Saturday, March 30, 2013

Kuching Part 1:Tiket Air asia dan kereta sewa


Masa booking tu airasia buat promo
murah tapi taklah murah sangat
bila kira semua temasuk tax and lain-lain
so semuanya dalam rm 250 sekepala tiketnya
ialah rombongan naik bas ke langkawi pun mcm tu jugakkan 

mula2 pening jugak nak tahu prosedur airasia ni
tapi kita belajarlah 
cari kat blog yang buat tutorial
buat check in sendiri
so jimat rm 80
kalau tak sekepala rm 10 ya sehala
masa sampai LCCT tu kami bawa kereta sendiri and park kat situ
parking kat tempat C
rasanya rm 40 sehari 
 parking A palng mahal sekali


sampai je kat airport mulalah keliru
nak kena check in kat kaunter jugak ke
rasanya masa survey hr tu tak payah dah
sebab ibuayu semuanya hand luggage
call jugak kat kakak ipar tanya pasal ni

so kami pun gi kaunterlah jugak
tapi rupanya tak payah 
boleh terus gi tempat perlepasan
alhamdulilah penerbangan ikut masa ditetapkan


******************

kereta sewa

kat sana ibuayu sewa kereta 
ambil dari hanna 
ni no phone dia 
0128952003
sewa kereta myvi
dia hantar kereta kat airport
balik pun ambil kereta di airport
kiranya 48 jam harganya rm 200
ayahnas isi minyak rm 50

Target ke Seluruh malaysia Tercapai

Alhamdullilah
memang dulu ibuayu berangan nak jalan -jalan satu Malaysia

dan kini impian jadi kenyataan

negeri terakhir yang harus ibuayu jejak ialah Sarawak
dan pada 25 hingga 27 MAC hari tu
impian dapat direalisasikan

ialah kita bukan orang kaya
 target jalan satu Malaysia je hehehe


kami gi Sarawak 
25 hingga 27 Mac
nanti ibuayu cerita detail ya
sebelum nak pergi sana hari2 study
cari tempat makan sedap
cari mana nak duduk
kereta nak sewa
and kat mana nak melawat
kami tak ke pasar serikin
sebabnya pasar ni hanya dibuka pada hari Ahad 

so maklumat yang dah dapat tu perlu disenarai pendekkan pulak
ialah hari Isni kami gi flight petang
so dah macam rugi sehari gakkan


so untuk percutian kali ni ibuayu akan bagi detail setiap satu
supaya untuk yang rancang nak gi Kuching 
bolehlah jadikan panduan walaupun tak sempurna mana
nak buat part by part ya
harapnya masa mengizinkan







 

Friday, March 29, 2013

Sambal gesek

ternampak post kat blog semlm

blog celoteh mama3H

sangat2 tergoda

swnang je resepi dia

ikan bilis goreng dgn belacan
lepas tu matang bwg besar n putih
kemudian goreng
boleh guna cili hidup or padi

dah sejuk tumbuk semua sekali

ibuayu letak grm n gula sikit

makan dgn nasi panas2...

tumbuk jgn hancur ya..gesek2 je


Thursday, March 28, 2013

TaNDA kAMI DAh Sampai sini

Rasanya ini tempat wajib pose

sapa pergi sini mesti nak bergambar 


tunjuk gambar ni dulu ya
cerita kemudian
br sempat ngadap komp



Wednesday, March 27, 2013

Bila muka dah surn burn


Tajuk tak menahan
 bukan tak bersyukur
syukur
alhamdulilah


tapi bila cuti2 ni muka dah surn burn
 aduhai memang dah tak cun dalam kamera
maka banyak gambar anak soleh ni lah  jadi modelnya














Monday, March 25, 2013

Masa untuk bercuti

nama je cikgu cuti seminggu ya
ini pun plan awal2
kalau ikut kerja hari2 nak datang sekolah

plan sebulan yang lalu sudah tiba
duk 3 h 2 malam je
Doakan kami selamat pergi dan kembali

