Thursday, October 8, 2009

Ujian Buatku..

Cerita ni berlaku pada Selasa yang lepas.

Air mata ini laju mengalir.Tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Walaupun faiz dah gi klinik semalamnya tapi yak and muntahnya semakin kerap.Hati ibuayu menjadi tidak keruan. Faiz nampak masih aktif. Ibuayu buat keputusan untuk ke klinik sekali lagi..Doktor di sana meminta agar ibuayu ke hospital..aduh..tak de pilihan lain yang boleh dibuat.

Doktor kata takut baby kurang air,baby masih kecil tak tahu nak mengadu.teringat kes member yang anak dia sampai kena sawan sebab kes yak and muntah berpanjangan.

Ayahnas yang tengah kursus kat KL (3 minggu tapi br gi 2 hari)langsung tak tahu cerita faiz yak and tah.Ibuayu tak nak risaukan dia.Tapi bila doktor beritahu ibuayu dengan limpahan airmata terus call ayahnas.Ibuayu tak tahu nak buat keputusan hantar ke tak.Ibuayu bagai tak boleh menghadapinya seorang.

Nasib baik jiran sebelah rumah ni sanggup membantu (jiran ni satu sekolah gak. Nasib baik gak husband dia tak jadi kursus di Sabah kalau tak..)So Fizan and Rahimlah yang hantar kami ke hospital besar Alor Gajah.

Di sana faiz dimasukkan satu botol air and darah diambil utk diuji. Tapi masa nak ambil darah bukan main seksa .Tangan kanan adn kiri ,kaki kanan and kiri semuanya dicucuk dengan jarum tapi masih tak berjaya. Setelah dibedung and berhempas pulas 2 nurse and ibuayu maka jarum berjaya dicucuk ke kaki Faiz...Terasa azab sungguh faiz tu.Tangisan faiz tak usah cakaplah.

Ujian darah faiz ok.tiada jangkitan kuman so malam tu juga kami balik.Ayahnas dari KL juga balik ke Melaka.Satu jam je..and pagi2 lagi jam 5.15 pg ayahnas pun bertolak semula ke KL.

Alhamdulilah sekarang ni Faiz beransur sihat.Ibuayu respect betul dengan isteri2 yang ditinggalkan suami berbulan2 utk berkursus. Ibuayu yang baru diuji sebegini pun dah rasa lemah.

Semoga ibuayu berjaya menghadapi 3 minggu ni dengan lancar.

2 comments:

Noina said...

Tabahkan hati yek kak..Ina doakan Faiz lekas sembuh..siannya..huhu..klu ina dah blur dah tak tau nak wat apa?

Tak boleh ke cik abg mintak excuse dr kursus tu utk 2-3 hari..kesian terkejar2.

ibuayu said...

Alhamdulilah faiz dan beransur sembuh..Tq ina.

Ayahnas tak boleh balik..deepavali nanti baru balik..huhu

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015