Saturday, August 31, 2013

Raya..raya ..seterusnya

kisah minggu raya kedua
*****************
sebab dah lama tulis  entry ni publish jelah

 
So bila dah selesai raya kedua belah keluarga
maka kami pun beraya di rumah sendiri
bukan beraya sangat
menunggu sesiapa yang nak datang
ialah tahun ni memang tak buat open house
sapa sudi mai kami alu-alukan

kalau call dulu ada rezeki adalah makanan lain
kalau datang gitu je makan kuih raya ya

so ada ssampai hari rabu tu kami duk kat rumah
ada jugaklah yang mai raya
malam khamis tu ayahnas buat plan
ajak gi jalan
ha suka macam tu last minute ajak jalan
so tanpa booking bilik kami main terjah je
gi la sana sampai hari Jumaat
kemudian cerita mana kami gi ya

sampai rumah
ada budak datang raya
kawan2 fauzan je
dapat hidang kuih raya jelah ya anak2
kemudian kawan ayahnas call nak mai
berdesup gi dapur
nasib baik ada stok nak dimasak
kiranya kalau nak cepat memang inilah makanan paling senang
dapat pujian lagi kata sedap
kembang hidung jap
ibuayu ayu macaroni goreng putih je
resepi kemudian ya

kemudian malam tu baru gi beraya rumah mak siah
datang makan
bergambar
borak2 siap landing katil vono tuan rumah
kami bertiga je
yang lelaki borak kat luar
yang anak2 sibuk dengan game
lepas tu barulah melepek bila sampai rumah


aktiviti mak


bapak


aktiviti anak-anak




Friday, August 30, 2013

Deko raya

Orang deko rumah sebelum raya ni 

Dah tengah raya baru sibuk nak mendeco

dah tunjuk gambar jam sebelum ni


Kami lekatkan kat hall depan


Ni yg asal



Mula-mula nak tampal mcm ni

 tapi ayahnas  x berkenan






Akhirnya inilah hasilnya

Ayahnas yg nak macam ni
Ikut suka abang le...


Monday, August 26, 2013

5 tahun hidup tanpa jam

Tajuk tak menahan

Biasalah ada orang jam tangan
Tu wajib pakai

Untuk ibuayu dulu2 memang mcm tu
Tapi sejak dah berkepit dgn hp
Maka suka hati nak pakai
Or tidak jam tangan

Tapi nak yang nak cerita ni
Pasalnjam di rumah
Kiranya mcm benda wajib gakkan
Jam dinding di rumah
Tapi kami ni entah knp
Sejak duduk rumah ni dlm 5 tahun
Tak guna pun jam dinding
Pernah beli juga tapi asyik takde bateri
Tak sampai sebulan terus x pakai
Konon nak beli jam yg mahal
Sama gak tak tahan pun
 

So sejak itu tak beli jam pun
Kami guna jam hp
Atau jam astro

Tapi hari Jumaat tu terbeli satu jam
Dr kaca mata kami cantik dan moden
Tengah offer rm 80
Tengoklah brp lama tahan
Tapi kalau dah tukar bateri banyak kali
rosak gak jadilah deco kat situ


Sunday, August 25, 2013

Cuai pagi Ahad

nilah akibatnya

kalau tak cek duli

bila ingat dah ok terus lekap


nasib baik faiz punya

kalau ayahnas punya bertambah tension

dan kebetulan seluar dia memang ada lebih


lain kali cek suhu dulu ya ibuayu


ni seluar tadika faiz


Wednesday, August 21, 2013

Raya ke tiga: Kluang and Kuala

Macam rajin pulak nak buat setiap ari raya ya
tengoklah sampai raya ke berapa rajin tulis
kalau tak nanti gabung semua

