Showing posts with label IJN. Show all posts
Showing posts with label IJN. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Ajal seseorang tak dijangka

Kan kat entri sebelum ni ibuayu ada cerita
Yg ibuayu duk IJN 3 hari jaga nek kiah..
Nek kiah ni duk katil sorang 
Si bilik tu kami bebas lepaking
So sedang ibuayu baring2 hari Sabtu
Datang dua orang suami isteri
Terkejut gak sebab tak kenal
Lepas dia perkenalkan diri
Yg di staff long (askar mindef)
So dia datang nak ziarah nek kiah

Terperanjat juga ingat sapa ke
So boraklah kami macam biasa
Dia pun banyak tanya kesihatan nek kiah
Mak mcm s3lalu le
Kalau cerita air mata peneman jiwa
(Anak dia sorang ni mengikut feel tu)

Dia datang bawa buah anggur lagi
Dalam 15 minit gak dia duk ziarah mak

Lepas tu hari Ahad tu 
Waktu petang tunggu long datang
Bawa kain baju nek kiah
Ptg tu long dah cakap dtg lewat sikit
Sebab gi tengok kak ngah kat asrama

Dalam menunggu tu long call
Dia lambat datang IJN
Staf yang datang melawat nek kiah tu
Meninggal dunia
Ya Allah terperanjat ibuayu mendengarnya
Slow talk bgtahu nek kiah
Ialah takut mak terperanjat

Semalam baru kami jumpa
Baru kami kenali orang tu
Hari ni kami dengar dia dah kembali
Anggur yg dibawa pun tak abis kami makan

Dia meninggal petang ahad
Mengikut kata long penyakit jantung

Dalam sihat dia menziarahi nek kiah
Sekelip mata dia meninggalkan kami
Walau ibuayu kenal hanya seketika
Tapi tutur katanya sopan dan lembut sekali 
Isteri dia pun jenis lembut je
Kalau kita yg dengar pun terkejut inikan lagi isteri dan anaknya kan
Sama2lah kita doakan agar insan ini ditempatkan bersama2 orang beriman.
Al fatihah


Ni tempat fisioterpi IJn
selesa je tempat dia

Thursday, November 14, 2013

Pelbagai Kemudahan Di IJN

Entri yang ni ibuayu
rangkumkan semua sekali
tujuan ibuayu share supaya kita tahu kemudahan yang disediakan 
di IJN ni
ialah  jika kita jua
menghadapi situasi ini

FArmasi tingkat bawah sekali


sebelah farmasi kedai runcit'



Blok C
kat sini ada DORMITORI
SURAU JUMAAT
CAFE



SURAU JUMAAT
(Hari jumaat kaum lelaki sembahyang kat sini aras 7)




CAFE
kafe ni buka awal pagi
dalam ni ada pelbagai jenis gerai
aircond
bersih n selesa
tapi untuk yang baru first time datang
dan bermalam
cafe ni tutup awal
masa kitaorang datang hari pertama nak bungkus makan malam
dalam pkl 7 diaorang dah tutup

so hari berikutnya dah tahu so tapau makan siang2

pagi sarap nasi lemak


tengah hari ada nasi berlauk
sedap dan murah

Wednesday, November 13, 2013

Kemudahan di IJN : TEMPAT MENUNGGU

Tempat menunggu kat IJN  ni ada banyak
Yang ni tempat menunggu 
setelah nek kiah masuk ke dlm OT

Ada 2tempat menunggu kat sini..
Satu area ICU
Dan satu lagi area CCU

Yg kat ccu ni besar sikit

Dan ada waris yang datang dari jauh
 tunggu and tido kat sini

Ada juga tempat menunggu kat  aras G
(area Lobby)
Yang ni ada tv
Kerusi urut dan luas
Sapa yg bawa anak elok duk bawah ni
Kalau bising pun tak pe

nama pun untuk pesakit jantung
untuk ibuayu yang first time datang sini pun rasa aman je







kemas bersih dan selesa 
kalau semua hospital mcam ni kan best



Monday, November 11, 2013

Kemudahan di Institusi Jantung Negara : Dormitori

Masa mula2 tahu ada dorm kat IJN ni
Memang tak dpt bayangkan

Ialah selalu kalau dorm tu rupanya macam bilik asrama

Bila tengok banner 
Wahhh.mcam hotel

So hr bila tau nek kiah nak operate pagi
Ibuayu pun sampai IJN
Terus gi tanya kat kaunter informasi

Tanya ada nak katil kosong
Diaorg kata ada satu

So dr situ terus gi blok belakang
blok c rasanya..
Bangunan dekat car park
dekat surau n cafeteria

Dorm ni tingkat 2..

masa sampai kaunter

Budak yg jaga tu kata ada 2 katil kosong
Terus ambil dua2
Harganyanpun cuma rm30
Sekatil

So 2 katil rm 60 je...
tapi malm tu long dgn adik ipar ain
yg tido kat dorm
ibuayu memang nak tido dgn nek kiah
kat ward

Esoknya bila nak tido lagi 
Kami bayar lagi..
ibuayu ambil satu katil
lepas nek kiah operate
Ibuayu sorang stay kat IJn..
So hr ke3 ibu tak sewa dorm sebab
Nek kiah masih di ICU
sebab x boleh jaga
ibuayu balik nilai

Dalam dorm ni ada bilik air
tempat jemur kain

Diaorg sediakan bilik khas utk mkn
ialah kalau makan kat bilik
berbaulah pulak
ada gak bilik khas untuk menonton

Nak gosok bajunpun disediakan sterika

so kalau susah nak berulang
boleh sewa sini

sama bilik dgn ibuayu masa tu
ada kak tu jaga husband dia
kakak tu org taiping

dah 10 hari dia sewa dorm

keutamaan dia bagi pada siapa di ICU
tapi kalau ada kosong boleh je










Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015