Showing posts with label ayahnas. Show all posts
Showing posts with label ayahnas. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Suamiku.....

Semenjak sekolah baru
ni semangat RAJIN ayahnas memang meluap-luap
mentang2 dapat bilik muzik yang baru , besar and macam2 ada

so macam-macam dia nak dihiasnya
mana  yang ayanas tak tahu nak edit 
isterinya yang rajin lah tolong buatkann

bila dah pandai takde pun dia tanya kita nak sama tak
huhuhu

sekarang ni kalau gi kedai or shopping kompleks
ayat yang selalu main di bibir
apa ya abang nak letak kat BILIK abang
grrrrrr

bilik sekolah ke bilik tidur
hahaha
HIAS RUMAH TIDAKLAH
HEBOH HIAS KELAS JE

malam2 pun asyik sibuk print, liminate gunting...
buatlah abang asal bahagia
esok dah penuh kelas tu tak payah hias lagi

mulut ibuayu bising
asyik fikir sekolah je
tapi hati isteri ni sentiasa baik hati
menolong tak kira masa
tengah  masak pun suami panggil datang
tengah lipat kain pun datang
tolong abang ni
tolong abang tu
ya bang isteri mu rela walaupun cemburu



Saturday, August 11, 2012

Ayahnas semakin glamer

 10 Ogos 2012

Sebelum ni NAMA ayahnas masuk paper
nama je pun hehehe
semalam unit sukan call ayahnas
beritahu yang astro arena call berita tentang MSSM tu 
waktu petang pkl 6.00 ptg

so memang plan hari tu nak buka rumah MIL 
jadi ayahnas kata gerak lepas tu lah
bukan jauh pun 15 minit je
dan makanan tu memang ibuayu masak dari rumah dulu

kiranya petang tu memang standby je lah depan tv


si faiz pulak masa tulah buat hal

tak khusyuk betul nak tengok
ialah kami bertiga sibuk dengan kamera
dia sorang je yang pegang tablet
lepas tu nak kamera dslr ibuayu
grrrrrrr

so untuk ayahnas 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

ASAL KELUARGA JANGAN DILUPAKAN

yang sedihnya
lepas raya ni kami akan selalu ditinggal2kan

so MISI kita nak terbang  tu jangan buat2 lupa ya...
cover balik tau








 

Tuesday, June 5, 2012

Nama ayahnas keluar kat paper hari ini

lepas lawan dengan terengganu kat MSN KL ptg semalam ayahnas dah beritahu
ada wartawan interview dia
tapi takdelah ambil gmbr dia pun
ayahnas pun takde beritahu suratkhabar mana

dah pagi tu br ayahnas sms 
interview tu keluar kat paper NST dan STAR
tapi masa interview tu cakap BM tau..hehehe


rupanya perlawanan team ayahnas tu game tumpuan
Terengganu Bawah 18 Juara Tahun lepas
kiranya dahsyat jugaklah Team melaka tahun ni
budak Bukit Jalil dalam team Melaka seorang je
terengganu rasanya guna 7 atau 8 org budak Bukit Jalil
Apa2 pun Good luck untuk ayahnas and team Melaka





Saturday, April 21, 2012

AJal dan Maut ketentuan Allah

Allah yang menentukan segalanya

minggu yang sangat beremosi bg kami

terutama bagi ayahnas

kehilangan kawan baik secara mengejut
( akibat tekanan darah tinggi)
membuat ayahnas betul2 down

ibuayu yang memang mengenali isteri dan kawan ayahnas 
juga terasa trauma yang sama

bagai tersentuh rasa hati
tak dapat ibuayu bayangkan situasi itu 
jika kita ditempat isterinya


doa kami agar akak akan tabah menghadapi dugaan ini

Al - fatihah untuknya

untuk ayahnas


tabah dan redha dengan ketentuan Allah
kuatkan semangat abang untuk menghadapi keadaan yang mendatang

ayu nak abang tahu diri ini mencintaimu sepenuh jiwa ragaku
ayu tak mampu andaikata ayu kehilanganmu...
sayang abang sangat2
 dan harapnya abang juga sayang kami seerat2nya
tiada apa yang lebih berharga dari kesihatan dan nyawa

