Saturday, December 31, 2011

Impian TahuN Baru 2012

 2012


Esok 2012 datang menjelang
sekejap masa berlalu


untuk Tahun 2012
ibuayu ada impian
harapnya impian ibuayu tercapai 
amin.....


yang pertama
 
nak cuba memasak sekerap yang boleh
dah cakap dgn ayahnas and anak2 
kita makan luar hari cuti je..
(harapnya berjaya)

yang kedua

ada rezeki ada tempat yang ingin ditujui
harapnya keadaan mengizinkan


yang ketiga
harapnya apa yang disunatkan dapat dilaksanakan
kuatkan iman dan hati dari godaan syaitan


yang keempat

semoga berempat menjadi berlima
agar doa dimakbulkan

Taman Tasik Taiping

Keesokkan paginya selepas check out kami
gi ke Taman Tasik Taiping.

Permandangannya memang cantik
kalau ada masa boleh santai lama-lama


kiranya ini macam tempat kenanganlah

kali ni kami plan nak naik feri
mula-mula ayahnas ingat kami nak naik bot
kalau naik bot ayahnas kena kayuh....
tapi naik feri ni rileks sikit

untuk dewasa bayarannya rm 4
kanak-kanak rm 3

dia bawak round keliling tasik..seround je tak lah jauh mana 
tapi puas hati jugak






pose berdua


budak kenit ni memang pantang sikit
kalau kita nak ambil gambar dia suka lari2
taknak pandang kamera
tapi kalau ibuayu bergambar berdua dgn ayahnas cepat je dia nak mencelah



 kalau dengan along dia tak jeles lak




lepas dari sini kami terus terjah ke Ipoh
bukan apa saja nak ronda -ronda

Friday, December 30, 2011

Kedai Belakang Balai Bomba Taiping

Malam tu lepas maghrib gi merayau pekan Taiping lagi

dah pusing-pusing terus gi cari tempat makan

kali ni kami gi kedai kat belakang balai bomba

kat sini banyak pilihan kedai
and pelbagai jenis makanan ada 
yang famouz tentulah YTF dan sotong kangkung


ibuayu and fauzan makan Yong tau Fo

memang suka YTF kat Perak  ni diaorang punya kuah pekat hitam




kalau kat Melaka kuah sup

ayahnas lak makan me goreng..
(me lagi)


pun sedap
masing-masing dah kenyang tu yang makan ringan je

sebelum kami makan tu faiza dah nampak apek jual belon ni

cakap dgn dia lepas makan kita beli

siap je makan kami pun nak ke kereta
rupanya dia ingat janji nak beli belon
siap melalak lagi





dah beli kena paksa dgn ibuayu ambil gambar


Wednesday, December 28, 2011

Popia Basah Taiping

Dari kuala Sepetang tu terus ayah nas gi check in
tapi kami tak masuk bilik terus 
kami nak gi merayau kat pekan taiping


dulu masa duduk belajar kat maktab Ipoh rajin turun sini

kiranya gi tempat kenanganlah ni

dah banyak pembangunan

jalan dia pun banyak sehala

teringat kedai jual popia basah terus suruh ayahnas beli

padahal perut dah senak dgn me udang tadi



Memang sedap

Fauzan lagilah dia memang suka popia basah

sangat-sangat puas hati dapat makan apa yang diingini..amin

Tuesday, December 27, 2011

Me Udang Kuala Sepetang

 Kami bertolak jam 8.00 pagi

alhamdulilah hari tak hujan

perjalanan pun lancar je

tempat pertama kami nak tuju ialah Kuala Sepetang

 memang teringin nak rasa me udang dia

dalam perjalanan telefon kak Su tanya arah mana Kuala Sepetang ni

Keluar dari tol Changkat jering je

belok kiri arah ke Taiping

lepas tu terus je...

and belok kiri

jangan takut sesat ada penunjuk arah

Kak Su dah kata ada dua kedai kat situ 

kedai Mak teh and Kedai Mak Jah

so kami ke kedai Mak Jah dulu

ada rezeki mai lagi try kedai Mak teh pulak


orang memang ramai

tapi parking senang
tempat duduk banyak
and penyediaan makanan pun cepat







kami order me udang special



nasi goreng udang special



udang memang tak nampak sebab ditimbus oleh nasi..