    

Sunday, March 24, 2013

Majlis Perkahwinan di TAman Medan


Dari car boot minggu lepas 
kami terus gi majlis kahwin
adik kawan kat Taman Medan
ni agenda utamanya
disebabkan kad kahwin ambil kat FB
so blur sikit
and ini first time kami sampai sini

almaklum prinsip kami 
masuk kl tak sah tak sesat
tapi kali ni sesat mesat betul
asyik telefon husband kawan tu je

kami ni pun sebenarnya kejar masa
kalau ikut plan dah betul
tapi masa dah ambil lama sikit masa gi car boot tu

ayahnas kena ada kat MT sebelum pkl 4
pembangunan bola sepak dia huhu

tapi memang respect betullah dgn ayahnas ni
dia sabar je walaupun sesat and u turn berkali2
kalau org lain dah ajak balik agaknya

alhamdulilah akhirnya kami sampai
dah jumpa taman medan nak cari dewan pun setengah jam



makanan pun sedap
siap ada fillet fish lagi
 


nak ambil gambar dengan member lupa lak
balik snap kat parking tepi taman je
kami salin baju tau
sebelum gerak lepas gi car boot tu terus gi cari petronas nak salin baju

Saturday, March 23, 2013

EARTH HOUR


23 Mac 2013
 senang je caranya
 tutup lampu
 dari jam 8.30 mlm hingga 9.30 malam

 selalunya ibuayu tutup kipas and tv
 ialah kita mengurangkan kadar penggunaan elektrik
 selama satu jam
 moga dapat bermanfaatkan pada bumi 


 
























Friday, March 22, 2013

Car Boot : Kuih akok n Popia SS ali

teringin dan terjumpa

ni kuih Akok
sedap sangat
makan panas2 lagi



ni popia SS ALI
sebelum mai sini
ayahnas ada sebut sedapkan popia ss ali
(kat ipoh senanglah cari)
dan alhamdulilah ada rezeki kami



cuaca yang memang panas tu kami beli brp jenis air masa kat sana

Thursday, March 21, 2013

Suka tengok Keluarga Bahagia Sheikh Muszaphar dan Dr Halina


Baca tentang kisah dia baru balik shooting ROMANTIKA

ibuayu memang layan cerita ni
seronok tengok gambar kat blog Dr Halina

and cemburu betul 
tengok Dr Halina dah slim
cantiknya dia


kisah lanjut baca kat SINI

Tuesday, March 19, 2013

Car boot Shah Alam


Pagi Ahad hari tu 
kami ada undangan perkahwinan di taman medan

ayahnas cadangkan sebelum gi kenduri tu
kami gi car boot dululah
wah hati ni memang berbunga2
memang plan nak cari blaus

gerak dr rmh pkl 7 lebih singgah sarapan semua
pkl 9 kami sampai stadium shah alam
kereta banyak
parking penuh
so ayahnas parking jauh sikit
tapi rasa dekat sebab ikut short cut

cuaca sangat2 panas


faiz siap tutup mata tahan panas




kat sini macam2 jual
sebelah pasar tani
sebelah barangan 

jersi, cadar, kain,barang antik
rasanya apa yang kita fkir nak insyallah ada
gerai  tuudng jgn cakaplah melambak

abis semua gerai kami tawaf

nasib baik idea pakai baju lain dulu idea yg bernas
ialah dgn cuaca macam tu berjurai2 peluh kami

apa tangkapan kami 
next entri ya



Monday, March 18, 2013

Jatuh cinta dengan SUARA ayahnas

Satu rumah ni  memang dah maklum
ibuayu memang suka sangat dengan kemerduan and kekacakkan
anuar zain
hahaha

