Wednesday, September 16, 2009

Menjelang Aidilfitri

Cerewetkah saya?????????

Malam ni sekali lagi misi membeli baju raya ibuayu gagal.

Tengah hari gi Tesco
(ada yang berkenan tapi mahal sangat)

Malam gi bazar di klebang( hampa) balik MT ayahnas ajak gi kedai yang masih buka wlpn dah pukul 11.oo.lebih kurang 6 kedai yang ibuayu masuk tapi keluar dengan tangan kosong.

Sebenarnya ibuayu ada 3 pasang baju baru .Yang menjadi masalahnya baju untuk sedondon tak de.Ini disebabkan hero2 ni beli baju lambat.jadi dah takde sapa nak terima tempahan.Warna yang nak dicari HIJAU pucuk pisang...Aduhhhh nak cari yang ala-ala pun tak de.

Ayahnas steady je ikut kemana ibuayu nak pergi.(tapi tak ikut turun sama)tapi bila masuk kereta tangan kosong dah tak kata apa.siang2 lagi dia cakap dah agak dah bukan taste ibuayu...
Ayahnas kata takpe tak de baju sedondon tapi orang yang tak pakai baju sama tu jalan belakang-belakang ye...EEEEEEEEEEEEE geramnya.

Nasib baik Jumaat ni sekolah cuti rasanya sempat lagi untuk ibuayu meneruskan misi.Doakan ye.

MAsa Mengemas:

Ahad lepas berjaya juga ibuayu adakan kerahan tenaga kat rumah ni.




Mana ibuayu ye...Ibuayu jadi Mandor..tak delah ibuayu kemas bahagian dapur...

7 comments:

By Ticer Liza Yacob said...

hmm...masih ada masa tu. boleh lagi nak carik. kalau tak jumpa, meh la turun KL ni. melambak baju kat Jalan TAR. :))

Guru said...

assalammualaikum

cantik rumah ibu ayu...
memang susah nak cari baju raya last2 minute ni, kan...

hijau pucuk pisang macam sama je ngan cat kat didinding rumah ibu ayu tukan....

semoga berjaya dalam misi

::Kak Sambal:: said...

salam akak, saya TAG akak...sila ambil tag kat blog saya yer

Chik Na said...

insyaallah, mesti ibu ayu dapat baju sedondon nanti :)

Chik Na said...

Insyaallah ibu ayu pasti jumpa baju yg sedondon :)

payarumput21 said...

Salam..

Hehe.. masaalah besar saya tiap tahun cari baju.. nak kena tema.. fesyen.. bla bla bla..

Apa2 pun.. harap misi baju raya IbuAyu suksess over the weekend..

Selamat Hari Raya buat IbuAyu sekeluarga.. Sudi2kan lah amek kad raya kat "rumah" saya.. :)

ibuayu said...

ibu zaaz:dah tak sempat nak gi kl.takpe masih berusaha mencari di melaka ni.

a kl citizen:keh3..kalau ambil gmbr tak tahulah nampak muka je gamaknya.

mamalyna : nanti akak ambil ye .tq

ArissaPutri:mudah-mudahan.t kasih.

payarumput21:terima kasih .ibuayu ambil ye.

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015