagi daftar faiz



masa ni ibuayu bertugas sebagai perakam
so memang tugas ayahnas urus anak




Pagi tu taklimat ibu bapa
anak2 masuk kelas 
untuk ujian

ibuayu merayau ambil gmbr
mcm2 keletah murid tahun 1
tapi takdelah nangis nak balik



lepas selesai
terus bawa faiz ambil gambar kat kedai
padahal boleh je print kat rmh
tapi bagilah dia rasa ambil gmbr kat kedai



Hari ke 3 di Hatyai




Hari ke 3 tu
Pemandu Pelancong dah pesan
kita akan bergerak pagi 
dan sampai di hotel petang
so memang dah tahu 
hari ni kami akan keluar seharian

katanya kami akan singgah banyak tempat
dan kami akan ke Songkla

Dari hotel dibawa kami ke kedai Madu
mula2 dengar ceramah dulu
then terpulang
nak beli ke tak beli
ibuayu tak beli apa2 pun

lepas tu dibawanya kami
ke Elephant
Chang Puak Camp


kalau nak rasa naik gajah
kemudian melalui pelbagai  laluan
mcm syok je
bole cuba
harga 500 bath
lebih kurang rm50
bagi ibuayu ok sangat harga tu
tapi ibuayu x naik pun

dari situ kami dibawa ke suatu kawasan
ada naga
tempat ni tepi pantai

lupa lak nama dia
kat naga nilah kami makan aiskrim yang sedap
ais krim ni diletak dalam kelapa
kemudian  letak macam2
adhai sedapnya

dari sini kami di bawa tengok
ikan duyong
masa kat sini org ramai
pandai2lah cr port nak bergambar
tengah nak bergambar hujan turun
berlari kami semua

lepas tu di bawa 
ke bukit
naik lift
macam bukit bendera
tapi bukit bendera kita naik train
ni kita naik lift
tapi bukan naik tegak
dia menyerong
best sangat
dr sini kita nampak keseluruhan songkhla




dari sini kami ke Masjid di songkla
besar dan cantik masjid ni

lepas solat barulah ke Floating market
disebabkan air naik maka sampan tak terapung pun
maka semua jualan dibuat di atas darat




ni bekas letak air
kreatif kan
lepas minum
bekas ni masih boleh digunakan


dan ni gambar gedik kami disana
walau baru kenal geng2 yati
tapi enjoy dengan diorg
sangat2 happening













Friday, January 2, 2015

Hotel Hatyai Rama,Bazar Market & Pasar Malam

Sepanjang 3 hari 2 malam
kami duk di Hotel Hatyai Rama
hotel ni antara hotel yang halal

menurut kata 
pemandu pelancong tu
kalau nak gi kedai makan atau gerai
nak tahu halal ke tak
ada tulisan halal
orang berniaga pakai tudung
atau ada simbol bulan dan bintang

hotel ni sangat selesa
bersih je pun
sangat puas hati
lupa nak tengok berapa rate dia

kami duk sebilik dua orang

so lepas makan tengah hari tu terus check in bilik
petang and malam acara bebas
so leps rehat2 jap
kami terus naik tut tut ke bazaar
kena cepat sebab bazaar tutup pkl 5 lebih
kami gi bazaar yang depan
rupa-rupanya ada bazar kat belakang

dr bazaar kami terus ke pasar malam
Peetaaaiii
mcm bunyi petai kan
kat situ ibuayu and yati tergoda beli kasut but
tak tahulah mahal ke murah
rm40
kami makan malam pun siap2 kat sini
then bila selesai terus balik bilik
panggil tukang urut
ibuayu  buat oil massage
yati buat thai massage

tapi sebab thai massage tu kruk karak kruk terus 
yati tukar oil massage
lepas kena urut tu sedap je kami tido
esok pagi memang rasa segar bugar






yg bawah ni kat pasar malam peeettaii


Thursday, January 1, 2015

2015 ..Saya Nak Kaya

SELAMAT TINGGAL 2014
SELAMAT DATANG 2015

Sepanjang 2014
pelbgai rencah2 kehidupan 
yang terpaksa dilalui
masam manis pahit
tapi bila ia melibatkan tentang anak
tentang kesihatan anak 
debarannya sangat kuat

Cuba melupakan segala yg pahit
cuba kembalikan semangat
hidup perlu diteruskan 
Perlu toleh jua ke belakang
semoga kekhilafan kita 
dapat dijadikan pengajaran

2015
ibuayu  nak kaya
kaya dari segi rezeki
kaya dari segi kesihatan
kaya dari segi kebahagiaan
Ibuayu gak nak kaya
dengan amal akhirat

Masa terlalu pantas
selalu fikir
berapa duit simpanan yg ada
brp lama lagi hutang kereta
tapi jarang terfikir
berapa berat tabung ibadat
yg telah dipersiapkan
in sha Allah
semoga niat yg baik ini sentiasa diberkati

Dari segi kerjaya 
in sha Allah
nak lebih berusaha dari sebelum ini
anak2 murid punca rezeki kita
dia jua yg akan mendoakan kita
ilmu yg kita nak curah
akan digunakan sepanjang masa

In sha Allah nak jua buat kerja sampingan
yg x akan menggangu tugas hakiki
supaya kalau kita senang 
sekurang2nya dapat menyenangkan org lain
niat senang bukan pada kita sahaja
tapi pada org lain jua

SEMOGA 2015
mempunyai catatan minit yang manis2



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015