Friday, August 2, 2013

Bila diuji: Bersahur di Hospital Baru Alor Gajah

Lepas berbuka semalam
Faiz terus kata sakit perut
Then terus dia muntah
Kami berbuka kat luar masa tu
Ada jamuan berbuka geng ayahnas
Dan faiz ni memang tak puasa pun

So tak tahu kenapa dia muntah

Lepas balik rumah dia ada muntah lagi
So kami solat terawih kat rumah je

Lepas tu tengok dia muntah lagi
Terus bawa gi klinik swasta kat MT ni
Doktor cakap faiz ragam perut
Dia tak demam pun

So balik tu bagi makan ubat
Tapi lepas tu pun dia ada muntah
So kami malam tu tido2 ayam je
Memang dia muntah je

Cakap dengan ayahnas  bagi ubat lagi
Kalau lepas ni dia muntah kita bawa gi hosp lak

Dan dalam setengah jam bg ubat dia muNtah lagi

Terus kami gi hospital
Dan masalahnya hospital alor gajah ni hosp baru
Memang tak tahu kat mana
Cuma tahu arah ke maybank je

So kami cuba jelah cari

Sebelum sampai hosp suruh ayahnas singgah kedai 
beli makanan untuk sahur
Takut nanti kat hosp susah nak cari
kami takpelah cian kat fauzan yang ikut sama

Sampai  hosp terus gi emergency
Adalah jugak yg sedang menunggu

Masa penolong perubatan tu
Ambil tekanan jantung terus terbelahak faiz muntah
Terus org tu suruh faiz masuk kat wad rawatan
tak payah  ambil no

sampai situ doktor check 
kata ada radang perut
so nak ambil darah and masukkan air

dalam pukul 5 lebih keputusan darah keluar
so darah normal
alhamdulilah
lepas tu kami dibenarkan  balik
dalam pkl 6 lebih gak sampai rumah
terus sms kat GB minta izin datang lambat
nak mc tak sampai hati
sebab hari ni ada orang datang untuk kad pss
so telefon kak enon minta tumpangkan faiz

so sekarang alhamdulilah faiz beransur baik
harapnya tak kena macam tu lagilah
tak sampai hati terus dia muntah2 tu

terharu gak hari ni
bila kita datang lambat sekolah ada juga BFF cari kenapa tak mai
tak dapat telefon ibuayu ayahnas dicarinya
terima kasih kawan2
penguat semangat untuk insan yang lemah ni


nama pun hosp baru
cantik bersih dan selesa
doktor ,nurse semua oklah



lena betul faiz lepas ambil darah
dan masa tunggu nak drip selesai




3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

alahaiii, sian lah dia..
jadi mak pak camni laa, kan kak....

:: Mrs.Eady :: said...

Semoga cepat sembuh..

zarena heeney said...

semoga cepat sembuh
cian dia..

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015