malam raya ke tiga kami sampai kluang
rumah kakak ayahnas
esoknya lepas zohor kami dua kereta 
gerak semula beraya di rumah nek yot kat kuala sg baru melaka
kiranya kami gi kluang ambil nek yot sekali
kalau satu kereta tak muat lak
so pagi tu tak de nak ke mana
kami gi merayau kat Kluang Mall
ingat lagi last year
raya pertama kat Kluang dah merayau kat Mall huhu


jumpa lak rumah kg kat shopping mall
syok bergambar

 
ni dah ready nak balik Melaka


sampai Melaka dalam pukul 5ptg lebih terus gi beraya rumah Pok Teh
then baru balik rumah nek Yot
rumah ni walau ditinggalkan tapi tetap bersih
MIL minta tolong kakak sepupu kemaskan

malam tu kami gi beraya pulak rumah Mak Long
then baru kami balik tidur kat rumah kami sendiri
rindu lak dengan tilam sendiri

Monday, August 19, 2013

Tipah tertipu..:Kad Kredit

Hari ni dapat panggilan telefon
mengenai kad kredit XXX
diaorg kata ibuayu kena bayar service charge
rm 50

yang anginnya ibuayu tak pernah aktifkan dan tak pernah guna
alih2 suruh bayar rm 50
lepas tu org tu suruh call service center utk pembatalan

so nak cerita dulu macamana boleh terambil kad kredit ni


ibuayu memang cerewet sikit pasal kad kredit
sebelum ni ayahnas di offer oleh bank lain ibuayu tak bagi

kami memang ada pakai satu kad kredit
so senang utk booking hotel or nak holiday

cukup SATU

nak jadi cerita
masa kami bercuti di Kuching hari tu


masa tu kami tunggu nak check in
nak balik ke semenanjung
masa memang banyak so lepak je lah kat airport kuching
kebetulan tempat kami lepak tu kat sebelah meja XXX ni

dia promo kad kredit

ibuayu mula2 memang boo layan jelah
dah cakap
akak dah ada

ialah duduk situ pun lama
dia datang pujuk lagi

suruh isi form je
tak kena bayar apa pun
yuran tahunan percuma
apa percuma
dia cakap dlm bah melayu wlpn dia bkn melayu
jadi rasanya sebagai cikgu bm ibuayu paham apa dia kata

ialah lagipun kita tahu juga bahasa2 bank ni
walaupun tak pandai sangat

so dia kata
nanti tak perlu guna kad pun
and dia kata daftar je bagi beg percuma
kalau nak tak nak guna tak pe

entahlah sebab apa tertarik pun tak tahu
maybe percuma nya banyak
atau beg percuma yg tak sampai harga rm 10

so tak ingatlah
lepas tu memang terima dua sampul sampai kat alamat kg
dah tahu tu drXXX
ambil surat tu then terus simpan

sampailah ke hari ni
bayangkan dr bln 3 hingga bln 8
ibuayu tak pernah aktifkan
tak pernah buka sampul
dan tak pernah pegang kad tu
alih2 nak suruh kita bayar

so balik sekolah terus call customer services
dia minta data utk pengesahan
bila dah bagi ibuayu pun terangkanlah masalah ni

so dia pun buat pembatalan
dan kiranya nanti yg rm 50 tak payah bayar
tapi
rupanya ada benda lagi ibuayu kena bayar
yg ni tak paham apa dia
dlm rm 60++
tapi bila hati dah sakit malas nak tanya panjang

kemudian je le tunggu langkah seterusnya
tapi ugut juga tu macam ni saya nak mengadu kat
BIRO Penggunalah

kalau kita aktifkan kan takpe
sebab nak aktifkan kad ni ada caranya
tapi memang kad tak aktif dia nak charge
alasan dia kena bayar sebab dah aktifkan
macamana nak aktif sampul takbuka

memang takde rekod penggunaannya pun

geram tension rasa tertipu

untuk yg lain jadikan panduan
ialah kita dah kena
apa nak kata
bacalah terma dan syarat terlebih dahulu
sebelum mohon sesuatu

ibuayu jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman hidup..
masa buat kad tu ada ambil gmbr orang bank tu
lepas tu ada mintak kad and no phone
bila jadi macam ni kat mana letak semua dah lupa
dalam hidup walau kita berhati2 ada masa datang juga ujian untuk kita
buat menguji kesabaran kita dalam kehidupan walaupun yg buruk itu sebenarnya
datang dari kita sendiri
 


