Wednesday, July 10, 2013

Terasa sayu dan rindu pada arwah Alia

Dalam seminggu ni
faiz selalu cakap
aiz nak jumpa kak alia
aiz nak tengok kak alia besar

(gmbr yg ada kan masa arwah alia baby)


so ibuayu kata dgn faiz
supaya berdoalah masa solat minta kak alia datang dlm mimpi aiz



sebab sebenarnya
untuk Ramadhan kali ini ibuayu sangat2 
mengharap anak ibu dapat datang dalam mimpi ini

ibuayu rindu dia sesangat

nak tengok macamana dia sekarang
walau mungkin hanya dalam mimpi

dan pada terawih yg pertama
ibuayu sampai masjid bahagian pompuan dah enuh
masa tu tengah azan isyak
so tunggu kat luar jap
bila diaorang kat dlm bgn untuk solat
terus masuk dlm

memang susah 
sikit nak mencelah
tiba2 pergi bahagian kanan
terus ada nenek tu bagi laluan
dia tarik cucu dia rapat dgn dia
supaya ibuayu dpt mencelah sebelah cucu dia

bila terpandang wajah anak kecil ti
hati tetus terasa sayu

andaikata arwah alia masih ada
tentu aia sebaya anak ini

mungkin inilah bayangan yang Allah bagi
di malam terawih pertama

arwah alia yg ibu sayang

ibu rindu adik
ibu sayang adik
setiap saat dan detil ibu tak pernah lupakan adik
Al Fatihah

6 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

owh..kak ada sorang ahli syurga dh laa..
Takpe kak...dia kat sana sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dia...dan sebagai ibu sudah tentu akak tak penah lupakan dia, kan..

Takpe kak...dia ahli syurga...dia menanti akak di pintu syurga..InsyaAllah.

Emy Omar said...

Salam 1 Ramadan kak Ayu..insyallah semoga Allah makbulkan doa kak Ayu tu ye..sabar ye kak

ibuayu said...

Ya alona..kalau ada dah berumur 8 tahun..insyallah

ibuayu said...

Insyallah emy..amin

ibuafiqahhuzaifah said...

salam,

tabahkan hati kak..moga Allah makbulkan doa akak tu..

adianiez AIDA said...

sebak aida baca entry tentang alia.
Allah itu Maha Penyayang...

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015