Saturday, March 17, 2012

Disebalik kejayaan seorang isteri

selalu orang berkata-kata di sebalik kejayaan seorang suami 
ada ISTERI  dibelakangnya
NAMUN
tak ibuayu nafikan disebalik kejayaan seorang isteri
tentunya ada SUAMI di belakangnya


seminggu ini ibuayu benar-benar bergelumang dengan emosi
mana nak buat persiapan kedatangan Nazir ke sekolah 
(datang 19 hb Mac ni)
mana nak siapkan asgmnt yang memang tak mula apa2 lagi
(kena submit sebelum 18 Mac ni)

alhamdulilah target nak submit asgmnt on 9 berjaya dilunaskan sebelum ke Cameron hari tu

balik dari jalan terus siapkan asgmnt PK
dan siapkan untuk sekolah
dan benda PENTING yang harus ibuayu fikir ialah menghias pondok bacaan

jenuh nak fikir strategi
sebelum ni memang dah macam2 letak
tapi asyik dilanda garuda je
kali ni fikir strategi seterusnya
harapnya ia bertahan sampai bila-bila

pagi sabtu dah ke sekolah bersama ayahnas
mula2 hias kat PSS
tambah sikit2
fasa yang penting pondok bacaan
ayahnas tolong gunting kain
tolong clipkan kain
dan yang penting dia yang tolong angkat kerusi





terima kasih banyak2 abang 
ampunkan dosaku sepanjang minggu ini
sesungguhnya emosi benar-benar menguasai diri
terima kasih kerana sudi memahami diri ini
LUV>>LUV>>and LUV U SO MUCH

Saturday, March 10, 2012

Suamiku pulang dari kota...

terasa lama bila ayahnas kata kena kursus seminggu

alhamdulilah berlalu sudah kerinduan...keh3

kalau lagu papaku pulang dr kota 
papaku belikan kereta

tapi tukar versi ayahnas ni
suamiku pulang dr kota
suami bawa berkotak2 bola
utk diguna dipadang sekolah
asal jgn simpan dirumah ini saja

tapi sebab ayahnas dah faham perasaan ibuayu
selalu bebel kereta tu bukan stor sukan bergerak
maka balik je dr kl terus dihantar ke sekolah  pusat

luv u so much
 


nasib baik cuti ni ayahnas takde traning
kalau ada tentu ibuayu rasa STRESS

tapi kalau time  ayahnas dapat elaun
taklah pulak rasa stress....

Sunday, January 29, 2012

Lelong...lelong

siapa berminat untuk membelinya boleh email ibuayu

"
"




keh3 harus kena ngamuk dengan ayahnas nanti
suka2 letak untuk dilelong
ini semua kasut kesayangannya

entah apa mood ayahnas mengemas kasut bola dia

selalu jugak sindir kalau kira semua koleksi yang ada 

cecah jugak rm 2000


kasut ibuayu pun tak banyak macam ni


Monday, January 9, 2012

bILA sUAMI iSTERI gURU

Semangat buka sekolah ni

ialah murid-murid seronok dengan barang baru buku baru


kami yang cikgu pun seronok jugak dengan buku mengajar baru


disebabkan ada 2 orang guru dirumah ini apa yang isteri ada suami mesti ada sama

ini 2 batang pen merah
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu


ini buku untuk catat minit masa meeting
buku ni buat sendiri
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu



ni buku rancangan mengajar
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu

WAJIB tulis hari-hari
jarang bawa balik rumah sebab dah tulis siap2 kat sekolah
takut jugak tertukar ya....keh3


 yang ni visi and misi sekolahyang harus ditampal..
ibuayu and ayahnas sekolah berlainan
satu cikgu nas punya satu cikgu ayu punya




rasanya yang mana satu cikgu nas punya
yang mana satu cikgu ayu punya


'
"
"
"
"

inilah cikgu nas punya
dalam hati ada taman
keh3
yang ni cikgu nas buat sendiri 



tapi bag sekolah untuk cikgu ayu belum ada lagi

belum jumpa yang berkenanlah
tunggu cuti raya cina ni baru carilah

Wednesday, November 30, 2011

Hadiah dari suami setiap kali outstation

Apa yang anda harapkan setiap kali suami anda kena outstation


ole-ole ke,hadiah ke,mainan untuk anak-anak ke

ibuayu tak pernah fikir nak dapat apa

sebabnya setiap kali ayahnas balik dari mana-mana

mesti ada benda wajib yang dibawa

inilah benda wajib tu

dah siap jemur pun

mengharapkan mentari menyinari

janganlah hujan turun dulu...

