SELAMAT TINGGAL 2014
SELAMAT DATANG 2015
Sepanjang 2014
pelbgai rencah2 kehidupan
yang terpaksa dilalui
masam manis pahit
tapi bila ia melibatkan tentang anak
tentang kesihatan anak
debarannya sangat kuat
Cuba melupakan segala yg pahit
cuba kembalikan semangat
hidup perlu diteruskan
Perlu toleh jua ke belakang
semoga kekhilafan kita
dapat dijadikan pengajaran
2015
ibuayu nak kaya
kaya dari segi rezeki
kaya dari segi kesihatan
kaya dari segi kebahagiaan
Ibuayu gak nak kaya
dengan amal akhirat
Masa terlalu pantas
selalu fikir
berapa duit simpanan yg ada
brp lama lagi hutang kereta
tapi jarang terfikir
berapa berat tabung ibadat
yg telah dipersiapkan
in sha Allah
semoga niat yg baik ini sentiasa diberkati
Dari segi kerjaya
in sha Allah
nak lebih berusaha dari sebelum ini
anak2 murid punca rezeki kita
dia jua yg akan mendoakan kita
ilmu yg kita nak curah
akan digunakan sepanjang masa
In sha Allah nak jua buat kerja sampingan
yg x akan menggangu tugas hakiki
supaya kalau kita senang
sekurang2nya dapat menyenangkan org lain
niat senang bukan pada kita sahaja
tapi pada org lain jua
SEMOGA 2015
mempunyai catatan minit yang manis2
2 comments:
SELAMAT TAHUN BARU & SALAM MAULIDUR RASUL......;-)
selamat tahun baru kak...
Hmmm, akak ni cikgu ke?
Post a Comment