Sunday, April 28, 2013

Kita hanya merancang...

Entri ini bukan untuk mengeluh
redha dengan apa yang berlaku
tapi sebagai kenangan untuk anak2
tidak ada perasaan nak riak atau sebagainya
entri ini ceritaku cerita anak-anakku dikemudian hari..

Hari Khamis nek Yot (MIL) tak berapa sihat
sepatutnya kami nak hantar Mil ke Kluang(rumah SIL) balik sekolah hr tu
tapi bila ayahnas dah bawa nek yot ke klinik dan tekanan darah turun
nek yot tak nak balik kluang
so malam tu kami datang ziarah nek yot lagi
alhamdulilah nek yot dapat tidur 

So hari Jumaat tu ibuayu memang dah plan nak Ke Kuala Pilah
(Kemudian cerita kenapa kami ke sana)
dari Kuala Pilah kami plan nak tengok Iron Man
So lepas sekolah kami terus gerak
ayahnas solat kat masjid Simpang Empat
dalam perjalanan SIL call bagthu nek yot tak sihat
and mintak tolong hantar ke Kluang
kami pulak dah pertengahan jalan ke Kuala Pilah
so ayahnas kata hantar MIL lepas asar

so dari Kuala Pilah kami baik Masjid Tanah 
kemudian baru ambil MIL di Kuala Sg baru
Then dalam pkl 5 lebih terus kami bergerak ke Kluang

dalam pkl 8 lebih kami sampai Kluang
lepas tu dalam 9 lebih terus balik Masjid Tanah
esok paginya Fauzan ada sekolah ganti
dan pagi Sabtu tu nak ambil rekod kemajuan Faiz
itu sebabnya kami kena balik  malam tu jugak

ibuayu memang tabik spring kat ayahnas
rehat kejap terus pandu balik
so plan hari Jumaat nak tengok Iron man tak jadi
ibuayu pun takdelah kisah sangat
keluarga yang penting

so hari Sabtu tu plan nak gi  tgk Iron man lepas ayahnas traning bola
kemudian terus tidur rumah nek kiah
so pkl 6 lebih boleh gerak gi MP lah

so telefon nek kiah bgthu sampai lambat 
nak tengok wayang
rupa2nya nek kiah dah plan nak ajak makan luar
mak tak berapa selera nak makan lain
dia nak makan hirup2
so ayahnas ajak tukar program
bawa nek kiah and atuk mail makan dulu
then baru tengok wayang


so lepas makan hantar nek kiah balik
then gi Melaka Mall beli tiket
masa tu br pukul 9.20

tiket yang ada cuma midnight
so call ayahnas yang tunggu kat kereta
sebab masa ni faiz tidur
ayahnas ok je
plan balik rmh nek kiah dulu
then keluar balik

rupa2nya masa faiz tidur tu badan dia dah panas
dia macam mengigil2
hati ibu ni mana nak tenang 
terus ajak ayanhans gi Klinik
faiz demam
nasib baik klinik 24 jam buka lagi

so The End of the story 
hanya ayahnas and fauzan gi layan IRON MAN
ibuayu and faiz tak jadi pergi
walaupun dah beli 4 tiket

betulkan kita boleh merancang
 tapi kalau Allah dah tetapkan sebegitu
siapalah kita untuk menghalangnya
ibuayu tak kisah pun tentang Iron Man tu
sebab yang nak tengok sangat Fauzan and Faiz

esok paginya faiz tanya kata nak tengok iron man
hahaha dia boleh pulak ingat nak tengok wayang tu


gambar ni diambil untuk letak kat rekod kemajuan faiz

nasib baik dah baik demam


1 comment:

Anonymous said...

Betul kak..kita manusia hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015