jgn marah ya bang
tapi berbalik dgn jatuh cinta dengan ayahnas lak
jatuh cinta dengan suami sendiri memanglah dr dulu
sejak kami digossipkan di maktab
dan memang tahu pun ayahnas suka menyanyi
malah selalu gak ayahnas buat persembahan dengan band maktab
tapi masa tu talah puji suara ayahnas sedap sangat
nanti kembang semangkuk dia
masa bercinta dulu 
ayahnas ada gak buat kaset 
tape suara dia sambil main gitar
masa tu memang angaulah
buat pulak lagu kau isteriku kopratasa
waduh layan kaset je masa tu
and ayahnas ni buka orang yang kalau kita suruh nyanyi dia nak nyani
lagi2 lagu anuar zain
memang dia tak nyanyinya
ialah sendriri tahu suara tak mcm anuar zain
hahaha
dah ibuayu start jatuh cinta semula 
bila ayahnas rakam suara dia dekat kedai
buat lagu cintan cintun
lagu yang dia rakam tu lagu sekolah
ialah sekolah baru mana ada lagu sekolah lagi
so ayahnaslah yang cipta lagu tu 
lirik cikgu lain
and bila dah dapat kelulusan KPM tentang lagu tu
ayahnas kenalah rakam lagu tu
supaya masa perhimpunan budak nyanyi dengan iringan CD
takkan nak bawa turun keyboard hari2 kan
ada minus one..ada suara ayahnas
tapi pagi sabtu tu ayahnas dengarkan lagu tu kat dlam kereta
wah feeling2 jatuh cinta lak
rasa bersemangat
macam suara Roy pun ada
lagu sekolah dia memang senang nak ikut
faiz pun suka follow lagu tu
nantilah kalau sekolah dia dah luluskan ibuayu dengarkan kat blog lak
P?S: kalau abang baca blog ni  (memang baca pun ) ayu nak abang tahu
ayu bangga dengan kebolehan yang abang ada..tapi ayu pun teringin abang rakamkan lagu khas untuk ayu
LUV U so much....

Sunday, March 17, 2013

Sling bag

ini first time beli sling bag

itupun ada sebab musababnya

selalu kalau keluar mana2
bawa bag belakang je

senang cerita

ibuayu jenis tak suka bawa handbag

gi sek pun isi duit kat cover hp

hr tu dpt tahu parkaon sale

so jumaat ajak ayahnas gi mahkota

alhamdulilah dapat yang berkenan

kain jenis lembut lak tu

dah less dptlah bawah rm 100

entahlah sekrg ni suka sangat wrn purple and pink

dulu2 suka wrn kuning



Saturday, March 16, 2013

Hadiah Printer untuk Majlis Perpisahan


Ingat tak post sebelum ni pernah tulis

inilah sebabnya
Tahun ni kan ayahnas dah berpindah sekolah baru
sekolah lama tu ayahnas dah berkhidmat 16 tahun

jadinya khamis lepas ayahnas dijemput ke Jamuan perpisahan
di Hotel Permaisuri di Stadium Hang jebat 

so macam biasalah kalau dah dijemput
kenalah bawa sesuatu sebagai kenangan 

so mulalah mencari idea apa nak bagi
hasil perbincangan dengan si isteri ni punya idea

kalau bagi benda lain tu macam klise lah
ce fikir sesuatu tapi manfaat utk semua
so ibuayu cadangkan ayahnas beli printer and terus buat tempat inkmurah
 Printer paling penting kat sekolah
kiranya hadiah ni manfaat untuk guru and pelajar

kiranya dah bincang dlm 2 minggu
tapi sebab barang tak de malam sehari sebelum gi jamuan baru dapat bendanya


tampal kat dalam and kat luar
kalau guna printer mesti diaorg ingat ayahnas..hehe



jenuh jugak nak menyampulnya
ialah bukan boleh terbalik2 sebarang
tumpah lak dakwatnya


ibuayu ni kalau jamuan sekolah ayahnas selalu join
tapi bila tang ayahnas
ibuayu tak sanggup pergi sedihlak rasanya

bayangkan kalau ibuayu kena pindah dari sek sekarang
mesti banjir rasanya
lainlah kalau kitabersedia nak berpindah
itupun sedih gak....