Wednesday, August 14, 2013

Raya ke dua

Raya ke dua macam dah jadi tradisi keluarga Hj Dalip
(keluarga sebelah nek kiah)
pasti lepas solat zuhur kami akan berjemaah beraya di rumah sedara
tapi tahun ni ada kelainan sikit

pagi tu ada open house rumah mak sedara
(panggilan bibik)
dia open table dr pagi sampai pkl 4
so ibuayu adik beradik pkl 10 dah sampai
makan roti canai dulu
lepas tu baru makan nasi lemak and segala bakar2
ada sate,udang,ikan,kambing.abc


so lama gak kami duk situ 
pkl 11 lebih balik semula ke rumah nek kiah
sebabnya lepas Jumaat kami nak beraya secara berjemaah

 otw jalan kaki kat park kereta nampak lokasi cantik
terus snap2 gmbr dulu hehe

so dalam pkl 4 kami tiba di rumah pak cik ayub
(nek kiah punya abang tiri)

ahli rombongan ni tak pastilah berapa kereta 
rasanya 20 keeta pun lebih tu
kami bukan nak makan or minum
faham keadaan pak sedara and mak sedara yang tak berapa sihat
yang penting silaturrahim yang tak terputus
 rumah pak sedara ni area bacang gak

lepas tu gi bukit baru 
rumah mak besar
makan me goreng yang memang sedap
singgah jap rumah sepupu
anak pak besar sebelah rumah je

lepas tu berjemaah lagi ke rumah sepupu Kak Lijah
makan2 
ambil gambar
borak2
 kembali ke rumah nek kiah
penat tapi seronok
yang lagi seronok mana ada kamera kat situ sibuk menenggek 
 

Cerita Raya Pertama lagi

lepas acara bergambar
terus gi rumah mak sedara sebelah abah
rumah mak itam
alhamdulilah seronok tengok mak itam sihat
lepas tu baru kami bergerak ke bachang
rumah busu
kemudian rumah mak ngah
rumah mak anjang
rumah mok teh
rumah mak ndak
yang bestnya rumah mak sedara ni semuanya selorong
so park kereta
terus gi beraya

bab kenyang tak payah kata lagilah

lepas tu kami ke rumah mak lang
rumah makl lang ni area bachang gak
tapi kena naik keretalah
jauh gak

sampai kat sini terus dapat makan be hoon
serius terasa kesedapannya hingga kini
sampai sekarang cakap dengan ayahnas 
sedapnya be hoon mak lang
dah lah panas2 walla....
(ayahnas tak boleh komen sebab masa ni 
dia x makan dah kenyang konon)


Jali kalau baca auntie ayu punya blog mesti
 tahu kesedapan be hoon mak lang kan
hehehe

dari rumah mak lang kami gi rumah pok teh
abang atuk mail
tapi diaorang takde rumah lak
agaknya beraya lagi
dah dua tahun kami gi 
mesti tak dapat berjumpa dengan pok teh

lepas tu terus balik rumah nek kiah semula
solat zuhur lepas tu pengsan

lepas asar baru ada orang datang beraya lagi
macam tahu2 lak anak tuan rumah tidur hehehe

masa kami beraya nek kiah and atuk mail tak ikut
ialah nanti anak sedara belah abah datang diaorg takde
tapi takpe long dah tinggalkan orang gaji dia dengan mak
so taklah nek kiah penat sangat
malam lepak je kat rumah
hari raya ke dua ada projek mega lagi
 


 ni gwiyomi kat rumah mak anjang

Tuesday, August 13, 2013

Misi melihat hujan meteor

Bila tahu hujan meteor akan berlaku jam 11
Ayahnas ajak kami gi tengok kat pantai

Hakikat sebenarnya badan masing2 tengah penat

Ialah kami gi JB balik hari
And maghrib baru sampai rumah

Tapi demi melihat keindahan ciptaan Allah

Dan perkara yang lain dr lain
Gagahkan juga badan

So jam 11 dan sampai kat pantai

Tunggu dlm setengah jam takdepun 
Kami terus balik

Huhu

Misi kami gagal..

