Monday, August 19, 2013

Tipah tertipu..:Kad Kredit

Hari ni dapat panggilan telefon
mengenai kad kredit XXX
diaorg kata ibuayu kena bayar service charge
rm 50

yang anginnya ibuayu tak pernah aktifkan dan tak pernah guna
alih2 suruh bayar rm 50
lepas tu org tu suruh call service center utk pembatalan

so nak cerita dulu macamana boleh terambil kad kredit ni


ibuayu memang cerewet sikit pasal kad kredit
sebelum ni ayahnas di offer oleh bank lain ibuayu tak bagi

kami memang ada pakai satu kad kredit
so senang utk booking hotel or nak holiday

cukup SATU

nak jadi cerita
masa kami bercuti di Kuching hari tu


masa tu kami tunggu nak check in
nak balik ke semenanjung
masa memang banyak so lepak je lah kat airport kuching
kebetulan tempat kami lepak tu kat sebelah meja XXX ni

dia promo kad kredit

ibuayu mula2 memang boo layan jelah
dah cakap
akak dah ada

ialah duduk situ pun lama
dia datang pujuk lagi

suruh isi form je
tak kena bayar apa pun
yuran tahunan percuma
apa percuma
dia cakap dlm bah melayu wlpn dia bkn melayu
jadi rasanya sebagai cikgu bm ibuayu paham apa dia kata

ialah lagipun kita tahu juga bahasa2 bank ni
walaupun tak pandai sangat

so dia kata
nanti tak perlu guna kad pun
and dia kata daftar je bagi beg percuma
kalau nak tak nak guna tak pe

entahlah sebab apa tertarik pun tak tahu
maybe percuma nya banyak
atau beg percuma yg tak sampai harga rm 10

so tak ingatlah
lepas tu memang terima dua sampul sampai kat alamat kg
dah tahu tu drXXX
ambil surat tu then terus simpan

sampailah ke hari ni
bayangkan dr bln 3 hingga bln 8
ibuayu tak pernah aktifkan
tak pernah buka sampul
dan tak pernah pegang kad tu
alih2 nak suruh kita bayar

so balik sekolah terus call customer services
dia minta data utk pengesahan
bila dah bagi ibuayu pun terangkanlah masalah ni

so dia pun buat pembatalan
dan kiranya nanti yg rm 50 tak payah bayar
tapi
rupanya ada benda lagi ibuayu kena bayar
yg ni tak paham apa dia
dlm rm 60++
tapi bila hati dah sakit malas nak tanya panjang

kemudian je le tunggu langkah seterusnya
tapi ugut juga tu macam ni saya nak mengadu kat
BIRO Penggunalah

kalau kita aktifkan kan takpe
sebab nak aktifkan kad ni ada caranya
tapi memang kad tak aktif dia nak charge
alasan dia kena bayar sebab dah aktifkan
macamana nak aktif sampul takbuka

memang takde rekod penggunaannya pun

geram tension rasa tertipu

untuk yg lain jadikan panduan
ialah kita dah kena
apa nak kata
bacalah terma dan syarat terlebih dahulu
sebelum mohon sesuatu

ibuayu jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman hidup..
masa buat kad tu ada ambil gmbr orang bank tu
lepas tu ada mintak kad and no phone
bila jadi macam ni kat mana letak semua dah lupa
dalam hidup walau kita berhati2 ada masa datang juga ujian untuk kita
buat menguji kesabaran kita dalam kehidupan walaupun yg buruk itu sebenarnya
datang dari kita sendiri
 


3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

suami sy baru jer potong kad kredit mybk. Mmg dari dulu...tu jer satu pun kad kdt dia, hehe..
Potong sbb dh tak guna dh. Kalo booking tempat penginapan pun terus transfer duit. Isi petrol pun guna tunai jer.

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

penah jugak kene..tak pepasal kene bayar RM50.terus batal kan kad tu.

Nazayiena Ayiena said...

Kad x aktif pun diorg charge juga,huhhu...

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015