Tuesday, October 15, 2013

Bila raya je ke klinik

Macam saling berkaitan lak
bila raya ada isu klinik
ingat tak masa raya Puasa ibuayu ada
cerita pasal gi klinik

yang ni pulak terjadi pada Fauzan
pagi tu kejut dia solat subuh 
and pesan terus mandi nak bersiap solat raya
keluar bilik air dia mengadu muntah2 and cirit
so suruh dia berehat dulu
masa nak gi solat raya dia kata macam pening kepala
so fauzan tak gi solat raya
dia sambung tidur lagi
oleh kerana nak balik melaka pagi tu juga
lepas ayahnas balik solat kami terus makan
ajak fauzan makan sekali
dia kata tak selera
paksa jugak takut perut kosong
lepas makan sikit dia nak muntah

so gi bilik air
keluar bilik air
dia jalan huyang hayang
terus terjelpok jatuh ke lantai
kami semua yang tengah makan terperanjat sungguh
ibuayu  memang terkejut sampai tak boleh nak ambil apa
ayahnas suruh ambil air pun dah tak tahu gelas kat mana
baringkan dia
bagi minum air
sapu minyak angin
dia macam pitam tadi
Ya Allah kesian rasa kat dia
memang tak pernah terjadi
kami pun  tak tahu punca
apa dia makan semua kami makan
sama lakmacam kes ibuayu hari tu kan

so bersiap nak balik ke MT
dan misi mencari klinik
tapi al maklumlah cuti UMUm manalah klinik yg buka

kami ni tawakal je dulu 
balik dulu MT cr klinik yg buka
kalau takde bawa dia gi Hosp Alor Gajah

masa tu post kat FB
post kat whatsapp group
mana tau ada member yang ke pekan
tapi dalam hati asyik terbayang klinik bala je
mengharap klinik ni buka

dan bila sampai MT alhamdulilah klinik ni sahaja yang buka
dan orang bukan main ramai lagi
nak tak nak tunggu lah juga

doktor kata mungkin tersalah makan
yang pitam tu sebab air takde dalam badan

alhamdulilah sekarang fauzan dah ok
ialah risau betul 
tak pernah terjadi pun



3 comments:

MulutPayau said...

Kesiannya Fauzan....semoga cepat sembuh..

Salam aidil adha utk Ayu dan fmly...

nik ros said...

kesiannya.kalau nik pun panic kan..
moga cepat sembuh yea

adianiez AIDA said...

mlm raya pertama aidilfitri ari tu aida gi klinik ni. demam urat!!! emak paksa gi klinik... kena inject kat punggung hi hi hi... kita sekampung la :-) umah mak kat masjid tanah.

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015