Tuesday, June 30, 2015

Gian Nasi Arab

Jahat betul tekak bulan puasa ni
kalau ngidam benda dekat takpe
ni benda jauh
nasib baik husband rajin layan
ni lah dikatakan kelautan api sanggup di daki
ke lurah sanggup dituruni
hahahhaa

misi ke Damsyik Senawang berjaya
ajak ayahnas jalan dalam
kami tak ikut pun jalan highway

dlm 45 minit sampai
kira santai2
masa gi tu dah bertimbun2 diorg pack
memang permintaan tinggi kot
sampai2 bayar 
terus gi beratur ambil
x sampai 5 minit kalau xde org

lepas tu kat sini ada jual 
samosa
5 krping rm2
sedap and besar
in sha allah ada rezeki boleh gi beli lagi

Monday, June 29, 2015

Berbuka Puasa dengan Teh O Panas

Alhamdulilah 
 selama beberapa hari puasa ni
ibuayu berjaya buka dengan air panas
dan memang minum air teh o panas je

feel minum air panas ni lain
paling best bila kita minum tu rasa badan peluh2
rasa best semacam
tapi cuaca sekarang ni makin lama
makin panas
harap2 ibuayu x tergoda lagi minum ais

anak2 and ayahnas
 memang pekena ais
kalau tak air milo ais
air soya



kawan2 mcmana 
air apa minum masa berbuka
kalau ramai
mesti meriahkan
berjag2 air atas meja







Sunday, June 28, 2015

Resepi Roti Jala

Resepi agak2

ibuayu guna setengah paket tepung gandum
telur 2 biji
air  agak2
jgn cair sangat
lepas tu masukkan sedikit garam

masuk je semua tu dlm blender
lepas tu blend je
nanti kita tengoklah
 kalau pekat tambah air
kalau cair tambah tepung
senang je kan

lepas tu alat menjala
ibuayu guna jenis botol
waduh senang sangat



ni hasilnya



blender je



tengok kepekatan



botol jala
senang sangat guna ni



tada..










Tuesday, June 23, 2015

Panduan Menghadapi 47 HARI menunggu GAJI

kan dah jadi viral 47 hari menunggu gaji

 maksudnya gaji tetap bulanan
yg ada buat side income 
memang xde masalah lah
 mereka bukan mengharap gaji tu semata2


 kalau salah seorang suami 
atau
 isteri kerja swasta pun x risau
 boleh berpaut didahan yang kuat 

kalau dah sama2 kerja gomen 
hadapilah 47 hari dengan tenang ni 

bukan tips or panduan dr pakar ni 
mungkin perancangan yang akan ibuayu buat

 No 1 
Kalau dapat gaji yang 9 Julai tu 
JANGANLAH SEKALI SEKALA
 pergi tekan ATM utk kacau duit tu 
biarlah duit tu bertapa sampai 25hb Julai 
nampak tak KALAU BERJAYA kan tak perlu nak hadapi 47 hari 
tapi kalau tak berjaya 
 cuba lak yang ke 2

 NO 2 
 Penyimpanan duit RM 1 atau RM 5 bab
 RM 5 ni ibuayu dah praktik dr awal tahun 
hasil duit2 belanja bila dapat rm 5 
hati sangat berbunga2 siap ketepikan dalam purse
 bila sampai rmh masuk kan kat beg lain
 Jadinya duit nilah yang akan ibuayu gunakan 
kalau kecemasan 47 hari nanti 




 N0 3 
suka tak SELIT DUIT 
rasanya orang lelaki tak berapa suka 
tapi perempuan suka sangat
 Jadinya bila dapat gaji 25 and 7 Julai ni 
selit2 lah tempat yg bila ada duit kita tak pandang
 Bila tak DE duit kita korek2

 Ibuayu pernah ada pengalaman
 masa tu memang xde duit sangat
 sikit2 tu adalah 
tapi bila nampak duit selit RM 50 dalam purse
 hati berbunga tak terkata tau 

 NO 4 
walau terlambat tapi ingatan tahun depan
 Kalau main kutu pilih yang tarikh kita hadapi macam ni 
kiranya ada penyelamatkan
tapi kalau semua nak pilih tarikh ni susah gak 
 ataupun
 pergi bisik kat kerani sekolah
 buat tunggakan gaji pada gaji yang keluar awal ni 
so kalau gi cucuk ATM pun 
kita usik duit tunggakan bukan duit gaji

