Saturday, January 29, 2011

Dari Nasi jadi bubur ..lepas bubur jadi ???

balik sekolah tadi ayahnas kata  faiz muntah2 rumah kak enon
tengok diri faiz pun melepek je
alamak penyakit dah berjangkit


hari Sabtu ayahnas yang kena
hari selasa fauzan
jumaat faiz

janganlah jangkit kat ibuayu lak..tak rela I..

tak lama sampai rumah tu fauzan menjerit faiz muntah
kesian tengok dia muntah
tak keluar apa dah

lepas tu terus angkut gi klinik ..
Dr ni memang baik...Dr cina
lembut je pegang baby
tapi nak menunggu turn kita yang tak tahan tu lama..

dan sangat terkejut doktor tu kata bagi dia ais batu pun tak pe
biar dia hisap janji ada air masuk kat badan
faiz ni memang hantu ais pun


dan untuk kali ke 3 dalam minggu ni ibuayu masak bubur
balik je terus masak
bila dah masa cuma belum pekat je ibuayu matikan api dulu
ialah nak tido kejap terasa mengantuk sangat

bila bangun terus panaskan semula bubur tu dan terus goreng kuey tiaw
lepas tu terus gi sembahyang
lepas angkat wuduk terbau hangit
alamak mesti bubur dah hangit 
dan memang betullah
rupa atas cantik tapi berbau
tak boleh buat apa dah
nanti lagi sakit si faiz tu
"

ni rupa bawahnya


sedihnya..tak dapat bagi faiz makan bubur
terus ajak fauzan teman keluar cari bubur nasi
aduh takde pulak kedai yg jual
masa ni tercari juga mana ada pasar malam yang dekat2 ye

Faiz makan biskut je..itupun tak banyak
tahu kalau makan bubur pun bukan banyak tapi tentu dia kenyang sikit
nak bagi air garam pun dia tak nak masam katanya

Bila sakit ni cian tengok dia
asyik terbaring je
nasib baik along dia pandai ajak dia main...
cepat sembuh ye Faiz

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015