Wednesday, November 20, 2013

Ajal seseorang tak dijangka

Kan kat entri sebelum ni ibuayu ada cerita
Yg ibuayu duk IJN 3 hari jaga nek kiah..
Nek kiah ni duk katil sorang 
Si bilik tu kami bebas lepaking
So sedang ibuayu baring2 hari Sabtu
Datang dua orang suami isteri
Terkejut gak sebab tak kenal
Lepas dia perkenalkan diri
Yg di staff long (askar mindef)
So dia datang nak ziarah nek kiah

Terperanjat juga ingat sapa ke
So boraklah kami macam biasa
Dia pun banyak tanya kesihatan nek kiah
Mak mcm s3lalu le
Kalau cerita air mata peneman jiwa
(Anak dia sorang ni mengikut feel tu)

Dia datang bawa buah anggur lagi
Dalam 15 minit gak dia duk ziarah mak

Lepas tu hari Ahad tu 
Waktu petang tunggu long datang
Bawa kain baju nek kiah
Ptg tu long dah cakap dtg lewat sikit
Sebab gi tengok kak ngah kat asrama

Dalam menunggu tu long call
Dia lambat datang IJN
Staf yang datang melawat nek kiah tu
Meninggal dunia
Ya Allah terperanjat ibuayu mendengarnya
Slow talk bgtahu nek kiah
Ialah takut mak terperanjat

Semalam baru kami jumpa
Baru kami kenali orang tu
Hari ni kami dengar dia dah kembali
Anggur yg dibawa pun tak abis kami makan

Dia meninggal petang ahad
Mengikut kata long penyakit jantung

Dalam sihat dia menziarahi nek kiah
Sekelip mata dia meninggalkan kami
Walau ibuayu kenal hanya seketika
Tapi tutur katanya sopan dan lembut sekali 
Isteri dia pun jenis lembut je
Kalau kita yg dengar pun terkejut inikan lagi isteri dan anaknya kan
Sama2lah kita doakan agar insan ini ditempatkan bersama2 orang beriman.
Al fatihah


Ni tempat fisioterpi IJn
selesa je tempat dia

1 comment:

aTieYusof Family said...

Ajal tak dijangka kan? bila2 masa boleh menjemput kita..
Salam kenal..follow sni#344...:)
Jemput ke blog sy:)

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015