Friday, March 19, 2010

Kuantan Part 1

Siap juga asgmnt kali ni..yelah esk nak hantar apa2 pun mesti siap.kalau masa dapat soalan sebulan yang lalu rasa macam susah je..bila nak hantar baru idea mencurah2..kalau tak mesti awal dah siap..keh3

************************************************

Gi holiday kat Kuantan

Dah lama plan nak makan sata..akhirnya dapat juga kami gi Kuantan pada hari Sabtu awal cuti sekolah. Masa ni jelah pun yang free. Kami booking Vistana Hotel plan duk sana 2hari 1mlm tapi ayahnas kata kita tambah duk sehari lagi..So ibuayu plan kat sana nanti baru sambung..

Bertolak jam 1.00 pagi..(dah habit ayahnas suka jalan pagi2 buta) masa bersiap nak gi ayahnas boleh kata kita gi trengganu dulu ye..2 jam lebih je dr Kuantan. Alamak apa kena lak cik abg aku ni nak ke sana..kalau tahu awal2 baik duk hotel sana dulu...

So masa sampai kat Bandar Muazam pkl 4 pg..ckp dengan ayahnas tak yah lah gi trengganu (terasa letih lak) nanti tengahari balik semula ke kuantan..Nasib baik ayahnas setuju..

Pagi tu bila sampai kat Kuantan nak sembahyang kat Petronas Tanjung Lumpur..aduh..tek de air lak..

Nasib baik air dekat pam angin tu ada..tapi tak dapat nak mandi..Cari tempat stesen shell kat kuantan..so mandi koboi lah anak –beranak ni...Sebenarnya awal pagi dah mandi ..

tanda dah sampai bandar kuantan

Pagi minum kat Jelita Restoren ..sedap gak lontong and nasi lemak dia

Lepas tu gi round2 (dlm kereta je) kat Bandar kuantan..Lepas tu baru teringat ibuayu tak bawa telekung (masa subuh guna telekung surau).Minta ayahn nas cari kedai jual telekung kat kuantan.Rasanya dah berpuluh kali pusing Bandar kuantan tu tak Nampak lak kedai jual telekung(benda kalau tang tu kita nak memang susah nak cari0 Akhirnya ibuayu teringat kat kuantan mesti ada mydin..so ayahnas round lg cr kat mana mydin...Keh3 hanya kerana sehelai telekung..(kalau tak mcmana nak sembahyng lak0

Tapi ibuayu rasa bertuah sangat keh3 ialah nasib baik suami penyabar...kalau tak mesti ayat ni keluar (benda penting pun tak hingat ke...)

Tengah hari makan kat tanjung lumpur sambil mencari kedai mokna yang diperkatakan tu..

Makan kat kedai lama dulu sebab nak makan ikan patin...Aduhhhh sedapnya....tapi lauk dia tak byk macam biasa.

kepala ikan patin

Lps tu singgah kedai mokna..Awal sangat kot ibuayu sampai..kuih dia tak berpa byklah..so rembat sata le...

sata kat mokna

Pkl 1.00 gi cuba check in..oklah vistana ni dia bagi check in awal kalau masa kat heritage Cameron tu selagi lum pkl 3.00 dia tak bg check in..


temapt terjah si faiz..Sepanjang di sini ibuayu cabut gangang phone tu

So sampai bilik acara wajib ambil gmbr sebelum bilik bertukar wajah..tapi rasanya posing sama je ye...

Lepas tu acara wajib lg semua tido ..Abg long lagi terus pasang PS2 dia...

Ptg tu dalam pkl 4 si Faiz ni merengek2 je...rupa-rupanya demam lak..(ibuayu dah cerita kat entri sebelum ni kan..)

Malam gi cari medan ikan bakar..masuk kat are kg kat tanjung lumpur ..ada satu kedai tu namanya..apatah tapi ada tuli s petai..kedai ni ada 2 cwgn awal dan hujung dan kedua2 ramai orgAyahnas kata kita gi yang tak ramai takut lamabat sebab faiz tak berapa sihat.

So pilih kedai yang ada tulis gelas besar..And kat kedai tu ada jual ikan kerapu..akhirnya jumpa juga..Ibuayu suruh bakar je...sotong goreng tepung and kerang fauzan.

Nasi lemak tak de alamak frust lak..makanannya pun so so je..sebab tu org tak ramai kot..Ikan kerapu yang diidam pun tak sedap..tak sesuai bakar kot...So mana makanan lebih kami bungkus je..

kerang fauzan

air buah gelas besar

sotong goreng tepung

kerapu bakar

Si faiz lak muntah masa tu lagilah ibuayu tak selera.(anak kalau demam kita pun rasa macam dah demam gak kan).

So balik bilik..terus budak2 tu tido...opss fauzan tak tido..Ibuayu siap asgmnt..ada internet free...tu yg seronok...

Akan bersambung di part 2 ..

esk nak gi kuliah..takut terlewat bangun


1 comment:

zh-ena said...

seronoknya dpt bercuti
dapat rehatkan diri

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015