Pagi tadi ayahnas tgk wasap
Member dia dapat tgk jam 3 lebih

Hp ayahnas lak kong

Kalau x dpt kami tengok huhu


Takpelah usaha ada
Tapi rezeki takde
Tadi ayahnas google ada cara nak tgk meteor ni


Kena tgk dalam keadaan baring

Yang penting air kopi disebelah


Saturday, August 10, 2013

Aidilfitri hari pertama

Frust sikit pagi raya

Entah kenapa mood faiz pagi tu ke laut

Dia tak bg ibu dia gi solat sunat aidilfitri

Selalunya x de masalah pun

So telekung yg dah siap gosok cantik2 simpan jelah huhuhu

So lepas semua balik solat
Makan ketupat n rendang
Baru aturcara bermaafan dijalankan


Macam biasalah
Nek kiah pencetus hujan renyai di rumah ni






Dan kelainan tahun ni

Kami tak bergambar dalam rumah

Kami ambil gmbr kat luar rumah
So photoshot hr tu lagi happening



Tayang ni dulu

yg lain semua dlm dslr
selagi x balik rmh sendiri
lambatlah nak upload gmbr raya


Wednesday, August 7, 2013

Dugaan hari terakhir puasa

Dari tengah hari tadi ibuayu kena
Cirit birit huhu
Memang tak dapat nak tolong apa

Ayahnas pulak balik MT
Ambil barang tertinggal

So dah petang baru gi klinik
Nasib baik ada klinik yg buka

Bila doktor tanya dah berapa kali

Huhu 
Lebih 10 kali dah ni

Tapi puasa tetap diteruskan



Monday, August 5, 2013

Salam Lebaran

Cepat sungguh masa berlalu
Rindu padan Ramadan yang bakal menghilang
terasa kali ini seronok sangat di bulan Ramadhan ini

Banyak yang dihajat dapat dicapai
In sha Allah panjang umur
mengharap berpeluang  bersama di Ramadhan yang mendatang

Pada Syawal yang menjelang
Ibuayu dan keluarga memohon ampun dan maaf
jika selama ini ada tersalah kata
tersilap bicara
tersalah laku
yang menyakitkan hati
sama ada kami sedar mahupun tidak
moga Syawal ini membuka lebaran baru bagi kita semua





Deko Bilik tidur part 2..Selesai mengecat




Siap juga cat bilik tidur kami


kiranya leceh jugak ya nak mengecat

kalau ikut ibuayu baik upah je

hehe dasar pemalas

ialah nak kemas lagi
penat tu

kalau bukan bulan puasa tak pe

tapi bukan ibuayu pun yg cat

ayahnas buat semua
so jangan bising2


ni bilik kami sebelum




Ni selepas

memang sukalah warna purple ni

cat ni jenis
sancora rasanya

kami pilih warna yg dibancuh

sebelah dinding ni cukup 5 liter

itu pun ada lebih

harga cat rm 60

lepas ni nak tukar cadar baru  pulak

Cadar pun bukan beli
ada org bagi
cerita kemudian ya



Sunday, August 4, 2013

Iklan Raya Maxis

First time tengok iklan maxis ni dah terpikat

Kreatif, tersindir dan kenangan

Ialah anak kota sampai kampung 
Terus tanya wifi
Mood tak gembira
Sebab tak dapat bertenet

tersindir
itulah hakikat kita atau anak kita
lebih sibuk nak bertenet
dari nak berbual dgn sedara mara
lebih suka nak main game dr
nak berseronok bermain diluar runah

suasana raya dan ikatan persaudaraan
kurang mesra
bila dijari masing2
ada pelbagai gadget

