Saturday, January 11, 2014

Selamat Hari Lahir Mak

10/1/2014
Hjh Rokiyah Binti Dalip
genap berumur 69 Tahun

alhamdulilah
mak semakin pulih selepas pembedahan injap
November tahun lepas

alhamdulilah
pada tarikh itu juga mak bertemu dengan pakar di IJN
beliau mengatakan mak semakin pulih
ubat cair darah mak telah dihentikan
cuma tekanan darah mak agak rendah

dan in sha Allah
esok lusa
mak akak duduk di rumah ibuayu pula
setelah hampir 4 bulan duduk di Nilai
semoga ibuayu dapat menjaga nek kiah denagn sebaik mungkin
 
apalah harapan seorang anak 
kecuali melihat mak kesayangan semain sihat
dapat melihat mak cergas ke sana dan ke mari
dan dapat merasai masakan ibunya
 
sambal telur mak
kuey tiaw goreng cili padi mak
dan asam pedas mak 
lama tak kami rasai
 
 
in sha Allah
mak semakin kuat
ibuayu pagi2 di sekolah lagi sudah 
telefon mak untuk wish birthday
macam biasalah mesti ada esakan air mata mak
 
petang tu pulak turn cucunya call nenek mereka
dari suara tahu mak gembira
 
 mak berpeluang potong kek di rumah long
kami hanya melihat melalui 
whatsapp yang dihantar
girang hati tengok mak tersenyum gembira
 
 


2 comments:

NzA said...

Alhamdulillah, moga mak ayu semakin sihat. Umo mak ayu sebaya abah akak. Mama akak umo 63thn tapi dh 2 thn lumpuh n rabun akibat masalh jntung...huhuhu...

P/s:hr tu ayu tnya kos ke china tu. Seorg rm3800-rm4000 sbb kami prgi 4 buah daerah n menginap di 3 buah hotel brlainan. Mayb kalo g disneyland je murah sikit kot.

wantie said...

Selamat hari lahir buat mak ayu. Semoga diberi kesihatan yg baik olehnya.

ups..sama la pulak tarikh lahir dengan my mother in law

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015