Biasanya pun tunggakan bulan JUN atau JULAI kan


 Yang TERAKHIR 
masih belum terlambat
 gaji belum keluar 
raya bElum tiba 
BELANJALAH SECARA BERHEMAH YA 
BERAYALAH BERPADA-PADA 
JANGAN TIME RAYA
SEMUA NAK BARU 
 BERSEDERHANA

 IN SHA ALLAH
 NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI JUA
APA2 NAK TAK NAK 
KITA SEMUA SAMA
selamat menghadapi
menunggu 47 hari Gaji


Sunday, June 21, 2015

Resepi Senang Kari Daging

1/2 kilo Daging
suku kilo santan
Daun kari
rempah kari 2 paket
1 paket penumis

Bahan utk dikisar
2 biji Bawang Besar
3 ulas bawang putih 
1/2 inci halia

Bahan untuk dihiris
5 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia


Cara2
Masukkan minyak
letak penumis dan daun kari
sampai naik bau
masuk bahan hirisan
sampai garing
lepas tu masuk bahan yang dikisar
kemudian 
masukkan rempah kari
sampai garing
lepas tu kecutkan daging
dah empuk 
baru masukkan santan
jangan lupa garan dan gula
nak masuk ubi kentang pun sodap

senang kan





maaf ya gambar yang dah siap tak sempat amik
kalut nak pack berbuka dirumah MIL

Friday, June 19, 2015

Menu JUadah Bersahur

Bila time puasa ni
paling mencabar
nak plan
apa nak masak waktu sahur ni
so
nak tulis siap2 kat blog ni
supaya senang mencari idea nanti

ayam masak kicap
sup ayam
ayam goreng
sotong goreng kunyit
sambal sotong
daging kicap
tom yam
kuah suun
sambal telur
telur kicap
bebola ikan sweet sour
sambal tauhu 
nasi goreng
bayam masak lemak
sambal tumis
sambal hitam
ikan bilis goreng
telur asin

Wednesday, June 10, 2015

D'nelayan Beach Resort Melaka



Masa hari isnin cuti minggu pertama
sekolah ibuayu buat Kem Motivasi disini

kemudahan yg sangat cukup
ada dewan 
ada tempat makan
bilik yg selesa

sesuai gak untuk bawa keluarga bercuti
sebabnya
kat sini ada pantai
and 
ada kolam renang
tapi untuk kanak2 saja
utk dewasa xdelah hahaha
tapi bg ibuayu tempat ni best sangat

kami yg duk area sini pun
ni first time ibuayu gi
kira cantik and tenang
kalau nak bercuti kat sini



Tuesday, June 9, 2015

Jangan buat kerja kalau tak tempah hotel

sikap last minute plan kan
dah jadi trend keluarga kami
dan disebabkan ayahnas 
akan busy 2 minggu cuti sekolah ni
cuti yg tak cuti pada ayahnas
and juga pada seluruh jurulatih
yg bawa team mssm
seluruh msia

so sebelum masuk latihan pusat
ayahnas  free hr sabtu tu
so mlm tu br plan esk 
nak ke kuantan
siap pack baju

so lepas ayahnas gi sekolah dulu
kami gi dataran mbmb
fauzan sibuk ajak  gi tempatan fest

lepas tu br gerak gi kuantan
kali ni lalu segamat
dlm perjalanan dah google cr hotel
memang full house
lepas tu call gak hotel2
pun sama full
gambel je lah
sebab rasanya kuantan dah banyak hotel

so sampai sana
kami makan dulu ana petai
lepas tu dlm pkl 5
teruskan usaha cr hotel
hotel besar sri manja tu pun penuh
jenuh tawaf berkali2
sambil tu  jumpa je no hotel call
nampak je hotel turun and tanya
tapi x de
yg ada kat agoda
ms garden
vistana
harga dlm 300 lebih
huhuhu

mulut faiz kat tempat duduk belakang
kecoh je...asyik penuh je
huhu
last ayahnas call sendiri vistana
sebelum ni duk situ ada bilik rate 220
masa call tu ada bilik executive je
yg lain abis huhu
so ayahnas kata
dr membazir macam tu
baiklah kita balik malam ni juga
sedih2 gak
tapi yolah mcm membazir kan