Friday, March 15, 2013

Keliru ke klinik gigi atau klinik biasa

dah dua hari rasa sakit

kat tepi lelangit
and dekat gusi

ibuayu pub x pasti bengkak gusi ke

perit tonsil ke

or gigi bongsu nak tumbuh ke

sekrg ni memang rasa sakit sesangat

kunyah makanan sebelah kanan

yg sakitnya sebelah kiri

hilang nikmat nak makan

ni masih fikir lagi nak gi klinik gigi
or klinik kesihatan biasa



huhu

Wednesday, March 13, 2013

Tak sampai sebulan beli 2 printer

Untuk seorang guru 
printer ni satu keperluan
ada laptop takde printer pun tak bermakna
and kalau nak beli printer mestilah yang ink nya murah

sekarang ni byk model boleh beli
sebelum ni memang beli Brothers
la ni ayahnas  dah jatuh cinta dengan canon

beli canon pertama sebab keperluan 
beli canon kedua ada kejutan

kemudian cerita ya

 

ayahnas beli model ni
siap dia pasang ink luar baru RM 259 rasanya
memang murahlah
sebelum ni ada call satu kedai
dia bagi harga printer ni dlm 210
tapi kalau nak ink kat luar tu kena tambah rm 159
mahal kan..
and kedai yang kami beli ni kedai Melayu
so bangga sangat bila mereka boleh offer harga yang macam ni murah
moga bisnes mereka diberkati amin...


Tuesday, March 12, 2013

muka cikgu cikgi awal tahun gelap

Kalau awal tahun ni 
susah sikit nak jaga muka

ialah macam2 permainan MSSM dah bermula
so sibuk dgn latihan pagi petang

anak murid yg terpilih lagilah jgn kata

golap semuanya hehe
lagi2 aekarang ni musim panas terikkan

itu pun kat pelajar bawa air masak botol besar

so kalau nak melawa sikit dah pertengahan tahunle..

bukan tak pakai uv ke apa2 pelindung

tapi kulit dah tua ni 
tak lut kut
hehe
lagipun x kan lah nak latih budak kita pakai payung lak

or duduk tepi bangunan bagi arahan kan

tak patut..mengelat namanya hehe
oh ya ibuayu latih budak olahraga

susah sikit nak target
kadang2 ingat budak kita dah kuat

rupa2nya budak sek lain lagi kuat

apa2 pun berlatih tetap berlatih
hampir sebulan gak


ini muka hujung tahun
yg awal tahun ni tak payah tunjuklah
malu hehe

Monday, March 11, 2013

Kasut pun sampai RM700 lebih..

bukan kasut ni
ni selipar si Faiz
sibuk kita nak ambil gambar
heboh suruh snap kaki comel dia ni


 

kasut kat kaki ayahnas ni yang harganya RM 700 lebih
mahal ya
kasut bola ni pun bukan tahan sangat
3-4 tahun abislah hayat dia
lainlah kalau tak pakai
hehehe



 



jenama nike



yang warna pink purple tu rm 400 lebih
yang oren tu rm 700 lebih

tapi ayahnas tak beli pun yang 700 lebih tu
kalau beli jelingan tajam ibuayu bagi
hahahaha
ada tak org beli kasut mahal tu ya
ialah mesti ada kalau tak takkan diaorang jual kan

Sunday, March 10, 2013

Asam Pedas Power Melaka

Dah lama juga tak singgah kedai Asam Pedas Power ni
kedai ni bersebelahan dengan Perigi Puteri Hang li Po

masa kami sampai dalam pkl 8 
kedai ni baru buka
so cepat2 pilih ikan
ialah orang dah ramai nak datang
karang lambat lak menunggu


 


faiz dapat PSP baik jap
kalau tak sibuk nak tawaf kedai
sekarang ni pesen nak main selipar je kerjanya



kami pilih ikan siakap
terus terang cakap
sapa yang tak kuat pedas
memang meleleh
pedas tapi sangat sedap

kami order gak udang goreng tepung
pun sedap
gambar x sempat nak snap


alhamdulilah kenyang
lebihan bawak balik lagi
esok pagi goreng cekodok cicah dengan kuah asam pedas
sodap




