ibuayu cnp dr blog lain ya...x ingat lak blog mana..harap dihalalkan perkongsian ini.PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA1) Bilangan rakaat :
- 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu :
- Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
3) Niat Solat Sunat Dhuha:
Niat dalam Rumi :
Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.Maksudnya
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
4. Surah-Surah
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
i. Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
ii. As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii. Al-lail dan Al-Insyirah.
i. Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
ii. Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).
5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam
7) Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu
Tuesday, June 14, 2016
Panduan Cara Solat DHUHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rugi kalau ditinggal solat yg mudah ini.
Kalau dah biasa buat akan jadi rutin harian.
Post a Comment