nasib dapat makan ikan bakar ana petai
puas sikit hati ni

so next time
kena bersedia dulu
klau tgk xde baik jgn gi jauh2

tapi sebenarnya bukan x biasa
gi cameron pun balik hr je

sama je tu jauhnya




selidik2 kenapa penuh
rupa2nya tu tarikh2 budak2 daftar U

  • padanlah muka kami
  • pengajaran di masa lain hahhah

Saturday, June 6, 2015

6-6-1998 -- 6-6-2015

6.6.1998 
jatuh pada hari Sabtu
6.6.2015
pun jatuh hari Sabtu
bukan senang nak jumpa tarikh and hr mcm ni

terkenang
17 tahun yg lalu
 jam 10 pagi 
bersiap ke Masjid dihadapan rumah
dikelilingi BFF dr maktab
menjadi peneman dan pengapit ibuayu
berdebar2 rasa masa tu
dengan sekali lafaz
kami sah menjadi suami isteri
terasa bagai baru berlalu
hakikatnya sudah 17 tahun kami melayari rumahtangga

alhamdulilah
semoga ikatan kami kekal hingga ke Jannah
semoga kami sekeluarga dipelihara oleh NYA
bersyukur dengan apa yg ada
berdoa agar kami sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dan kesihatan yang baik

dah berbelas tahun kawin
memang tidak ada apa2 sambutan
hanya ucapan 
tiada kejutan
apatah lagi ayahnas tiada disisi
tahun ni ayahnas kat Kedah
alah bisa tegal biasa
dah tiap2 tahun kena tinggal bila 
ayahnas bawa team mssm 
bola sepak

kami ni nampak serasi
tapi ada gak yang tidaknya
hehehhe
ibuayu. vs ayahnas
  pemarah ..penyabar 
   membebel...berdiam
kuat tidur...kuat terjaga
kuat berehat ...kuat bersukan
pandai ict...pandai menyanyi

maka dipertemukan kami diperkuatkan jodoh kami  kerana perbezaan kami inilah penguat ikatan kami

ada bab kami sama
suka bercerita
boleh dr JB kami bercakap
tak berhenti
dan sepatutnya 
masa tu masuk tol ayer keroh
kami terlajak sampai simpang empat

kami kuat mencuba menu kedai
pantang tahu mana kedai ada menu sedap
mesti kami gi cuba
sedap dtg lagi
x sedap say sorry

   dan
yang best
kami kaki jalan
gi cameron balik hari biasa tu
bab jalan msia 
dah khatam
lepas ni nak tunaikan satu misi
in sha Allah
kena kuat menabung ya abang

dan bab kerja rumah
kami saling bersama
  
ibuayu basuh kain
ayahnas jemur kain
kami sama2 lipat kain
sweetkan

 ayahas beli lauk
ibuayu akan masak 
tapi bila nak masuk
garam dan gula
 ayahnas punya sukatan
sweetkan

hahahhaa
dugaan rumah tangga 
memang ada
al maklum 
yang banyak mood ibuayu
sedangkan lidah lagi tergigit

semoga kita sama2 buat yg
terbaik yg telah dianugerahkan kepada kita
amin

jangan ada yg muntah hijau lak baca ceritani
sekadar memori dikemudian hari




Wednesday, June 3, 2015

Kisah cikgu: bila kertas jawapan hilang

Peperiksaan akhir tahun 
sekolah ibuayu 
abis seminggu sebelum cuti sekolah
so mana kertas yg abis dulu
ibuayu dah tanda
kemudian minggu sebelum cuti tu sibuk semacam
dengan data nilam lagi
orientasi tahun 1 
pinjam buku lagi
so bila ke hulu ke hilir bawa kertas jwpn
tak disangka kertas tu hilang

last ibuayu dengan kertas tu 
kat perpustakaan
jenuh fikir
sebelum ni dah belek 
buku rancangan mengjr
memang markah kelas tu x tulis lagi
dah cr atas meja bilik guru
kat rumah
mintak tolong ika
cr kat libry
tapi semua xde
hhhuhu

tak pernah berlaku 19 tahun mengajar ni

so google jap
cr ayat barang hilang

baca dengan penuh harapan

kemudian cr lagi kat bilik belakang
so bila xde 
dah fikir hr Jumaat ni kena gi sekolah
sebelum sistem SAPS tutup

so masuklah kelas lain dulu...
tiba2...
ibuayu nmpk penuh markah kelas
kertas yg hilang
rupa2nya ibuayu dah bgbkat pelajar
masa kat libry
dah pesan dah
naik cuti kita bincnag jawapan
waduh
mcmana boleh lupa ni
huhuhu
tapi sebelum ni dah belek buku RM
memang xde
alhamdulilah
selesai masalah
barulah mood bercuti mai



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015