Thursday, December 20, 2012

Hari lahir Abah (18/12)

Sebelum ni abah tak berapa sihat
dalam seminggu lebih jugak dia asyik terbaring

akhirnya long bawa abah check ke Hosp kem Terendak
ambil darah dan tekanan

esoknya ibuayu bawa abah pulak sebab nak tahu keputusan darah
alhamdulilah semuanya ok
tapi doktor kata abah HYPO

abah kena tukar ubat kencing manis
dan alhamdulillah dalam dua tiga hari ni abah dah beransur sihat

so masa malam birthday tu abah teringin nak makan laici kang

nasib baik ada 
ialah hari gaji
bila dah lewat malam banyak yang abis

untuk abah
(walaupun abah tak baca blog ni)
Selamat Hari Lahir

Moga dpanjangkan Usia
Anak-anakmu sangat2 menyayangimu
Takde apa yang kami minta
cuma berharap Allah memberikan kesihatan sepenuhnya kepada Abah


masa upload gambar ni kat FB ramai kata abah dah susut
ialah baru baik sakit
ramai kawan2 masjid yang datang ziarah
ialah tengok abah dah lama tak ke sana
dan semalam adik beradik mak dari bachang datang menziarah
tahu je abah sakit terus diaorang datang
terharu rasanya
*******************************
walaupun abah bekas polis tapi abah ni tak pernah merotan anak
tak garang sangat
seorang ayah yang sangat prihatin dengan pelajaran anak2nya
beza dengan nek kiah..kuat bebel and garang hahahaha
tapi nek kiah hati banyak baik...sayang mak juga

2 comments:

nik ros said...

moga cepat sembuh.jaga kesihatan :)

ayu Ismail said...

Tq nik...amin

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015