Thursday, September 24, 2009

Hargailah semasa ada

Hari ni ibuayu balik and tido kat rumah Masjid Tanah sebab sedara sebelah ayahnas nak datang rumah kami. Tapi ibuayu bukan nak cerita pasal kunjungan tu ibuayu nak bercerita bab lain. lepas siap kemas rumah ibuayu terus buka tenet..gi menjengah rumah kawan2 yang dah lama ditinggalkan ( baru berapa hari)...tiba2 sayu terasa hati apabila baca kisah rakan-rakan yang beraya tanpa ibu dan ayah tersayang.ada yang baru kehilangan ada yang lama kehilangan.Tentunya saat di pagi raya satu saat yang amat memilukan hati kalian semua kan.

Sesungguhnya di waktu ini dengan linangan airmata ibuayu merasa syukur yang teramat sangat kerana masih mempunyai ibu dan ayah juga masih mempunyai ibu dan ayah mentua.Tak dapat ibuayu bayangkan andai di hari raya kelak ibuayu tidak dapat mencium insan-insan tersayang ini.

Kehilangan anak sendiri sudah cukup mengundang airmata yang melimpah dipagi hari raya .Takbir yang kedengaran sudah cukup membuatkan jiwa gundah gulana.Entahlah sekuat mana pun kita di mata orang hakikatnya kita saja yang tahu.

Untuk semua sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara mereka ada.

Untuk rakan-rakan yang mempunyai anak istimewa jagalah mereka dengan sepenuh jiwa, jagalah sementara hayat mereka ada , siapalah mereka tanpa bantuan kita.......dan untuk mereka yang lain bantulah ibu bapa ini dengan sokongan moral yang jitu janganlah memandang anak istimewa ini dengan pandangan yang sinis..usahlah diajukan soalan2 yang sensitif..

Selamat beraya.....

3 comments:

Noina said...

Thanks kak..betull.kdg2 tak boleh nak halang mulut orang yang bertanya tentang anak. bagi ina mmg ada ayat-ayat yang boleh guris perasaan..Kasih pada anak..tak sanggup dengar org ckp2 ttg anak kita..kalau perkara yang baik takpe..ni perkara yang tak baik..kasihan pada anak..mereka tak berdosa..

Ina pun bernasib baik sebab mak ayah dua-dua belah ada lagi..mmg support habis pada Nabila..Alhamdulillah..sedih kalau mak ayah takde kan.. rasa raya mcm dah takde serinya..

IeYzA said...

mekacih ibuayu sebab mengingatkan kami semua dgn nasihat yg baik skali...tanpa ibubapa...siapala kiter nie...diorgla yg mendidik kiter sampai laa kiter jadi org yg berguna...menald

mummy_ayu said...

salam kenal..dah follow u jugak..dah link pun dah..keep in touch yer!

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015