Thursday, January 20, 2011

Kota Kinabalu -Kundasang

Pada mulanya asyik memikir je betul ke rancangan kami ni
ialah nak gi naik kat Kundasang tapi taknak tido kat sana

Ada baca jugak kat blog yang diaorang balik hari je
So keputusan telah dibuat kami akan balik hari

Tapi semua tempat yang indah tu mesti kami singgah
Jam 9.00 pagi kami bertolak pergi
Dari hotel menyusuri jalan fuad stephen hingga ke bulatan masjid terapung menuju jalan tuaran
jalan ke kundasang senang tapi dari  bandar tu takde arah 
tapi sebab dah baca jalannya ke mana maka senanglah mencarinya
lagi2 ada makcik garmin ni yang menolong

Jalan ke sana macam nak gi cameron tapi rasanya selekoh tak terlalu tajam
sambil naik tu dapat tengok pemandangan yang sangat indah
terasa kerdilnya diri ini dan indahnya bumi ciptaan Allah ini



 

Sebelum tu kami nampak tempat persinggahan
masa tu dah terlepas tapi suruh ayahnas patah balik
nasib baik singgah kalau tak menyesal gak
papan tanda tulis kota belud..
ada jumpa papan tanda tulis nabalu
tak pasti apa namanya


tapi pemandangan kat sini memang cantik





 beratur ye semua ikut ketinggian




ni pintu masuk ke gunung kinabalu
kena bayar ye dewasa RM 3.00 kanak2 RM 1.00




ni ada pelantar
nampak pemandangan belakang yang sangat cantik




ni pintu masuk nak mendaki
nak ke sini pandu terus dari pintu masuk bayar tiket tu



tak sengaja
beratur lagi  ikut ketinggian

lepas tu kami bertolak semula ke kundasang

sampai situ terus sibuk nak cari ladang lembu tu 
tapi nak cr kat makcik garmin tu tak tahu lak apa namanya
so dari simpang pekan tu kami pun terus susur jalan kampung
nasib baik betul...
rasanya nama tempat tu
DEAR DIARY MILK
 
masuk sini pun bayar ye RM 3.00..
Pemandangannya cantik
tapi bau tu tetap ada..biasalah lembu mana ada yg wangi





boleh gi tengok kilangnya


and boleh beli susu kotak

lepas tu balik semula ke pekan kundasang

tangkap gambar je tak turun pun

yang ni pun sama tangkap gmbr je

lepas tu baru cr tempat untuk makan tengahari padahal dah pkl 2.00
lepas sampai kk dalam pkl 4.00 lebih check in bilik
lepas tu gi cari makan 3 beranak 
beli MCD kat blok sebelah je

ayahnas nak gi terapi diri
Petang tu hujan renyai2 
dalam pkl 9.00 lebih tu gi pasar malam yg jual ikan

nak cr udang tapi cuma satu tempat je ada jual
harganya RM 70 sekilo
rembat juga ketam RM 10 je sekilo
balik tu terus goreng



tapi sayangnya ketam ni ada yang busuk
frust gak
lepas kekenyangan 
semuanya zzzzzzzzzzzzzzz

3 comments:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

wahh, sonotnye makan angin!!!
blom sampai lg kat situ..
cop, cop.. shantek la view kt lembu2 tu, cam new zealand plak tengok..
ishhhkkk, blerla mau sapa situ gak ni.. :P

alfa juliet said...

comel semua in black

saya & dia said...

akan kesana this march..thanks 4 the info..;-)

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015