Janganlah Goda Saya PH Haya Klasik

Sebelum ni dah lama berpuasa
puasa beli tudung

masa mula2 jadi peminat tudung PH ni
kenalah beli selalu
sebab banyak warna tak de
bila dah banyak beli 
lagi2 fikir tudung yang sedia ada elok2 semua
awning dia memang elok
buat apa nak beli baru
beli pun bila betul2 berkeperluan

tapi semenjak dua menjak ni
design tudung pearl haya makin cantik
ialah banyak pesaingkan

dan terbaru Tudung Haya Klasik
warna dia and corak buat hati ini
memang2 tergoda

tapi sebab budget tak cukup
kita tengok jelah dulu
rasanya tudung ni pun baru hari ni start jual

 gambar dari web pearl haya

Friday, March 8, 2013

Barang Percuma

Siapa yang tak suka terima barang percuma ya

tapi ada orang tak tahu yang bila  kita  beli barang elektrik 
kita boleh minta hadiah dr kedai tu
dulu ibuayu pernah dapat pengukus
dapat towel
tebal juga towel yang diberi

inilah barang percuma tu
lupa nak rotate hehe
ingatkan bekas ni satu



bila buka ada dua rupanya
comel je
suka sangat2
 


dapat hadiah ni sebab beli TV LED
orang lain berkurun dah beli 
kami  ni baru teringin nak beli
itupun sebab
tv besar gabak tu macam dah hilang warna
bila dekoder astro mula meragam
inipun minta bayar dua kali
dapat harga cash
and terperanjat bila dia bagi harga special sangat
alhamdulilah rezeki





so bila hantar kedai orang tu suruh tukar beyond
and dia boleh buatkan link dalam bilik
tu yang penting tu
so kami pun bersetujulah

ganti tv depan je
tv dalam bilik masih tv gabak

yang bawah ni tv depan dah masuk bilik fauzan
yang bilik fauzan ni ada orang nak sedekahkan kat bilik muzik dia kot
hehehe
tv alam bujang tu penuh kenangan



Thursday, March 7, 2013

Resepi Roti Jala

Bukan susah sangat nak buat roti jala

paling senang nak siapkan tepung dia
yang susah n penat nak menjala je


Ibuayu buat paling senang
ambil Blender
masukkan tepung gandum
masukkan air
(agak2 ya)
masukkan sedikit garam
masukkan telur
kemudian on suis blend je

kemudian ambil tapis santan
tapiskan tepung yang dibancuh
jangan terlalu  pekat n jangan terlalu cair
  

tepung yang dah ditapis
 



alat paling penting buat roti jala
takde benda ni tak jadile roti jala
jadi lempeng je



tadaaaa..



cicah dengan kuah kari ya
baru meletop











Wednesday, March 6, 2013

Bila tudung yg nak pakai x cukup...

Memang selalu
kalau nak gi sek mesti tanya ayahnas
matching x tudung dgn baju
pagi tadi mulut ni tiba2 mengeluh

tak cukup tudunglah bang nak pakai

tahu apa jawab ayahnas

tak cukup tudung ke 
tak cukup tempat nak sangkut tudung

hahaha kena sebijik

tapi bila tudung dah banyak kali pakai

memanglah terasa macam takde tudung nak pakai

hehe
tapi x pernah rasa membazir pun

beli bila perlu
pakai berpuluh kali
so memang berbaloi



saja nak tunjuk
tudung dan warna yg memang ibuayu suka sangat


Mee Siput

Masa duduk Johor dulu selalu jugak makan
kat kantin sekolah pun ada jual 
yang ni kirim kawan duk kat Muar


