Tuesday, September 22, 2015

Bahayanya kaki bodek kaki kipas kaki ampu dan talam 2 muka

Apa perasaan orang yang jenis kaki ampu ni ya
Kaki bodek
Kaki kipas
Mengipas lak jenis air cond
Sebenarnya orang ni memang xde perasaan


Kalau dia buat untuk kepentingan diri sendiri je takpe
Tapi suka menjatuhkan orang lain
Suka nak kondem org depan bos
Biar di mata bos dialah sorang yang terbaik
Dialah sorang yang buat kerja
Dialah sorang yang tahu segala

Dan yang  paling dahsyat dahlah kuat mengipas
Jenis talam dua muka
Umpama dinding2 yang berbunyi
Suka melaga2kan orang
Gaya cakap macam nak menolong
Rupanya dibelakang mengutuk orang yang ditolong

Biarlah kita jadi diri kita sendiri
Biarlah kita x dpt apa2
Tapi jangan suka lihat orang lain tersungkur di depan mata...

Bila kita tahu siapa kita
Walau kerja dibuat x dibisingkan sedunia
Kita ramai teman dari kita ramai lawan






Perkara yang paling best kalau stress apa ya

Mestilah shopping  ...hehe

Thursday, September 17, 2015

Fettucini Carbonara versi Melayu

Lama betul tak pekena carbonara
dan biasanya bahan utama soso carbonara and ayam
tapi sebab ayam takde dalam stok
so gunalah sosej sebagai menu utama

cara memasak sangat senang

tumis bawang holand yang telah dipotong dadu
kemudia masukkan sosej
masukkan sos
letak garam
dah siap
rebus fettucini sampai masak

dah siap
boleh hidangkan
tapi sebab nak rasa pedas
ibuayu hiris2 cili padi
lagi meletop2 rasanya

sambil tengok tv petang2
tak sedar dah makan 2 mangkuk
hahahhaa

malam tu 
ayahnas and fauzan lak makan
ibuayu dalam bilik
dah sudah tu ayahnas komen
asal kuah sikit sangat
alamak ai
diam jelah
padahal bini dia dah telan 2 mangkok
and kuah tu ibuayu suka buat pekat2
kalau cair tak umpphhh


Wednesday, September 16, 2015

Faiz ke Kidzania

Tahun lepas masa cuti Melaka Bandaraya Bersejarah
Kami sekeluarga gi Kidzania
nak memenuhi impian faizlah
lepas tu idaklah nak gi lagi
sebab faiz je yg buat
kami melangguk
so agak membazir di situ
hahaha

So bila member offer ada tempat kosong
suruhlah faiz join lawatan budak pra
kiranya ni first time faiz naik bas tanpa ibuayu

rupanya budak sorang ni 
betul2 anak mum
semua benda dia x nak buat
takutlah
itulah inilah
kena paksa baru nak buat

nasib ada kekawan  sudi layan dia

gambar yg member send bonyok2 muka faiz
aduhai anak mum ni
bilalah nak berani ni nak









Tuesday, September 15, 2015

5 Negeri Cuti Jerebu

Bangun pukul 3 pagi ni
terbaca macam2 post kat FB and whatsapp
5 Negeri Cuti
Tapi murid2 sekolah je
Cikgu2 kena sekolah seperti biasa ya
takpelah
yg penting anak2
semalam kat sekolah
masa mengajar 2-3 orang mengadu
ening and nak muntah
so dpt cuti sehari disambung
Cuti Hari Malaysia
dapatlah anak2 murid berehat dirumah


Sunday, September 13, 2015

Feeling Wartawan

Hari Sabtu hari tu 
sekolah ibuayu buat Gotong Royong Perdana

Sekolah bergabung dengan agensi luar
ibuayu kena jadi perakam
tukang amik gambarlah
selalu kalau perakam berdua
hr tu kena buat sorang

memang terkejar2 sikit
ialah yang datang tu dari pelbagai agensi
pantas betul diorang buat kerja
baru tengah tangkap gambar 
jentolak tumbangkan tempat buang sampah
yang kat tepi padang lak askar dah 
tumbangkan pokok kayu manis
yang kat atas AJ memasak tengah masak
yang kat laluan sekolah
kekawan tengah cat pasu

first time rasa terkejar sana sini
penat tapi seronok 
terasa macam wartawan mengejar cerita
bila tengah amik gambar lain
tiba2 ada bab cerita penting tak sempat snap
frustnya

dan bila kita tukang ambik gambar
jangan haraplah gambar kita ada
so hp standby untuk selfie sendiri




Wednesday, September 9, 2015

Birthday Faiz ke 7...

9-9-2008

sekejap je faiz dah 7 tahun
anak yg sangat manja
suka buat gedek2
along panggil ibu
dia panggil mum
entah knp dr kecik tu yg dipanggilnya ibuayu

berterus terang x suka bahasa inggeris
mentang2 awak tu anak cikgu bahasa melayu

x berapa suka makan ayam
tapi suka sangat makan ikan
lagi2 ikan siakap
sepinggan nasi penuh boleh abis

sangat2 hantu makan ais krim
pengemar baskin robbins
tapi harga mahal so kena kawal

seorang yg sangat gembeng
murah air mata
pantang kita naik suara
so akhirnya x jadi ibuayu nak marah

faiz..faiz
memang kehadiran menggantikan kesedihan di hati kami
alhamdulilah 
Allah kurniakan kami dengan anak yg mudah mendengar kata
terang hatinya
semoga faiz menjadi anak yang soleh
yang menyenangkan hati ayah and ibu

so birthday faiz hari ni sambut di sekolah
potong kek dengan kawan2
nyanyi ramai2
seronok sangat dengan classmate dia
sangat2 sporting

alhamdulilah ..ringkas tp sangat mengembirakan hati ibu...







Tuesday, September 8, 2015

Beratur setengah jam semata2 beli kuih keria



hari Ahad tu ada hal
power bank ayahnas rosak
so kena baiki
balik dr situ 
tekak ibuayu teringin makan kuh keria
mula2 tgk org beratur panjang
turunlah gak
ialah ramai nak membeli
sekalinya 
org beratur sebab dulang kuih keria dah abis
kena tunggu keluar dr dapur
dlm 20 minit gak ibuayu tunggu
keluarkan 2 dulang kuih
tapi gerak kedepan ikit je
rupanya  selain dr yg beratur 
dah berderet org yg order
so lepas 2 dulang tu akak tu un cakap
kalau nak kuih keria tunggu setengah jam lagi ya
aduhai
ibuayu pun x paham
sepatutnya dah tahu hr ahad
buatlah stok lebih2
dah patut agak dah pelanggan yang akan datang

so apa ibuayu buat bila tahu kena tungga setengah jam





idaklah ibuayu nak menunggu
terus gi beli kuih getuk
kalau nak beli selain dr kuih keria memang x payah beratur ya
moral of the story
kalau dah tahu diri tu org melaka
tok sahlah sibuk2 gi tempat glemer hujung minggu
haahhahhaha
bila cerita kat ayahnas
rasa sayu je x dpt makan 
nasib tak mengandung
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015