Wednesday, January 7, 2015

Tip untuk anak nak masuk Tahun 1

Ni antara tip untuk anak 
yg baru nak sekolah

bukan pakar sangat ..cuma
atas dasar pengalaman sebagai ibu
atas dasar pengalaman sebg cikgu


di antaranya
1.Pastikan kasut sekolah tu tulis nama
(tak payah besar2 janji anak dpt baca)
ada sekolah memang buka kasut kat kelas
ada yg x buka pun

tapi kalau diorg nak ke library tentu kena buka
jadi takdelah anak menangis tertukar size
kasut

2.kalau anak tu salin baju sendiri kat sekolah utk ke sekolah agama
eloklah tulis nama kat baju ,stokin n seluar
senang kalau hilang or tertukar
biasalah kan budak2 tak boleh
nak harap 100%


3. Alat tulis
Bekalkan yg secukupnya
anak2 ni bila nampak mak bapak beli banyak and baru2
semua nak sumbat dalam bekas pensel
biasalah nanti mesti ada hilang
kawan pinjam ke
letak kat mana ke

macam tu juga pensel warna
tak perlu beli yg besar2
beli yg cukup wrn dlm 12 batang tu
kecuali anak2 anda sememangnya
jenis kedekut
mesti barangan terjaga
hehhehe

kalau nak yg besar gak boleh beli
tapi biarlah diorg guna kat rumah

kemudian kalau boleh letaklah sticker
kat barangan diorg ni
kat pensel 
pensel warna
pembaris
pemadam
senang nak kesan
tempah sticker nama yg 50 keping brp ringgit tu

hehhehee

4. Kalau ibu bapa nak   bekalkan makanan kat anak2 baguslah
tapi kalau bekalkan makanan pun
bekalkan gak rm1 kat anak2
kadang2 diorg pun teringin tgk
kawan membeli
kalau boleh bawakan bekal air sama
lagi2 kalau hari tu ada Pend Jasmani
mesti kehausan
takkan asyik nak minta kawan je




10 comments:

Lynn Huraiza said...

good info...tq for sharing...

eima said...

tQ.... good tips !!

adianiez AIDA said...

tips berguna utk aida :)
tq for sharing.
tulis nama kat kasut tu aida nak praktik kan la meskipun so far anak2 takde lagi kehilangan or tertukar kasut.
cegah la kan :)

lieyalatif said...

nice tips...lieya ade share link blog akak pada kawan2 lieya ...kebetulan ramai gak yg anak baru masuk darjah 1 tahun ni kak hehehehe...

selamat kembali bertugas kak tak lama lagi...

kak, boleh lieya tanye sikit..alang2 tu nak le mintak pendapat cikgu.... buku latihan ape yg akak sebagai cikgu suggest bagus dan ikut menepati kehendak exam dan kssr? mcm sasbadi ke, bagus ke.... hope akak leh bantu lieya...

Najib Ariyan Ali Basha said...

tips yg bagus... terutama pasal letak sticker kat barang2 tu... tapi masa saya sekolah ada jugak bebudak nakal yg suka cabut sticker lepas tu kata hak milik dia... hangin jer

ibuayu said...

Tqlynn and eima

ibuayu said...

Anak aida dah besar senang kenal kasut hehhee..tapi kalau masa rehat masuk library ada je kes budak tertukar kasut terutama tahap 1

ibuayu said...

Tq lieyalatif..akak bg info sikit je hehhee...bab buku kerja tu susah nak cakap terbitan apa yang ok..tapi kalau nak pilih tu lebih elok pilih buka yg ikut topik sama mcm buku teks....topik sama latihan pelbagai...lagi satu jangan pilih buku2 latihan yg tulisan kecil dan penuh satu muka surat..biar tulisan tu besar..tenang anak buat latihan

ibuayu said...

Najib ni mesti budak yg cabut sticker tu budak lelaki gak hehhee

Fyda Adim said...

tq kak..saya dah ikut tips akak tulis nama kat kasut sek...

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015