tapi rasanya lagi banyak udang dari nasi

udang goreng tepung






 ni driver aka tukang bayar


tq bang kenyang perut



tak tentu arah pandang sana sini

ialah deco dia pun ok
masa sampai ayahnas turunkan kami dulu sementara dia cari parking

bila balik baru ternampak banner ni


 
lepas makan cari jeti untuk bergambar

tapi tak jumpalah

itu penanda kena datang lagi ya ayahnas

Bercuti di Taiping : Hotel SSL Trade Taiping

Setelah berbincang tempat bercuti kami bertukar ke Taiping


kalau ikut ayahnas ke Penang pun dia sanggup..

ibuayu je yang tak sanggup ialah kalau gi 3 hari boleh lah 
ni nak gi 2 hari jauh-jauh  je..penat badan

(driver tak penat  co pilot lak yang penat ye..keh3)

kami duduk Taiping 2 hari 1

kiranya walaupun sekejap tapi rasanya 

sangat-sangat berpuas hati

yang penting dapat bersama suami

dapat bersama anak-anak

Bilik yang kami duduk ni RM 160

tak besar sangat 

jarang jumpa bilik macam ni dengan harga begini

ialah bilik tanpa almari

tapi yang bestnya ada wifi


bilik air dia besar jugak yang penting bersih


 ni kat lobby hotel




breakfast pagi dia boleh tahan





Monday, December 26, 2011

Tukar tempat percutian di saat-saat akhir

Bilalah kami ni dapat bercuti dengan penuh perancangan dan 

agenda yang tersusun

selalu plan bercuti last-last minute

asal nak booking hotel je banyak yang penuh


mana tak penuh public holiday

nama je cikgu..ibuayu cikgu ayahnas lain sikit 

dia dua  alam..keh3
( dua pekerjaan)

siapa yang sering mengalami masalah macam ibuayu ni ya 

macamana masalah ini tak berlaku
"

"
asalnya ibuayu ni teringin nak gi Bukit Tinggi Pahang

tapi disebabkan cuaca yang agak tidak menentu 

kami bukan nak tidur pun tapi

nak balik hari

(jadi tak payah fikir nak booking hotel)
 
hujan setiap hari 


nak posing-posing
nak bergaya dengan baju kimono
tapi hajat belum kesampaian
harapnya jika ayahnas baca entri  ini
dia tahu yang isteri tercintanya ini memang nak sangat gi situ

akhirnya plan bercuti kami bertukar di tempat lain

mana ya ibuayu pergi


post gambar dulu ya


ada sapa-sapa dapat teka mana kami pergi

Hari Lahir Ibuayu

23 Disember 2011
hari lahir ibuayu yang ke 38
alhamdulilah 
Allah memanjangkan umur ibuayu setahun lagi

doaku agar 
dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
diberi kesihatan yang baik
dan selalu ku berdoa
agar diri ini diberi peluang menerima cahaya mata

 
Ibuayu sentiasa bersyukur apa yang telah yang telah diberiNYA kepadadiriku

suami yang penyayang dan amat memahami isterinya
(ini bukan ayat bodek tapi ayat mengampu)

 

anak-anak yang mengembirakan hati ini
(walau kadangkala sesak juga nafas ibuayu dgn perangai mereka)

mempunyai ibu ayah ,adi beradik kawan-kawan yang sentiasa bersama 
di kala senang dan susah

Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini 
menjadi milikku di dunia dan akhirat




Friday, December 23, 2011

Berselera Faiz makan

Kami orderkan dia nasi lemak
menu dia sampai dulu
bukan main selera lagi dia makan
dah siap makan tu sibuk nak gi sinki basuh tangan
kami tak ikut pun  pandang dari jauh






kembang2 hidung dia menghayati makanan

along and ayahnas makan lamp chop
bila dia nampak along makan tulang tu sibuk dia mintak
ada isi sikit-sikit suka dia gigit and hisap










fauzan ni memang hantu kambing
ibuayu sorang je yg tak boleh layan kambing
tak tahulah kenapa tak boleh masuk betul