hadiah wajib  ni kalau ayahnas bawa team tertentu je

kalau masa dia bawak team akademik 
memang round satu malaysia dia tak bawak balik baju
dia mesti bawa balik SESUATU untuk ibuayu and anak2
apa klass bawak balik baju.....

harapnya jersi-jersi ni tak bertapa lama kat rumah
dipulangkan ke asal usulnya secepat mungkin
buat masa ni ada 3 bungkus set jersi kat rumah ibuayu tau...

kalau boleh jual dah lama ibuayu tolong jualkan..keh3

harap-harap lepas ni boleh upah kami anak beranak gi bercuti ya ayahnas

dah penat jadi penunggu rumah..


 sidai satu set jersi

 ni baju lak



gambar baju ayah yang satu beg besar yang dah basuh lagi

takpe yang penting ikhlas.....

Saturday, November 12, 2011

Happy Birthday Suamiku

Tarikh 9-11-2011
adalah hari lahir ayahnas

tapi kami tak dapat sambut bersama
sebab masa tarikh ni ayahnas gi berkursus sebagai JU
kat Hotel Olimpik


so tepat jam 12.00 malam tu ibuayu yang call untuk wish
anak-anak semua masa tu dah zzzzzzzzzzzz


keesokan paginya kami buat video call
sambil nyanyi2..
faiz je macam terkedu sikit
ingat dia punya lagu je


Sempena Hari Lahir abang yang ke 38 tahun ini
ayu dan anak-anak mendoakan 
agar abang dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
diberi kesihatan dan sentiasa menyayangi kami dunia dan akhirat


untuk suami tersayang
untuk ayah kepada anak-anakku
ayu sayang abang
sayang yang tak dapat dinilai dengan apa-apa matawang
Harapnya sebesar mana sayang kami pada abang
sebesar dan lebih lagi sayang abang pada kami

 Ayu bahagia mempunyai suami seperti abang
Anak-anak bangga mempunyai ayah seperti abang
Menjadi ketua dalam keluarga
Menjadi Imam dalam solat
Semoga Allah memberi kita
kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat


Ingat keluarga diUTAMAKAN...

Saturday, April 16, 2011

Lagu Cikgu Ayu

Masa mula-mula suruh dengar lagu cikgu ayu ni ayahnsa macam buat tak endah je
tapi sekarang ni dia yang mula sibuk keluarkan gitar nak cari note lagu tu..

tak sabar nak dengar ayahnas dendangkan lagu ini untuk ibuayu
mesti feeling punya....
tq abang atas usaha mu
walaupun ia berentak dangdut buatlah  rentak rock pun takpe
janji abang yang nyanyikan....




lepas  ni jangan lupa kemas balik ye ayahnas

tempatnya dibilik belakang bukan di ruang tamu

Wednesday, February 16, 2011

Dating Petang Isnin

Bukan senang nak bersenang -senang dengan ayahnas pada waktu petang
hari Isni tu kami bertujuan ke Alor gajah
ayahnas pulak petang tu tak de traning bola
Jadi tiba2 je hati rasa bahagia....



wajah kesayanganku
"

Bukan senang nak tatap wajah ni waktu petang
So lepas hantar fauzan gi sekolah terus kami berdating
bukan jauh pun kat pekan Masjid Tanah ni
kat sini cendulnya paling sedaplah
rasa memang berlemak
 
disebelahnya ada gerai2 lain yang jual makanan
so ibuayu orderlah laksa sebagai tambahan
ayahnas order rojak

masa makan laksa ni memang sedap
tiba-tiba terjumpa...
"
"
"
"
ni
bukan satu tapi dua
yang hitam tu

terus putus selera
geram betul
ibuayu ni sebenarnya memang cerewet bab tempat makan
kalau gi gerai mesti pastikan ada sumber air utk basuhan mereka
and walaupun  tempat ni gerai biasa je
tapi tempatnya memang nampak bersih
sebelum ni pernah gak makan sini
tapi taklah kena macam ni
nampaknya lepas ni minum cendul jelah....

