Thursday, December 9, 2010

Sungguh-sungguh Terkejut

Pagi semalam ketika berada dipejabat Tanah Melaka(ni cerita kemudian)
kawan sekolah (kak normah) call bagitau result UPPK dah keluar..
(ni exam besar untuk murid sek agama tapi diambil di tahun 5 mcm UPSR gak)
tapi resultnya secara rasmi br keluar hari ini..
Kak normah dah sms ustzh tanya keputusan tapi belum ada jawapan...

Kiranya berdebar2 betullah masa tu..
tapi dalam masa yang sama sibuk urus pasal tanah atuk mail
tak lama lepas tu kak normah  telefon and bagitau yang fauzan dapat 7A 1B
macam tak percaya..tanya 2 3 kali gak kat kak normah
ialah mana tahu salah tengok..
bukan apa Fauzan ni selalu ponteng sekolah agama
MAsa percubaan pun dapat 2A je...

 

jadi memang terkejut betul
saat dan ketika itu berjuraian airmata ini
barulah ibuayu rasa macamana gembiranya hati seorang ibu apabila anaknya berjaya
"
macam  tu rupanya nek kiah rasa bila anak pertamanya berjaya ke LONDON
anak ke dua berjaya ke JEPUN
dan anak ke 3 berjaya ke TANJUNG RAMBUTAN..keh3 Maktab Ipoh Perak..
(ni jelah yang ibuayu mampu tak ke oversea pun tapi luar melaka macam oversea gakkan)

sambung balik cerita fauzan
letak je phone tu terus lari dengan airmata bercucuran gi cium Fauzan
macam cerita hindustan gak
tapi bukan berlari-larian...slow je
ternganga gak fauzan bila ibuayu kata Tahniah jan dapat 7 A
ye ke bu...terkejut gak dia
Ibuayu tahu mesti dia pun rasa apa yang ibuayu rasa..dalam hati ada Taman

Terus call ayahnas yang tengah taklimat KOKU..
Apa ayahnas kata
"
Ye ke...
"
Seronok ye
"
Tak sangka  abang...

Ibuayu tahu ayahnas pun rasa apa yang ibuayu rasa
Alhamdulilah berkat tunjuk ajar guru2 sekolah agama fauzan
berkat doa kawan2 yang selalu cakap fauzan boleh
Berkat doa nek kiah and atukmail
Semoga UPSR yang bakal menjelma mengulangi saat manis ini...

Tahniah untuk semua pelajar SRA SKDTK yang berjaya..and anak Kak Normah ijat yang berjaya mendapat 8A
(kak normah ni bukan blogger tapi rasanya dia baca kot blog ibuayu ni)

kasi zoom sikit
slip ni pkl 11 pagi tadi baru ambil
baru rasa pasti bukan mimpi..

kan best kala BAhasa Arab tu dapat A kan 
cis tak bersyukur ye ibuayu ni..keh3
"

untuk meraikannya kami pergi ke satu tempat
cerita next entri ye...

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tahniah buat Fauzan.

Ibu mana yang tak gembira bila anak berjaya.


*baca pun tersenyum-senyum ni..

Sidratul Muntaha said...

tahniah fauzan..
sejuk perut mak ko.
amin.
syukur

ibuayu said...

tq azrina..

Nana said...

tahniah fauzan
eh nama kita nk sama la
fauzan, fauzana hehehe
fauzan tu kan maknan nye kejayaan
see..mmg berjaya kan

MamaYatie said...

pandainya fauzan..tahniah!!

ibuayu said...

sidratul: tq ye..terasa indah je...

nana : tq betul tu fauzan kejayaan ,kemenangan..tu yang nana pun asyik berjaya dan menang dlm contest..keh3

mamayatie: tq alhamdulilah

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015