Wednesday, May 1, 2013

Saya Kerani Pengundian

Untuk PRU 13 ini

ini kali ke 3 saya jadi kerani  mengundi

saya menulis tiada kena mengena dengan parti mana2
ini adalah cerita saya sebagai petugas SPR
 
sepanjang menjalankan tugas sepanjang hari
pengundian
saya tak nampak pun apa kepincangan
apa ketidaktelusan
apa yang dikatakan  berlaku penyelewengan

dari orang yang mengundi
sampai kira undi
kami diawasi wakil-wakil calon2 yang bertanding

masa nak kira undi depan pemerhati
kami tunjuk satu persatu kertas undi
kami kira dan bilang bersama
wakil calon nampak semua

peti undi yang telah dikira
di seal kemudian
terus dimasukkan ke dlm kereta ketua pengundi
dan diiringi dgn pegawai polis 
dan diikuti dgn wakil calon
ke pusat pengundian keseluruhan

jadi mana kepincangannya

kami bertugas dari pagi hingga petang
walaupun penat kami rasa bangga 
menjalankan tugas

janganlah mengata mengeji
jika ianya bukan kita yang lalui
kita mudah menerima apa org kata
kita mudah menerima apa yg kita baca

tapi sebelum kita terima bulat2
sebelum kita tuduh dan kutuk orang

dengan kata2 yang kesat
muhasabah diri kita dulu

senang mencari kesalahan orang
tapi sukar mengakui kesilapan sendiri


kalau anda nak parti anda menang 
samada pemerintah atau pembangkang
itu hak anda untuk menentukan
tapi kami yang berkecuali ketika menjalankan tanggungjawab
sememangnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan

SAYA TELAH MENGUNDI
harapnya anda yang layak juga datang MENGUNDI
walau apa pun keputusannya nanti kita terima
jangan ada perbalahan antara sesama agama
Mendoakan yang terbaik untuk anda semua
Amin...


2 comments:

Emy Omar said...

Saya pun pernah jadi kerani mengundi sebelum ni kak..memang segala apa yg kerani2 mengundi lakukan dilakukan secara terbuka dan diawasikan.Saya pun x nampak dimana kepincangannya.Semoga Malaysia terus aman makmur x kira la dibawah pemerintahan parti mana pun yang mentadbir kerajaan nantikan

odah said...

Salam

akak LIKE ur statement..

masalahnya hanya org2 bwh yg suka kluaq kenyataan pelik2....

papun selamat bekerja

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015