Saturday, January 2, 2010

Seharian dipenghujung cuti..

Tinggal lagi sehari sekolah nak mula...
Hari ni last nak gi jalan-jalan.
Esok nak kemas rumah...(nak buang habuk2)

Pagi2 lagi dah keluar rumah..
Breakfast kat kedai manap (nasi lemak daun pisang and roti canai garing dia sedappp)
Pukul 10.30 am dah sampai Jusco..sampai awal sebab nak balik awal...
Tapi bila dah kat JJ macam2 nak beli..
tempat paling lama kat kedai buku Popular
Mula2 ibuayu and fauzan gi beli buku lepas tu ayahnas..(aduh lama betul ayahnas pilih buku)
kami tak boleh masuk sama sebab faiz duk dalam troli..keh3..


Akhirnya dapat juga benda yang diidam2kan..
Rasanya orang lain sibuk tambah beli laptop tapi kami ni sibuk beli printer..Ini printer yang ke 5 ke 6 ... Cari yang jimat ink...


Dah makan dah selesai shopping maka kami pun balik..Dalam kereta ibuayu pun cerita kat ayahnas..malam tadi dah selesai gosok baju.....Opssss...seluar yang ayahnas beli tak ambil lagi..masa org tu naik jahit kat kaki seluar kami tinggalkan dulu..gi tempat lain..lepas tu terus lupa...
Nak tak nak kena patah balik..Aduh..badan dah penat tahap gaban...budak tu siap cakap...lama dah dia tunggu abang tak sampai2 je..
ialah nasib baik masih dekat lagi kalau dah sampai MT tentu bercinta nak patah balik....

nilah seluar ayahnas yang tertinggal..beg kuning tu lak bag ibuayu nak isi rancangan mengajar..mana boleh anak je nak beg baru ibunya pun nak juga


1 comment:

temp. housewife said...

mestila utk ibu kena beli kan. tak acila utk anak2 jer. hehe

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015