Tuesday, September 10, 2013

Kehilangan Mak Saudara

Adik beradik nek kiah semuanya 11 orang
ada seorang yang dah meninggal
dah lama dah 30 tahun yang lalu
jadi selama itu memang adik beradik nek kiah ni rapat semuanya
malah kami yang sepupu serapat pun memang close
malah kalau raya tak dapat jumpa rasa macam tak sah
antara kami pun saling berhubung dengan group FB dan whatsapp
so pada pagi Sabtu 7 September
tu ibuayu gi sekolah ganti
plan petang tu ziarah nek kiah kat hosp
tiba2 terbaca wasap family yang mengatakan 
mak long meninggal dunia
rasa masa tu macam menggigil2
nak telefon sapa pun tak tentu arah
call long tak angkat
call abang tak angkat
call ayahnas tak angkat
and yang buat hati sakit time tu lah bateri hp kong
so gi le pinjam chargers member
duk kat library call sana sini
dah dapat pengesahan cuba call lagi long and abang
kebetulan long nak gi wedding kat melaka
so waktu melawat pkl 1 nanti long nak gi tengok mak
so long lah yang kena beritahu mak tentang mak long
ialah kalau beritahu melalui telefon takut nek kiah terkejut
so lepas sekolah berdezup ambil tok mail dan terus ke Jb
kami gerak dlm pkl 2 lebih pkl 5 lebih kami dah sampai
masa tu jenazah dah sampai kubur
tunggu mak cik sampai sebelum dikebumikan
ayahnas park je kereta berlari kami di tanah perkuburan 
rasa tak jejak tanah
alhamdulilah sempat jua kami menatap wajah mak long
tenang je wajahnya
mak long ni lembut je orangnya
kalau cakap pun memang lembut
masa ibuayu gi bawa arwah alia kat Jb
 3 hari kami duk rumah mak long
mak long jugalah yang teman kami gi berubat di Kulai
masa tu ayahnas tak ikut
masa azli nikah tu 
ibuayu ada bawa mak long gi klinik Prima
mak long kata dia tak sihat
lepas tu tak dapat jumpa mak long
hinggalah kami sempat melawat masa mak long di hospital
kami gi lepas raya
masa kat  sana tengok mak long senyum je tak nampak pun muka sakit
ialah dalaman kita tak tahu

kehilangan mak long benar2 membuat kami terkejut
walaupun kami tahu penyakit mak long
kehilangan mak saudara yang pertama rasanya 
membuat hati ini memang hiba
terkenang mak long yang seperti mak kita juga

mak pun sampai sekarang cakap memang tak rasa kehilangan
rasa mak long masih ada di rumahnya
Semoga roh mak long ditempatkan bersama orang2 yang beriman
Al Fatihah

Gamba mak adik beradik gi umrah tahun lepas
 kecuali sebelah kiri tu 
abang zaha punya MIL




3 comments:

Emy Omar said...

Semoga tabah dengan ujian ini kak Ayu.Al-Fatihah buat arwah

nabila zaremi said...

Alfatihah.....

ayu Ismail said...

Terima kasih semua

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015