Tuesday, January 18, 2011

kota Kinabalu Hari pertama

Dapat je kereta kami terus pusing2 kat bandar KK
check in pkl 1.00 pm
so lama lagi


Disebabkan ayahnas tahu serba sikit jalan kat sana
so kami redah je
Pusing tanjung aru lepas tu pusing bandar KK
kat pasar filipine,
pusing kat bangunan sabah
and lalu depan UNIMAS

 ni bus stand 


ni are bandar dia

 
kat pasar filipine


pasar ikan masin
 

bangunan sabah

kami pusing2 je tak turun kereta
and lepas tu baru cari tempat makan
bab makan buat dientri khas ye

ingat lagi pesanan pemandu pelancong masa gi Jakarta
jangan fikir pasal makanan kalau kita gi jalan
sebab bukan semuanya selera kita
rasa kenikmatan makanan yang berbeza dari apa yang selalu kita makan

pkl 12.00 lebih try check in awal..
nasib baik diaorang terima
ialah badan dah letih
dr 3.00 pagi tak tido


sampai terus bukak kasut
lepas tu terus loncat2

kami tido 
dia dan fauzan yang tak tido
tak penat betul budak kenit ni

dalam pukul 4.00 lebih kami pun bersiap untuk gi jalan

pusing2 lagi and faiz masuk kereta hisap susu terus tidur
 

and  kami memang nak bergambar depan bangunan sabah ni
faiz yang tido pun kena kejut
ialah bila lagi nak mai sini

ni fauzan tengah celikkan mata adik dia
 

(selepas ini tiada gambar sebabnya cuaca yang tak mengizinkan)

lepas tu cuaca nampak gelap
asalnya plan nak makan ikan bakar kat belakang pasar filipine..
tapi rasanya dengan keadaan yang hendak hujan maka kami berhenti di kedai makan Likas Highway
sangat2 puas hati dan murah
ada orang kata makan seafood kat sabah mahal tapi bagi kami ok je...

masa tengah makan hujan turun selebat-lebatnya
aduhai macamana nak gi pasar malam ni
tersangkut kat kedai makan tu

jadinya bila hujan renyai2 kami terus naik kereta
ialah nanti tunggu2 hujan lebat tak ke mana kami
pasar malam kat KK ni ada dua

satu berhadapan dengan pasar filipine
satu lagi tu dekat tengah bandar dekat dengan Ruby hotel
Ramai yang syorkan gi sini sebab harganya lebih murah
tapi rasanya dia bukak lambat sikitlah
tak tahulah sebab hujan ke apa
masa gi tu dlm 8 lebih tak berapa banyak kedai yang bukak lagi...
tak macam pasar malam semenanjung awal petang dah ada

kami pun bukan shopping sangat
ayahnas nak beli souvenir untuk member dia
fauzan nak beli keychain untuk rakan setamannya

terus terang cakap ibuayu bukannya minat sangat dengan gelang2 ni
jadi sambar brouch jelah untuk member2 
sebabnya ibuayu pun tak pakai brouch...keh3

tapi ibuayu gila beli FM
berjaya rentap 4 FM rm 10
kalau tidak level harga kat sana 3 RM 10
jadi belilah banyak2
keychain yang fauzan beli tu pun ada gerai 6 RM 12 ada yang RM 18
kena pandai tawar
pusing2 dulu untuk survey harga

brouch pun ada yang sepapan tu RM 60 ada RM 50
lain gerai lain harga
brouch yang biasa2 tu ada gerai RM 20 ada RM 28

memang dah cakap dengan ayahnas 
nak gi sabah nak makan2 nak jalan2 
alhamdulilah tercapai
lepas gi pasar malam tu hujan dah reda 
kami terus pusing kat pasar filipine
perut dah kenyang taknak makan
tapi tetap nak tengok jugak ikan,sotong ,udang yang dibakar

Pusing2 situ ayahnas ajak makan lak
ialah cuaca sejuk perut lapar agaknya
ibuayu tak order pun ayahnas je yang makan nasi goreng
fauzan makan mee goreng
walaupun sebelum ni ada yang kata makanan sepinggan diaorng ni memang banyak
bila tengok depan mata hah kau memang banyak
satu pinggan boleh share 2 orang...;.

lepas selesai makan gi pasar malam depan pasar filipine lak..kat sini gerainya lagi banyak
tapi tak beli apa pun pusing2 je...

jam 10 lebih kami balik ke bilik
terasa letih kaki ni
tapi masa berjalan tadi tak letih pun
terus gosok baju untuk hari esok sebabnya pagi2 nak bertolak ke Kundasang...
ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



2 comments:

NM02 said...

jgn luper pegi tempat2 menarik kat kk tu. rugi teramat sangat kalu lepaskan peluang yang ada

alfa juliet said...

bila tgk gambar2 awak, rasa ralat sgt dulu gi sabah tak tangkap pun gambar2

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015