21 Ogos ni sekiranya alia masih hidup tentunya dia berumur 4 tahun.Macamana keadaan dia ye...
Kalau alia dapat membaca inilah luahan hati ibu yang sentiasa merinduimu sayang..
Alia
Rindu ibu ,ayah ,abang long pada alia tak pernah terhenti,
Jasadmu tiada disisi tapi bayanganmu sentiasa dihati
Kini kau bahagia tempat bersemadi,
Semoga rohmu dicucuri.
Masih hangat lagi kenangan ketika melahirkanmu..jika dapat diulang ingin sahaja ibu memutarkan masa dan meminta agar diri ini dibedah..Kenapalah ibu tidak merasai sakit ketika melahirkanmu..Betapa sakitnya dirimu melawan keadaan ketika itu.Luluh segalanya melihat bayi yang dikandung menjadi sebegitu.. Kekuatan ayah menjadi semangat untuk ibu..Airmata ketika itu menjadi teman yang paling setia.berpantang seorang diri tanpa anak disisi. 41 hari pelbagai dugaan yang dialami.tak tahu dimana datang kekuatan,ketabahan diri melalui segala dugaan yang diberi.
Walaupun pulangmu ke rumah tidak seperti bayi biasa tapi ibu redha dengan dugaanNya.Dari titik itu kehidupan ini agak berubah..Ibu dan ayah semakin merapati diri dengan Allah.Kemana lagi harapan hendak kami serahkan kecuali kepadaNya.Kesetiap tempat kepelusuk negeri jika ada berita tentang perubatan alternatif ke situ akan kami tujui..Wang dan keletihan tidak dikira.Apa yang penting ketika itu ingin menaruh harapan terhadapmu.
Sayangku Alia
Adik tidak pernah menyusahkan ibu.Terlalu senang untuk kami membelamu.Ayah yang mengambil shift waktu malam menjagamu sangat2 membantu ibu.Apa yang tidak sanggup ibu lihat apabila kau menanggung kesakitan yang amat sangat.
Masihku ingat disaat-saat akhir pemergianmu..sungguh ibu tidak sangka nafas mu yang berbunyi itu bermakna kau mahu meninggalkan kami selama-lamanya...Andainya ibu tahu...Maafkan ibu sayang..
Maafkan ibu alia
Jika ketika hayatmu ibu tidak sesempurna mana ketika menjaga dirimu,
Ibu tidak banyak dapat menghabiskan masa disisimu,
Ibu tidak dapat melunaskan tanggungjawab ibu,
Ibu ada mengecilkan hatimu
Ibu ada melakukan pelbagai kesalahan samada ibu sedari atau tidak..
Apa yang ingin diberitahu ibu dan ayah sangat-sangat sayang padamu
Ibu juga amat merindui untuk mencium pipimu..untuk mengucup tapak tangan yang sentiasa kau genggam.
Semoga adik bahagia berada di sana.............Al-Fatihah
2 comments:
Yg pastinya Alia akan menunggu ibu ayu disana.Insyaallah..
AL-FATIHAH...
askom teacher!!ni farah...farah gak trse sedih dgr cite ni...farah akan sedekahkan al-fatihah pd ank cikgu...
Post a Comment