Thursday, December 23, 2010

6 hari ditinggalkan

MSKPP (Pertandingan kakitangan Jbtn Pelajaran antara negeri) kali ni berlangsung selama 6 hari
selama itu jugalah kami 3 beranak ditinggalkan

Ptandingan tu kat Perlis...Ayahnas pergi malam jumaat tu 
walaupun 6 hari tapi rasanya banyak hari2 ibuayu yang terisi
Hari Jumaat Malam_ sibuk gi wedding sepupu di Bachang
Hari Sabtu _ Wedding sepupu di Bachang (seronok jumpa sepupu sepapat)
Hari Ahad_ memerap 3 beranak dirumah
Hari Isnin - Pergi ambil PS 2 fauzan di Bachang lepas tu gi JUSCO (3 beranak je)
Hari Selasa _ 8.00 am-5.00pm kursus di SMK Perempuan Melaka
Hari Rabu _ Cuaca baik..mendobi baju dan mengemas rumah


Dan waktu2 lapang itu diisi dengan membuka BLOG dan FB 
dan yang penting
membaca buku kerana 30 dan 31 ni masih ada exam..
huhuhu tension betul kali ni...
jadual exam tak best langsung,
berposak dengan nak mesy sek,nak kemas library sibuk nak exam.....

Masa taip entri ni mata tak boleh lelap dah
menanti ayahnas yang dalam perjalanan balik ke Melaka

time ni baru terasa lamanya nak sampai yang 6 hari tu tak terasa lak..

dibawh ni gambar ayahnas dengan geng MPIP di UiTM Perlis..kira macam Jejak kasih gak
nasib baik tak jejak kasih makwe lama..
(credit to aidi helmi :ibuayu copy ye)
"

Thursday, December 2, 2010

Hadiah Untuk Ayahnas

Birthday ayahnas 9-11 hari tu..dah nak dekat sebulan
hadiahnya ibuayu beli 2 minggu lepas..
Sebenarnya tak tahu nak beli apa
kalau budjet banyak tentulah senangkan
fikir punya fikir teringat sebelum ni ayahnas pernah cakap
"
"
"
Abang ni ajar muzik tapi benda ni pun tak de kat rumah
(kat sekolah memang ada)
rasanya rumah orang lain semua ada kot
rumah kami je yang takde
cuba teka apa dia....
"
"
"



jenama pensonic je....
"
tadaaaaaaaaaaa

gegar lak dia...
tapi boleh guna usb
boleh DVD
oklah tu kan..
harap2 abg suka tapi sampai hari ni tgk tak layan lagi
ialah sibukkan baru balik kursus..

Thursday, November 11, 2010

Ayahnas potong kek..

Sambungan entri sebelum ni tak bergambar...

Ptg tu ada kuliah ganti
Jadi balik singgah tesco beli kek rahsia
Ayahnas ni bukan kaki kek
tapi masa gi open house raya sebelum ni tengok dia suka makan kek rahsia ni

kek berasa aiskrim
walaupun yg meraikan anak beranak je beli jugalah yang besar

 Ni gmbr sambutan anak beranak..



sayang semua
 sibuk nak tiup belon
"

Tuesday, November 9, 2010

Selamat Hari LAhir Abang

Hari ini hari lahir ayahnas ke 37

Selamat Hari Lahir
semoga abang sentiasa sihat dan dilindungi olehNya..
semoga kita dimurahkan rezeki
semoga semua ingatan abang menjadi kenyataan..
"
"
Ayu,Fauzan dan Faiz menyayangi abang setiap detik,saat,minit dan jam
 Semoga kebahagiaan kita ini kekal selamanya..AMIN
"
"
Gmbr potong kek belum sempat upload 
mata dah mengantuk 
petang tadi ada kuliah ganti

Monday, May 24, 2010

GeraM SaNgaT

Mana tak geram....laptop dah 3 minggu tak betul2 lagi
janji 2 minggu je..