bila dah kenyang dia buat kedai tu macam bapak dia yang punya




Wednesday, December 21, 2011

Wang baru RM 20

Wang baru
akan keluar tahun depan
semuanya cantik-cantik
tak sabar nak tengok

Wang kertas RM20
Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia
iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan
Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga 
merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan
berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan 
pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang
melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala
Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan
tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan
bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan
aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu
dikendalikan dengan bijaksana.
sumber : SINI

tengoklah cantik2 duit baru tu
semua ada

JAwapan cuba teka

Sebelum ni ibuayu ada post
cuba teka..dan jawapannya ialah
"
"
"
"
KIPAS MODEN

manam tak moden
takde pisau pun kipas ni
sekali tengok tak tahu pun tu kipas
harga pulakboleh tahan..sampai seribu lebih pun ada

bg yang berjaya meneka tahniah ya...
maaf takde hadiah saje suka2

Sunday, December 18, 2011

Menu tengah hari : Fish and sosej

Tinggal sorang 2 kat rumah ni
so menu tengahari ni ialah



Fish and sosej
alhamdulilah dah kenyang

Wednesday, December 14, 2011

bukit tinggi pahang

ibuayu nak tahu sangat pasal bukit tinggi ni
tengok macam best ja.....
siapa yang pernah pergi tinggalkan link kat komen
boleh ibuayu buat rujukan

nak tahu pasal 
rumah jepun
makanan
hotel
keadaan jalan di sana

cari2 juga kat google
tapi tak cukup infolah

Tuesday, December 13, 2011

CAra Belajar bila Nak Exam

lain orang lain cara belajarnya.
ibuayu lak kalau belajar mesti:
"
"
"
nak baring-baring
tak boleh ada tv or dengar radio
dan yg penting mesti ada pen kat tangan
b
tak kiralah catat ke tidak


baca faham ke tak

mesti nak pen banyak-banyak adakat sebelah

yang penting masa exam soalan boleh jawab..amin..

Sunday, December 11, 2011

CuBA TeKa

Pertama kali

tengok benda ni ibuayu memang x tahu apa dia
kata orang jakun kot


ni benda nya
,




mungkin bagi orang lainbendani biasa

cuba teka apa dia
saja suka-suka

Saturday, December 10, 2011

Kedai Paksu dan maksu

tempat  mana nak makan memang dah plan awal2
suka gi kuantan sebab makanannya yang sangat sedap


udang goreng tepungnya sangat sedap
kiranya kuih dia pun memang sedap2
fauzan and faiz suka sangat makan fishball dia

fishball ni pun celup tepung jugak

sampai dari melaka terus lunch kat sini..


esoknya nak balik kami makan nasi kat tempat lain 
tapi 
membungkus pelbagai makanan  utk bekalan balik




kiranya sepanjang perjalanan balik tu mulut mengunyah je


nasib baik kami ni jenis tak kisah


ialah kereta bersepah ke dengan makan2


ada orang memang tak benarkan makan dalam keretakan


tapi ayahnas ni follow je..
and mana tak sepah 
cuba bayangkan makan sata and otak2 ikan 


berterabur daun dia...

gambar takde sebab dalam hp ayahnas..

Thursday, December 8, 2011

Hotel Greenleaf Kuantan

MS Garden dah
Vistana dah
Hotel Seri Malaysia dah

pernah nampak Hotel Greenleaf ni masa gi kuantan sebelum ni
tapi takut nak duduk
dr luar nampak cantik
takut dalam ada yang tak berkenan

asal plan nak duk Seri Malaysia je
tapi terbaca kat blog nana pasal dia dok hotel ni

so rasanya ibuayu pun nak cuba juga
kami call je
nak tengok website dia klik sini


sangat2 berpuas hati
keadaan bilik dan bilik airnya sangat bersih
harga untuk bilik pun berbaloi
kami duduk  2 katil besar RM 116..murahkan
kalau bayar utk MS boleh duk 3 hari lagi..
rasanya lain kali kalau mai sini duk hotel ni jelah


hari sampai




hari nak balik



P/s: Hotel ni takde swimming pool and takde free breakfast ye...
jangan takut kedai makan dekat2 hotel tu  banyak ..parking pun percuma
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015