Kenangannya
Dia tunjukkan permainan tradisional yg pernah kita main dulu
Yg kini anak kita tak pernah rasa
dan tak pernah tahu

Kreatifnya
Diawal iklan dia tunjuk songkok
Diakhirinya rupanya modem tu tersembunyi
Dibawah songkok tu

Dalam lucu ada sindirnya
Dalam sindir ada kenangannya
Kreatif betul penulis iklan ni
Maaf tak dapat bagi link
Iklan ni
Google sendiri ya

Untuk anak2 ibuayu
Raya ni no psp no tablet
Boleh ke..

Anak2 boleh mak ayahnya
pulak tak boleh
Hehe


Saturday, August 3, 2013

Deko raya bilik tidur part 1

Walaupun sebelum ni ada mass nak buat
Tapi kalsu buat last minute feel lagi lain kan

Memang kami plan nak cat bilik tidur utama je
Kemudian nak cat sebelah dinding
Kebetuan warna cat lama warna sama
Tone saje yg berbeza

Tunjuk sikit dulu
Dah siap baru boleh tayang
Tukang cat ayahnas
Tukang kacau faiz le


Friday, August 2, 2013

Bila diuji: Bersahur di Hospital Baru Alor Gajah

Lepas berbuka semalam
Faiz terus kata sakit perut
Then terus dia muntah
Kami berbuka kat luar masa tu
Ada jamuan berbuka geng ayahnas
Dan faiz ni memang tak puasa pun

So tak tahu kenapa dia muntah

Lepas balik rumah dia ada muntah lagi
So kami solat terawih kat rumah je

Lepas tu tengok dia muntah lagi
Terus bawa gi klinik swasta kat MT ni
Doktor cakap faiz ragam perut
Dia tak demam pun

So balik tu bagi makan ubat
Tapi lepas tu pun dia ada muntah
So kami malam tu tido2 ayam je
Memang dia muntah je

Cakap dengan ayahnas  bagi ubat lagi
Kalau lepas ni dia muntah kita bawa gi hosp lak

Dan dalam setengah jam bg ubat dia muNtah lagi

Terus kami gi hospital
Dan masalahnya hospital alor gajah ni hosp baru
Memang tak tahu kat mana
Cuma tahu arah ke maybank je

So kami cuba jelah cari

Sebelum sampai hosp suruh ayahnas singgah kedai 
beli makanan untuk sahur
Takut nanti kat hosp susah nak cari
kami takpelah cian kat fauzan yang ikut sama

Sampai  hosp terus gi emergency
Adalah jugak yg sedang menunggu

Masa penolong perubatan tu
Ambil tekanan jantung terus terbelahak faiz muntah
Terus org tu suruh faiz masuk kat wad rawatan
tak payah  ambil no

sampai situ doktor check 
kata ada radang perut
so nak ambil darah and masukkan air

dalam pukul 5 lebih keputusan darah keluar
so darah normal
alhamdulilah
lepas tu kami dibenarkan  balik
dalam pkl 6 lebih gak sampai rumah
terus sms kat GB minta izin datang lambat
nak mc tak sampai hati
sebab hari ni ada orang datang untuk kad pss
so telefon kak enon minta tumpangkan faiz

so sekarang alhamdulilah faiz beransur baik
harapnya tak kena macam tu lagilah
tak sampai hati terus dia muntah2 tu

terharu gak hari ni
bila kita datang lambat sekolah ada juga BFF cari kenapa tak mai
tak dapat telefon ibuayu ayahnas dicarinya
terima kasih kawan2
penguat semangat untuk insan yang lemah ni


nama pun hosp baru
cantik bersih dan selesa
doktor ,nurse semua oklah



lena betul faiz lepas ambil darah
dan masa tunggu nak drip selesai




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015