 
petua kalau nak goreng
minyak biar banyak and kena panas
Ini yang sudah digoreng



Cicah dengan sambal ikan bilis
sedapnya





Monday, March 4, 2013

Tabik Spring dengan Suri rumah sepenuh masa

Tadi dah post isu ni kat FB

sebelum ni pun ada gak follow blog yg jd suri rumah ni

tengok aktiviti diaorng memang seronok

penuh seharian

dan 
hari ni ibuayu duk sorang2 kat rumah 
ialah sekolah cuti peristiwa

ingat dah berkemas dapat berehat2
tapi rupa-rupanya
bila dah start nak mengemas macam2
nak buat
kiranya pkl 1 tu settellah jugak
walaupun belum siap sepenuhnya sepenuhnya
rehat jap solat 
lepas tu gi ambik faiz kat sekolah tadika

so kalau si suami tu mempunyai isteri yg suri rumah sepenuh masa
pandang tinggilah kepada mereka
kerana rasanya
kerja mereka lagi tak abis 
dalam 24 jam

agaknya nilah yang mak rasa dulu kan
sebab tu kalau masa kecil2 dulu baju bersepah mak bising
kalau pinggan mangkuk dah makan tapi tak basuh mak bising

ni gambar hari last perkhemahan
bagi mak2 berposing 
sebab esok (hari nilah)
diaorg nak berkemas rumah lak
 



 

Sunday, March 3, 2013

Berkampung di sekolah demi anak didik


Bermula hari Jumaat hingga Ahad tuntutan tenaga dan minda
dikhususkan untuk berumahtangga di sekolah

anak2 telah dihantar ke rumah nek kiah

bukan sebab si suami tak mahu menjaga anak2
namun kerana ayahnas juga ada latihan bola Sabtu n Ahad

kalau tinggal sekejap berani juga tinggalkan faiz pada fauzan
ni agak lama biarlah anak2 bermesra2an dengan nenek dan atuk
diaorang ni sebenarnya lagi suka duk rmh nenek 


kalau nak kata penat memanglah penat tapi setahun sekali
kalau nak kata tak selesa memanglah tak selesa
ialah tidur alas toto je
tinggalkan rumah
 anak sendiri  ditinggalkan, suami tidur keseorangan

 anak orang lain perlu dijaga dan diambil perhatian
bukan senang nak kawal 200 orang berkhemah

anggaplah macam kita gi berkursus
lagi pun dekat je sek dgn rumah
ulang alik jelah
ialah  setahun sekali

sebab setahun sekalilah
 rasa penat rasa letih itu hilang 
bila tengok pengisian aktiviti mendatangkan 
manfaat kepada anak murid
moga mereka mendapat ilmu
kami guru ni mendapat sedikit pahala



jaga anak 2 orang pun ada masa suara saprano ni terkeluar
hehehe

upah bagi sedikit kepenatan kami dan anak murid
esok sekolah CUTI PERISTIWA

hilang sabtu ahad
diganti cuti hari ISNIN
walaupun yang bercutinya
ibuayu sorang je
heheh
duklah sorang2 kemas rumah mana yang patut
khemah kat sekolah dah siap lipat  masuk beg
baju dirumah ni pun memanggil2 juga

esok semuanya akan dibuat
bagi tuan tanah rehat dulu ya





 


Saturday, March 2, 2013

TAKOYAKI vs JERING


sesiapa yang belum pernah cuba bolehlah beli

ibuayu beli kat pasar malam je

satu set harganya RM 3.50
ada 4 biji
makan panas2 sedapnya




masa mula2 makan tu heran jugak
apa sampah sarap yang ditaburkan tu
rupanya bahan dia jual kat jusco
macam ada rasa ikan
tu sebab harganya mahal sikit

kami beli 3 set 
fauzan sorang makan 2 set

masa pergi pasar malam tu beli
satu lagi makanan special

jering
hehe
sepinggan rm 2
ada 18 biji
comel2 je
beli yang dah siap kopek
tak tahulah mahal ke murah
tapi rasanya cam mahal je kan



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015