TELEKOM kata proses sebulan je..
Ni dah sebulan lebih terus call center diaorag kata tak terima apa2 order...
Nampak sangat TM Point tu tak peka...
Entah2 tak submit pun permohonan ibuayu..
GerAMnya...

Bertambah geram apabila ayahnas didakwa bersalah atas sesuatu yang bukan dilakukan olehnya....
Bukan salah dari undang2 polis tapi undang2 bola...

Cakap dengan ayahnas ...rasa nak SAMAN je ..geRAM betul

Nampak sangat pengadil tak peka..
orang lain yang buat salah, org lain yg kena keluar padang ,org lain yang dapat surat saman....
Ayahnas steady je..ibuayu yang sakit hati..and marah over2
"
"
Siap ckp dgn ayahnas jom gi Sabah kita bersemuka dgn pengadil tu
Keh3 .(ibuayu.cari peluang sebenarnya..tak ke kerja bodoh nama tu)..
"
"
Layan jelah gambar ayahnas kat sabah...
"
"
"
"

Tuesday, March 23, 2010

Dah selesai

Sebelum ni kalau ayahnas uruskan game bola untuk Dun MT tak pernah pun nak ikut sangat tapi kali ni terasa nak gi tengok ..Ayahnas nak main time rehat..
lepas hntr kak long terus gi padang bukit beringin
Penuhlah sesak ..nasib baik dapat parking..
Bila kami sampai je kat padang wisel dah berbunyi..wisel penamat..so tengok majlis penutup jelah..
Sempat gak snap gmbr ayahnas terima cenderahati dari Datuk Abu Seman

Sunday, March 7, 2010

Kisah rumahtangga

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
"
"
keh3..macam-macam kerenah manusia selepas berumahtangga..Suami anda bagaimana???

Untuk ibuayu setelah 12 tahun melayari bahtera rasanya bagaikan baru berakad nikah..keh3
Siapa yang tak pernah tergigit lidah..tipulah...
Alhamdulilah rasanya kasih sayang untuk ayahnas tak pernah pudar..
Ayahnas bagaikan anugerah yang diberi untuk melengkapkan hidup ini.
"
"
Andai kata ibuayu rumput ayahnas lah tanahnya..
kalau ibuayu pasu ayahnaslah bunganya
kalau ibuayu malas masak ayahnas lah chefnya..
"
"
Cuma kesibukan ayahnas ada masanya menguji keimanan seorang isteri..
mana taknya ada masa kat rumah 2 jam je kemudian dah gi traning..Malam sampai pkl 8.00 mlm lepas tu gi meeting...
Tapi semakin lama semakin memahami..(kdg2 saje buat2 tak paham)
"
Sayang abang.Terima kasih atas segalanya.

Wednesday, November 11, 2009

Birthday ayahnas Part 1


Happy Birthday Abang


cerita birthday ayahnas part 1

Tak pernah rasanya sepanjang ibuayu mengenali ayahnas hingga kami berumahtangga ibuayu terlupa nak wish birthday kat dia.Selalunya tepat jam 12 tengah malam tulah saat yang dinanti-nantikan. Tapi kita manusia biasa .Kita hanya merancang ...keh3 .Hari lahir ayahnas jatuh pada 9.11.2009. Tapi sebelum tu jadual ibuayu terlalu padat.Dah sepanjang minggu sibuk dengan persiapan khemah.Jumaat,Sabtu berumahtangga kat sekolah . Ahad dari pagi sampai 8 malam gi kuliah..jadi bayangkan malam isnin tu bagaimana keadaan orang yang kepenatan dapat tidur di katil yang empuk...Esoknya sekolah cuti peristiwa.jadi masa bye2 ayahnas langsung tak ingat nak wish apa. Tengah minum kat kedai jam 10.00 pagi baru teringat..hari ni hari lahir ayahnas..nak tahu kisah selanjutnya ..tunggu dulu ye...nak siapkan assigment yang masih belum siap lagi.

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015